You are on page 1of 7

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan

Matematik
Posted by admin

  
  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program  Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk
membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira (3M).  

Konsep dan Definisi  Pendidikan Pemulihan Matematik

 Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan  penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Cara
dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.
 Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang
tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
 Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah
pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya.  Pendidikan
Pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi
tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani
latihan khas (matematik).
Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah berkembang sejak permulaan
persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi pengetahuan tentang matematik guru perlu
memperkenalkannya dengan menggunakan kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka
bahasa itu. Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak  panjang.  Murid-murid perlu mempunyai
persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep itu.  Bagi tujuan ini, proses itu perlu
dimajukan mengikut suatu susunan yang tertentu dalam 3 fasa :-

1.         Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk mempelajari sesuatu konsep. 
Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau
idea yang telah dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak dikaji.

2.         Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea  dengan menghubungkan pengalaman yang telah
dipelajari dengan pengalaman yang baru. Proses ini melibatkan  sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni
generalisasi yang diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui proses
pembelajaran.  Di sini murid-murid perlu

menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa sesuatu idea atau pengetahuan itu telah
diperolehi.

3       Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan  ialah murid melanjutkan kefahaman dengan cara mengkaji
kandungan pengetahuan yang baru dibina dan mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan
mengulanginya supaya pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.

Tujuan pendidikan pemulihan matematik

Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-murid salah dalam mempelajari
dan memahami konsep dan kemahiran matematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental.  Oleh yang
demikian, tujuan untuk mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar menguasai
pembelajaran matematik ini.  Antara tujuannya adalah seperti berikut :-

§   Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik
seperti mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat
digunakan dalam kehidupan seharian.

§   Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai
contohnya, apabila seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari,
mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.

§   Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh murid-murid.

§   Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran matematik mengikut kadar kebolehan
mereka sendiri.  Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada terus tercicir  dan seterusnya dapat memupuk minat
mereka untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

Punca Dan Jenis Masalah  Matematik


2.1 Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik

2.1.1 Sekolah

a) Pihak  pentadbir

 Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan


 Tidak memberikan peruntukan  yang sewajarnya
 Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid
UPSR
b) Kelas  Pemulihan

 Tempat  tidak  sesuai seperti di bawah tangga


 Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian
 Kebersihan dan keceriaan  kelas  kurang memuaskan
2.1.2 Guru

 Strategi dan  kaedah  mengajar yang  kurang sesuai seperti  tidak berperingkat-peringkat, tidak 
menggunakan  pengetahuan  sedia ada murid, tiada  aktiviti  pengukuhan
 Bahan  bantu  mengajar  yang  kurang menarik dan sesuai
 Emosi  guru – garang, tidak  sabar
 Kurang prihatin
 Tidak  menjalankan  ujian  diagnostik dengan betul
 Guru  kurang  berminat
 Tidak memberikan  tumpuan  kepada  murid yang  memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara 
individu
 Pengurusan  tingkah laku yang kurang  berkesan
2.1.3 Ibu Bapa

 Tidak  menyediakan  kelengkapan  belajar seperti  pensel, buku, dan sebagainya


 Tidak  memberi  dorongan
 Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak
 Sibuk  dengan hal  sosioekonomi
 Tidak  meninjau  rakan-rakan  sebaya anak
2.1.4 Murid

a. Masalah  kurang  kecerdasan @ mental

 Warisan  daripada  genetik ibu bapa


 Masalah  daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
 Kecederaan  otak kerana penyakit  atau  kemalangan
 Kekurangan  makanan  yang  berzat
b. Faktor  sikap

o   Menganggap  matematik sesuatu yang sukar untuk  dikuasai  -  tidak  berminat

c. Faktor Masalah  pengamatan

 Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor


d. Faktor  fizikal

o   Makanan  yang tidak  berzat

o   Murid  cepat letih – tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak
menyiapkan latihan di sekolah atau  kerja  rumah

o   Keletihan

o   Menolong  keluarga menambah pendapatan / menjaga adik

o   Berpenyakit  -  kerap  tidak  hadir – ketinggalan  dalam pelajaran

e. Tidak  boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris

f. Penempatan  murid  yang  tidak  sesuai

v  Disleksia, slow learner dan sebagainya

2.1.5 FAKTOR LAIN

v   Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar

v   Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

v   Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

v   Persekitaran P & P yang tidak ceria

2.2 Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia, Diskalkulia, Masalah ruang,  dan
lain-lain

2.2.1 Anxiety ( Kerisauan )

v Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma mahupun risau disebabkan oleh
pengalaman masa lampau.

Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety

v Kognitif

 Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti


v Somatik

 Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang dirasakan boleh mengancam
keselamatannya.
 Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem pencernaan terganggu
v Emosi

 Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci


v Tingkah Laku

 Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca “anxiety”


o Tidak dapat mengawal diri

2.2.2 Disleksia (Dyslexia)

v Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik

Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia

v Pendengaran

 Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan


 Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf
 Payah menyebut huruf  “ m ” dengan   “ n ”
v Pertuturan / Penulisan

 Kesalahan mengeja perkataan


Contohnya mengeja “ magic  ” sebagai “ mjc ”

 Susunan huruf terbalik


Contohnya mengeja “ does  ” sebagai “ dose  ”

 Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama


Contohnya mengeja “ should  ” sebagai “ shud ”

 Kesalahan/ kurang tepat sebutan


 Tidak lancar, tersekat atau gagap
2.2.3 Mathophopia

v Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam
matematik.

Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia

 Tidak suka matematik


 Berasa tidak pasti / kurang yakin
 Pencapaian lemah
 Kekurangan minat
 Sikap tidak ambil peduli
2.2.4 Diskalkulia
v Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak
berfungsi secara normal

Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia

v  Pengiraan

 Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor


 Sukar memahami konsep nombor
v  Membaca dan Menulis nombor

 Terkeliru nombor 12 dengan 21


 Salah membaca nombor 5004 dibaca
“ lima ratus empat ”

v  Arah

 Sukar memahami arah “ kiri atau kanan ”


 Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta
2.3 Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.

2.3.1 Pra  nombor

a)      Tidak  dapat  membezakan  kumpulan  benda  yang  seakan-akan sama banyak  seperti  tidak  sama  banyak ,
kurang  dan  lebih.

2.3.2 Disleksia (Dyslexia)

a)        Tidak  boleh  menulis  angka  dengan  tepat  nombor seperti

2.3.3 Mathophopia

a)        Tidak  dapat  mengasingkan  kumpulan-kumpulan  mengikut  bentuk, saiz,  warna  dan  jenis  benda  seperti 
empat  segi sama  dan  tepat, warna merah  dan  jingga

2.3.4 Diskalkulia

a)    Tidak  memahami dan  keliru  nilai  tempat  nombor

Lima  ratus  tujuh  ditulis   57

You might also like