You are on page 1of 5

2.1 Apakah itu stress?

Stres ialah reaksi badan kepada sebarang perubahan yang memerlukan

penyesuaian respons. Terdapat dua jenis stress iaitu eustres dan distress.

Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam kedua-dua jenis stress ini. Distres

memberi kesan negatif seperti meyebabkan kekecewaan dan kerisauan ataupun

kebimbangan. Manakala Eustres boleh memberi kesan yang positif seperti

memberi lebih tenaga dan menjalankan tugas dengan lebih efisien. Dalam

kehidupan sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres.

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi

keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi

suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk

bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita

menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan

mental dan fisikal.

2.2 Perkara yang menyebabkan stress.

Dalam kehidupan seharian terdapat beberapa situasi yang dapat dikenal pasti

menjadi faktor penyebab kepada berlakunya stress. Antaranya adalah

masalah hubungan dengan keluarga dan rakan, ketika menjelangnya

peperiksaan, konflik, perasaan takut dan risau, faktor cuaca yang terlalu panas

1
atau terlalu sejuk, tiada keyakinan diri,tekanan kerja, kematian ahli keluarga

serta persekitaran yang tidak selesa.

2.3 Pengurusan stress

Proses pengurusan stress adalah salah satu kunci utama kebahagiaan dan

kejayaan dalam kehidupan. Pada hakikatnya, stress adalah perkara normal

dalam kehidupan yang boleh menjana hasil kerja yang lebih baik. Kita hanya

perlu menguruskan stress dengan cara yang betul supaya tidak memberi kesan

yang negative pada diri sendiri. Berikut adalah strategi dan cara yang berkesan

untuk menguruskan stress.

1. Pengurusan masa.

Kita perlu merancang penggunaan masa secara berkesan dan

mengutamakan perkara yang lebih penting. Penjadualan aktiviti harian

adalah satu usaha yang sangat berkesan dalam menguruskan masa.

2. Beriadah.

Beriadah dapat menenangkan fikiran. Pelbagai aktiviti riadah dapat

dilakukan seperti jogging, yoga dan renang. Bermain permainan seperti

futsal dan lain-lain juga dapat mengurangkan tekanan dan stress.

2
3. Bersikap positif.

Mengubah cara berfikir kearah yang lebih positif dan tidak memikirkan

perkara-perkara negatif serta sentiasa berusaha untuk melakukan yang

terbaik.

4. Mengamalkan pemakanan secara seimbang.

Pemakanan seimbang adalah baik untuk kesihatan. Kesihatan yang baik

secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan stress.

Pengambilan alkohol, rokok dan dadah adalah tidak baik untuk kesihatan

dan boleh membawa kepada stress.

5. Mendapatkan sokongan sosial.

Meminta nasihat, pandangan dan pendapat kaunselor ahli terapi atau

doktor serta ahli keluarga dalam menyelesaikan masalah dan tekanan

yang dihadapi. Berkongsi permasalahan dapat mengurangkan stress yang

dihadapi oleh seseorang.

6. Mengamalkan relaksasi.

Menenangkan diri dengan cara meditasi, sembahyang dan teknik

pernafasan dapat membantu mengurangkan tekanan yang menyebabkan

stress.

3
2.4 Kesan Buruk Akibat Stres

Stress yang berlebihan dapat dikesan melalui pelbagai cara seperti emosi,

tingkah laku, dan juga secara fizikal. Simptom stress adalah pelbagai kepada

setiap individu yang berlainan. Simptom fizikal yang biasa yang selalu dilaporkan

daripada sesiapa yang pernah mengalami stress adalah gangguan tidur,

ketegangan otot, sakit kepala, dan keletihan. Apabila stress gagal dikawal dan

tidak dapat diuruskan dengan baik, maka beberapa kesan negatif akan berlaku.

Antaranya ialah obesiti, Kesepian dan menyendiri merupakan symptom susulan

akibat stress. Kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan

perasaan & bunuh diri.Tekanan darah tinggi, lelah, masalah kulit yang semakin

teruk (jerawat), serangan jantung, masalah sinus, kehilangan fungsi seksual dan

pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit,

serangan migraine, gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala, dan

kemurungan merupakan akibat buruk daripada tekanan stress yang

berpanjangan.

4
2.5 Siapakah yang paling kebal daripada stress??

Stress datang dalam pelbagai bentuk dan menyerang manusia daripada

pelbagai peringkat umur dan cara hidup. Tiada faktor yang standard yang dapat

kita mengenal pasti tahap stress yang dialami oleh setiap orang contohnya ibu

bapa yang mempunyai seorang anak mungkin mengalami stress yang lebih

tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai. Tahap stress

dalam kehidupan ini adalah bergantung tinggi kepada faktor individu seperti

kesihatan fizikal, kualiti hubungan interpersonal, bilangan komitmen dan

tanggungjawab yang dipikul, harapan kita, seberapa banyak dorongan dan

pertolongan oleh orang lain kepada kita dan bilangan perubahan peristiwa

traumatik yang selalu muncul dalam kehidupan kita.

Namun satu faktor umum dapat dibuat. Orang yang memiliki rangkaian

sokongan sosial dilaporkan mengalami stress yang lebih minimum dan secara

tidak langsung meningkatkan lagi tahap kesihatan mental dan fizikal berbanding

dengan orang yang kekurangan sokongan sosial.

You might also like