You are on page 1of 30

Kajian Novel

Wira Persona Avatari


Ahli Kumpulan :
Aizat, Adzim, Hamizah, Izzati
Tingkatan 2 Cempaka

Guru:

Pn Izzlina

Tarikh :

22 Februari 2011

Markah: /10
Pengahargaan 3
Objektif 4
Pendahuluan 5
Synopsis Setiap Bab 6-12
Tema dan Persoalan 13
Watak dan Perwatakan 14-17
Latar 18-19
Binaan Plot 20-21
Teknik Plot 22-23
Gaya Bahasa 24-26
Niai 27
Pengajaran 28
Isi Kandungan

2
Penghargaan

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk


merakamkan jutaan terima kasih dan
penghargaan kepada guru Bahasa Malaysia
kami, Puan Izzlina, kerana telah memberi tunjuk
ajar sehingga kami dapat menyiapkan projek ini.

Tidak ketinggalan, kami ingin merakamkan


penghargaan kepada ahli keluarga kami yang
telah memberi banyak sokongan dan bantuan
dalam projek ini serta rakan – rakan dari kelas 2
Cempaka kerana telah memberi maklumat
tentang projek ini secara terperinci.

3
Objektif Kajian
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya
jalankan
1. Mengkaji dan mengetahui jalan cerita Novel “Wira
Persona Avatari” dengan lebih mendalam.
2. Untuk lebih mengetahui watak-watak dan
perwatakan setiap seorang watak.
3. Untuk mengetahui faktor-faktor mempengaruhi
setiap watak dalam Novel.
4. Untuk mengetahui bagaimana watak
mempengaruhi nilai dan unsur patrotisme yang
terdapat dalam Novel.
5. Untuk mengkaji gaya bahasa dan teknik-teknik
yang digunakan di dalam Novel.

4
6. Untuk mengkaji Nilai dan pengajaran yang
terdapat di dalam Novel.
7. Untuk mengkaji pengunaan Bahasa Inggeris yang
terdapat di dalam Novel.

Pendahuluan
Pasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline , Aina dan Anjali sudah bersiap
sedia untuk meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam
3.00 petang. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan, diikuti oleh Anas, Aina, Zuraini,
Pauliune dan Anjali. Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan itu,
seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India. Berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki India itu
berjaya diberkas oleh Adeen dan Anas manakala lelaki Cina dapat meloloskan diri setelah dia
menembak Aina. Aina akhirnya pengsan di atas pangkuan ibunya, Maizan.

Aina merupakan seorang murid yang tabah dan tekun. Semasa waktu rehat. Aina masih berada
di dalam bilik darjahya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolanya melalui jaringan internet.
Zuraini, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai Pertandingan
Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang ditampal di papan kenyataan.

Semasa abangnya, Anas pulang. Aina segera memberitahu Anas tentang Pertanding Avatar itu.
Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang Pertandingan Avatari itu. Mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak
mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu.
Akhirnya mereka mendapat bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa
memenangi Pertandingan Avatari yang pertama dulu. Mereka sudah ada empat orang dalam
pasukan yang akan bertanding nanti. Mereka hanya memerlukan seorang lagi ahli unutk
memenuhi syarat lima orang ahli dalam satu pasukan. Aina mencadangkan Adeen, anak
Profesor Zakri, Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia
akhirnya menarik diri.

5
Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak
Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. Anas dan Pauline berbincang
untuk mencari pengganti kepada Kumar. Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai
Pasukan Zmrud II.

Zuraini merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirinya. Aina memujuk
Zuraini untuk menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli pasukan simpanan.

Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum
muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Salah satu halangan
yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh
itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star milik Pak Cik
Ho. Sebagai akibatnya, Aina, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II kena tembak. Kemudian,
cip mikroelektornik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah dicuri oleh Anjali, ahli Pasukan
Zamrud II sendiri. Kejadian sabotaj inin menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir terkeluar
daripada pertandingan. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan, kemahiran, dan keberanian
ahli-ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan dan permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya.
Pasukan Zamrud II akhirnya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali
kesepuluh.

Sinopsis setiap bab ( 1 – 12)

Bab 1: Poster Misteri.


Novel Wira Persona Avatari bab satu mengisahkan enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina,
Pauline, Anjali, dan Zuriani berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas
bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di
kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir
yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang
mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang
lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh
mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam
itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan
Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah
Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu
menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho
Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina
menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan
di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada
waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster

6
yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke
kantin.

Bab 2: Kamar Bicara.


Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting.
Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan
hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak
disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut “Avatari”, Anas menjadi teruja.
Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah
mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka
menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam
seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan
misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.

Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan
maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu
berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui “Kamar Bicara”,
mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi
janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan
dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo.
Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00
pagi.

Bab 3: Pasukan Zamrud II.


Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang
memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga
sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari
pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka.
Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi
Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak
Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan
pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho.
Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya,
Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga
dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka
memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur
cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba
memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

7
Bab 4: Libasan Pari.
Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star.
Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar
yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas
mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai.
Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina
memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya
terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen.
Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.

Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game
Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada
majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan
dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana
tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang
menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

Bab 5: Senteri Muda.


Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu
Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka
untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.

Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan
permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang
canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut
masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan
yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat
daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS
Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.

Bab 6: Ribut Dalam Cawan.


Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran
McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star.
Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan
supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun,
Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan
pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.

8
Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video
Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun
mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja
lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu
yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline
bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali.
Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

Bab 7: Latihan Tempur


Zuriani merajuk terhadap Ama kerana sejak akhir-akhir ini Ama telah jarang-jarang bertemu
dengannya. Sejak Ama mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak ada
masa untuk sahabat karibnya itu. Ama mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak
memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Ama mengajak Zuriani
menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Ama sudah ada lima
orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu
ikut sama berlatih. Zuriani bersetuju.

Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Ama, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di
kawasan bukit-bukau dan belukar. Semasa berehat, Ama mengorek rahsia Anjali tentang sebab
dia menggunakan nama “Anjali” padahal nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali kemudiannya
mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan
Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam
permainan video Robot War.

Setélah keluar dan kawasan bukit-bukau dan belukar, mereka beriatih tempur pula di tepi pantai
dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran untuk
mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur. Semasa latihan
silat, Cikgu Nisah mendapati Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu
Nisah memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pauline cemburu akan Anjali yang rapat
dengan Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki
berdasarkan pengalamannya sendiri.

Bab 8: Cabaran Bermula


Pagi Sabtu. Para penonton sudah mula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar
Kompleks Beli-belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin
besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa
PertandinganAvatari ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan
komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dan seluruh
dunia. Halim memberikan keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama,
setiap pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok
dalam ruang siher misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua.
Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dan Malaysia, iaitu Pasukan

9
Zamrud II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci. Para
penonton memberikan tepukan.

Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada
di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap
pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, makiumat, dan sebarang keperluan lain
sernasa pertandingan.Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona
Badang untuk mewakili mereka, iaitu watalc wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi
saringan pertama Pertandingan Avatari ialah zaman prasej arah. Avatar-avatar pasukan yang
mengambil bahagian berhadapan dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai
halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zarnrud II sudah
berjaya memperoich pasu emas yang terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sudah
hampir pasti untuk layak ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang
mengandungi pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

Bab 9: Juara Songsang


Ahli-ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat
dengan merampas buah cempedak aneh tersehut. Mereka sungguh kecewa. Tiha-tiba Adeen
mem.beritahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II helum berakhir dan rnengarahkan
mereka mencari pasu emas itu d atas Ian tai terowong. Pasukan Aura Suci telab dibatalkan
penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan
Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu.
Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan
kedua. Juruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan hahawa dalam
pusingan kedua ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari
pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata
yang diselesaikan oleh mereka.

Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua.
Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting
mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud 11 mula resah. Adeen yang lebih
tertekan. Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip
yang sama pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada
dan lengkap dengan cip mikroelektronik. Adeen segera memasang cip itu.

Para ahli Pasukan Zamrud II sudab bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan
kepada teka silang kata, iaitu “buaya”. Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II
memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu pada zaman
Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke
kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen

10
mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuii Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta
karun. Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

Bab 10: Malaysia Serba Boleh


Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan
bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan
akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih
memanah. Ama memilih congkak. Anas rnemilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila
pusingan ketiga tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di
tempat ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia herkongsi markah dengan
Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu
pemecah sen akan diadakan.

Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk ke
pertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di
dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui
Ama meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

Bab 11 :Jutawan Muda


Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Ama telah dibawa ke hospital. AhJi Pasukan
Zamrud II tidak dapat bersama dengan Ama di hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada
peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana
keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan
satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati
terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Ama
telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Ama.

Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bulk
persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia
mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud
II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu.

Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima
pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi rnasalah yang sama, iaitu mengubah sejarah
dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-
mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga
menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan
mendapat hadiah RM1 juta.

Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan
Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke
Timur Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat

11
memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan
menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah,Adeen menggunakan sepenuh kepakaran
dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal
in Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai
pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud

II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat
negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah
diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Bab 12: Perangkap Musang


Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg
yang dicurigai itu akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana
di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud TI dan
Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam keadaan riuh-rendah itu tentu “Si musang” akan
menyelinap keluar untuk mengambil haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan
terkejut apabila mendapati “si musang” itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila
ditegur oleh Pak Cik Tan.

Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segalagalanya. Anjali melakukan
perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya, iaitu Muthu, yang merupakan ketua samseng yang
hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan
bersimpati terhadap Anjali.

Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat
keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita
melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut
Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

12
Tema

Memupuk semangat patriotisme melalui penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan


remaja. Aina, baru sahaja mencecah usia 12 tahun, tetapi dengan kebolehannya dalam bidang
teknologi maklumat, bersama-sama dengan rakan-rakan remajanya yang lain telah menaikkan
imej negara di persada dunia dengan memenangi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali
kesepuluh.

Persoalan

a. Kerja sepasukan (team work) adalah penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Ahli-ahli
Pasukan Zamrud II telah memberikan kerjasama serta komitmen yang padu dalam
Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Walaupun menghadapi pelbagai
masalah, rintangan, dan cabaran, tetapi akhirnya mereka berjaya.

b. Unsur perpaduan merupakan salah satu faktor penting untuk membangun dan memajukan
negara yang berbilang bangsa. Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani telah
membuktikan bahawa bangsa yang berbeza boleh bersatu dan bekerjasama untuk
mencapai kejayaan.

13
c. Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi suatu keperluan dan gaya hidup baru
dalam kehidupan moden. Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada
internet. Encik Ho Shao Long menjalankan perniagaan dengan membuka kafe siber.

d. Ketajaman dan kecerdasan remaja dapat dilatih sejak usia awal kanak-kanak. Adeen
digalakkan oleh bapanya, iaitu Profesor Zakri, menggunakan komputer sejak dia kecil
lagi. Sekarang Adeen sedang mengambil kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di
Koridor Raya Multimedia.

e. Kekayaan boleh menjadikan seseorang itu angkuh dan sombong. Kumar yang merupakan
anak jutawan rangkaian kedai barang kemas bersikap ego dan panas baran.

f. Persekitaran membentuk sahsiah seseorang. Anjali hidup dalam keluarga yang


bermasalah. Anjali dibesarkan oleh abang nombor duanya, iaitu Muthu, yang merupakan
seorang ketua samseng.

Watak dan Perwatakan


a. Watak-watak utama : Aina dan Anas.

b. Watak-watak sampingan : Adeen, Pauline, Anjali, Kumar, Ho Shao Long, Tan Beng
Kiat, Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ah Kong, dan Samy.

c. Watak-watak yang hanya disebut nama mereka : Profesor Muhamad Fitri Izzati (bapa
Anas dan Aina), Profesor Zakri (bapa Adeen), Encik Kuppusamy (bapa Kumar), Muthu
(abang Anjali), Chan Kok Meng, Mak Cik Nora, dan Vick

Huraian Watak dan Perwatakan


Aina
a. Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam.

b. Aina anak kepada Profesor Muhamad Fitri Izzati dan adik kepada Anas.

c. Aina berbadan kecil.

d. Aina seorang yang pintar. Rakan-rakan sekelasnya menggelarnya si cili padi.

e. Aina cekap menggunakan komputer. Dia membuat kerja sekolahnya dengan mencari
bahan daripada sumber internet.

14
f. Aina merupakan salah seorang ahli dalam Pasukan Zamrud II.

g. Aina mahir bersilat. Dia mempelajari silat di sekolah dan juga dengan Cikgu Nisah.

h. Aina berani dengan bertindak menghalang laluan penceroboh yang memasuki bilik
persalinan Pasukan Zamrud II. Sebagai akibatnya, dia ditembak.

i. Aina mengambil berat dan mengamalkan aspek keagamaan. Sejak kecil dia memakai
tudung.

j. Aina berprinsip dan tetap pendirian serta kritis. Semasa Pak Cik Ho memberitahunya
bahawa dia tiada pilihan dan terpaksa membeli satu cip yang kontroversial dari Jepun
melalui pasar gelap, Aina menegaskan bahawa yang salah tetap salah kepada Pak Cik Ho.

Anas
a. Anas remaja berusia 17 tahun dan sedang belajar dalam tingkatan lima.

b. Anas anak kepada Profesor Muhamad Fitri Izzati dan abang kepada Aina.

c. Anas mahir mengendalikan komputer.

d. Anas mahir dalam pertandingan catur. Kemahirannya bermain catur membantunya


semasa menambil bahagian dalam Pertandingan Avatari.

e. Anas mahir bersilat. Anas bersama dengan Adeen telah berjaya memberkas Samy yang
menceroboh bilik persalinan Pasukan Zamrud II.

f. Anas salah seorang pemain hoki untuk pasukan sekolahnya.

g. Anas belajar satu sekolah dengan Pauline tetapi berlainan kelas.

h. Anas mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Semasa Pertandingan Avatari, Anas merupakan


ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran dan kecekapannya bertindak,
Pasukan Zamrud II muncul sebagai juara.

i. Anas berani. Semasa saat-saat genting terutamanya dalam pusingan akhir Pertandingan
Avatari, Anas dengan berani telah bertindak sedaya mungkin untuk mematikan mesin
masa yang akhirnya membawa kemenangan kepada Pasukan Zamrud II.

j. Anas telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka


apabila dia tamat sekolah nanti.

Adeen

15
a. Adeen remaja berusia 18 tahun. Orangnya tinggi dan berambut pendek.

b. Adeen anak kepada Profesor Zakri, seorang pakar komputer di UTM.

c. Adeen pernah tinggal berjiran dengan keluarga Anas dengan Aina.

d. Adeen mengambil kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya


Multimedia.

e. Adeen tenang, sabar, matang, dan tidak mudah marah. Adeen masih bersikap tenang
walaupun Kumar telah berlaku biadab terhadap dirinya.

f. Adeen berimej rapper. Adeen gemar memakai baju T labuh, berseluar besar longgar,
berkaca mata tebal, dan telinganya disumbat dengan pembesar suara Walkman.

g. Adeen mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang komputer. Hal ini demikian kerana
sejak kecil bapanya, Profesor Zakri telah menggalakkan dia menggunakan computer. Pak
Cik Ho pula tertarik oleh kepakaran Adeen mengubah suai mesin Avatari.

h. Adeen diberi tugas untuk mengendalikan mesin Avatari sepanjang pertandingan berjalan.
Tugasnya sangat penting, iaitu menyusun strategi,memantau, dan memberikan arahan
kepada rakan-rakannya yang berada di medan tempur ruang reality maya itu.

i. Atas kecekapan dan kepakarannya, Adeen berjaya mengatur strategi untuk mematikan
mesin masa. Usaha untuk mematikan mesin masa itu telah berjaya dilaksanakan oleh
Anas dengan bantuan rakan-rakan yang lain.

Anjali
a. Anjali gadis remaja India yang lincah. Nama sebenarnya ialah Laksmini.

b. Anjali mahir bermain mahjong.

c. Anjali dicemburui oleh Pauline kerana kelihatan rapat dengan Anas.

d. Anjali membesar tanpa didikan ibu bapanya. Ibunya telah meninggal dunia. Bapanya
pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Dia dibesarkan oleh abangnya yang kedua,
Muthu yang merupakan seorang ketua samseng. Sebagai akibatnya, Anjali membesar
sebagai remaja yang bermasalah.

e. Anjali keras hati dan kadangkala bersikap ganas dan kejam. Peribadinya terbentuk oleh
persekitaran bandar dan sosial serta keluarganya sendiri.

16
f. Anjali lebih selesa dengan lagak kelelakian oleh sebab dia selalu berkawan dengan budak
lelaki yang kasar.

g. Anjali pakar bermain permainan video. Dalam permainan Robot War, remaja-remaja
lelaki tidak mendapat mengalahkannya.

h. Anjali pada dasarnya seorang gadis yang baik, tetapi keadaan telah memaksa dia
melakukan perkara-perkara yang negatif. Dia mencuri cip mikroelektronik dari mesin
Avatari Pasukan Zamrud II adalah atas arahan abangnya, Muthu. Dia sendiri tidak
bersetuju dengan perbuatan itu malah menyesali tindakannya itu.

Pauline
a. Pauline remaja berusia 17 tahun. Anak tunggal kepada Encik Ho Shao Long dan Puan
Angie.

b. Pauline pelajar tingkatan lima. Dia belajar di sekolah yang sama dengan Anas tetapi
berlainan kelas.

c. Pauline berkawan rapat dengan Anas semasa kecil kerana mereka tinggal berjiran.

d. Pauline bercita-cita menjadi seorang peguam kerana dia seorang yang kritis dan suka
berhujah.

e. Pauline cepat bertindak apabila tercabar. Dia mencabar Kumar supaya meninggalkan
Pasukan Zamrud II, setelah Kumar menunjukkan sikap sombong dan memperkecil
kemampuan ahli-ahli Pasukan Zamrud II untuk memasuki Pertandingan Avatari.

f. Pauline mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia belajar wushu dengan Pak Cik Tan.

g. Pauline menyimpan perasaan kasih terhadap Anas. Perasaan cemburunya terhadap Anjali
adalah buktinya. Pauline tidak senang apabila Anjali rapat dengan Anas.

h. Pauline seorang yang pendendam. Semasa menjalani latihan tempur dibawah bimbingan
Cikgu Nisah, Pauline betul-betul bergaduh dengan Anjali. Dia betul-betul mahu
mencederakan Anjali.

Kumar

17
a. Kumar remaja lelaki India berusia 15 tahun. Anak bongsu kepada Encik Kuppusamy,
seorang jutawan rangkaian kedai barang kemas ternama di Malaysia.

b. Kumar remaja yang bermasalah. Mungkin kerana kedudukannya sebagai anak bongsu
kepada seorang jutawan menjadikan dirinya sombong dan angkuh. Semasa Adeen
menghulurkan tangan hendak bersalam dengannya, Kumar teragak-agak untuk
menyambut salam itu.

c. Kumar tidak sabar dan panas baran. Semasa menunggu ketibaan Adeen di pusat
permainan video Game Star, Kumar menunjukkan reaksi yang biadab kerana Adeen
lambat tiba. Kumar bercakap dengan nada suara yang tinggi untuk menunjukkan emosi
marahnya.

d. Kumar bersikap sinis dan memperkecil orang lain. Kumar menyindir dan
memperlekehkan kebolehan dan kemahiran Adeen sebagai pakar komputer untuk
Pasukan Zamrud II.

e. Perangai Kumar amat bertentangan dengan bapanya, Encik Kuppusamy yang terkenal
sebagai seorang yang baik budi pekertinya.

f. Kumar menyesali perbuatannya yang lepas setelah melihat kejayaan Pasukan Zamrud II.

Cikgu Nisah
a. Nama penuhnya ialah Nisah Hj.Nawawi.

b. Seorang guru silat dan bekas sarjan komando.

c. Cikgu Nisah berbadan kecil tetapi garang dan tegas. Suaranya menggerunkan.

d. Cikgu Nisah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang persilatan.

e. Cikgu Nisah bersemangat tinggi. Dia ingin melihat Anas, Aina, Adeen, dan Pauline
berjaya dalam Pertandingan Avatari. Kerana itu, Cikgu Nisah menjalankan latihan yang
intensif dan keras kepada pelatih-pelatihnya agar mereka dapat menghadapi Pertandingan
Avatari yang pasti lebih mencabar.

f. Cikgu Nisah memegang prinsip otak yang cergas hanya datang daripada tubuh badan
yang sihat.

Pak Cik Ho (Ho Shao Long)


a. Bapa kepada Pauline.

18
b. Beliau bekas ahli Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor Muhamad Fitri Izzati dan
tiga yang lain, yang telah memenangi Pertandingan Avatari yang pertama sepuluh tahun
yang lalu.

c. Beliau pemilik pusat permainan video Game Star.

d. Beliau baik hati. Beliau sanggup membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan mesin
Avatari milik Pasukan Zamrud di kedainya.

e. Walaupun sudah berumur, Pak Cik Ho tetap bersemangat seperti orang muda yang mahu
belajar dan melakukan perkara-perkara yang baru. Pak Cik Ho berminat hendak tahu
tentang cip baru yang diperkenalkan Adeen yang lebih hebat daripada cip di dalam CPU
Voltra miliknya.

Pak Cik Tan (Tan Beng Kiat)


a. Pak Cik Tan lelaki Cina yang berbadan kurus dan berusia lewat enam puluhan.

b. Dia menjadi pengurus kedai permainan video Game Star milik Pak Cik Ho.

c. Walaupun rambutnya sudah beruban, dia masih sihat dan tegap kerana dia mengamalkan
senaman tai chi dan minum teh ginseng.

d. Dia sudah bekerja dengan keluarga Pak Cik Ho lebih daripada 30 tahun.

e. Dia seorang pekerja yang setia dengan majikannya.

Latar
Latar tempat
a) Kompleks memebeli belah
 tempat Pertandingan Avatari Kebangsaan kali ke sepuluh diadakan.
b) Dirumah Aina
 tempat tinggal Aina dan Anas. Di rumah ini juga tempat Aina dan Anas
berbincang tentang cara-cara untuk menyertai Pertandingan Avatari kali
kesepuluh.
c) Di pusat permainan video Game Star

19
 tempat Pak Cik Ho menyimpan mesin Avatari kepunyaan Pasukan Zamrud yang
memenangi Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun yang lalu.
d) Di retoran McDonalds
 tempat Anas dan Pauline makan tengah hari sementara menantikan Adeen
mengubah suai mesin Avatari di pusat permainan video Game Star.
e) Di kawasan bukit
 bakau dan belukar di Batu Layar- tempat ahli Pasukan Zamrud 2 menjalani
latihan kecergasan fizikal dengan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah telah meniggalkan
mereka selama sejam setengah jam dalam belukar tersebut supaya mereka dapat
mencari jalan keluar sendiri.
f) Di sekolah
 tempat Aina dan Zuraini belajar
g) Lokasi prasejarah
 lokasi ini merupakan lokasi pusingan pertama Pertandingan Avatari. Di sinilah
tempat PAsukan Zamrud11 dikehendaki mencari buah cempedak aneh tetapi
terpaksa menghadapi halangan daripada kumpulan dinosaur prasejarah.
h) Mesir (Zaman Firaun)
 dalam pusingan ketiga Pertandingan Avatari, PAsukan Zamrud 2 dikehandaki
mencari tongkat Nabi Musa di dalam makam Firaun yang terletak di kawasan
padang pasir.

Latar Masa
a) Pada petang Sabtu
 Anas, Aina, Adeen, dan Pauline mula-mula menjalani latihan kecergasan degan
Cikgu Nisah.
b) Pada Hari Ahad bulan Disember
 Pusingan akhir pertandingan Avatari kali kesepuluh sedang berlansung di
Kompleks Beli-belah Anggun.
c) Pada waktu malam
 Aina dan Anas melayari internet untuk mengetahui lebih lajut tentang
Pertandingan Avatari kali kesepuluh. Kemudian, Anas berdebat dan bertukar-

20
tukar hujah secara jarak jauh dengan Aya Morita, seorang gadis Jepun dari sebuah
kafe hiburan di Tokyo.

Latar Masyarakat
a) Masyarakat yang celik computer dan teknologi maklumat. Aina membuat kerja
sekolahnya melalui sumber daripada internet. Adeen pula sangat mahir mengendalikan
program dan perkakasan computer.
b) Masyarakat yang terdiri daripada golongan terpelajar. Bapa Aina dan Anas, iaitu Profesor
Dr. Muhammad Fitri Izzati merupakan Ketua pasukan penyelidikyang membuat
penyelidikan di Lautan Adaman.
c) Masyarakat yang terdiri daripada golongan pelajar. Aina dan Zuraini belajar di sekolah
rendah manakala Anas dan Pauline belajar di sekolah menengah. Adeen pula pelajar
kursus kejuruteraan computer di kolej khas di Koridor Raja Multimedia.
d) Masyarakat yang menjalankan perniagaan. Ho Shhao Long manjalankan perniagaan
kedai permainan video, iaitu Game Star. Encik Kuppusamy pula merupakn jutawan yang
memiliki rangkaian kedai barangan kemas ternama di Malaysia.
e) Masyarakat yang terdiri daripada golongan samseng, Abang Anjali, Muthu merupakn
ketua samseng yang sering membuat kacau di kedai permainan video milik Ho Shao
Lonh. Muthu telah dibayar oleh Chan Kok Meng, ketua penjenayah yang berselindung
sebagai tokoh korporat.
f) Masyarakat bantu-membantu dan saling bekerjasama. Ahli Pasukan Zamrud 2 saling
membantu ketika berada di setiap lokasi meya Pertandingan Avatari.

21
Binaan Plot
1) Dalam bahagian permulaan, pembaca diprkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu
Adeen, Aina, Anas, Pauline, Anjali dan Zuraini yang sedang berjalan menuju ke bilik
persalinan. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan itu dan ternampak dua orang
lelaki menceroboh bilik itu. Penceroboh tersebut berbangsa India dan Cina. Lelaki India
dapat diberkas tetapi lelaki Cina dapat meloloskan diri stelah menembak Aina.

2) Dalam bahagian perkembangan, secara imbas kembali, Aina sedang membuat kerja
sekolah semasa muri-murid lain sedang menikmati waktu rehat. Zuraini dating dan
memberitahu Aina tentang poster Pertandingan Avatari yang dipamerkan di kantin
sekolah. Di rumah, Aina berbincang dengan abangnya, Anas untuk mencari maklumat
lanjut tentang Pertandingan Avatari menerusi internet. Mereka mendapat
bantuandaripada Pak Cik Ho untuk menyediakan computer reality maya dan perisian
Avatari

3) Konflik mula berlaku apabila Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II menarik diri.
Empat ahli Pasukan Zamrud II yang lain, iaitu Adeen,Anas,Aina, dan Pauline
kebingungan dengan tindakan Kumat itu. Akhirnya Anjali menjadi pengganti Kumar.
Namun, kehadiran Anjali dicemburui Pauline kerana Anjali kelihatan sangat rapat dengan
Anas. Jalan cerita menjadi semakin menarik apabila pertandingan bermula. Dalam
pusingan pertama, Pasukan Zamrud II telah berjaya mendapat pasu emas seperti yang
dikehendaki oleh pihak penganjur, tetapi pasu emas itu telah dirampas oleh Pasukan Aura
Suci. Namun kemudiannya, Pasukan Zamrud II layak ke pusingan kedua kerana
penyertaan Pasukan Aura Suci telah dibatalkan lantaran tindakan mereka yang tidak
bermoral itu. Semasa pusingan kedua hendak bermula, salah satu cip mikroelektronik
mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah hilang. Sebagai akibatnya, Pasukan Zamrud II
tidak dapat memulakan pertandingan. Nasib menyebelahi mereka kerana Adeen Berjaya
mendapat cip mikroelektronik gentian yang diperoleh daripada papan litar gentian yang
dibawa oleh Pak Cik Tan. Dengan itu, Pasukan Zamrud II dapat meneruskan
pertandingan dan Berjaya memasuki pusingan ketiga. Apabila pusingan ketiga tamat,
Malaysia yang diwakili oleh Pasukan Zamrud II telah seri dengan Thailand dan Republik
Rakyat China. Namun, Malaysia bernasib baik kerana memenangi persaingan pemecah
seri dan layak ke pusing akhir.

22
4) Pada bahagian klimaks atau kemuncak, plot kembali ke peristiwa semasa, keadaan di
bilik persalinan masih tegang, walaupun Aina telah dibawa ke hospital. Kerana kejadian
yang menimpa Aina itu, ahli-ahli Pasukan Zamrud II hendak menarik diri daripada
bertanding. Namun, Pak Cik Ho menghalang niat mereka itu kerana Aina telah stabil.
Zuraini mengambil alih tempat Aina. Pusingan akhir Pertandingan Avatari Kebangsaan
dimulakan. Dalam pusingan akhir ini, setiap pasukan diberi peluang untuk mengubah
sejarah dunia dengan menggunakan mesin masa. Mereka boleh pergi ke mana-mana
masa atau zaman. Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu
perajurit Melaka melawan Portugis, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, dan Rusia telah
memilih destinasi masing-masing. Semua pasukan telah masuk ke dalam mesin masa.
Pasukan Rusia yang terakhir memasuki mesin masa. Tiba-tiba Anas tersedar bahawa
pasukan dari Rusia itu mesti dihalang, kerana jika Rusia Berjaya, bermakna pihak musuh
Islam telah memperoleh kejayaan moral. Untuk menghalang niat pasukan Rusia itu,
mesin masa itu perlu dimatikan. Sementara itu, avatar-avatar dari Rusia, Amerika
Syarikat, Jepun, dan Australia menyerang pasukan Malaysia. Keadaan menjadi sangat
kritikal. Pasukan Rusia sedar bahawa pasukan Malaysia hendak memusnahkan mesin
masa. Namun atas keberanina dan kepakaran ahli-ahli kumpulan Malaysia, akhirnya
mesin masa itu Berjaya dimatikan. Dalam beberapa saat kemudian, semua lampu
terpadam. Kemudian lampu dinyalakan menandakan bahawa Pertandingan Avatari sudah
tamat. Pasukan Zamrud II dari Malaysia telah dipilih sebagai pemenangnya.

5) Pada pengakhiran atau peleraian cerita, pendeta tua menerangkan sebab-sebab Pasukan
Zamrud II dari Malaysia diberi kemenangan. Pak Cik Tan yang bersembunyi di dalam
bilik persalinan akhirnya telah Berjaya menangkap orang yang mensabotaj Pasukan
Zamrud II dengan tujuan untuk menggagalkan perjuangan mereka. Orang itu ialah
Anjali.

23
Teknik Plot
a) Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh Pasukan Zamrud II
dalam pertandingan Avatari. Contohnya:

Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka dalam


saringan pertama. Badang, watak wira dalam Sejarah Melayu, difikirkan watak paling
sesuai untuk melambangkan aspirasi pasukan mereka. Empat buah avatar Badang yang
sama rupa itu sah Berjaya memasuki ruang siber. Hanya nombor satu hingga empat di
baju mereka yang membezakan mereka. (hal. 111)

b) Teknik dialog
Banyak terdapat dialog antara watak-wataknya. Contohnya:

“Hah bagaimana, nak dating petang ni?” gesa Aina apabila melihat kawannya
masih diam.
“Baiklah, Zu datang. Di mana kita nak jumpa?”
“Zu datanglah ke rumah Aina. Kita pergi bersama-sama dengan Abang Anas.”
“Setuju?”
“Tentu sekali, setuju!” (hal.86)

c) Teknik imbas kembali


Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya
termasuklah Aina yang membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia
boleh terlibat dalam Pertandingan Avatari. Contohnya:

Aina yang masih di pangku ibunya tidak dapat berkata apa-apa. Matanya
berpinar-pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara separuh sedar
itu, fikirannya melayang-layang memikirkan kenapa dia sanggup menentang ibunya dan
memasuki pertandingan itu? Mindanya yang semakin lemah itu cuba juga mencari
jawapan. (hal. 8)
d) Imbas muka
Aina mengajak Zuraini menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli simpanan. Siapa yang
akan bertanding pada hari sebenar akan diputuskan kemudian. Zuraini memang benar-
benar bertanding dalam pusingan akhir Pertandingan Avatari Kebangsaan menggantikan
Aina yang telah cedera terkena tembakan. Contohnya:

“Itu Zu jangan risau. Anggap beres. Kita kan boleh ada ahli pasukan simpanan.
Siapa yang akan bertanding pada hari sebenar nanti biar kita putuskan kemudian.
Yang penting, Zu sertai kami dan turut ikut latihan.” (hal. 85 – 86)

e) Teknik monolog
Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina. Contohnya:

24
“Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,” kata Anas
sendirian. (hal. 37)

f) Teknik minolog dalaman


Pauline memikirkan kata-kata Anas yang mahu mempelawa Anjali sebagai ahli kelima
pasukan Zamrud II. Contohnya:

Ahli yang kelima? Tanya hati Pauline lagi. Apa maksud Anas? Budak
perempuan itu? Ah, tak mungkin! (hal. 81)

g) Teknik saspens
Ahli Pasukan Zamrud II tertanya-tanya apakah yang telamengh terjadi kepada Aina
sewaktu Aina terjatuh ke dalam sebuah lubang semasa berada di padang pasi di Mesir.
Contohnya:

Sedang mereka terfikir-fikir apa yang harus dilakukan, Pauline ternampak


sesuatu pergerakan di dalam pasir berhampiran. Dia segera menguit kepada rakan-
rakannya yang lain untuk memandang kea rah pergerakan itu. Mereka bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan. Adakah yang kan muncul di hadapan mereka itu
binatang atau makhluk apa? (hal. 135)

h) Teknik Kejutan
Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen merupakan sesuatu kejutan bagi
Anas dan Pauline, kerana Aina telah mengucapkan kata-kata di luar jangakaan mereka.
Contohnya:

“Tapi abang jangan cuba nak mengurat amoi ni, sebab ….sebab….. abang Anas
dah cup dia.” (hal. 55)

25
Gaya Bahasa

Diksi
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan
dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeran serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Contoh kata – kata tersebut seperti modul litar, cip mikroelekronik, ruang siber, realii maya,
kamar bicara, dan sebagainya.

Ayat
(a) Ayat pendek. Contohnya:
● Zuriani berfikir sejenak.
● Zuriani tersengih lagi.
●“Masuk?”
● Anas terdiam.
● Mata Aina terbeliak.
(b) Ayat panjang. Contohnya:
● Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap petang Selasa dan Khamis banyak
memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiran hidup berdikari.
● Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di kawasan hiburan
Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar jawapan Hang Tuah dengan te –
liti melalui skrin computer multimedianya.

Simile
Banyak unsur simile digunakan oleh pengarang. Contohnya :
(a) Hidup manusia semakin sintetik seperti kad plastik yang sudah menggantikan wang
kertas.
(b) Sakitnya terlalu pedih seperti dilibas seekor pari.
(c) Kalau ikatan bersama dalam satu pasukan itu kuat, makaribut yang berlaku itu tidak
ubah seperi rebut dalam cawan.
(d) Walaupun dia tahu Anjali ikhlas, panggilan Anjali itu terasa seperti bunyi halilintar
membelah bumi di telinganya.

26
Personifikasi
Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu
dimasukkan oleh pengarang. Contohnya:
(a) Petang ini semakin tua.
(b) Kipas siling berputar ligat.
(c) Hati kecil Anas mencabar mindanya.
(d) Adeen, Anas, Aina dan Pauline diam kerana minda mereka masih mencengkam
hatinya.
(f) Tepukan gemuruh menyambut ucapan Halim.

Sinkope
Pengarang menggunakan sinkope atau singaktan kata, bersesuaian dengan gaya bahasa dialog.
Contohnya:
(a) “Papa ni ... kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat ganda
daripada pelaburan papa tu,” usik Pauline pula.
(b) “Hei amoi, cakap tu baik – baik sikit ya. Aku ada di sini pun bukan kerana aku suka, tau.
Kalau tak kerana desakan papaku, jangan harap aku nak datang”.

Metafora
Unsur gaya bahasa metafora digunakan juga. Contohnya:
(a) Memang ayah pelita hidup ibu.
(b) Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bias kata –
kata Kumar.

Peribahasa
Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang. Contohnya:
(a) Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
(b) Menunggu buah yang tidak mahu gugur.
(c) Perigi mencari timba.

Falsafah / Kata – kata Hikmat


Falsafah hidup atau kata – kata hikmat turut digunakan oleh pengarang. Contohnya:
(a) Dalam dunia ini, memang kita perlu membuat keputusan dan pilihan yang tidak dapat
memenangi dan memuaskan hati semua pihak.
(b) Tiada guna melawan api dengan api. Dia lebih suka menjadi air yang sentiasa sejuk dan
tenang.
(c) Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum ajal. Selagi
ada nyawa, selagi itu ada daya.

27
Penggunaan Bahasa Inggeris
(a) Hanya laungan kecemasan “Mayday, Mayday” dari dek katamaran itu yang terakhir
diterima sebelum kapal itu ghaib.
(b) Penyemak lewa atau browser Internet yang sudah dilancarkan.
(c) Kolej itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai intellectual quotient atau I.Q yang
tinggi.
(d) “Macam rapper saja. Habislah kita. Tahukah dia guna komputer?”

28
Nilai
(a) Baik hati. Contohnya, Pak Cik Ho bermurah hati dengan membenarkan Pasukan Zamrud
II menggunakan mesin komputer Avatari milik pasukannya, iaitu Pasukan Zamrud. Pak
Cik Ho turut membenarkan Pasukan Zamrud II menjalani latihan untuk menghadapi
Pertandingan Avatari ddi pusat permainan video miliknya.

(b) Bersimpati. Contohnya, Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali setelah Anjali mencerit –
akan latar belakang hidupnyayang sebenar, iaitu bagaimana dia dibersarkan dalam kelua –
ga yang bermasalah.

(c) Kerjasama. Contohnya, Anas, Adee, Aina, Pauine dan Zuriani memberikan kerjasam
yang padu dengan berlatih bersungguh – sungguh bagi menjamin kemengan kepada Pasukan
Zamrud II dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

(d) Hemah tinggi. Contohnya, Adeen merupakan seorang yang berjiwa besar dengan tidak
memarahi atau mengambil hati tingkah laku biadab Kumar terhadap dirinya. Adeen
menganggap Kumar masih muda dan mentah.
(e) Keberanian. Contohnya, Anas, Adeen, Aina dan ahli Pasukan Zamrud II yang lain
denganberani mnghadapi dua orang lelaki yang menceroboh bilik persalinan mereka.

(f) Keyakinan. Contohya, ahli – ahli Pazukan Zamrud II mempunyai sebelum dan semasa
bertanding dalam Pertandingan Avatari. Kerana keyakinan inilah, mereka akhirnya
muncul sebagai juara.

(g) Ketekunan. Contohnya, para ahli Pasukan Zamrud II gigih berlatih dari segi fizikal
mahupun mental. Walaupun latihan yang dilalui mereka iru amat meletihkan fizikal dan
emosi, mereka meneruskan juga supaya mereka mempunyai daya saing yang tinggi bagi
menghadapi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

(h) Kesyukuran. Contohnya, Aina amat bersyukur atas kemenangan Pasukan Zamrud II yang
telah memenanagi Pertandingan Avatari Kebangsaan kesepuluh. Aina juga bersyukur
kerana ayahnya yang hilang di laut sejak enam bulan yang lalu telah ditemui dengan
selamat.

29
Pengajaran
(a) Kita janganlah cepat menilai seseorang itu sebagai negative hanya dengan melihat segi
luarannya. Contohnya, Kumar yang bertindak memperkecil – kecil kebolehan Adeen
hanya dengan menilai segi luaran Adeen dengan imej rapper itu.

(b) Kita janganlah bertindak terburu – buru. Contohnya, Kumar bertindak terburu – buru
meninggalkan Pasukan Zamrud II ganya kerana tidak yakin peralatan mesin Avatri di
pusat permainan video Game Star yang kelihatan antik itu. Akhirnya, Kumar menyesal
setelah melihat kemenangan Pasukan Zanrud II.

(c) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan dan cabaran jika hendak berjaya. Contohnya,
ahli – ahli Pasukan Zamrud II menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan dugaan
dugaan dengan tabah, sama ada semasa semasa menjalani latihan, dan juga semasa
menjalani pertandingan. Berkat ketabahan dan kesabaran, akhirnya mereka berjaya
menjadi juara.

(d) Kita haruslah berlajar dari kesilapan. Contohnya, Kumar menyesal atas perbuatannya
yang lepas setelah melihat kemenangan Pasukan Zamrud II menjadi juara dalam Pertan –
dingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

(e) Ibu bapa dan ahli keluarga yang dewasa perlu member didikan dan kasih saying yang
secukupnya kepada anak – anak di bawah jagaanya. Contohnya, Anjali yang tidak dapat
didikan yang daripada abangnya. Sebagai akibatnya, Anjali membesar sebagai seorang
gadis yang bermasalah.

30

You might also like