You are on page 1of 5

MAKLUMAT KORPORAT

LEMBAGA PENGARAH
YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Che Mat
(Pengerusi/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg Dato’ Syed Faisal Albar bin Syed A.R Albar
Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif
- Dilantik pada 1 November 2008.
YBhg Datuk Low Seng Kuan
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg Dato’ Krishnan a/l Chinapan
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
Encik Abdul Hamid Bin Sh Mohamed
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
Mr Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg Puan Sri Datuk Nazariah Mohd Khalid
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin
(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg Dato’ Ibrahim Mahaludin Puteh
(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
SETIAUSAHA SYARIKAT
Puan Sabrina Albakri Abu Bakar
(LS 8508)
JAWATANKUASA AUDIT
YBhg Datuk Low Seng Kuan
(Pengerusi/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
Mr. Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
Encik Abdul Hamid Bin Sh Mohamed
YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin
JAWATANKUASA PENCALONAN DAN IMBUHAN LEMBAGA
YBhg Puan Sri Datuk Nazariah Mohd Khalid
(Pengerusi/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
YBhg Datuk Low Seng Kuan
YBhg Dato’ Ibrahim Mahaludin Puteh
YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin
YBhg Dato’ Krishnan a/l Chinapan
JAWATANKUASA LEMBAGA TENDER
YBhg Dato’ Ibrahim Mahaludin Puteh
YBhg Puan Sri Datuk Nazariah Mohd Khalid
YBhg Dato’ Krishnan a/l Chinapan
YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin
JAWATAN OPSYEN
YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Che Mat (Pengerusi)
YBhg Dato’ Ibrahim Mahaludin Puteh
Mr. Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin
JAWATANKUASA KEWANGAN & PELABURAN
YM Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin
(Chairman)
Mr. Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
Encik Abdul Hamid Bin Sh Mohamed
PEJABAT BERDAFTAR
Level 33, Menara Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
50050 Kuala Lumpur
Telephone : 603-2267 2267
Fax: 603-2267 2266
PENDAFTAR SAHAM
Tenaga Koperat Sdn Bhd
20th Floor, Plaza Permata
Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telephone : 603-4047 3883
Fax : 603-4042 6352
JURUAUDIT
KPMG Akauntan Awam Bertauliah
BANK-BANK UTAMA
Malayan Banking Berhad
CIMB Bank Berhad
PENYENARAIAN BURSA SAHAM
Bursa Malaysia Securities Berhad, Main Board

LATAR BELAKANG POS MALAYSIA


BERHAD
Pos Malaysia adalah pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia. Dengan kewujudan
lebih daripada 175 tahun di negara ini, pengalaman luasnya merupakan tulang belakang untuk
menyokong penstrukturan semula secara besar-besaran apabila ia dikorporatkan pada 1992.

Adunan kekuatan dan kebebasan pasarannya yang padu membolehkan Pos Malaysia Berhad
menerokai dan menyesuaikan peluang perniagaan baru melebihi perkhidmatan pos secara
tradisional, justeru, memastikan bahawa ia kekal sebagai peneraju.

Pada tahun 2003, Pos Malaysia Berhad telah menstrukturkan semula seluruh unit operasinya
kepada tiga Unit Perniagaan Strategik. Bagi memastikan fokus perkhidmatan tertumpu kepada
pelbagai pelanggan dan pasaran, Pos Malaysia Berhad kini terdiri daripada:

 PosMel
Jenama ini menumpukan dalam menyediakan perkhidmatan pengeposan hari ke hari
(harian) kepada orang awam dan pelanggan runcit.

 PosLaju
Sebagai pembekal perkhidmatan penghantaran/utusan negara, PosLaju mensasarkan
secara agresif hasratnya untuk menjadikan perkhidmatannya sebagai pilihan utama di
kalangan pesaing-pesaing asingnya.

 PosNiaga
Unit ini bertanggungjawab dalam meningkatkan kebolehupayaan perkhidmatan pos
negara melalui, rangkaian pejabat pos yang meluas melebihi 700 buah serta menerusi
portal dalam talian Pos Malaysia untuk sampai kepada seluruh rakyat Malaysia di setiap
pelusuk negara.

Di Pos Malaysia Berhad, kami mendapati bahawa rahsia kejayaan perniagaan yang berterusan
terletak kepada hubungan kemanusiaan. Oleh itu, Pos Malaysia Berhad berterusan melabur
dalam mengenal pasti, menilai dan memaksimumkan modal insan yang akan memacu organisasi
dan memperkenalkan pembaharuan ke atas produk dan perkhidmatan dalam memenuhi
kepelbagaian tuntutan permintaan pelanggan.

Dalam melangkah ke abad baru, Pos Malaysia Berhad terus berusaha untuk kekal fokus,
kompetitif dan terus menghubungkan rakyat Malaysia ke seluruh dunia.Poskod demi poskod..

Logo
Sebagai sebuah organisasi yang dikorporatkan, Pos Malaysia Berhad meneruskan usahanya
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pos. Penekanan diberikan dalam
meningkatkan prestasi secara progresif bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pelanggan.
Komited untuk maju seiring dengan pembangunan ekonomi dunia serta dibantu oleh kepesatan
pembangunan media elektronik, rangkaian pos elektronik kami telah membolehkan kami
menyediakan perkhidmatan pos yang inovatif.

Imej Baru
Logo baru Pos Malaysia Berhad melambangkan permulaan baru di dalam kesinambungan proses
pembangunan dan transformasi perkhidmatan pos di Malaysia.

Berbanding logo Pos Malaysia sebelum ini, logo baru ini diberi nafas baru yang lebih
kontemporari, dinamik dan ceria. Sejajar dengan status Pos Malaysia yang bergerak maju, logo
ini menekankan kesediaan organisasi untuk terus mara ke hadapan, sanggup berdepan dengan
sebarang cabaran yang mendatang, pada peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Warna Korporat

Warna korporat Pos Malaysia Berhad ialah merah, biru dan putih yang juga merupakan warna-
warna utama bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Warna-warna merah, biru dan putih
daripada logo Pos Malaysia sebelum ini dikekalkan dengan tambahan tiga warna biru untuk
gambar burung yang melambangkan pelbagai kepakaran, pengalaman dan kemahiran di dalam
organisasi.

Warna merah mencerminkan tenaga dan semangat berani Pos Malaysia Berhad. Warna biru
mencerminkan keyakinan, dedikasi dan sikap boleh dipercayai yang kami miliki. Warna putih
menggambarkan keluhuran, kepercayaan dan kesucian.

Bentuk Logo

Bentuk tulisan POS berasal daripada fon Zurich Ultra Black Extended BT manakala bentuk
tulisan MALAYSIA diambil daripada Zurich Extended BT. Dua jenis bentuk tulisan ini
diubahsuai sedikit bagi memberi gambaran yang melambangkan pergerakan ke hadapan
organisasi untuk terus maju ke hadapan. Bentuk tulisan yang dihitamkan itu menggambarkan
kestabilan, kekuatan dan tujuan yang tegas.

Penyampaian Grafik �Tiga ekor burung�

Ikon �Tiga ekor burung� diatur sedemikian rupa untuk melambangkan sinergi, perpaduan dan
kesediaan untuk meneroka peluang-peluang baru. Tiga ekor burung menandakan keberanian,
semangat dan dedikasi dalam menggerakkan Pos Malaysia ke puncak yang lebih tinggi

You might also like