You are on page 1of 8

Arahan:

Setiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling
sesuai.

1 Wawasan diri merupakan _____________ yang akan menjadi panduan dan pendorong untuk
berjaya.
A usaha
B petunjuk
C perangsang
D matlamat hidup

2 Mengapakah wawasan diri seseorang tidak sama dengan wawasan diri orang lain?
A Tahap pemikiran yang berbeza
B Masalah individu yang berbeza
C Keupayaan diri individu yang tidak sama
D Minat dan bakat individu yang tidak sama

3 Penetapan wawasan diri akan mendorong seseorang menjadi individu yang


A kreatif
B berdisiplin
C berputus asa
D mementingkan diri sendiri

4 Kehidupan tanpa ___________ ibarat membiarkan diri kita terumbang ambing dibawa arus
tanpa arah dan tujuan.
A minat
B matlamat
C personaliti
D nilai

5 Antara berikut, individu yang manakah mempunyai wawasan diri?


A Tina berangan-angan menjadi seorang pereka fesyen, dia selalu bercerita tentang angan-
angannya itu kepada rakan-rakannya.
B Suzi ingin menjadi doktor, dia sentiasa berusaha memperbaiki penguasaannya dalam
subjek Sains.
C Dina ingin menjadi juruterbang, tetapi dia tidak berminat dalam subjek Matematik dan
Sains.
D Minu berhasrat menjadi penyanyi, dia selalu berlatih menyanyi secara bersendirian.

6 Sebarang usaha yang dilakukan dalam mengatasi kegagalan dan cabaran akan
A menghasilkan matlamat seseorang.
B mencerminkan wawasan seseorang.
C memperkukuhkan rancangan seseorang.
D membina personaliti seseorang.

1
7 Padanan yang manakah menunjukkan langkah ke arah usaha yang cemerlang?
A Mengikut kemampuan- tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
B Kebingungan –kurang jelas.
C Kurang keyakinan- sanggup berkorban masa.
D Mengurus masa dengan bijak- berani bertindak.

8 Faedah yang diperoleh oleh murid hasil usahanya yang cemerlang ialah
A kejayaan.
B dikenali.
C kegembiraan.
D keseronokan.

9 Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi adalah amalan orang yang mempunyai
A harga diri yang tinggi.
B sikap berwawasan.
C strategi pembelajaran berkesan.
D daya tahan yang mendalam.

10 _______________ merupakan realisasi secara beransur-ansur bagi sesuatu matlamat yang


berfaedah.
A Usaha
B Tindakan
C Kejayaan
D Rancangan

11 _____________ dan membuat nota merupakan antara asas pembelajaran yang baik.
A Menghadiri sekolah
B Mengikuti kelas tambahan.
C Lulus peperiksaan.
D Mengulang kaji pelajaran.

12 “Lebih besar ______________ yang kita hadapi, lebih besarlah kejayaan yang kita akan
kecapi.

A keseronokan
B rintangan
C kerugian
D kemenangan

13 _______________ akan menjadi faktor penolak yang sentiasa mendorong anda supaya
sentiasa berusaha melakukan sesuatu.
A Daya dorongan diri yang kuat
B Semangat yang kuat
C Semangat tekad yang maksima

2
D Penampilan diri yang positif

14 Sesungguhnya menghadapi dan mengatasi cabaran akan membina ____________ seseorang.


A bakat
B personaliti
C minat
D kecenderungan

15 Aishah seorang yang dapat mengawal tingkah laku dan berdisiplin. Dia dikatakan seorang
murid yang cemerlang dalam aspek
A emosi
B intelek
C jasmani
D rohani

16 Susan dapat menyelesaikan soalan matematik dan sentiasa kreatif dalam menulis karangan.
Susan lebih menonjol dalam aspek
A emosi
B rohani
C intelek
D jasmani

17 Antara yang berikut yang manakah adalah bukan ciri-ciri individu yang mempunyai
perkembangan diri yang seimbang?
A Individu yang sentiasa menghormati orang lain.
B Individu yang sentiasa sihat dan cergas.
C Individu yang sentiasa sedia membantu orang lain.
D Individu yang sentiasa bekerja sepenuh masa untuk menambah pendapatan.

18 Individu yang berjaya dalam hidup dan kerjaya ialah individu yang mempunyai ciri yang
___________.
A pintar dan cekap.
B kuat mengamalkan ibadat.
C selalu membantu orang susah.
D lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

19 Pilih pasangan yang betul.


A Intelek- perkembangan tubuh badan.
B Jasmani- perkembangan minda.
C Rohani- perkembangan perasaan dan hati.
D Jasmani- pengawalan perasaan.

20 Beriadah dikatakan penting untuk kesihatan _______________ dan ______________.


A jasmani, rohani
B fizikal, mental

3
C emosi, mental
D jasmani, emosi

21 Perbuatan pahala dan dosa digariskan dalam aspek


A jasmani
B emosi
C intelek
D rohani

22 Insan yang mempunyai unsur ___________ yang teguh dan taat beribadat kepada Tuhan akan
mencapai kecemerlangan hidup.
A intelek
B kerohanian
C jasmani
D emosi

23 Suraya ingin mendapatkan kekuatan rohani dalam dirinya. Oleh itu dia hendaklah
A membaca buku.
B menghadiri kelas tuisyen.
C mematuhi ajaran agama.
D berserah pada nasib.

24 Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri?


A Keperibadian atau perwatakan individu yang menunjukkan identiti keseluruhannya.
B Perasaan bersemangat untuk mendapatkan kemenangan.
C Kesungguhan dalam menangani sebarang masalah.
D Kemahiran teknikal dan manipulatif.

25 Sebagai seorang yang bertamadun, kita mesti mempunyai ilmu dari aspek
A kebendaan dan intelek.
B keduniaan dan akhirat.
C kerohanian dan kekayaan.
D emosi dan jasmani.

26 Perkembangan diri individu perlu dimiliki secara seimbang dan _________________.


A menyeluruh.
B selari.
C selaras.
D sempurna.

27 Kelemahan diri perlu diperbaiki. Pencapaian diri pula perlu


A dikongsi
B dinilai

4
C dikomen
D disebar

28 Bersenam adalah salah satu cara mencapai keseimbangan dari aspek jasmani kerana
A hidup cergas dengan bersenam.
B mengamalkan amalan yang positif.
C mengelakkan dari serangan penyakit.
D berusaha menyelesaikan masalah berat badan.

29 Kita menggunakan unsur ___________________untuk memahami peraturan dan undang-


undang.
A intelek
B rohani
C jasmani
D emosi

30 Orang yang berintelek akan membuat pertimbangan dan _________________ sebelum


bertindak.

A penaakulan
B perancangan
C perbezaan
D pengunjuran

31 Mengapakah keperluan ekonomi dalam keluarga merupakan faktor utama yang wajar diberi
perhatian atau petimbangan?
A Hidup perlukan makanan dan tempat tinggal yang sempurna.
B Kehidupan bukan di alam fantasi.
C Anak dan ahli keluarga yang lain adalah satu tanggungjawab.
D Kehidupan yang sempurna dan impian semua ahli keluarga.

 Kempen keluarga penyayang


 Sayangi keluarga anda

32 Pernyataan di atas merujuk kepada peranan kejayaan ke arah pembentukan keluarga bahagia
di negara ini. Mengapakah kerajaan cuba memantapkan institusi kekeluargaan?

A Supaya keluarga mempunyai pendapatan yang cukup


B Supaya mesyarakat cemerlang
C Supaya tiada kepincangan dalam masyarakat
D Supaya gejala sosial negatif dapat dibendung

5
Keluargaku, aku sayang padamu
Anakku, engkau tidak tahu betapa dalamnya cintaku padamu

33 Pernyataan di atas merupakan impian murni seorang ibu bapa yang begitu prihatin terhadap
keluarganya. Apakah yang mungkin dilakukan oleh ibu bapa itu untuk mencapai impian itu?

A Memastikan semua keperluan keluarganya berada dalam keadaan baik dan terurus
B Bekerja mengumpul wang yang banyak
C Memberi didikan agama kepada anak
D Menyuruh ibu menjaga anaknya dengan baik

Mengukuhkan institusi keluarga

 Menambah pendapatan keluarga


 Memastikan keperluan keluarga
dipenuhi

34 Apakah kebaikan yang mungkin diperolehi apabila semua pihak cuba untuk mengukuhkan
institusi keluarganya?

A Negara maju dan membangun


B Gejala sosial negatif dapat dibendung
C Kurang berlaku konflik dalam keluarga
D Keluarga menjadi bertambah besar

35 Kenduri-kendara merupakan salah satu cara menjalin hubungan erat dengan ahli keluarga
kerana semua ahli keluarga akan dapat berkumpul dan saling tolong-menolong bagi
menjayakan majlis itu. Wajarkah aktiviti ini diteruskan?

A Ya kerana ia dapat mengurangkan perbelanjaan.


B Ya kerana ia langkah ke arah perpaduan.
C Ya kerana ia merapatkan hubungan silaturahim.
D Ya kerana faedahnya amat banyak.

Konflik dalam keluarga boleh diatasi jika semua


pihak saling bertolak ansur dan boleh berkongsi

6
suka duka bersama.

36 Anda bersetuju dengan pernyataan di atas kerana


A tiada kehidupan tanpa konflik.
B bersama mengatasi konflik.
C ibu bapa punca utama berlaku konflik.
D anak boleh membantu ibu bapa mengatasi konflik keluarga.

 Memberi hadiah kepada ibu bapa


 Menyambut hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa

37 Pernyataan di atas menunjukkan cara untuk menghargai ibu bapa anda dan juga ke arah
pembentukan keluarga bahagia. Mengapakah ia wajar dilakukan?

A Supaya anak tahu pengorbanan ibu bapanya


B Supaya anak menghargai ibu bapanya
C Supaya anak dapat membalas jasa ibu bapanya
D Supaya keluarga bertambah ceria

38 Diantara yang berikut, manakah merupakan ciri-ciri sesebuah keluarga yang cemerlang?
A Ada ibu bapa yang bertanggungjawab
B Mempunyai rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas
C Keluarga yang mengutamakan pendidikan sahaja
D Keluarga yang tidak suka bergantung kepada orang lain

39 Salah satu punca isu pembuangan bayi ialah ibu bapa yang tidak bersedia menerima
kehadiran anak yang baru dilahirkan itu. Pilih pernyataan yang menunjukkan persiapan awal
yang wajar dilakukan ibu bapa sebelum berkeluarga.

A Bekerja bersungguh-sungguh untuk mengumpul wang


B Memilih ahli keluarga yang berada
C Melengkapkan diri dengan ilmu ekonomi dan kendiri yang positif
D Mempelajari hal-hal berkeluarga

 Jodoh dalam keluarga adalah ditentukan oleh ibu bapa.


 Anak tidak ada hak menentukan jodohnya sendiri.

7
40 Anda tidak setuju dengan pernyataan di atas kerana
A jodoh perlu ditentukan oleh diri sendiri
B jodoh akan datang sendiri
C jodoh yang dipilih oleh ibu bapa tidak akan bahagia
D berfikir secara rasional untuk mencari jodoh

~SOALAN TAMAT~

You might also like