You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan

Sebagai pelajar pendidikan jasmani dan kesihatan, subjek anatomi dan


fisiologi merupakan subjek wajib yang perlu diambil. Tujuan subjek anatomi
dan fisiologi ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat dan
pengetahuan kepada pelajar mengenai struktur tubuh manusia serta fungsi-
fungsinya. Dalam anatomi, ianya terbahagi kepada dua iaitu anatomi kasar
(gross) dan mikroskopik. Secara umumnya, anatomi kasar mengkaji tentang
struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang,
otot dan paru-paru. Manakala mikroskopik pula ialah kajian tisu dengan
bantuan mikroskop. Fisiologi pula bermaksud mengkaji struktur tubuh badan.
Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur,
tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Oleh yang demikian,
kerja kursus yang diterima mengkehendaki kami mencari maklumat tentang
kesan latihan terhadap sistem tubuh badan. Selain itu, kami perlu
mengendalikan sesi latihan/senaman sebagai panduan kepada kumpulan
sasaran. Kerja kursus yang diberikan adalah wajar bagi pelajar major dalam
pendidikan jasmani mengetahui setiap perkara yang terkandung dalam
subjek anatomi dan fisiologi ini. Hal ini akan membolehkan pelajar dapat
mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat membimbing orang lain
yang kurang arif tentang tubuh badan mereka sendiri.

1
2.0 Pengenalan kepada Sistem Saraf

Sistem saraf manusia adalah merupakan sistem yang berupaya untuk


mengesan dan menyelaraskan segala proses atau aktiviti dalam badan serta
bergerak balas dengan sewajarnya terhadap perubahan yang berlaku dalam
persekitaran. Sistem saraf biasanya berfungsi untuk penyelarasan dan juga
mengawal sistem-sistem yang lain. Pusat kawalan aktiviti badan bertindak untuk
mengawal intelek seseorang, daya ingatan, kuasa kemahuan, dan kuasa deria
seperti melihat, merasa, menyentuh, dan sebagainya.
Selain itu, sistem saraf bertanggungjawab dalam mengintegrasikan dan
mengawal semua fungsi sistem badan. Sistem ini berkebolehan dalam menerima
dan bertindak balas terhadap impuls dari persekitaran dan internal dan
menghantar impuls ke system saraf pusat. Impuls saraf dihantar dari satu neuron
ke neuron yang lain dalam perjalanannya ke sistem saraf pusat. Sistem saraf
dapat dibahagikan kepada dua iaitu sistem saraf pusat (CNS) dan sistem saraf
periferi (PNS).
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Sistem saraf
periferi pula terdiri daripada saraf yang menghubungkan sistem saraf pusat
dengan reseptor dan efektor yang sepadan. Saraf yang dihubungkan kepada
otak ialah saraf kranium. Saraf yang dihubungkan kepada saraf tunjang pula
dikenali sebagai saraf spina.

2
3.0 Pengenalan kepada latihan fartlek

Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ dan ia adalah adalah sejenis


latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun
ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan
kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang
berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut
bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan
peratusan daripada keupayaan maksima.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya tahan
kardiovaskular individu disamping untuk membina dan meningkatkan
kepantasan. Latihan fartlek biasanya dilakukan di kawasan luar dengan
permukaan tanah yang tinggi rendah. Ia juga dianggap sebagai latihan jeda tidak
rasmi yang memerlukan disiplin kendiri yang tinggi. Intensiti latihan akan
ditetapkan dari 60 ke 75%. Kekerapan latihan boleh dilakukan sebanyak 3
hingga 5 kali seminggu manakala untuk peningkatan linear bagi 10 – 11 minggu.
Latihan fartlek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu latihan fartlek
bebas dan terkawal. Bagi latihan fartlek bebas, biasanya intensiti, masa, jarak
dan aktiviti ditentukan oleh atlet sendiri. Bagi latihan fartlek terkawal pula, ia
bergantung pada rangcangan latihan yang disediakan oleh jurulatih. Intensiti
latihan adalah berdasarkan tahap kecergasan dan keupayaan atlet. Objektif
utama latihan adalah memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan
bukannya kelajuan. Lebih lama masa larian lebih baik kesan kepada sistem
kardiovaskular.

3
4.0 Kesan latihan terhadap sistem saraf.

4.1 Membantu meningkatkan tindak balas dengan lebih cepat (spontan).

Merujuk buku Nervous of Muscular Movement, Chapter 6, individu


yang menjalani aktiviti fizikal (ujian fartlek) yang dijalankan akan dapat
meningkatkan tindak balas mereka dengan lebih cepat. Sistem reseptor
mereka seperti mata, hidung, telinga, dan sebagainya akan mula
mengesan dan menerima rangsangan yang berlainan dari persekitaran
dalam badan dan persekitaran luar badan. Kemudian, rangsangan yang
diterima akan menyebabkan efektor yang terdiri daripada otot dan kelenjar
(endokrin) bergerak balas. Dalam erti kata lain, sistem saraf akan mula
mengalirkan maklumat yang diterima oleh reseptor dalam bentuk impuls
apabila menerima rangsangan. Impuls yang diterima akan dibawa ke
sistem saraf pusat dan seterusnya ke efektor. Contohnya, semasa
melakukan ujian fartlek, apabila mata individu yang melakukan ujian
melihat kon merah dihadapannya, mata (reseptor) akan mula dirangsang
dan menghantar impuls ke otak yang menyatakan bahawa dia harus mula
berlari. Kemudian, otak pula akan mentafsir rangsangan yang diterima
dan menghantar rangsangan tersebut ke otot kaki untuk bertindak balas
untuk melakukan larian.

4
5
4.2 Mendorong unit-unit pergerakan untuk bertindak balas dengan lebih
cepat, merujuk buku Essential of Movement.

Semasa menjalankan aktivit fizikal (ujian fartlek), unit-unit


pergerakan ini akan terdorong untuk bertindak balas dengan lebih
cepat terhadap rangsangan yang diterimanya. Sistem saraf pula akan
menjadi sangat reaktif dan mempunyai keupayaan untuk merangsang
unit-unit pergerakan yang terbabit dengan lebih cepat dan menukarkan
kekuatan kepada kuasa. Contohnya, seorang pelumba basikal Le’
Tour De France yang sangat aktif tidak mempunyai masalah untuk
meneruskan perlumbaan basikal ini. Ini kerana sistem sudah terbiasa
untuk merangsang otot-otot (terutamanya otot kaki) untuk bergerak
dengan lebih cepat. Pada masa ini, pelumba itu bukan sahaja
memerlukan kekuatan untuk mendaki gunung di sepanjang laluan
perlumbaan malahan dia juga turut memerlukan kuasa untuk mendaki
dengan lebih cepat.

6
4.3 Membantu meningkatkan koordinasi otot bahagian anggota yang
berbeza yang lebih selaras, (Marieb, 2003).

Melalui aktiviti fizikal yang dijalankan, otak akan dapat berfungsi


dengan lebih baik untuk menyampaikan maklumat. Semasa melakukan
aktiviti fizikal, system saraf mungkin akan bertindak balas sama ada
dengan cepat atau perlahan. Contohnya, sebelum memulakan larian,
tembakan akan dibunyikan. Apabila tembakan berbunyi, neuron deria
(pendengaran) akan secara automatik menerima rangsangan dan mula
menghantar maklumat / impuls ke neuron perantaraan. Kemudian, neuron
perantaraan akan menghantarnya ke neuron motor. Neuron motor pula
akan mentafsir dan seterusnya menghantar impuls yang diterima ke otot
kaki untuk memulakan lari pecut.

7
4.4 Meningkatkan densiti salur darah

Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung di


dalam otot. Aktiviti fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran
darah ke otot-otot meningkat. Ini akan menyebabkan pembukaan salur-
salur darah yang pasif dan juga menyebabkan penggunaan salur darah
yang sedia ada menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan
peningkatkan salur darah

Densiti salur darah

8
9
4.5 Meningkatkan kecerdasan minda

Kajian telah dijalankan ke atas manusia dan mendapati latihan fizikal


boleh merangsang penghasilan neuron di dalam kawasan ingatan pada
otak manusia tersebut. Manusia tersebut akan disuruh bersenam di atas
pelantar bergerak dan mempelajari teknik-teknik baru dengan lebih baik
berbanding manusia yang hanya duduk dan banyak berehat. Kajian ini
menarik kerana berdasarkan kajian ini, dapat membandingkan prestasi
antara manusia yang berumur 70 tahun dengan manusia yang berumur
20 tahun. Mereka perlu melakukan senaman di atas pelantar yang
begerak dan platform yang disediakan. Hasil kajian yang telah dijalankan
oleh John Shepherd M.A yang merupakan seorang pakar kesihatan
menunjukkan bahawa manusia yang berumur 70 tahun itu tadi
menunjukkan prestasi sebaik manusia yang berusia 20 tahun. Manakala
manusia yang tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal menjadi pelupa.
Saintis percaya senaman mampu memberikan rangsangan kepada daya
pemikiran. Kajian terdahulu mendapati apabila seseorang itu melakukan
aktiviti fizikal atau senaman, sel saraf akan menghasilkan sejenis neuron
yang dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang
beberapa bahan kimia semulajadi lain untuk meningkatkan kesihatan
secara menyeluruh

10
11
R
E
F
L
E
K
S
I

12

You might also like