You are on page 1of 3

LAMPIRAN 1

SBLM1043 Bahasa, Budaya Dan Masyarakat


Semester Kedua sesi 2010/2011
Tugasan Berkumpulan (20%)

1. Setiap kumpulan mempunyai tidak lebih daripada 5* orang ahli

kumpulan.

2. Kumpulan anda dikehendaki menghasilkan sebuah artikel ilmiah.


Panjang artikel anda ialah sebanyak 10-12 halaman.

3. Artikel anda perlu mengandungi:


i. pengenalan,isi, kesimpulan
ii. rujukan
iii. lampiran (jika perlu)
iv. format seperti berikut:
-bertaip langkau dua baris
-menggunakan kertas bersaiz A4
-saiz huruf 12 (Arial)
-nombor halaman di sudut kanan bahagian atas
-menggunakan dokumentasi gaya American Psychological
Association (APA)

4. Artikel anda akan dinilai berdasarkan:

Pembentangan - 5 markah
Isi - 8 markah
Bahasa - 4 markah
Format - 3 markah

5. Artikel tersebut perlu mengikut format APA dan pastikan tiada unsur
plagiat.

6. Draf artikel dinasihatkan agar dibincangkan dengan pensyarah anda


terlebih dahulu semasa waktu perundingan.

7. Muka hadapan artikel perlu mengandungi maklumat berikut:

-kod dan nama kursus


-tajuk artikel
-kumpulan dan nama ahli kumpulan
-nama pensyarah
-tarikh serahan
-warna kulit: Kumpulan A (Hijau), Kumpulan B (Kuning)
(Sila rujuk contoh yang dilampirkan)

8. Artikel MESTI diserahkan kepada pensyarah anda pada minggu ke-7


(markah akan ditolak sekiranya LEWAT).
SOALAN ARTIKEL

1. Jelaskan maksud ’bahasa bersifat unik’ berserta contoh.

2. Bincangkan dua fungsi bahasa kebangsaan.

3. Bincangkan proses penghasilan bunyi vokal dalam bahasa Melayu.

4. Huraikan proses imbuhan kata kerja aktif dan imbuhan kata kerja

pasif bahasa Melayu.

5. Dengan mengemukakan contoh-contoh, bincangkan mengenai

kesalahan penggunaan perkataan/ayat.

6. Bincangkan keistimewaan tabu dalam masyarakat Melayu.

7. Bandingkan makna konotatif dan dan makna denotatif.

8. Bincangkan faktor-faktor penentu makna daripada aspek keperihalan

keadaan.

9. Adakah faktor umur dan jantina mewujudkan kelainan dalam bahasa?

Bincangkan.

10.Berpandukan contoh-contoh yang berkaitan, huraikan situasi

penukaran/pengalihan kod, perubahan kod dan perubahan gaya

dalam masyarakat pengguna bahasa.

11.Bincangkan maksud dialek geografi dan aspek-aspek yang

membezakan satu dialek dengan dialek yang lain.

12.Adakah bidang sosiolinguistik memberi sumbangan penting kepada

masyarakat pengguna bahasa? Bincangkan.

13.Jelaskan kepentingan perancangan bahasa di Malaysia.

14.Huraikan mengenai proses pembentukan istilah.

15.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya masyarakat

pelbagai bahasa di Malaysia.


Contoh muka hadapan artikel

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


KOLEJ SASTERA DAN SAINS
SEMESTER KEDUA 2010/2011

SBLM1043 BAHASA, BUDAYA DAN MASYARAKAT

TAJUK ARTIKEL:

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 1

DANIA NATASYA BT DANIEL NAIM 200700

AIMAN HADI BIN ASRAF HAIKAM 204566

NAMA PENSYARAH:

AISYA SOFEA BT AHMAD SAFUAN

TARIKH SERAHAN:

10 MAC 2011

You might also like