You are on page 1of 5

Bilangan jurnal 1

Minggu praktikum Pertama


Tarikh peristiwa / kejadian 17 Januari 2011
Tajuk jurnal Minggu pertama di SK Shah Alam

Minggu Pertama Di SK Shah Alam

Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Ishak

Bin Mohd Khalid, Guru Besar, SK Taman Repok, Sarikei. Kami memperkenalkan diri dan

menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami

tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan,

guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas

staf sokongan;

- latar belakang murid dan masyarakat setempat;

- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas

kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah kamipun

berjumpa dengan Encik Ghafur Mohammad, guru pembimbing praktikum kami. Encik Ghafur

Mohammad memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan

pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Semester Bahasa Inggeris dan Pendidikan
Seni Visual. Saya diagihkan 4 waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4A, 6 waktu Tahun

5B

dan 2 waktu Pendidikan Seni Visual Tahun 5A. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam

penyediaan kedua-dua rancangan semester tersebut kerana telah menghadiri bengkel penulisan

rancangan pengajaran ketikan di institut. Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah mata

pelajaran dengan format dan contoh rancangan semester, mingguan dan rancangan pengajaran

harian.

Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian

pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut

saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas,

penggunaan ICT dan pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Ghafur Mohammad memanglah

seorang

guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya

buat

semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya.

Pada hari keempat, Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Semester Bahasa

Inggeris dan PSV kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu saya

masuk ke dalam Kelas 5A bersama Cikgu Abdul Latif, guru Pendidikan Seni Visual. Saya amat

kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian

yang menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah mengapa beliau

selalu

dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di peringkat Bahagian Sarikei.

Selepas itu membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian dan bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua

Bilangan jurnal 2
Minggu praktikum Minggu ke dua
Tarikh peristiwa / kejadian 24Januari 2011
Tajuk jurnal Bermula segala aktiviti

Pada hari Isnin bagi minggu ke dua, saya dan rakan-rakan datang seperti biasa iaitu pada pukul

7pagi kami sudah berada di sekolah SK Shah Alam. Suasana seperti biasa hati berdebar kerana

guru-guru di situ ada sesetengahnya tidak ambil peduli. Dan seperti biasa juga sesampainya kami

di sekolah itu kami terus naik ke pejabat untuk menandatangani buku kehadiran guru. Pada jam

7.30 loceng di sekolah itu berbunyi ini menandakan waktu untuk perhimpunan bermula. Saya

dan rakan-rakan bergegas ke tapak perhimpunan. Seperti biasa kami duduk di bahagian belakang

ini tempat sudah penuh dengan kehadiran guru sekolah itu. Semasa perhimpunan dijalankan saya

mendapati guru-guru di sekolah ini tidak memberi perhatian dan kerjasama semasa sesi

perhimpunan dijalankan. Guru-guru di situ asyik bersembang dan tidak endah dengan ucapan

guru besar. Mereka seolah-olah tidak heran dengan kehadiran orang-orang yang berjawatan

tinggi. Selain itu pelajar juga dapat melihat gelagat guru semasa sesi perhimpunan sedang

dijalankan. Ini tidak dapat memberi contoh terhadap pelajar. Selesai sesi perhimpunan pelajar

dikehendaki masuk ke kelas, guru-guru pula akan mengadakan sesi taklimat yang mengambil

masa 10 minit. Sesi ini mengadakan untuk pemberitahuan tentang aktiviti mingguan atau

pengumuman yang penting untuk guru-guru sekolah itu tahu. Selesai talimat tersebut kami

berempat seperti biasa menuju ke bangunan prasekolah. Untuk makluman, setiap hari isnin guru

pebimbing akan mengajar pelajar. Rakan saya mengajar setiap hari selasa dan jumaat(selepas

rehat). Saya pula mengajar pada setiap hari khamis dan jumaat (sebelum rehat).

Pada 27 Januari saya mengambil alih kelas untuk mengajar. Saya datang seperti biasa cuma

pada pagi ini saya rasa gugup kerana pertama kalinya saya mengajar dengan bilangan pelajar
yang agak ramai. Ini kerana saya takut saya tidak dapat kawal keadaan kelas. Seperti biasa pagi

itu saya masuk ke kelas dan mula berinteraksi dengan pelajar. Ini kerana saya ingin mengenali

mereka dengan lebih dekat dan saya juga dapat megelas pelajar untuk memudahkan saya

mengajar.

You might also like