You are on page 1of 14

Peralatan, peraturan dan keselamatan di bengkel kimpalan

Pengenalan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat diperlukan. Bengkel Kemahiran Hidup

terbahagi kepada tiga jenis bengkel iaitu bengkel Kemahiran Manipulatif (KMT), bengkel dan

bengkel Ekonomi RumahTangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Hidup

(KMT) yang paling banyak digunakan. Hal ini kerana bengkel ini telah dipecahkan kepada 4

bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan bengkel

Enjin.

Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek- projek

tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut

dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau

keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan

projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam

bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan

perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan inidapat di

amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke

alam pekerjaan.

Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan

menjaga keselamatan diri dan juga orang lain.


1.3 Keselamatan di bengkel kimpalan

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,ketakutan,

kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua

pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang

sekali berlaku dengan sendirinya.Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan

bengkel kimpalan masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di

bengkel kimpalan. Para pengguna peralatan bengkel kimpalan sentiasa terdedah kepada

berbagai-bagai bahaya sekiranya peralatan tersebut disalah gunakan ataupun cuai semasa

mengendalikan kerja-kerja di dalam bengkel kimpalan.

Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan bengkel kimpalan hendaklah

wajib diketahui, dipelajari dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab

setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel kimpalan sebarang

risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan

dapat dihindari.

Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah kemalangan am di dalam

bengkel kimpalan daripada berlaku.Faktor tersebut adalah seperti tabiat bekerja, keselamatan diri

sendiri, keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin dan akhir sekali kekemasan tempat

bekerja atau bengkel kimpalan.

Tabiat bekerja adalah merupakan faktor yang sangat penting di dalam bengkel kimpalan.

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam

bengkel kimpalan bagi mencegah kemalangan daripada berlaku. Setiap pelajar hendaklah

mengutamakan kebersihan dan kekemasan pakaian serta mempunyai sikap dan tanggungjawab

terhadap diri sendiri. Mereka haruslah bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas dan
menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja atau mengendalikan mesin kimpalan.

Oleh itu mereka hendaklah tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.

Faktor yang kedua ialah berkaitan dengan keselamatan diri sendiri. Kebanyakan

kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan.Faktor ini

dapat dicegah dengan cara memakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan

aktiviti amali yang dilakukan .Pakaian keselamatan di dalam bengkel kimpalan arka tidak sama

dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik. Selain itu ,rambut hendaklan sentiasa

kemas dan pendek. Rambut yang panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau

terbakar ketika menjalankan kerja mengimpal. Jangan bergurau senda dengan rakan sama ada

melibatkan peralatan bengkel kimpalan ataupun tidak. Elakkan daripada memakai barang-barang

perhiasan seperti jam tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada

mesin dan alat-alat lain.

Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin di bengkel kimpalan. Langkah

keselamatan semasa menggunakan mesin ini secara umumnya dapat dicegah dengan cara setiap

mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakan bahaya elektrik

contohnya mesin kimpalan hendaklah punca positifnya dibumikan dengan sempurna agar tidak

mendatangkan bahaya elektrik kepada pengguna semasa menjalankan proses kimpalan. Elakan

daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam dan panas seperti mata alat kimpalan dan

bahan yang dikimpal secara terus menggunakan tangan semasa menjalankan proses kimpalan

.Biarkan bahan tersebut dahulu sejuk dahulu atau dengan menggunakan sarung tangan ketika

mengendalikanya.

Dalam pada itu juga, kekemasan tempat bekerja juga adalah sangat penting.Kekemasan

dan kebersihan tempat bekerja bukan sahaja dapat mencegah daripada kemalangan tetapi juga
meningkatkan kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira iaitu sewaktu

melakukan kerja-kerja di bengkel kimpalan, jangan biarkan alatan tangan bersepah di atas lantai

dan tidak membiarkan serpihan logam dan elektrod bersepah di atas lantai atau disekeliling

mesin kimpalan. Ruang bilik kimpalan juga hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik

supaya dapat menyalurkan udara yang bersih ketika melakukan kerja-kerja amali dalam bengkel

kimpalan. Udara yang bersih sangat diperlukan bagi menggantikan gas-gas bahaya yang keluar

semasa proses kimpalan contohnya gas argon serta penting bagi pernafasan. Di dalam bengkel

kimpalan juga seharusnya mempunyai tanda garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan

berjalan serta sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan. Alatan pencegahan kebakaran

juga hendaklah diletakan di tempat yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika berlaku

kebakaran.

Kepentingan menggunakan alat keselamatan dan menjaga kebersihan bengkel kimpalan

perlulah dititikberatkan semasa melakukan kerja-kerja amali dalam bengkel kimpalan.

Penggunaan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan pengawal roda pencanai serta

menjaga kebersihan bengkel kimpalan amat penting bagi mengelakan sebarang kejadian yang

tidak diingini. Dalam melakukan kerja-kerja mengimpal semestinya mata memainkan peranan

yang penting oleh itu penggunaan gogal adalah wajib bagi melindungi mata daripada terkena

percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan serta mengelakan daripada kerosakan mata

akibat daripada pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.Gogal juga penting

bagi mengelakan mata daripada terkena serpihan logam tajam ketika operasi memotong logam

bagi kerja-kerja kimpalan serta menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau

peralatan tajam terpelanting ke arah mata. Cermin keselamatan biasanya diletakan pada mesin

sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri. Dalam bengkel kimpalan cermin
keselamatan biasanya terdapat pada mesin roda pencanai.Fungsinya adalah sama juga seperti

gogal iaitu menghalang serpihan bunga api atau bahan kerja terpelanting kearah pengguna.

Pengawal roda pencanai biasanya dijumpai dalam bengkel kimpalan merupakan aspek

keselamatan yang penting bagi menghalang pengguna daripada kecederaan yang lebih teruk jika

roda pencanai pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya

sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.Menjaga kebersihan

bengkel kimpalan yang bersih dan kemas akan member situasi bekerja yang lebih selesa dan

selamat . Sebagai contoh jika lantai bengkel penuh dengan air atau minyak dan serpihan besi

ianya sudah pastinya mengundang bahaya tergelincir , terkena renjatan elektrik dan sebagainya .

Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini

sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.

Pakaian dan alat –alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan

keadaaan kerja yang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan, kain pengesat, roda

pencanai tanpa penghadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan

menyebabkan bahaya kepada siri sendiri atau rakan sekerja. Sarung tangan keselamatan

mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang berbeza mengikut penggunaaan .Sebagai

contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi

saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat

daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula

diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu setiap seseorang yang menggunakan sarung tangan

kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan.

Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk

menahan percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan . Sarung tangan yang tidak sesuai
boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas

ketika menjalankan kerja amali di bengkel kimpalan. Sarung tangan boleh tersangkut pada roda

pencanai dan akan menyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan

sarung tangan.

Pakaian keselamatan yang tidak sempurna semasa menjalankan kerja-kerja amali di

bengkel kimpalan juga merupakan salah satu daripada penyalahgunaan di bengkel kimpalan.

Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna. Ini bagi

memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini

berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh

berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat

pada hujung pinggang akan menyebabkan tali tersebut tersangkut pada mesin yang berputar dan

sebagainya.

Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan

kehilangan nyawa. Hal ini akan menjadikan sekolah umumnya dan bengkel kimpalan khususnya

pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk

memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan

kemahiran maka hendaklah diamalkan keselamatan.

Di samping itu, kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin dapat

dicegah jika ianya dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna dari semasa ke semasa.

Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya

menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di persekitaran kita. Pendidikan

yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu,

nyatalah kesedaran akan pentingnya keselamatan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah

keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi

juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta

benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akanhanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri

mengambil berat untuk mengetahui danmemahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada

di dalam bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu

ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang

yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di

bengkel. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi, keadaan

yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Sikap pelajar yang tidak ambil berat

tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh

mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Kesedaran pelajar terhadap amalan

keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada

jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan

dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,

kehilangannyawa dan kerosakan harta benda. Malahan, imej institusi yang terlibat juga akan

buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan.

Selain itu juga,kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos

perubatanSecara lazimnya, terdapat peraturan-peraturan keselamatan bengkel di sekolah tetapi

bagi pelajar yang masih mentah dan kurang pengalaman, adakah mereka akan sentiasa amalkan

dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil

untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar yang terbabit. Pelajar akan diingatkan dari
masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri,

orang lain, alatan dan persekitaran

You might also like