You are on page 1of 3

Pendekatan komunikatif

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif,


pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan
nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk
mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka
pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi
teori behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh
M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-kanak, Halliday telah
membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan
manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut:

 Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.

 Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.

 Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.

 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.

 Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

 Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

 Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan
pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror,
H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba
membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday.
Sumber: http://notapismp.blogspot.com/2010/09/pendekatan-komunikatif.html

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat
diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan
komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga,
konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa
merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai
kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian
dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti
pembelajaran hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan
berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi.
Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan
ialah matlamat pendekatan komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa perkara penting
yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina berdasarkan pendekatan
komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

Pertama, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur, pengalaman,
latar belakang, minat dan keperluan pelajar.

Kedua, semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik dan
menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dalam dunia
yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam persekolahan, pekerjaan atau pergaulan.

Ketiga, kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai alat
untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

Keempat, semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya
komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang
bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan berbahasa yang bersifat reseptif.

Kelima, guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi
pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan murid-murid.

Keenam, aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kseilapan perlu
dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

Ketujuh, dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru seharusnya
bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat
minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk menerangkan sesuatu aktiviti yang
dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

You might also like