You are on page 1of 1

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPTI

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA


Contributed by Mohd Zairi bin Husain
Thursday, 09 April 2009
Last Updated Friday, 10 April 2009

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris) - Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak
formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani. - Murid-
murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang
dengan cara yang menyeronokkan. - Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni
mempertahankan diri dianggap sebagai PJ. - Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi
seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga. - Aktiviti tersebut
adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu. - Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal
kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa. - Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas
sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan
menunggang kuda, memanah dan memburu. - Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk,
iaitu aktiviti-aktiviti:- o Permainan masa lapang o Keperwiraan o Senaman tradisional
2) ERA PENJAJAHAN a) Era Kolonial Inggeris Lama) - PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan
walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. - Permainan-permainan baru seperti bola sepak,
hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga. - Tujuan PJ pada masa ini
adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya
rakyat kekal menjadi pesawah. - Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah. - 1900-a
: Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan. - 1913-an :
Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan
mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. - 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan
jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan. - 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan
kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. - Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-
negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ
ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. - Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan.
Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui
kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ. - 1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji
semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan. b) Era Penjajahan Jepun - Rancangan
yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala. - Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh
kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin. - Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa
membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit. - Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang
dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai. - Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak
ketenteraan. - Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan
murid juga menjalani latihan berkebun. 3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka) - Tujuan
PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama. - Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai
satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah. - Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar. -
Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula. - Tidak
semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya. - Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan
dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani. - Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan
jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman. - 1946-1948, sukatan
pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah
rendah dan menengah. - 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah. - Setiap hari
persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas. - Aktiviti luar diadakan pada hari
Sabtu. - 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ. 4) ERA SELEPAS
MERDEKA - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula. - 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki
dan perempuan. - Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih
sesuai bagi kank-kanak dinegara kita. - Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan
MPIK di Cheras. - Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di
britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961). - Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan
permainan. - Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah. - 1958, Kementerian
Pelajaran tubuhkan MSSM. - PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men. - 1971, Sukatan PJ
disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan
pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan). - 1977, UM
memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan. - Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru
siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.

http://pjk.ipti.edu.my Powered by Joomla! Generated: 24 June, 2009, 04:04

You might also like