You are on page 1of 23

1.

0 Pengenalan
Demografi ialah satu pengkajian tentang kependudukan manusia terutamanya fertiliti (kelahiran),
mortaliti (kematian), perkahwinan dan migrasi. Demografi melibatkan pengkajian yang saintifik
tentang saiz, penyebaran ruang dan komposisi serta bagaimana ketiga-tiga komponen ini
berubah. Terdapat pelbagai definisi demografi (United Nation2 1958; Hawthorn 1970; Bogue
1969; Hauser dan Duncan 1959). Walau bagaimanapun, kesemua definisi ini menyetujui bahawa
pada asasnya demografi ialah pengkajian yang saintifik tentang kelahiran, kematian serta migrasi
penduduk. Kesemua komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan
kependudukan manusia. Ahli demografi biasanya mementingkan statistik tentang kelahiran,
kematian dan migrasi kerana ketiga-tiga komponen ini yang mempengaruhi kependudukan.
Ketiga-tiga komponen tersebut boleh diukur melalui kadar kelahiran, kematian dan perpindahan
penduduk yang menentukan saiz kependudukan, komposisi umur dan bagaimana sesuatu
kependudukan berkembang.
Dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk diguna dalam erti kata yang
seluas-luasnya untuk meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan
pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau positif. Kadar pertumbuhan
penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17. Sungguhpun data
pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, nampaknya kadar pertumbuhan penduduk tahunan
penduduk bartambah dua kali ganda di antara tahun 1650 dengan 1850, berganda lagi dalam
tahun 1920 dan sejak tahun itu penduduk terus meningkat. Menjelang tahun 1970, kadar
pertumbuhan penduduk dunia hari ini dianggarkan melebihi 90 juta orang dan sekiranya kadar
ini berterusan, penduduk dunia akan bertambah enam kali ganda dalam jangka masa 100 tahun
John Graunt (1620-1674) dianggap sebagai bapa demografi moden. Graunt ialah seorang
peniaga kain dan beliau mengetahui tentang ilmu matematik. Beliau telah menggunakan
kebolehan tersebut dengan membuat anggaran tentang kelahiran dan kematian. Beliau telah
menganggarkan penduduk London. Penduduk London pada masa itu ialah seramai 199000 orang
lelaki dan 185000 orang perempuan. Selain itu, beliau juga mendapati kelahiran anak lelaki lebih
ramai berbanding anak perempauan antara tahun 1628 hingga 1662.
Sebelum John Graunt, telah terdapat ahli-ahli falsafah China ,Yunani dan Arab Purba
seperti Kung Fu-Tze, Plato, Aristotle dan Ibnu Khaldun yang membincangkan isu kependudukan
yang sesuai pada masa itu. Namun dengan kemunculan John Graunt, William Petty, Thomas
1
Malthus, Karl Marx dan William Farr, pengkajian demografi telah mendapat nafas baru. Usaha
merekodkan peristiwa seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain diselaraskan di
seluruh dunia hanya pada tahun 1872 setelah di syorkan oleh Institut Perangkaan Antarabangsa.
Setelah syor tersebut dilaksana, maka meningkat minat untuk mengkaji kependudukan manusia
dan timbul istilah baru yang dikenali sebagai demografi. (Mohd. Shamsuddin Zahid Sopian:
Asas Analisis Demografi).

2.0) Teori-Teori
Menurut Thomas Robert Malthus berpendapat bahawa manusia memerlukan makanan untuk
hidup. Makanan penting kerana mempengaruhi kadar kelahiran dan kematian. Menurutnya lagi,
Manusia tidak dapat hidup sekiranya keperluan asas seperti makanan tidak dapat disediakan
manusia. Sumber makanan yang banyak merupakan faktor penarik mengapa manusia berpindah
ke sesuatu kawasan.
Selain itu, menurutnya lagi kadar hubungan seks yang tinggi turut mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk. Hubungan seks mempengaruhi kadar kelahiran dan kadar kematian di
suatu kawasan. Sekiranya hubungan seks tinggi, kemungkinan kadar kelahiran turut meningkat
dengan mendadak. Menurutnya lagi hubungan seks penting dalam mempengaruhi kadar
pertumbuhan penduduk.
Penduduk yang ramai menyebabkan sumber makanan tidak mencukupi. Disebabkan
kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi telah menyebabkan kadar pertumbuhan makanan
lambat. Hal ini kerana sumber makanan tidak dapat menampung keperluan penduduk. Kesannya
menyebabkan berlakunya krisis makanan dunia. Kadar pertumbuhan penduduk hendaklah
seimbang dengan kadar pertumbuhan makanan. Pengeluaran makanan tidak bertambah seperti
pertambahan penduduk. Akibatnya terjadilah ketidakcukupan bekalan makanan untuk
menampung penduduk yang kian bertambah. Perseimbangan hanya dapat dirasai melalui
pelbagai sekatan yang menghalang penduduk bertambah lebih cepat daripada pengeluaran
makanan. Sekatan positif katanya, ialah melalui kebuluran, penyakit atau peperangan untuk
meningkatkan kematian dan mengurangkan pertambahan penduduk. Sekatan-sekatan ini adalah
seperti mencegah kelahiran melalui perkahwinan lewat, membujang atau sekatan-sekatan moral.
Pendapatnya yang pesimis itu telah diterima oleh para sarjana dalam kurun ke-19. Hingga
ke hari ini pun masih banyak orang berpegang kepada pendapatnya. Semasa beliau menulis
2
bukunya, keadaan di England sangatlah buruk. Bekalan makanan bagi England terpaksa
dihasilkan daripada tanah yang didirikan, berkembang pesat dan terlalu sesak, kotor dan tidak
bersistem. Penghuni yang tinggal dalam bandar ini miskin, kurang makanan dan bekerja lebih
masa. Dalam keadaan seperti ini, sekiranya bekalan makanan dikurangkan atau penduduk
bertambah terlalu cepat, maka akan berlakulah kebuluran, dan kerana ketahanan terhadap
penyakit rendah, wabak penyakit berleluasa. Keadaan seperti ini akan menghalang pertambahan
pendduduk. Oleh itu Malthus mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sekatan positif,
iaitu bencana alam, peperangan, kebuluran dan penyakit dapat menyekat pertambahan penduduk.
John Stuart Mill turut menerima pendapat Thomas Robert Malthus. Beliau bersetuju
dengan pendapat yang dikeluarkan Malthus. John Stuart Mill bersetuju Malthus yang
mengatakan pertumbuhan makanan lambat berbanding dengan pertumbuhan penduduk. Selain
itu, beliau berpendapat manusia dapat mempengaruhi perilaku demografi. Manusia dapat
mengawal kadar kelahiran mereka. Hal ini dikatakan manusia dapat mempengaruhi perilaku
demografi. Beliau berpendapat bila produktiviti seseorang tinggi, seseorang itu cenderung ingin
mempunyai keluarga kecil. Selain itu, pada umumnya manusia tidak menghendaki anak yang
ramai.
Selain itu, menurut Dumont berpendapat keinginan seesorang untuk mencapai kedudukan
yang tinggi dalam masyarakat. Beliau berpendapat bahawa setiap orang berlumba mencapai
kedudukan yang tinggi dan akibatnya kelahiran turun dengan cepat. Orang yang berkedudukan
tinggi tidak mementingkan pekerjaan dan tidak menghiraukan kemahuan untuk mendapatkan
anakdan kesannya kadar kelahiran menurun,
Menurut Durkheim pula, beliau berpendapat semakin tinggi kadar pertumbuhan
penduduk di suatu kawasan, akan menimbulkan persaingan yang semakin tinggi sehingga
menyebabkan manusia di kawasan tersebut sibuk meningkatkan produktiviti seperti pengeluaran,
perkhidmatan, kelahiran dan sebagainya.
Menurut Sandle pula, berpendapat daya produktiviti dibatasi oleh sejumlah penduduk,
jika kepadatan pendudukan tinggi, daya reproduktiviti manusia akan menurun.

3.0) Demografi Malaysia

3
Kependudukan adalah suatu faktor yang integral di dalam perancangan dan pembangunan
negara. Pembangunan dan perubahan sosioekonomi yang berlaku di Malaysia sejak
kebelakangan ini telah meninggalkan impak ke atas profil demografi penduduk negara ini
khususnya dalam aspek fertiliti, mortaliti dan migrasi. Perubahan profil demografi penduduk
negara ini dijangka akan terus berlaku tatkala negara Malaysia terus berusaha bagi mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020. Maka, satu analisis dilakukan dalam kertas ini dengan
menggunakan data dari banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (1970–2000) dan Kajian
Penduduk dan Keluarga Malaysia (MPFS) dari tahun 1984 hingga 2004 untuk membandingkan
perubahan profil demografi keluarga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Justeru,
perbandingan ke atas tiga wilayah ini dijangka dapat memberikan satu gambaran terhadap kesan
pembangunan secara berbeza-beza ke atas trend penduduk.

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan
etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya
Melayu, bertutur dalam bahasa Melayudan beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah
bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang
merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun
dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah
penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara
Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia.

4
Orang Melayu

Orang Iban Orang Dayak

Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang.
Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu
kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira kira
25 % daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri
daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai
1.7 % iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan
masyarakat Tamil. Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada
kaum bumiputera bukan Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh kumpulan etnik
tetapi memiliki budaya umum yang sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka
mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama
Kristian atau memeluk Islam. Jadual di bawah menunjukkan populasi warganegara Malaysia.

No Status Kaum Jumlah (orang) Peratus


1 Bumiputera Melayu 13.48 juta 54%
2 Bumiputera Sarawak/Sabah 2.93 juta 11.8%
3 Bukan Bumiputera Cina 6.22 juta 25%
4 Bukan Bumiputera India 1.86 juta 7.5%
5
5 Bukan Bumiputera Lain-lain 318.9 ribu 1.7%
Jumlah 24.8 juta 100%

Sewaktu Malaysia terbentuk pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak,
penduduk negara ini hanya berjumlah sekitar 9 juta orang. Selepas pembentukan Malaysia, profil
penduduknya telah berubah, bukan hanya dari segi komposisi etnik tetapi juga daripada segi
pertumbuhannya. Misalnya, pada tahun 1980, jumlah penduduk Malaysia telah bertambah
hampir 50 peratus selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 kepada 13.7 juta orang.
Dalam banci tahun 2000, penduduk Malaysia terus meningkat lagi kepada 23.3 juta orang, dan
dianggarkan pada tahun 2007 ini jumlah penduduk Malaysia adalah di sekitar 27 juta orang.
Peningkatan jumlah penduduk Malaysia ini adalah dipengaruhi melalui dua proses utama
iaitu proses pertambahan semulajadi dan imigrasi antarabangsa. Peningkatan penduduk melalui
proses pertambahan semulajadi ini adalah berkait rapat dengan peningkatan dalam kualiti
kehidupan penduduk. Misalnya, ekoran dari pembangunan pesat ekonomi dan sosial negara telah
memberi kesan ke atas kadar fertiliti dan mortaliti penduduk di negara ini. Sementara itu
berdasarkan kajian Lim Chong Yah 1967, dalam sejarah pertumbuhan penduduk Semenanjung
Malaysia, unsur fertiliti dan mortaliti memainkan peranan penting selepas perang dunia kedua .
Kesan ini juga dirasai oleh negara jiran dengan meningkatnya kemasukan migran untuk mencari
pekerjaan telah menyumbang kepada kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. Menurut kajian
( Jackson,1961;Vlieland,1932 dan Nathan,1922 ) pertumbuhan penduduk negara sebelum ini
lebih banyak dipengaruhi oleh faktor migrasi ( Hairi Abdullah, 1989).
Pembangunan yang berlaku di Semenanjung Malaysia turut sama berlaku di Sabah dan
Sarawak. Bahkan banyak kawasan di Sabah dan Sarawak mula mengalami proses urbanisasi
yang pesat sejak dua dekad yang lalu. Masyarakat mula mengalami perubahan bukan semata-
mata dari aspek ekonomi tetapi juga gaya hidup dan pemikiran individu. Perubahan-perubahan
ini dilihat turut mempengaruhi trend dan pola perlakuan demografi pasangan dalam keluarga.
Trend ini dapat dilihat dengan lebih jelas sekiranya kita merujuk kepada data Banci Penduduk
dan Kajian Penduduk dan Keluarga Negara anjuran LPPKN. Analisis ke atas data ini boleh
membantu memberi suatu gambaran berkaitan impak pembangunan yang berlaku di Malaysia ke

6
atas profil demografi penduduk dan cabaran yang wujud daripada perubahan tersebut kepada
negara di masa depan.

4.0) Ciri-Ciri Tahap Model Peralihan Demografi


Sebelum abad ke-17, pertambahan penduduk dunia adalah perlahan, tetapi selepas abad ke-17
pertambahan penduduk dunia mulai cepat. Keadaan ini berlaku bukannya disebab oleh saiz
keluarga semakin bertambah besar. Sebaliknya, secara purata bilangan ahli dalam keluarga yang
semakin kecil. Pertambahan berlaku kerana penduduk dapat hidup lebih lama berbanding
sebelumnya. Walaubagaimanapun, pertambahan penduduk berbeza antara negara. Ada negara
yang mengalami kadar pertambahan yang tinggi dan ada juga yang rendah. Ada juga berada
dalam peringkat peralihan daripada pertumbuhan yang tinggi ke pertumbuhan rendah. Proses
peralihan ini berlaku dalam suatu jangka masa yang panjang. Peralihan demografi dapat
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, peringkat kedua dan peringkat
ketiga.
Dalam peringkat pertama ini pertumbuhan semula jadi adalah rendah disebabkan oleh
kadar kelahiran yang tinggi (melebihi daripada 35 orang per 1000 orang) yang diikuti oleh kadar
kematian yang tinggi juga (melebihi 30 orang per 1000 orang). Peringkat ini bercirikan suatu
masyarakat agrarian yang mana kadar kelahiran dan kematian adalah tinggi dan turun naik.
Apabila pengeluaran hasil makanan tidak mencukupi, zat pemakanan rendah, air tidak bersih dan
wabak penyakit berlaku, umumnya ramai penduduk, terutamanya kanak-kanak dan bayi akan
mati seperti di Angola dan Afghanistan pada tahun 1965-1970. Kepadatan penduduk berubah
daripada jarang ke sederhana, pengeluaran pada amnya rendah, penglibatan kanak-kanak dalam
sektor pekerjaan adalah tinggi yang memberi keuntungan kepada sesebuah keluarga besar,
peluang pekerjaan di luar sektor pertanian adalah terhad, jangkaan hayat rendah, pengetahuan
teknikal kurang dan perkembangan pembandaran masih lagi dalam peringkat permulaan
Dalam peringkat kedua, kadar kelahiran masih lagi tinggi (melebihi 30 orang per 1000
orang). Ini disebabkan oleh keluarga yang besar. Namun demikian kadar kematian telah menurun
dengan cepatnya (lebih daripada 15 orang per 1000 orang) disebabkan kenaikan dalam taraf
kesihatan, pertambahan dalam pengeluaran makanan, kemajuan dalam bidang perubatan
imunisasi terhadap beberapa penyakit dan kecekapan dalam sistem pengedaran. Selain daripada
itu, beberapa program kebajikan untuk mengatasi kemiskinan dan kekurangan zat makanan di
7
kalangan penduduk yang diperkenalkan mulai mendatangkan hasil dan ini menyumbagkan
kepada penurunan kadar kematian. Perbandaran mulai juga meningkat. Jangkaan hayat mulai
meningkat perlahan.
Dalam peringkat kedua model ini boleh dibahagikan lagi kepada tiga peringkat yang
lebih kecil. Dalam fasa awal peringkat kedua, kadar kelahiran tetap tinggi manakala kadar
kematian mulai menurun tetapi masih lagi tinggi. Contohnya Bolivia dan Indonesia dalam tahun
1965-1970. Dalam fasa tengah, kadar kelahiran mulai jatuh perlahan-lahan sungguhpun masih
tinggi, tetapi kejatuhan kadar kematian lebih ketara lagi. Contohnya, India dan Morocco pada
tahun 1965-1970. Dalam fasa terakhir pada peringkat kedua, kadar kematian mencapai peringkat
yang rendah dan kadar kematian terus jatuh dengan banyaknya. Contohnya, Amerika Syarikat
pada tahun 1974.
Keseluruhan dunia ketiga berada berada dalam peringkat kedua model peralihan
demografi. Fasa awal peringkat ini berkait dengan negara yang ekonominya masih lagi
berorientasikan tradisi, tetapi baru mula mengalami penerapan ubat-ubatan moden. Dengan
adanya kemajuan dalam perindustrian dan urbanisasi, penduduk menuju ke fasa tengah dalam
peringkat kedua model ini. Kadar kelahiran mulai jatuh tetapi tidak sebanyak kejatuhan dalam
kadar kematian. Dengan itu terdapat jurang yang luas di antara kedua-kedua ini. Inbdia dan
Pakistan adalah antara negara yang termasuk dalam fasa ini. Dengan cepatnya berlaku kemajuan,
kadar kematian jatuh ke peringkat paling rendah dan diikuti oleh kejatuhan dalam peringkat
kelahiran. Ini dapat diistilahkan sebagai fasa terakhir peringkat kedua model peralihan
demografi. Contoh negara yang termasuk dalam peringkat ini ialah Malaysia.
Selain itu, dalam peringkat ketiga ini, kedua-dua kadar kelahiran dan kadar kematian
telah jatuh dan penduduk sama ada stabil atau bertambah dengan perlahan-lahan sahaja. Namun
demikian pertumbuhan yang rendah ini tidaklah sama seperti pada peringkat pertama. Dalam
peringkat pertama, pertambahan yang rendah berkaitan dengan kadar kematian dan kadar
kelahiran yang tinggi. Sebaliknya pertumbuhan yang rendah di peringkat ketiga adalah hasil
daripada kadar kelahiran dan kematian yang rendah.
5.0) Sejarah Demografi Malaysia
Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi.
Walau bagaimanapun kehadiran mereka tidak lagi boleh diistilahkan sebagai masyarakat
majmuk. Istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18.
8
Pihak British menyebabkan Negeri-Negeri Melayu mengalami perubahan. Hal ini merujuk
kepada aktiviti ekonomi yang dijalankan di NNM. Semasa penguasaan British telah berlaku
proses migrasi dan ia berlaku dalam beberapa peringkat. Peringkat pertama adalah migrasi secara
besar-besaran yang berlaku akibat perkembangan pesat ekonomi pada masa itu yang didorong
oleh pihak British. Aktiviti perlombongan antara sector ekonomi yang membawa masuk orang
Cina ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi.
British telah memperkenalkan undang-undang yang menjamin kemasukan orang Cina ke Tanah
Melayu. Selain itu, British juga telah membawa masuk oarng India ke Tanah Melayu bagi
bekerja dalam sektor perladangan.
Kemasukan orang Cina dan India ke NNM telah mengalami penurunan pada 1929 hingga
1931 akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Kesan daripada kemelesetan ekonomi
tersebut telah menyebabkan sejumlah pekerja asing kehilangan kerja dan seterusnya mendorong
untuk kembali ke tanah air masing-masing. Dalam tempoh ini, pihak British telah menyekat
kemasukan golongan lelaki terutamanya dari negara China. Pihak Brtish menggalakkan
kemasukan golongan wanita dibawah Ordinan Orang Asing 1932. Langkah ini diambil bagi
menyeimbangkan demografi penduduk di NNM.
Kekurangan migrasi telah berlaku untuk kali keduanya iaitu selepas perang dunia ke-2
berlaku. Pihak Jepun telah menyekat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu. Kemasukan
orang India masih lagi berlaku namun dalam tahap yang rendah. Pendudukan Jepun ke Tanah
Melayu telah menyebabkan telah berlaku pengaliran keluar beramai-ramai orang Cina dari
Tanah Melayu. Sementara itu, selepas tahun 1954 orang Cina telah membuat keputusan untuk
menetap terus di Tanah Melayu. Pihak British telah memperkenalkan Prinsip Jus soli. Orang
Melayu telah menentang Prinsip Jus soli kerana tidak senang dengan kandungan Prinsip Jus soli
tersebut. (www.scribd.com)

6.0) Dasar-Dasar Kerajaan

6.1)Dasar Ekonomi Baru


Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan

9
masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan
kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah
dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.Penambahan penduduk
dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan Bandar-bandar, jalan raya,
rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luarbandar bertambah
besar.
Kira-kira lima puluh peratus penduduk Semenanjung Malaysia terdiri daripada orang
Melayu ( 1970, RMK, m/s 24). Dari segi ekonomi kaum Bumiputera adalah mundur berbanding
dengan kaum yang lain-lain . Sebahagian mereka kebanyakannya dalam kemiskinan. Hanya
sebilangan kecil orang Melayu yang diam di kawasan Bandar da bergiat dalam perdagangan dan
perusahaan. Sebaliknya, penduduk bukan Melayu khususnya orang Cina, adalah bertumpu di
kawasan-kawasan Bandar dan kegiatan ekonomi mereka yang utama ialah perniagaan dan
perusahaan. Orang India pula, walaupun tertumpu di ladan-ladang getah, mempunyai bilangan
atau peratus yang agak besar yang tinggal dibandar dan bergiat dalam bidang perdagangan da
perusahaan (1981, Mohd. Fauzi Hj. Yaacob, m/s 25)
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86%
berada dikawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum
pula adalah seperti berikut.

Kaum Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan Purata Keluarga


Sebulan (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor
syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:
10
Pemilikan Jumlah Pemilikan (RM juta) %
1. Bumiputera perseorangan 279.6 4.3
dan agensi amanah
A) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
B) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
Warga asing 4051.3 61.7
Jumlah 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah
seperti berikut.

Sektor Melayu Cina India Lain-lain


1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2.Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3.Perniagaan/Perdagangan,Pentadbiran 42.6 45.5 10.7 1.2
Awam,Pelajaran, Pertahanan dan
Kemudahan Awam.

Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13
mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar
yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu
dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di
antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan
supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program
20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan
ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial,
kebudayaan, penempatan dan sebagainya. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang
yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-
rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang

11
dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula
masyarakat.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskankemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga
miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatangaris kemiskinan
tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar
bandar.Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan
kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di
samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golonganmiskin untuk mendapatkan bantuan
seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan
kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.Laporan Rancangan Malaysia Keenam
telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah17.1% berbanding
49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan
telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua
dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya meningkatkan daya
pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar Bandar, mempastikan pembentukan
sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum
Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada
semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

6.2) Dasar Pro-Bumiputera


Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat untuk melindungi golongan bumiputera.
Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut seperti kemasukan ke Institusi Pengajian
Tinggi Am (IPTA), kelayakan untuk biasiswa kerajaan, jawatan dalam kerajaan dan pemilikan
perniagaan. Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP).
12
Banyaknya memberi tumpuan pada menerbitkan pemilikan saham bumiputera dalam korporat
sekurang-kurangnya 30 peratus. Matlamat ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman,
setelah kerajaan tidak dapat mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai. Antara
contoh dasar Pro-Bumiputera ialah AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk
mengimport kereta. Syarikat pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu
mendapat AP (permit). AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil
bahagian dalam industri kereta. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia)
menjangka bahawa setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000. The Edge juga menjangka
bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping pada 2003,
menjadikannya penerima AP terbesar. Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan
membayar antara 140% dan 300% duti import. Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan
Bumiputera lahir dengan senangnya daripada hubungan mereka.
Mahathir Mohammad pada tahun 2004 mengulas graduan Melayu mempunyai kadar
pekerjaan rendah kerana ‘’graduan Cina memilih mata pelajaran yang betul supaya mereka boleh
diambil. Kami mendapati bahawa graduan Melayu, terutamanya yang berasal dari aliran Melayu,
tidak fasih berbahasa Inggeris. Tidak kisah berapa harga anda letak pada sijil, hakikatnya
majikan hendak mengupah seseorang yang dapat berkomunikasi. Majikan itu bukan Melayu,
mereka dari luar negara. Dan sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan anda, mereka
tidak akan mengambil anda”.

6.3) Dasar Urbanisasi Negara

Dasar ini juga membantu bumiputera untuk penyusunan Semula Masyarakat. Seperti mana.
Perlaksanaan pembangunan bandar masih lagi tertumpu di bandar-bandar utama sahaja di mana
banyak peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Akibatnya bumiputera ketinggalan dalam
persaingan dengan bukan bumiputera yang sememangnya telah menguasai kependudukan dan
ekonomi bandar-bandar utama. Dengan ini perseimbangan kaum dalam pembahagian ekonomi
dan penyusunan masyarakat tidak tercapai. Ia juga membantu dalam peningkatan penduduk di
kawasan bandar telah bertambah dari 28.6% pada tahun 1970 kepada 37.5% pada tahun 1980
dan dijangka akan meningkat 44.7% pada dekad 90. Dari peratus pertambahan ini, bumiputera
telah bertambah sebanyak 14% dan hasil dari penghijrahan penduduk bandar dan perluasan

13
pengkelasan semula sempadan bandar saiz sederhana seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu dan
Taiping,penduduk bandar telah meningkat 23% lebih cepat dari penduduk luar bandar.

7.0) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Kadar Kelahiran Bumiputera di


Malaysia
Sejak lebih daripada lima dekad yang lalu, komposisi penduduk Malaysia telah berubah baik
daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan penghijrahan. Ini
menunjukkan walau pun saiz penduduk Malaysia semakin meningkattetapi akibat kemerosotan
kesuburan dan kematian pembentukan saiz keluaraga yanglebih sederhana dan kecil semakin
diterima masyarakat terutama di kawasan bandar.Peningkatan taraf hidup penduduk terutama
dalam bidang pendidikan telah memberi impak yang besar terhadap dinamik penduduk Malaysia
pada masa depan.Sebelum tertubuhnya negara Malaysia pada tahun 1965, negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi. Mengikut
banci penduduk tahun 1957 jumlah penduduk Semenanjung Malaysia adalah 6.27 juta dengan
Kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 3.0 setahun (Jabatan Perangkaan
Malaysia 1972). Berdasarkan Jadual 1 kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata adalah
tinggi iaitu 2.3 perataus (1970-1980), 2.6 peratus 19890-1991 dan 2.6 peratus(1991-2000). Ini
merupakan suatu petunjuk yang jelas kepada sesiapa jua bahawa kadar pertumbuhan penduduk
adalah tinggi dan berdasarkan kadar ini jumlah pendudukMlalaysia akan berganda dalam tempuh
setiap 23 tahun. Berdasarkan situasi sekarang negara kita Malaysia akan menghadapi pelbagai
isu dan permasalahan kependudukan yang memerlukan perancangan sosio-ekonomi, politik dan
alam sekitar yang komprehensif dan menyeluruh bagi kebaikan dan keselesaan semua pihak
negara ini.
Selepas pembentukan Malaysia banci penduduk tahun 1970 bagi telah dilaksanakan bagi
mendapatkan maklumat dan data mengenai kependudukan bagi tujuan merancang projek-projek
pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat. Segala data dan maklumat yang dikumpulkan
melalui bancian penduduk ini, telah di gunakan bagi menilai perkembangan dan perubahan
penduduk didalam sesebuah negari atau kawasan terutama yang berkaitan dengan taburan
penduduk, struktur umur/jantina, migrasi, pendidikan, pekerjaan dan perbandaran. Pola
perubahan ini sangat penting bagi menentukan arah aliran perubahan penduduk pada masa

14
hadapan yang biasanya di kaitkan dengan halatuju perkembangan serta kemajuan yang dicapai
dalam bidang-bidang perindustrian, pembuatan, pertanian dan pembandaran di seluruh negara.
Kebiasaanya negeri yang maju akan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti
Wilayah Persektuan KualaLumpur, Pulau Pinang, sebaliknya bagi negeri Sabah, Sarawak, dan
Pahang Adalah mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.
Berdasarkan laporan Perangkaan Penting Malaysia 2003 menunjukkan kadar kelahiran
Malaysia pada tahun 1999 adalah 23.9 dan 22.6 per 1,000 penduduk tahun 2000 (Jabatan
Perangkaan Malaysia 2001). Seterusnya dalam tempuh yang sama juga kadar kelahiran kasar
orang Melayu adalah 27.6 dan 25.3 per 1,000 penduduk. Manakala orang Cina 517.0 dan 19.7
per 1,000 penduduk. Bagi orang India 21.7 dan 20.8 per 1,000 penduduk Bumiputera lain adalah
27.0 dan 23.0 per 1,000 penduduk. Pada keseluruhannya paras kesuburan di Malaysia pada
umumnya masih tinggi terutama di kalangan orang Melayu dan Bumiputera Lain. Situasi ini
akan memberikan impak yang besar terhadap momentum penduduk di Malaysia yang dijangka
akan berlaku dalam tempuh sekurang-kurang 50 tahun akan datang. Ia memberi petunjuk yang
jelas bahawa pertumbuhan penduduk di Malaysia akan berterusan meskipun kadar kesuburan
yang ada sekarang semakin menurun yang disebabkan oleh pengaruh sosio-ekonomi yang
semakin berkembang di Malaysia sekarang ini.
Selain itu juga, berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006),
jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan
warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara
Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang.
Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu
kaum Bumiputera mewakili65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25
% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri
daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7
% iaitu seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan
masyarakat Tamil.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran kasar di bumiputera di
Malaysia.contohnya, keadaan ekonomi kini yang lebih baik dan ia menambahkan peluang
pekerjaan kepada penduduk bumiputera. Hal ini menyebabkan peningkatan taraf hidup penduduk
contoh penubuhan NGO, TEKUN ialah singkatan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
15
Niaga. Hasil kajian yang dilakukan mendapati gabungan perkataan ini amat sesuai dengan hasrat
kerajaan untuk mewujudkan peniaga kecil bumiputera yang tekun berusaha, tekun berniaga dan
tekun dalam segala aspek. Nama TEKUN juga dipilih kerana ia merupakan perkataan
bermotivasi untuk ke arah kecemerlangan dalam apa jua bidang
jika ianya diamalkan.
Objektif penubuhan program TEKUN ialah menawarkan modal tambahan dengan
mudah, cepat dan tidak membebankan. Ianya akan menggalakkan budaya menabung di kalangan
peniaga kecil dengan mewujudkan satu jaringan usahawan secara berkelompok dan seterusnya
membina usahawan yang berwawasan, berdaya saing serta membina kemahiran
keusahawanan.Tujuan utama penubuhan TEKUN pula untuk mewujudkan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Ianya memudahkan peniaga kecil bumiputera
memperolehi pinjaman dari bank dan institusi kewangan yang mensyaratkan cagaran,penjamin
dan pembentangan kertas kerja.selain itu keluarga yang mempunyai taraf hidup dan
sosioekonomi yang rendah lebih tinggi mengalami kadar kelahiran kerana kurang kesedaran
akan amalan perancangan keluarga . in menyebabkan penambahan saiz keluarga.
Selain daripada itu pengaruh agama juga mrnyebabkan kadar kelahiran golongan
bumiputera meningkat. Hal ini kerana semua agama misalnya agama Islam agama iaitu agama
yang dianuti oleh golongan bumiputera di Malaysia menggalakkan keluarga mempunyai anak
yang banyak. Ini kerana dapat melahirkan generasi yang tidak terputus serta meningkatkan
penyebaran agama islamnya. Pengajaran agama Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan
keluarga yang moden kadar kelahiran golongan bumiputera juga meningkat sejajar dengan
pertumbuhan perkhidmatan dan perubahan yang canggih kini dan baik. Hal ini
kerana,penyediaan perkhidmatan kesihatan dan perubatan dapat mengurangkan kadar kematian
terutamanya kalangan bayi dan orang tua .ibu yang pendapatan per kapita tinggi. penjagaan
kesihatan juga melahirkan bayi yang sihat dan menambahkan kadar kelahiran yang dinyatakan
dalam rancangan Malaysia ke-8 .
Faktor sosiobudaya juga menyebabkan keluarga besar dapat menambahkan rezeki hidup
keluarga dan ini secara tidak lansung dapat menambahkan kadar kelahiran. kerajaan Malaysia
menggatakkan pertumbuhan penduduk untuk memenuhi keperluan tenaga , pekerja dengan
memberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin.dan bayaran rawatan yang rendah di
klinik atau di hospital kerajaan. Ini mengurangkan bebanan golongan bumiputera untuk
16
menanggung kos perubahan untuk bersalin yang semakin tinggi kini. Akhirnya Migrasi juga
mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduknya. Migrasi merupakan satu proses demografi
yang melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasan kepada kawasan yasng lain. Ia
merupakan suatu proses pergerakan penduduk yang amat sensitive terhadap perkembangan
sosio-ekonmi sesesuatu kawasan. Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia
moden terutama sumbangannya terhadap urbanisasi dan perindustrian. Di Malaysia bandarraya
Kuala Lumpur merupakan bandar besar yang menerima ramai migrant daripada seluruh negeri.
Satu perubahan penting tren migrasi di Malaysia adalah perubahan penghijrahan penduduk
daripada luar Bandar ke Bandar kepada Bandar ke Bandar sekarang ini. Perubahan aliran
pergerakan penduduk Malaysia telah menyebabkan perkembangan bandar-bandar utama dengan
jumlah pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Pada keseluruhannya jumlah penduduk
bandar di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun
2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Jumlah penduduk bandar bertambah daripada 2.96
juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut.
Dalam perbincangan tentang sebab-sebab kadar kelahiran berkurangan kita boleh
menyatakan beberapa alasannya. Contohnya Kadar pencapaian dalam bidang pendidikan antara
kaum perempuan dalam golongan bumiputera. Kini bukan sahaja golongan lelaki tetapi
perempuan juga telah maju dan mula mencuburi bidang akedimik dengan lebih
mendalam.kerajaan juga menyokong perkembangan ini. Contohnya,seperti penubuhan Dasar
pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat aksi afirmatif untuk bumiputera. Dasar sebegini
termasuk kuota untuk yang berikut iaitu kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA),
bumiputera mempunyai kelayakan untuk menerima biasiswa Kerajaannya. Kemerosotan dalam
kadar fertiliti secara keseluruhan, sebahagiannya di sebabkan oleh peningkatan umur
perkahwinan pertama dan juga penurunan fertiliti perkahwinan yang berkait rapat dengan
penggunaan kontraseptif.
Umur min perkahwinan pertama bagi wanita telah meningkat daripada 23.5 tahun pada
1980 kepada 25.1 tahun pada 2000. Jelas di sini, melambatkan kelahiran anak merendahkan
kadar pertumbuhan penduduk. Isu lambat berkahwin dan kemerosotan fertiliti disumbangkan
oleh faktor-faktor seperti tahap pendidikan penduduk yang lebih tinggi, peningkatan dalam
penglibatan wanita ke dalam tenaga kerja, peningkatan kadar urbanisasi, dan pembaikan dalam
taraf hidup ( Lamanna,M dan Riedmann,A , 2006 ). Kesan daripada kemerosotan fertiliti dan
17
peningkatan kepada kecenderungan membina keluarga nuklear selepas berkahwin, terdapat
peningkatan yang ketara ke arah saiz keluarga yang lebih kecil. Saiz purata isi rumah telah
merosot daripada 5.2 orang pada 1980 kepada 4.9 pada 1991 dan telah terus mengalami
kemerosotan kepada 4.5 orang pada 2004.
Selain itu,tahap pendidikan yang tinggi meningkatkan amalan perancangan keluarga dan
masyarakat lebih menggemari saiz keluarga yang kecil untuk memberikan perhatian dan kasih
sayang sepenuhnya. Keadaan berterusan ini menyebabkan merendahkan kadar kelahiran.
Contohnya melalui satu stastitik 900 000 orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan
keluarga pada tahun 1979 . selain itu stastik juga menyatakan bahawa wanita mula sama banyak
seperti lelaki dalam menceburi dunia luar iaitu bidang pekerjaan :
Jadual 7: Kadar Penglibatan Dalam Tenaga Kerja Mengikut Jantina Di Malaysia.

Tahun Lelaki Perempuan

1990 85.3 47.8

1995 84.3 44.7

2000 83.0 47.2

2005 80.0 45.9

2006* 79.8 46.5


Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Perangkaan Ke Atas Kebajikan Wanita, Keluarga
Dan Masyarakat 2006

8.0) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Kadar Kematian Bumiputera di


Malaysia

Jadual 20-6 : Petunjuk Terpilih Bagi Taraf Kesihatan golongan bumiputera, 2000 &
2005

18
Jadual diatas menerangkan tentang peningkatan taraf kesihatan pendudukbumiputera.
Jadual ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian di Malaysia.
Kadar kematian di Malaysïa menurun daripada 19.5% pada tahun l947 kepada; 4.6% pada tahun
1990. Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kematian menurun peningkatan dalam taraf
kesihatan seperti yang dinyatakan dalam jadual diatas. Kerajaan Malaysia menyediakan
kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan - mengenakan bayaran rawatan yang
rendah dan bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik
dan di hospital kerajaan. Selain itu susu percuma diberikan kepada ibu dan penduduk yang
miskin. Menurut satu kajian yang dibuat dalam RM-8 terdapat senarai hospital dan klinik yang
ditubuhkan oleh kerajaan untuk penduduk Malaysia.

Jadual 20-3 : Kemudahan yang Disediakan Oleh Kementerian Kesihatan, 2000 &
2005

19
Nota:
1 Merujuk perkhidmatan dispensari, pasukan kesihatan desa, perkhidmatan doktor udara
dan perkhidmatan pergigian
bergerak.
2 Termasuk klinik kesihatan ibu dan kanak-kanak.
3 Merujuk kerusi pergigian di klinik Kerajaan.

Selain itu pelajar miskin diberikan makanan dan susu percuma di sekolah dengan
percuma oleh kerajaan bagi menjaga taraf kesihatan mereka sejak kecil.Peningkatan dalam taraf
hidup dan sosioekonomi juga mengurangkan kadar kematian dalam kalangan bumiputera. Hal ini
kerana kini masyarakat mula menikmati makanan berzat kerana menambahkan taraf
kesihatan.seperti mana kawasan petempatan kini dilengkapi dengan kemudahan asas yang baik
seperti bekalan air melalui paip dan air yang bersih dan kemudahan pembuangan najis serta
sampah yang baik.contohnya perkhidmatan pembuangan sampah yang disediakan oleh kerajaan
di setiap tempat kediaman serta tempat pembuangan sampah kitar semula menyebabkan
kebersihan persekitaran semakin terjamin. Selain bekalan air yang bersih menghalang penyakit
seperti kelera dan tafiod. keadaan begini mengkurangkankan kadar kematian penduduk .

Kadar kematian juga dapat dikurangkan dalam golongan bumiputera melalui


peningkatan taraf pendidikan rakyatnya. Apabila rakyat mula mempelajari ilmu, mereka dapat
memahami tentang bahaya penyakit-penyakit seperti malaria, deman denggi, dan AIDS . Mereka
juga akan belajar cara-cara untuk menghindarkan diri atau mengurangkan kemungkinan untuk

20
menghidap penyakit-penyakit tersebut.kesedaran ini dapat membendung kadar kematian
meningkat. Selain itu, kerajaan juga sering melancarkan program-program kesedaran tentang
penyakit-penyakit tersebut dan bagaimana mencegahnya melalui media massa seperti
televisyen,surat khabar dan sebagainya. Sekolah juga mula memberi pengajaran kepada para
pelajar tentang pendidikan kesihatan supaya menjaga kesihatan dan menjauhi penyakit-penyakit
yang membahayakan nyawanya. Kempen-kempen yang dilaksanakan oleh Kementerian
Kesihatan seperti kempen anti merokok, kempen keburukan penyalahgunaan dadah, kempen
kesedaran tentang penyakit kencing manis, dan penyakit jantungnya.

9.0) Kesan Perubahan Demografi Bumiputera


Proses peralihan di Malaysia berlaku dalam suatu jangka masa yang panjang. Perbincangan
mengenai pertumbuhan penduduk termasuklah dari aspek fizikal, intelektual dan kualiti
penduduk serta melihat perhubungannya dengan aspek kuantitatif ini dinamakan demografi.
Dengan kata lain,demografi bermaksud kajian yang dilakukan ke atas penduduk untuk melihat
perbezaan dalamtaburan penduduk, komposisi, migrasi dan pertumbuhan penduduk yang mana
faktor-faktor ini mampu memperlihatkan kepada kita pola perubahan penduduk yang berlaku
(John I. Clarke. 1972)..Perubahan demografi di Malaysia adalah disebabkan oleh Fertiliti dan
Mortaliti. Perubahan demografi boleh dilihat perbezaan dari segi negeri, bandar dan luar bandar
serta kumpulan etnik seperti Melayu, Cina dan India. Fertiliti dan Mortaliti ini merupakan
petunjuk asas untuk melihat perubahan saiz penduduk sama ada meningkat atau menurun. Selain
itu, perubahan ini juga dapat dilihat dari segi masa dan ruang.
Apakah faktor yang menyebabkan pertumbuhan ini berlaku? Jika kita melihat kepada 2
indikator utama yang menjadi pengaruh pertumbuhan penduduk. Di Malaysia tahap ferteliti di
kalangan wanita adalah masih berada pada tahap yang tinggi. Hal ini kerana di Malaysia pada era
awal 90-an amalan berkahwin pada usia muda iaitu dalam usia kurang 20 tahun adalah amat
jelas. Keadaan ini juga dipengaruhi oleh masa dan persekitaran. Perkahwinan pada usia muda
dengan keinginan mempunyai anak yang ramai menyebabkan kadar kesuburan penduduk yang
begitu tinggi terutamanya dalam golongan bumiputera.
Hingga ke hari ini, Malaysia menetapkan untuk meningkatkan jumlah penduduk bagi
memenuhi keperluan negara. Telah menjadi dasar dan matlamat Malaysia untuk memastikan

21
kependudukan Malaysia mencapai 70 juta penduduk. Rasional matlamat ini adalah untuk
menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri industri tempatan. Ini akan
mengwujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya saing
dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama
untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat
meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-
angkubah demografi ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan
kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.
Selain itu juga, bagi memastikan dasar kependudukan ini tercapai kerajaan telah
memperkenalkan beberapa langkah, di antaranya dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin
yang akan memberi manfaat kepada keluarga beranak lima. Kerajaan juga telah mengkaji semula
dan menyelaraskan fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Kependudukan dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) dan lembaga ini diharap dapat memainkan peranan yang penting
dalam mencapai matlamat dasar ini.

Jadual 4: Nisbah Tanggungan Populasi Di Malaysia 1991- 2020


Nisbah Tanggungan 1991 2000 2005 2010 2015 2020

Muda 63.3 55.1 53.7 52.1 51.3 50.9


0 – 14

22
Tua 10.0 10.5 10.8 12.1 14.3 16.6
60 +
Jumlah 73.3 65.6 64.5 64.2 65.6 67.5
Sumber: Diolah berdasarkan Jadual 1.

23

You might also like