You are on page 1of 3

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)

- Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas
agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani.
- Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan
permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
- Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni
mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
- Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat,
berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
- Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.
- Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan
orang dewasa.
- Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing.
Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan
menunggang kuda, memanah dan memburu.
- Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-
aktiviti:-
o Permainan masa lapang
o Keperwiraan
o Senaman tradisional

2) ERA PENJAJAHAN

a) Era Kolonial Inggeris Lama)


- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah
ditubuhkan semenjak tahun 1821.
- Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula
diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
- Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris
dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi
pesawah.
- Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih
tubi di sekolah-sekolah.
- 1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk
ternasuk bidang pendidikan.
- 1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-
bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan
sukarelawan.
- 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam
kurikulum diutamakan.
- 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan
yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
- Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan
pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan
mengajar mata pelajaran tersebut.
- Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang
digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh
negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
- 1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya
selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun


- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
- Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada
pemerintah dan berdisiplin.
- Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman
beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
- Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih
kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
- Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
- Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan
sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

- Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
- Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di
sekolah.
- Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
- Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan
jepun dihidupkan semula.
- Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
- Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran
latihan jasmani.
- Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di
MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
- 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI
untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
- Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum
masuk kelas.
- Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.
- 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

4) ERA SELEPAS MERDEKA

- 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.


- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang
baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di
Cheras.
- Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama
dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
- Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
- Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.
- PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
- 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan
dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk
taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).
- 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
- Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan
pengetahuan dalam pengajaran PJ.

You might also like