You are on page 1of 12

GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Mashitah Bt Khalid

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Isu yang sentiasa dibangkitkan ialah sama ada pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang
berkesan dan pelbagai dalam memastikan pencapaian akademik yang cemerlang. Selain itu,
kekurangan dan kelemahan kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang meluas dalam
kalangan guru juga menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti pelajar tidak bermotivasi
dalam pembelajaran. Kertas konsep ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah gaya
pembelajaran mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik pelajar
dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya,
keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar. Terdapat empat peringkat gaya
pembelajaran yang dikenal pasti mempengaruhi pencapaian akademik pelajar iaitu model
sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model medium pembelajaran
yang disukai. Oleh itu, penulis mencadangkan agar satu kajian secara terperinci perlu dilakukan
untuk mengenalpasti apakah faktor sebenar yang menyebabkan pelajar kurang bermotivasi dalam
pembelajaran.

1.0 Pendahuluan

Gaya pembelajaran adalah satu cara bagi seseorang mudah untuk menerima pelajaran
yang di pelajarinya. Gaya pembelajaran menurut Zubaidah Begam (2007), adalah stail
atau cara. Manakala gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara
pembelajarannya. Gaya pembelajaran (learning styles) pula merujuk kepada cara
interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan
menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan. Gaya
pembelajaran menurut Rohaila Yusof, Norasmah Othman, dan Faridah Karim (2005)
bermaksud kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses maklumat
yang merupakan satu faktor perbezaan individu. Gaya pembelajaran adalah indikator

1
yang stabil tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap
persekitaran pembelajaran.
Gaya pembelajara walaupun suatu isu yang sudah lama , namaun kajiannya perlu
secara berterusan ini berikutan, Isu permasalahan dalam pendidikan sering dilihat dari
aspek pencapaian akademik pelajar yang tidak memberangsangkan terutamanya di
kawasan luar bandar. Pencapaian akedemik pelajar di kawasan bandar jauh lebih baik
berbanding pencapaian pelajar di kawasan luar bandar. Isu-isu kebelakangan ini yang
mengutarakan pelajar di kawasan luar bandar terutama di kawasan pedalaman di Sabah
mendapati bahawa kebanyakan pelajar dari kawasan tersebut memperolehi keputusan
yang rendah dalam pencapaian akademik. Ada juga dalam kalangan mereka yang berjaya
tetapi pada peringkat yang sederhana (Rasidah Rashi. 2008).
Pelajar bermasalah terdiri daripada pelajar yang tidak dapat mengikuti proses
pembelajaran yang diajar dengan baik semasa proses pembelajaran. Pendedahan gaya
pembelajaran pelajar yang pelbagai boleh membantu pelajar menguasai pelajaran mereka.
(Azizi Yahya et al. 2003) Pelajar-pelajar kebiasaanya mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza-beza. Ada pelajar-pelajar yang suka melibatkan diri secara aktif, suka
memerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori dan ada yang lebih mementingkan
hakikat yang sebenar. Semua ini merupakan masalah yang perlu dikenalpasti oleh guru-
guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas supaya ianya
berjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik.
Guru juga perlu bersedia berhadapan dengan pelajar dan tahu apakah pendekatan yang
terbaik untuk pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kesan
daripada keprihatinan guru ini akan dapat menghasilkan pelajar yang memperoleh
prestasi yang cemerlang.
Gaya pembelajaran akan mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Maka tidak
hairanlah pencapaian pelajar di dalam peperiksaan adalah pelbagai-bagai. Kajiannya
menunjukan keputusan peperiksaan yang diperolehi pelajar adalah berbeza dari segi
pencapaian, ini dapat dilihat setelah pelajar-pelajar melakukan peperiksaan PMR (Azizi
Yahya et al. 2003). Perbezaan pencapaian ini adalah perkara biasa. Peperiksaan
digunakan untuk mengukur sejauh manakah dan sebanyak manakah perkara-perkara yang
telah dipelajari mencapai objektif lebih-lebih lagi setiap pelajar mempunyai gaya belajar

2
yang berbeza, sudah pastinya gaya belajar yang paling sesuai dengan dirinya mahupun
yang terbaik sudah pasti menyumbangkan hasil yang memuaskan.
Kajian utama menumpukan kepada perbezaan gaya pembelajarn diantara lelaki
dan permpuan (Norasmah Othman & Siti Rashidah Othman 2004 ; Seth & Sulaiman Low
Fee Ngoo 2008)). Dapatan norasmah dan siti rashidah menunjukan tiada perbezaan antara
kaedah yang digunakan oleh lelaki dan perembuan melaui kedah pembelajaran yang
diamalkan.

2.0 Latar Belakang

2.1 Gaya Pembalajaran

Gaya pembelajaran adalah penting kepada seseorang pelajar. Ini kerana gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian mereka.
Menurut (Azizi Yahya et al. 2003) gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar, maka pemilihan gaya belajar yang baik merupakan satu tugasan yang
berat. Memang wujud beberapa gaya pembelajaran pelajar di mana boleh diambil kira
oleh pelajar, namun ada yang menampakkan perbezaan-perbezaan yang agak ketara.
Misalnya, terdapat pelajar yang bergantung kepada pembelajaran melalui pengajaran
guru dan ada pula yang memberi banyak penekanan pada pembelajaran sendiri.
Kesesuaian gaya belajar adalah bergantung kepada diri seseorang pelajar.

Pemilihan gaya pembelajaran adalah bergantung kepada kesesuaian individu itu


sendiri. Menurut (Rasidah Rashid 2008), pelajar lebih suka belajar dalam situasi yang
digemari oleh diri mereka sendiri. Terdapat juga pelajar yang gemar belajar berseorangan
dan terdapat juga yang suka belajar secara berkumpulan. Ada juga pelajar yang suka
belajar dengan mendengar syarahan atau penerangan oleh guru serta ada juga yang lebih
gemar dengan membuat pemerhatian dan nota semasa belajar. Namun pembelajaran
adalah bergantung kepada dorongan atau motivasi dalam diri pelajar di samping faktor –
faktor yang turut membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Hal ini dapat dilihat
dalam kajian (Azizi Yahya et al. 2003), menurut beliau terdapat hubungan yang
signifikan di antara perbezaan gaya pembelajaran dengan latar belakang keluarga dan

3
juga terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor rangsangan rakan sebaya,
keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar.

Gaya pembelajaran boleh dikelaskan dalam beberapa lapis, seperti mana


dikelaskan oleh (Azizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak 2010), gaya pembelajaran
terdiri daripada empat lapis iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model
interaksi sosial dan model medium pembelajaran yang disukai.

2.2 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik merupakan aspek penting kepada seseorang pelajar untuk


menyukat prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain. Pencapain akademik menurut
Zubaidah Begam. (2007) lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang
pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred
yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang kademik dan
sebaliknya jika pelajar itu kecundng dalam akedemik akibat gread yang rendah.

2.3 Intuisi

Intuisi bermaksud kebolehan memehami, mengetahui dan merasa sesuatu tanpa berfikir
atau membuat pertimbangan secara gerak hati ( kamus dewan edisi keempat). Melalui
kaedah instuisi pelajar akan mengunakan ferak hati untuk mentafsir sesuatu yang di
pelajari tanpa mengunakan pemikiran. Kadang-kadang kaedah ini akan memberhayakan
pelajar berkenaan, jika sesuatu yang di instuisi tidak menjadi kenyataan.

3.0 Isu- Isu dan Masalah

Pelajar luar bandar sering dikaitkan dengan pencapaian yang rendah berbanding pelajar
di kawasan bandar. Ini sepertimana yang dikaji oleh (Rasidah Rashi. 2008) Isu-isu
permasalahan dalam pendidikan seperti aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang tidak
seragam menyebabkan keciciran pencapaian akademik terutamanya di sekolah luar
bandar. Penambah baik kandungan mata pelajaran juga perlu diteliti semula bagi melihat
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kekurangan dan kelemahan

4
kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru juga
menyebabkan pelbagai isu permasalahan timbul seperti pelajar tidak bermotivasi dalam
pembelajaran. Keciciran pelajar ini boleh dikaitkan dengan gaya pembelajaran, terlalu
sedikit pelajar didedahkan dengan gaya pembelajaran yang betul dan kebanyakan pelajar
belajar sendiri dan terdedah kepada pengaruh rakan sebaya.

Terdapat juga pelajar yang menggunakan kepelbagaian atau gabungan daripada


beberapa gaya pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Namun sesetengah
daripada mereka menghadapi masalah dalam mengaplikasikan gaya pembelajaran yang
strategik dan bersesuaian dengan proses pembelajaran. Akibatnya pelajar memperoleh
keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pencapaian akademik disebabkan
pengaplikasian gaya pembelajaran yang tidak berkesan diserap dan diguna dalam proses
pembelajaran mereka (Rasidah Rashi. 2008).

Masalah wujud juga kerana kekurangan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelas,
demikian juga kerana kebanyakkan guru menjalankan sesi pembelajaran perpusatkan
guru menyebabkan pelajar kurang terlibat dalam aktiviti dan proses pembelajaran, hal ini
menyebabkan pengalaman pelajar adalah kurang, dan kesanya pelajar tidak boleh
bayangkan dalam fikiran ataupun mengingat kembali. hal ini kerana dalam proses
pembelajaran aktiviti pelajar penting kerana seseorang pelajar akam mudah mengigati
atau membayangkan jika ia melakukan sendiri serta merasa sendiri pengalaman itu. Oleh
hal itu pembelajran didalam kelas juga perlulah secara pembelajran dua hala dan
memperbanyakan penglibatan pelajar. Supaya gaya pembelajaran pelajar boleh terbentuk
melalui pendekatan ini.

4.0 Saranan Kajian

Gaya pembelajaran yang berkesan bagi tujuan meningkatkan pencapaian pelajar


khususnya pelajar bermasalah di luar bandar adalah mempelbagaikan gaya pembelajaran
bagi pelajar. Melalui kepelbagaian gaya pembelajaran ini dapatlah mengatasi pelajar
bermasalah khususnya untuk memperbaiki pencapaian mereka. Menurut Rasidah Rashi
(2008) terdapat tiga gaya pembelajaran yang di bentuk oleh Buggs iaitu pembelajaran
‘surface’ yang mana pelajar mengarah terhadap kepuasan dalam program yang diikuti

5
(contohnya lulus dalam peperiksaan, fokus dalam tugasan). Pembelajaran ‘deep’pula
melibatkan pelajar cuba memahami pendasaran maksud dalam kandungan pembelajaran,
untuk pembangunan kendiri. Manakala pembelajaran ‘achiveing’ pula melibatkan pelajar
cuba untuk memperolehi pencapaian gred yang tinggi. Kajian mendapati terdapat
hubungan yang positif antara gaya pembelajaran surface dan motivasi surface (r = 0.535).
nilai bagi pekali r >0.090 adalah signifikan bagi aras keyakinan 95 %. Ini menunjukan
terdapatnya gaya pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan motivasi berdasarkan
kajian yang telah dijalankan.

Gaya pembelajaran yang dikaji oleh (Unit Pengajian Melayu 1998; Rasidah
Rashid 2008; Norazah Mohd. Nordin & Shaari Osman 2005; Rosniah Mustaffa 2007)
gaya pembelajaran boleh terdiri daripada bahasa visual, nombor visual, bahasa auditori,
nombor auditori, individu, kumpulan, cara berkomunikasi pernyataan lisan dan
pernyataan bertulis. Penggunaan alat-alat ini ia membolehkan setiap pembelajaran ini
menjadi mudah dan pelajar dapat mengingati apa yang diajar. Seterusnya ia boleh
membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya pelajar yang mempunyai masalah
dalam pelajaran.
Pelajar digalakan menggunakan gaya pembelajaran dalam pelajaran mereka. Selain
gaya pembelajaran yang dikemukan oleh Buggas terdapat pelbagai lagi gaya
pembelajaran yang boleh pelajar gunakan dan aplikasi semasa belajar khususnya dalam
proses pembelajaran di dalam kelas. Menurut Nazamud-din Alias (2005) gaya
pembelajaran merupakan satu bidang yang sering diperdebatkan di kalangan pendidik.
Maka pelbagai gaya pembelajaran telah diperkenalkan. Antara gaya pembelajaran yang
diperkenalkan adalah Gaya Pembelajaran Paragon, Gaya Pembelajaran Kolb, Gaya
Pembelajaran Canfield, Gaya pembelajaran Gregorc dan Gaya Pembelajaran Dunn dan
Dunn. Antara yang boleh diaplikasikan gaya pembelajaran yang boleh membantu pelajar
bermasalah dalam meningkatkan pencapain adalah seperti berikut;

4.1 Gaya Pemikiran


Gaya pemikiran ialah sesuatu cara dalam gaya pembelajaran yang membolehkan pelajar
ini sentiasa berfikir. Menurut (Vivian Low Yen Yeong 2007) gaya pemikiran bukan
merupakan sesuatu keupayaan tetapi lebih kepada cara kita menggunakan keupayaan

6
yang sedia ada pada pelajar. Seseorang itu mungkin boleh dikatakan bahawa dia
mempunyai keupayaan yang serupa tetapi dia mungkin juga mempunyai gaya pemikiran
yang berbeza. Namun, masyarakat sering menganggap seseorang itu dengan keupayaan
yang sama adalah serupa. Gaya pemikiran seseorang yang sepadan dengan cara yang
dijangka dalam situasi tertentu adalah dianggap sebagai orang yang mempunyai tahap
keupayaan yang lebih baik walaupun pada kenyataannya apa yang wujud adalah bukan
keupayaan tetapi kesesuaian antara gaya pemikiran seseorang itu dengan tugasan yang
dihadapinya.

Menggunakan gaya pemikiran ini boleh membantu pelajar bermasalah untuk


meningkatkan pencapaian mereka. Ini ditunjukan dalam kajian (Vivian Low Yen Yeong
2007) gaya pemikiran berkait secara signifikan dengan pencapaian akademik. Tambahan
lagi, kajian-kajian tersebut menunjukkan persamaan dari segi gaya pemikiran
meramalkan pencapaian akademik mengikut kumpulan yang pelbagai budaya dan bangsa
yang berlainan.

4.2 Gaya Pembelajaran Kolb

Gaya pembelajaran Kolb menurut Norasmah Othman & Siti Rashidah Othaman (2004)
adalah satu model pembelajaran pengalaman yang telah mendapat perhatian berbagai
bidang pengajian khususnya yang memerlukan latihan amali, dalam kajian beliau telah
merangkumi empat jenis gaya pembelajaran iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian
reflektif, eksperimentasi aktif dan konseptualisasi abstrak. Gaya pembelajaran ini sesuai
untuk subjek seperti sains dan kemahiran hidup yang memerlukan pelajar untuk
melakukan aktiviti supaya apa yang dilaksanakan ketika kelas ataupun di dalam makmal
dapat membantu pelajar dalam mengigati pembelajaran lepas melalui pengalaman
melakukan sesuatu aktiviti seperti ekperiment di dalam makmal sains.
Gaya pembelajaran kolb melibatkan model gaya pembelajaran Kolb yang
digunakan dalam kajian (Norasmah Othman & Siti Rashidah Othaman 2004; Zubaidah
Begam 2007), model yang digunakan ini boleh membantu pelajar bermasalah dalam
memilih gaya yang brekesan bagi mencapai pencapaian akademik yang baik dan
cermelang. Model kolb ini boleh di perincikan lagi empat bahagian sepaya pelajar boleh
mangadaptasikan gaya ini bagi memudahkan pembelajran. Antarnya adalah:

7
4.2.1 Pengalaman Konkrit
Gaya pembelajaran pengalaman konkrikt, pelajar akan terlibat dengan
pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah
beradaptasi, intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
4.2.2 Konseptualisasi abstrak
Gaya pembelajaran konseptualisasi abstrak kaedah dimana pelajar berusaha untuk
mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk
konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi. Terdapat
sedikit perbezaan antara pengalaman konkrik yang menekankan intuisi.
4.2.3 Pemerhatian Reflektif
Kaedah ini pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar,
memerhati, dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat
dalam gaya pembelajaran ini.
4.2.4 Eksperimentasi aktif
Kaedah ini pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan
yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Strategi utama adalah
mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang
praktikal.kaedah ini lebih kepada membantu pelajat dalam gaya untuk
memnghasilkan keputusan.

4.3 Gaya Pembelajaran Visual


Gaya pembelajaran visual juga boleh di adaptasikan didalam gaya pembelajaran. Kaedah
pembelajar secara visual ini pelajar belajar dengan melihat perkataan dalam buku dan
papan tulis, guru tidak perlukan penerangan yang banyak, oleh itu pelajar boleh belajar
bersendirian dengan membaca buku, pelajar juga tidak perlu mencatat penerangan atau
arahan lisan yang disampaikan oleh guru sekiranya ingin memgingat sesuatu maklumat.
Gaya pembelajar visual ini sesuai kepada pelajar yang suka belajar bersendirian.

4.4 Gaya Pembelajaran Auditori


Kaedah pembelajar auditori pelajar belajar dengan mengunakan perkataan yang
diujarkan, pelajar dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan

8
menggerak-gerikan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar
pita audio, syaraha dan perbincangan kelas. Pelajar yang menggunkan auditori boleh
belajar dengan melibatkan deria pendengaran.

4.5 Gaya Pembelajaran Kinestetik


Gaya pembelajaran ini adalah pelajar belajar dengan baik melalui pengalaman, dan
terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawanan dan main peranan. Kaedah ini terdapat sedikit
persamaan dengan gaya pembelajaran kolb yang mana menekankan kepada pengalaman
pelajar bagi membantu pelajar mengingat semula apa yang diajar di dalam kelas, ini
membantu pelajar untuk menjawab soalan ketika peperaksaan dan ini membantu bagi
meningkatkan prestasi pelajar. Konbinasi ransangan seperti aktiviti dan pita audio
memudahkan pelajar memahami pelajaran yang diajarkan. Pelajar menggunakan
keseluruhan pergerakan badan serta melalui sendiri sesuatu pengalaman untuk mengingat
kembali apa yang diajar.

5.0 Kesimpulan

Sebagai rumusannya, satu pendekatan yang lebih komprehansif perlu dilakukan bagi
membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya pelajar luar bandar supaya
mereka memperoleh keputusan yang cemerlang selari dengan pelajar di bandar. Satu
kaedah pembelajaran yang berkesan seperti gaya pembelajaran perlu ditekankan kepada
pelajar terutama pelajar luar bandar supaya kejayaan semua pelajar dapat dikongsi
bersama bagi mewujudkan generasi yang cemerlang untuk mentadbir negara pada masa
akan datang. Umunya pada ketika ini dapat diperhatikan kebanyakan pelajar cemerlang
adalah terdiri daripada pelajar bandar dan berlatar belakangkan keluarga daripada
golongan yang berpendidikan serta mendapat penekanan dan galakan belajar secara
berterusan berbanding pelajar luar bandar yang hanya ditekankan pada masa-masa
tertentu. Lebih malang lagi jika seseorang pelajar itu mempunyai latar belakang keluarga
yang tidak mementingkan pelajaran. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlulah
menekankan perkara-perkara berkaitan pelajaran supaya pelajar tidak akan ketinggalan
dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan.

9
Akhir sekali, untuk memperolehi pencapaian yang baik seseorang pelajar perlu
mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan pembelajaran di
kelas dan juga di mana kita berada sekiranya berlaku proses pembelajaran. Hal ini kerana
dengan adanya gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri seseorang pelajar itu, ia akan
memudahkan pelajar untuk menerima sesuatu yang dipelajari. Di samping itu, seseorang
pelajar juga sentiasa boleh berubah-ubah ataupun fleksibel dalam berhadapan dengan
sesuatu situasi. Ini kerana keadaan negara yang sering berkembang terutama dalam
teknologi dan dasar-dasar baru, pelajar juga perlu menerima setiap perubahan dengan
mudah supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang serba maju ini.

10
RUJUKAN

Azizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak. 2010. Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan
Kaedah Pengajaran. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya Et Al. 2003. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Tingkatan Empat Sekolah Menegah Teknik N. Sembilan. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan
Oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Norasmah Othman & Siti Rashidah Othaman. 2004. Gaya Pembelajaran Kolb Dalam Mata
Pelajaran Biologi. Juarnal teknologi. Universiti teknologi Malaysia. 45-48..

Nazamud-din Alias. 2005. Gaya pembelajaran guru pelatih kursus pengajian lepasaan ijazah
maktab perguruan batu lintang. Tesis tak diterbitkan oleh jabatan penyelidikan.

Norazah Mohd & Nordin Shaari Osman. 2005. Gaya pembelajaran komputer guru pelatih kursus
perguruan lepasan ijazah maktab perguruan. Jurnal pendidikan 30 151-159.

Rohaila Yusof, Norasmah Othman, Faridah Karim. 2005. Strategi Pembelajaran Pengalaman
Berdasarkan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan. (30) 113-
128

Rasidah Rashi. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi Dalam Kalangan
Pelajar Di Sebuah Sekolah Menegah Liar Bandar, Sabah. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan
Oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Rosniah mustafa. 2007. Mengadaptasi gaya pembelajaran pelajar ESL: satu kajian kes pelajar
tahun satu di UKM. Gema online Journal of langguage studies. 7(1).

Seth Sulaiman & Low Fee Ngoo. 2008. Corak gaya kognitif dan terhadap penguasaan konsep

11
daya Newtonian di kalangan pelajar tingkatan enam rendah : satu kajian rintis. Seminar
kebangsaan pendidikan sains dan matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Unit Pengajian Melayu. 1998. Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Pengajian Melayu Dalam
Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Fokus Ayat Pasif. Jurnal Pendidikan Tigaenf.
Jabatan Bahasa

Vivian Low Yen Yeong. 2007. Gaya Pemikiran Dan Kesesuaianya Dengan Pencapaian Kimia
Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Di Sekola-Sekolah Menegah Kebangsaan Daerah
Pontian. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Zubaidah Begam. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:


Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM,
Skudai, Johor. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.

12

You might also like