You are on page 1of 14

SINOPSIS JURNAL

Setiap manusia terikat dengan peraturan. Peraturan juga berkait rapat dengan disiplin
manusia untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Apabila tindakan yang dilakukan
seseorang manusia tidak mengikut peraturan, ia dianggap sebagai sesuatu tingkah laku yang
salah. Antara tingkah laku yang dianggap salah ataupun menyalahi undang-undang adalah
mencuri, merompak, mengganggu orang lain dan memusnahkan harta benda orang lain.
Masalah-masalah tingkah laku ini dikategorikan dalam kelas-kelas tingkah laku bermasalah iaitu
kejam, tidak menghormati orang lain, menipu, pergaduhan dan ejekan. Tetapi mengapa manusia
masih melakukan tingkah laku bermasalah ini sedangkan mereka tahu ia menyalahi undang-
undang? Kertas kajian ini telah menghuraikan sebab; mengapa remaja bermasalah melakukan
tingkah laku yang bertentangan dengan peraturan melalui beberapa perspektif teori iaitu teori
tingkah laku, humanistik, psikoanalitik dan tret personaliti. Melalui pendekatan tingkah laku,
teori ini percaya bahawa tingkah laku dibentuk melalui pengalaman. Tingkah laku pelajar boleh
dibentuk sekiranya perasaan dan pemikiran mereka diselami dan dibentuk oleh unsur-unsur
nasihat dan perbincangan. Pandangan tokoh daripada perspektif tingkah laku percaya bahawa
pembelajaran berlaku setelah melalui prinsip-prinsip peneguhan dan dendaan. Tingkah laku
dapat dimodifikasikan dengan cara peneguhan yang sistematik, menarik keluar peneguhan,
mengenakan dendaan dan mendesak secara rasional. Pendekatan humanistik pula mempercayai
bahawa manusia memiliki sesuatu kuasa dalaman yang akan memberi impak kepada individu
dan berpotensi menjadikan individu tersebut seseorang yang hebat dan menyumbang kepada
masyarakat. Carl Rogers menyatakan bahawa potensi yang terdapat dalam diri individu
melahirkan sistem kendiri dan membantu kepada perkembangan potensi diri. Melalui pendekatan
humanistik juga, Maslow (1943) telah memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri ( self
actualization ) iaitu mencapai potensi diri yang bermakna kepada seseorang. Teori humanisme
percaya bahawa kuasa dalaman yang dimiliki oleh manusia perlu dipupuk ke arah nilai-nilai
positif. Melalui kajian daripada pendekatan psikoanalitik pula, Sigmund Freud berpendapat
bahawa pembentukan personaliti adalah berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu
keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id, keperluan untuk akur dengan
peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenali sebagai ego dan keinginan untuk
hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri yang dikenali sebagai superego. Freud
berpendapat bahawa ketiga-tiga kehendak tersebut tidak dapat ditunaikan secara serentak. Ini

1
menyebabkan kita bertindak mengikut kehendak diri sendiri. Ketiga-tiga kuasa dalaman ini
bertindak dalam zon yang dipanggil unconscious iaitu tidak sedar. Dalam menyelesaikan
permasalahan dalam zon unconscious ini, Freud telah mengenal pasti strategi yang dipanggil
defence mechanism yang merupakan suatu usaha untuk mempertahankan sebarang tindakan yang
telah dilakukan oleh individu. Perspektif psikoanalitik ini percaya bahawa pembentukan tingkah
laku bermasalah adalah disebabkan peranan unsur kuasa dalaman seperti id, ego dan superego.
Jurnal ini juga membincangkan tentang teori tret personaliti. Teori ini menyatakan seseorang
bertindak ataupun melakukan sesuatu berdasarkan tret personaliti. Tret personaliti merupakan
ciri-ciri yang dapat meramalkan tingkah laku secara konsisten berdasarkan sebarang situasi.
Tumpuan teori ini adalah big five theory. Teori ini mencadangkan iaitu personaliti dapat diukur
berdasarkan lima dimensi utama. Merujuk big five theory ini, remaja yang memiliki personaliti
seperti neuroticism, low conscientiousness, low agreeableness dan extraversion didapati
berkemungkinan besar akan mempunyai masalah tingkah laku. Justeru, remaja yang memiliki
tret seperti itu perlu dipupuk dalam persekitaran yang membolehkan mereka ditarik keluar
daripada tret semula jadi yang kurang baik kepada pembentukan tingkah laku yang positif dan
dan diterima masyarakat. Berdasarkan teori-teori yang dikemukakan, jelaslah bahawa masalah
tingkah laku remaja boleh difahami melalui perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik,
Psikoanalitik dan Tret Personaliti.

2
PENGENALAN

Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan hari ini, telah banyak
berlaku resapan budaya negatif yang melanda masyarakat kita . Gejala sosial merupakan
fenomena ekoran daripada modenisasi yang sering melanda golongan remaja. Kita sering melihat
kejadian-kejadian salah laku seperti bergaduh, buli, membakar sekolah, memukul guru,
merosakkan harta benda awam dan banyak lagi terpampang di dada-dada akhbar. Jika dahulu,
masalah salah laku remaja hanyalah terhad kepada kenakalan mereka seperti melawan guru,
merokok, melepak ponteng kelas dan sebagainya tetapi kini tidak lagi. Remaja masa kini
semakin berani melakukan sesuatu di luar batasan seperti membunuh, menyamun, merogol,
berzina, lari dari rumah, menonton video lucah dan seumpama dengannya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia dan laporan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, penglibatan gejala sosial telah bermula seawal umur 10
tahun. Berdasarkan statistik ini, jelas menunjukkan bahawa gejala sosial telah bermula daripada
lingkungan umur individu yang masih tidak dapat berfikiran secara matang serta membezakan
perkara yang baik dan buruk.

Salah satu gejala sosial yang berada pada tahap kritikal adalah gejala seks luar nikah
selain daripada dadah, mat rempit dan lain-lain. Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) telah menyatakan bahawa seramai 17303 anak luar nikah Melayu
telah didaftarkan sepanjang tahun di seluruh negara. Paling menyedihkan, sebahagian besar
mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah ini adalah terdiri daripada remaja di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah. Hal ini menunjukkan tidak mustahil golongan
cerdik pandai juga boleh terjebak dalam gejala yang memalukan ini.

Selain itu, gejala sosial yang turut menjadi perhatian adalah dadah. Mengikut statistik
penyalahgunaan dadah di Malaysia pada tahun 2005, majoriti daripada penagih dadah adalah
terdiri daripada etnik Melayu iaitu sebanyak 65.9 peratus. Diikuti etnik Cina iaitu sebanyak 18.4
peratus. Kemudian sebanyak 10.1 peratus daripada etnik India, 4.0 peratus daripada etnik Sabah
dan Sarawak, dan lain-lain lagi adalah sebanyak 1.6 peratus. Masalah ini akan menjadi semakin
serius jika tidak dibendung kerana peratusannya semakin meningkat saban tahun.

3
Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja begitu meruncing dan
membimbangkan banyak pihak terutamanya ibu bapa. Selain itu, kredibiliti sekolah sebagai agen
kawalan sosial sebagai pembentuk moral dan tingkah laku generasi muda turut mendapat impak
gara-gara kumpulan remaja yang melanggar norma masyarakat setempat atau dikenali sebagai
kumpulan yang bertingkah-laku devian. Melihat kepada permasalahan gejala sosial yang
melanda golongan remaja masa kini amatlah membimbangkan. Oleh itu, semua pihak haruslah
berusaha menggembleng tenaga bagi memastikan masalah ini tidak menjadi lebih parah. Hal ini
demikian kerana remaja merupakan aset negara yang paling penting yang bakal mewarisi pucuk
pimpinan negara.

4
KEKUATAN JURNAL

Hasil perbincangan antara ahli kumpulan dan pensyarah, kami telah memilih jurnal yang
bertajuk ‘Memahami Tingkah Laku Remaja Bermasalah Dari Perspektif Teori Tingkah Laku,
Huministik, Psikoanalitik dan Tret Personaliti’ oleh Khalim Zainal untuk dianalisis. Setelah
dikaji, dipilih serta dipertikaikan, kami bersependapat untuk memilih jurnal ini kerana sebab-
sebab tertentu berkenaan jurnal ini sendiri. Sememangnya jurnal ini mempunyai kelebihannya
dan kekuatannya tersendiri yang menjadikannya sebagai salah sebuah jurnal yang boleh
dianggap sangat bagus dan sebagai salah satu rujukan yang boleh diterima ramai serta bermakna.
Idea utama dalam jurnal ini adalah tentang pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan dalam
memahami tingkah laku remaja bermasalah dengan penggunaan teori-teori yang telah dikaji oleh
beberapa orang tokoh terkenal. Tambahan lagi, keseluruhan jurnal ini amat mudah difahami serta
penerangan tentang setiap teori yang berkaitan amat jelas dan terperinci yang dapat diterima dan
difahami oleh semua orang. Hasil penulisan jurnal ini setelah dibaca, dapat menolong individu
atau masyarakat terutama untuk memahami tingkah laku remaja itu sendiri dari aspek-aspek
yang tertentu. Sesungguhnya jurnal ini banyak membantu kerana isi-isi penting yang
dibincangkan adalah padat dan berguna.

Kelebihan atau kekuatan utama jurnal ini ialah kerana ianya bersifat menyeluruh. Maksud
menyeluruh di sini ialah jurnal ini tidak tertumpu pada satu persekitaran sahaja. Jurnal ini tidak
hanya berkisar dalam kawasan sekolah tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat dimana
timbulnya masalah tingkah laku remaja ini bukan kerana diri remaja itu sendiri tetapi melibatkan
juga guru, ibu bapa serta masyarakat. Penggunaan contoh-contoh bagi setiap cara untuk
memahami remja amatlah baik dan mudah difahami. Seterusnya, jika dibandingkan dengan
jurnal lain contohnya jurnal yang bertajuk, ‘Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya dengan
Kemerosotan Pembelajaran’ oleh Fatimah binti Ali, jurnal ini lebih memfokuskan kepada
kawasan sekitar sekolah iaitu melalui hasil kajian yang dijalankan yang menyatakan
kemerosotan pembelajaran adalah disebabkan oleh masalah sosial atau tingkah laku murid itu
sendiri. Namun demikian, tidak dinyatakan di dalam jurnal ini mengenai pendekatan atau cara
penyelasaian untuk mengatasi dan memahami masalah ini. Oleh itu, secara tidak langsung jurnal
yang kami pilih ini terbukti adalah sangat menyeluruh dan terperinci serta dapat menjadi rujukan
yang lebih berguna dan sesuai untuk pelbagai kegunaan dan lapisan umur.

5
Kelebihan yang seterusnya ialah mengenai penulisan jurnal ini yang menggunakan
pendekatan melalui teori- teori yang telah dihasilkan atau dikaji oleh pakar-pakar serta tokoh-
tokoh terkenal dalam sesuatu bidang untuk dijadikan panduan dalam memahami tingkah laku
remaja bermasalah. Antara teori yang digunakan dalam jurnal ini adalah oleh Albert Bandura,
Sigmund Freud, B.F. Skinner, serta ramai lagi tokoh dan pakar terkenal. Salah satu teori yang
terdapat dalam jurnal ini ialah Teori Bandura oleh Albert Bandura yang merupakan seorang
pakar atau profesor psikologi yang terkenal di Universiti Stanford dimana beliau mengemukakan
teori yang kemudian dikenali sebagai teori pembelajaran sosial. Teori ini mengatakan bahawa
sikap, tabiat dan tingkah –laku adalah kita tiru dan kita pelajari daripada interaksi kita dengan
masyarakat. Jika dibandingkan artikel- artikel yang terdapat di dalam majalah mahupun surat
khabar tidak menyatakan teori- teori seperti yang terdapat di dalam jurnal ini. Sebagai contoh
artikel yang saya petik daripada majalah Pendidik keluaran Disember 2010, di dalam artikel ini
hanya menerangkan kepada teknik modifikasi tangani disiplin pelajar tanpa menyelitkan sedikit
teori bagi mengukuhkan lagi teknik yang diutarakan di situ. Oleh itu, ini menjadikan artikel
tersebut tidak bagus jika dibandingkan dengan jurnal ini.

Selain daripada itu, jurnal ini juga ada menyelitkan serba sedikit langkah yang perlu
diambil oleh ibu bapa dan guru bagi membantu memahami jiwa-jiwa remaja yang mempunyai
tingkah laku yang bermasalah ini. Sebagai contoh, jurnal ini telah mengambil pendapat daripada
Wolery, Baily dan Sugai yang menyatakan bahawa pemberian ganjaran merupakan pembentukan
tingkah laku yang sangat berkesan. Dengan berpegang kepada teori ini, guru perlu bijak untuk
menarik minat remaja yang bermasalah ini dengan memberi sedikit penghargaan walaupun
kejayaan yang diperoleh amat kecil. Manakala bagi Skinner, dendaan ataupun satu kaedah
mengenakan sesuatu yang tidak menyenangkan kepada individu agar individu dipaksa untuk
mengubah tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang boleh diterima merupakan
kaedah yang tidak berkesan. Hal ini kerana, dendaan hanya menghasilkan perubahan jangka
pendek sahaja. Namun dalam jurnal, ‘Masalah Sosial Pelajar Dan Hubungannya Dengan
Kemerosotan Pembelajaran’, penulisan hanya mengaitkan hubungannya sahaja dengan
menyelitkan sedikit tentang cara penyelesaian masalah itu oleh remaja tanpa menghuraikan cara
terbaik yang dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Oleh hal sedemikian, ini
akan mengakibatkan mereka yang mengambil jurnal ini sebagai rujukan tidak dapat
mengaplikasikan atau memahami isi yang dihuraikan dengan terperinci dan mendalam.

6
Jurnal memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori tingkah laku,
humanistik, psikoanalitik, & tret personaliti ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Jurnal
ini membincangkan pelbagai perspektif teori dan pendekatan dalam menerangkan tentang
pelbagai perkara yang menyentuh tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja. Kesemua
perspektif tersebut merangkumi dari aspek tingkah laku, humanistik, psikoanalitik dan teori tret.

Antara kekuatan jurnal ini ialah jurnal ini membincangkan tentang masalah tingkah laku
remaja melalui pendekatan dari segi tingkah laku mereka sendiri iaitu perasaan, pemikiran, dan
kepercayaan adalah perkara yang boleh dipelajari (Hyman 1977) dan tingkah laku dibentuk
melalui pengalaman. Disamping itu tingkah laku, pemikiran dan perasaan dapat diukur, diramal
dan dikawal serta tingkah laku juga dapat dimodefikasikan dengan cara peneguhan yang
sistematik, menarik keluar peneguhan, mengenakan dendaan dan mendesak secara rasional.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Woley, Baily & Sugai pada tahun 1988 juga
menunjukkan bahawa pemberian ganjaran merupakan tingkah laku yang sangat berkesan.
Dengan lain perkataan, teori tingkah laku percaya personaliti seseorang dibentuk oleh
pengalaman dan perkara tersebut dibuktikan daripada kajian Hamilton pada 2007. Pendekatan
tingkah laku merujuk situasi begini yang membentuk tingkah laku manusia sebagai pelaziman
(conditioning). Terdapat dua jenis pelaziman iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan.
Pelaziman klasik telah dikemukakan oleh Ivan Pavlov yang merupakan suatu pembelajaran yang
berkait rapat antara rangsangan neutral dengan rangsangan biological. Pelaziman operan pula
berkaitan dengan pembelajaran berdasarkan kesan dan akibat yang telah diterima sama ada
peneguhan positif ataupun negatif dan diperkenalkan oleh B.F Skinner. Satu lagi teori yang
menggunakan pendekatan tingkah laku ialah pembelajaran sosial oleh Albert Bandura iaitu
individu bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap
sebagai model.

Seterusnya, jurnal ini turut membincangkan melalui pendekatan humanistik. Pendekatan


ini telah diutarakan oleh Carl Rogers dan Abraham Maslow. Carl Rogers menyatakan potensi
yang terdapat dalam diri individu akan melahirkan potensi yang terdapat dalam diri individu
akan melahirkan esteem kendiri dan membantu kepada perkembangan potensi diri. Maslow
(1943) pula memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri (self – actualization) iaitu mencapai
potensi diri yang bermakna kepada seseorang. Untuk mencapai kesempurnaan kendiri, perlu

7
melalui beberapa tahap iaitu bermula daripada tahap asas iaitu keperluan fisiologi diikuti oleh
keperluan keselamatan seterusnya kepada keperluan sosial kemudian meningkat kepada
keperluan penghormatan dan akhirnya tahap mencapai kesenpurnaan kendiri. Oleh itu, teori
humanisme percaya kuasa dalaman yang dimiliki oleh manusia perlu dipupuk kearah nilai – nilai
positif.

Seterusnya, jurnal ini turut menyentuh dari perspektif psikoanalitik. Perspektif


psikoanalitik ini telah dikemukakan oleh Sigmund Freud yang menyentuh tentang pembentukan
personaliti berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu keinginan memenuhi kehendak
asas yang dikenali sebagai id, keperluan untuk akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh
masyarakat yang dikenali sebagai ego dan ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan
sendiri yang dikenali sebagai superego. Ketiga – tiga kuasa dalaman ini bertindak dalam zon
yang dipanggil unconscious iaitu tidak sedar. Jadi, dalam menyelesaikan permasalahan ini, Freud
telah mengenal pasti strategi yang dipanggil defence mechanism iaitu mekanisma untuk
mempertahankan sebarang tindakan yang dilakukan oleh individu. Terdapat enam jenis defence
mechanism iaitu rationalization, repression, displacement, projection, formation dan
sublimation. Defence mechanism yang pertama iaitu rationalization berlaku apabila kita mula
bertindak melakukan sesuatu, kita telah bersedia dengan jawapan tentang mengapa kita bertindak
demikian. Seterusnya ialah, repression iaitu perasaan cemburu yang perlu dipendamkan sahaja
akibat kesilapan sendiri dan defence mechanism yang ketiga ialah displacement iaitu satu
mekanisma untuk melepaskan desakan – desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat.
Defence mechanism yang seterusnya ialah projection iaitu perasaan bersalah tentang sesuatu
tindakan yang telah kita lakukan,lalu kita membuat kesimpulan bahawa individu lain juga akan
bertindak begitu dalam situasi yang sama seperti situasi yang kita alami. Selain itu ialah reaction
formation iaitu bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah sebati dengan jiwanya
dan yang terakhir ialah sublimation iaitu mengarahkan perasaan yang tidak sesuai agar
ditukarkan menjadi sesuatu yang bermanfaat dan diterima oleh masyarakat.

Kemudian, melalui teori tret personaliti pula, teori ini menyatakan seseorang bertindak
ataupun melakukan sesuatu berdasarkan tret personaliti. Tret personaliti merupakan ciri – ciri
yang dapat meramalkan tingkah laku secara konsisten berdasarkan sebarang situasi. Tumpuan
adalah kepada big five theory yang menerangkan iaitu personaliti dapat diukur berdasarkan lima

8
dimensi utama. Dengan merujuk kepada big five theory ini, remaja yang memiliki personaliti
seperti neuroticism (ancious, moody, insecure, worried), low conscientiousness
(indecisive,spontaneous, disorganized, unreliable), low agreeableness
(stubborn,suspicious,hostile, callous) dan extraversion didapati berkemungkinan besar akan
mempunyai masalah tingkah laku. Oleh itu,melalui jurnal ini, tingkah laku remaja disebabkan
pelbagai faktor yang telah dikaji mengikut perspektif teori yang telah dikemukakan iaitu
perspektif teori tingkah laku, humanistik, psikoanalitik dan tret personaliti.

9
KELEMAHAN JURNAL

Sudah menjadi lumrah alam, setiap perkara ada baik dan buruk, ada kekutan dan
kelemahan masing-masing. Oleh itu, jurnal ini juga tidak terlepas daripada lumrah alam tersebut
dimana terdapat juga kelemahan-kelemahan jurnal ini dari aspek yang tertentu. Walau
bagaimanapun ini tidak menbuktikan bahawa jurnal ini adalah tidak bagus. Kelemahan-
kelemahan tersebut tentu dapat diperbaiki dan diambil berat sekiranya kita dapat mengenalpasti
apakah kelemahan-kelemahan tersebut. Antara kelemahan yang dapat di kenal pasti dalam jurnal
ini ialah tiada pendapat yang mengatakan aspek materialistik sebagai sebab kepada wujudnya
remaja yang bermasalah. Sikap yang terlalu materialistik merupakan antara perbuatan atau
pemikiran yang devian. Tingkah laku ini merujuk kepada pandangan sosiologi daripada Robert
Merton. Sebelum itu devian dapat didefinisikan sebagai sebarang tingkah laku atau perbuatan
yang bertentangan dan berlainan daripada norma-norma yang menjadi kebiasaan dalam
masyarakat. Remaja sering dikaitkan dengan tingkah laku devian. Terdapat beberapa prinsip
yang digunakan oleh Marton dalam menterjemahkan pengertian perbuatan devian. Antaranya
ialah prinsip keakuran, ritualisme, retreatisme dan pemberontakan. Teori Struktural Strain juga
membincangkan perkara yang hampir sama dengan pandangan sosiologi terhadap perbuatan
devian. Teori ini menyatakan tentang masyarakat yang terlalu memandang kekayaan duniawi
dan kemewahan sebagai matlamat utama dalam hidup yang perlu dicapai. Kedua-dua teori di
atas saya peroleh daripada hasil pembacaan daripada artikel Remaja dan Tingkah Laku Devian,
Dewan Siswa keluaran Disember 2010.

Kelemahan yang seterusnya ialah langkah yang dibincangkan di dalam jurnal ini adalah
amat sedikit jika dibandingkan dengan artikel lain yang saya peroleh. Sepatutnya selain daripada
mengutarakan teori- teori untuk menyokong isu yang dibangkitkan, penekanan tentang langkah
untuk mengatasi juga perlu diambil kira. Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu mempelajari cara
untuk mempengaruhi dan mengubah sikap orang lain. Teori Burke ada menyatakan kemahiran
mempengaruhi orang lain ialah kemahiran meletakkan diri orang yang dipengaruhi pada tempat
orang yang mempengaruhi. Ibu bapa dan para guru khususnya guru kaunseling perlu berpegang
kepada teori ini dalam usaha menasihati pelajar yang mempunyai masalah sosial. Selain itu
mereka juga boleh menjadikan teori Packard sebagai rujukan. Vance Packard di dalam bukunya
yang terkenal The Hidden Persuaders mengenal pasti lapan jenis keperluan manusia yang boleh

10
dijadikan alat untuk mempengaruhi mereka. Keperluan-keperluan itu dikatakan tidak disedari
oleh orang yang cuba kite pengaruhi itu sendiri. Walaupun begitu keperluan itu sangat kuat
dorongannya. Sekiranya penambahan tentang langkah atau cara untuk mengatasi serta
penggunaan teori lain ini diselitkan di dalam jurnal ini, ini akan menjadikan jurnal ini lebih
berinformasi.

Selain itu, kelemahan lain yang dapat dikenal pasti ialah penulis tidak menyatakan jenis-
jenis atau punca tingkah laku remaja bermasalah ini terjadi. Sebelum kita memahami tingkah
laku remaja bermasalah ini, sepatutnya kita terlebih dahulu mengenal pasti apakah punca yang
menyebabkan remaja mempunyai masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku yang
dimaksudkan termasuklah mat rempit, pergaulan bebas, dadah, melawan guru dan sebagainya.
Masalah ini tidak seharusnya disalahkan kepada remaja tersebut semata-mata kerana ibu bapa,
masyarakat juga bertanggungjawab dalam hal ini. Semua individu dan masyarakat seharusnya
prihatin dan mengambil berat akan masalah ini. Di dalam jurnal yang bertajuk ‘Hubungan antara
Konsep Kendiri, Motivasi dan gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar’ oleh Prof. Madya
Dr. Azizi Hj. Yahaya Yusof yang menyatakan hasil daripada kajian yang dijalankan, dapat
disimpulakan bahawa faktor-faktor konsep kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan
mempengaruhi pencapaian pelajar. Hal ini juga berkaitan dengan masalah tingkah laku remaja
bermasalah di mana selepas mengenal pasti punca-punca tersebut, maka kita boleh memahami
tingkah laku ini dari sudut atau menggunakan perspektif teori-teori tertentu.

11
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN JURNAL

Jurnal yang menarik akan memberi kesan yang baik kepada pembaca. Ia akan menarik
minat pembaca untuk meneruskan bacaan dan member pengetahuan yang amat mantap kepada
pembaca. Setiap jurnal ada kelebihan dan kekurangannya. Kekurangannya boleh diperbaiki.
Oleh itu, kami menyediakan cadangan-cadangan untuk memperbaiki jurnal yang telah kami pilih
ini.

Cadangan yang pertama ialah penulis jurnal perlulah menceritakan dengan lebih
mendalam mengenai pengasas teori yang dinyatakan iaitu teori tingkah laku, teori humanistik,
teori psikoanalitik dan teori tret personaliti. Contohnya, Sigmund Freud yang telah
mengemukakan teori psikoanalitik dan Carl Rogers dan Abraham Maslow yang mengutarakan
teori humanistik. Jurnal akan menjadi lebih menarik sekiranya sumbangan dan kerjaya pengasas-
pengasas tersebut turut dinyatakan. Apabila perkara-perkara tersebut terdapat dalam jurnal,
sudah semestinya pembaca-pembaca akan berasa yakin dengan fakta yang dinyatakan.
Tambahan pula, apabila pengasas itu ialah seseorang yang telah banyak mengemukakan teori.

Kemudian, lebih bagus sekiranya kajian diperluaskan. Maksudnya kajian yang


dijalankan tidak sepatutnya difokuskan kepada remaja sekolah sahaja tetapi juga perlu
melibatkan golongan belia dan kanak-kanak. Mengikut tret personaliti, tingkah laku seseorang
individu boleh dikenalpasti sejak dari kecil dan jika individu itu berpotensi ke arah tingkah laku
yang negatif, ia boleh diubah. Hal ini kerana, personaliti seseorang boleh diubah melalui
pembelajaran. Pembelajaran pula bermula daripada kecil iaitu ibu bapa yang bertanggungjawab
mendidik peribadi anak-anak samaada lurus ataupun bengkok.

Cadangan yang seterusnya ialah jurnal ini perlu dimasukkan data-data sebagai bukti
kajian telah dijalankan. Ini dapat mengukuhkan teori dan keyakinan pembaca. Data-data hasil
daripada kajian tersebut perlulah dimasukkan dalam bentuk carta pai, carta bar atau gambar rajah
yang menarik. Melalui data-data tersebut, pembaca boleh mentafsir data dengan lebih mudah dan
membuat kesimpulan sendiri melalui hasil kajian yang diperoleh. Selain itu, ianya lebih
memudahkan pembacaan berbanding data yang ditulis dalam bentuk karangan.

Di samping itu, jurnal perlulah melibatkan masyarakat dan negara dalam memahami
remaja yang bermasalah ini. Hal ini kerana, apabila kita paham masalah remaja tersebut, barulah

12
kita boleh mencari jalan penyelesaiannya. Penyelesaian kepada masalah tingkah laku remaja
perlulah dilakukan oleh semua pihak bukan sekadar ibu bapa dan guru sahaja. Kita perlu sedar
bahawa tingkah laku remaja yang bermasalah akan menyumbang kepada jenayah dan akhirnya
memburukkan nama negara. Oleh sebab itulah, masyarakat juga memainkan peranannya.

Jurnal ini ada memberi penyelesaian untuk tingkah laku remaja bermasalah tetapi ianya
masih tidak mencukupi. Jurnal ini pasti akan bertambah bagus dan menarik untuk dibaca
sekiranya cara-cara untuk penyelesaian tingkah laku remaja bermasalahnya ini diperbanyakkan.
Jurnal perlu memasukkan pandangan guru-guru, ibu bapa, masyarakat serta pemimpin-pemimpin
mengenai penyelesaian masalah ini yang diperoleh hasil daripada kajian yang dilakukan. Dengan
adanya, maklumat-maklumat itu, jurnal akan lebih padat dengan isi-isi yang berguna. Selain itu,
kerjasama ibu bapa dan guru juga adalah penting. Ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan
guru untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.

13
KESIMPULAN

Setiap jurnal diterbitkan atas sebab-sebab yang tertentu. Penulis biasanya ingin
menyampaikan mesej-mesej dan maklumat-maklumat tertentu. Jurnal yang ditulis ini adalah
berkenaan memahami tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja. Kita selalu menyalahkan
remaja di atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan. Namun, tidak ramai yang memikirkan
mengapa mereka melakukan tingkah laku bermasalah. Justeru, jurnal ini adalah maklumat yang
tepat untuk masyarakat mula memahami mengapa remaja bertindak demikian. Jurnal ini juga
telah membincangkan teori-teori yang yang berkaitan untuk memahami masalah tingkah laku
remaja iaitu Teori Tingkah Laku, humanistik, Psikoanalitik dan Tret Personaliti. Setiap teori
telah dihuraikan dengan mendalam agar jurnal ini dapat dimanfaatkan oleh pembacanya. Selain
itu juga, contoh-contoh tingkah laku remaja turut dimuatkan dalam jurnal ini untuk memudahkan
pemahaman pembaca. Namun, di dalam sesebuah penulisan, pasti terdapat kekurangannya.
Jurnal ini hanya diolah dalam kalangan remaja sekolah bukannya secara menyeluruh. Masalah
tingkah laku hanya ditinjau dalam kalangan remaja yang bersekolah; namun bagaimana pula
dengan remaja yang tidak bersekolah? Justeru, penambahbaikan dalam jurnal ini harus dilakukan
untuk meningkatkan kualiti jurnal ini agar setiap maklumat yang disampaikan menjadi maklumat
yang informatif dan berguna. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah kerja lapangan secara
menyeluruh dalam kalangan remaja iaitu remaja yang bersekolah dan remaja yang tidak
bersekolah. Selain itu juga, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah jurnal ini harus
menerangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tingkah laku remaja dan bukannya
membincangkan sebab-sebab tingkah laku bermasalah sahaja. Pelbagai pendekatan boleh di
ambil untuk meningkatkan sesuatu hasil penulisan jurnal. Justeru, penulis perlulah lebih bersikap
terbuka untuk menerima teguran dan cadangan daripada pihak pembaca; agar penulisan yang
dihasilkan menjadi lebih bermutu dan bermanfaat.

14

You might also like