You are on page 1of 39

TAMADUN MELAYU:

1.Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu Islam


 Kedatangan Islam
 Pusat Tamadun Melayu Islam di Nusantara
2.Perkembangan Bahasa & Sastera Melayu
3. Sistem Pendidikan & Perundangan Dalam
Tamadun Melayu Islam
4. Seni Dalam Tamadun Melayu Islam – seni
tampak, seni bina, seni tekstil dan busana
MELAYU
 Bangsa – Suku bangsa serumpun di
Nusantara iaitu kelompok Ras Melayu
Polinesia atau Austranesia
 Budaya – masyarakat yang
‘heterogeneous’, memperlhatkan pelbagai
ragam budaya tempatan dan sukuan dari
akar budaya yang sama
Bahasa Melayu
 Digunakan dalam lingkungan penutur &
wilayah Melayu. Menjadi bahasa ‘Lingua
Franca ‘ di Nusantara, bahasa agama,
bahasa ilmu, undang-undang &
perdagangan
 Ratusan bahasa daerah yang dituturkan
oleh penduduk Melayu yang berjumlah
230 juta orang
Kemunculan Pusat-pusat
Tamadun Melayu Islam
 Turut dikenali sebagai Alam Melayu,
Dunia Melayu atau Gugusan Pulau-pulau
Melayu
 Penduduknya ialah Ras Melayu Polinesia
atau Ras Kulit Cokelat( Brown Race )
 Wilayah Kemelayuan merangkumi selatan
Vietnam & Kemboja, seluruh wilayah
Segenting Kra hingga selatan Burma.
Kerajaan-kerajaan Melayu
Kuno
 Di utara - Kerajaan Funan, Campa,
Dvarati, Chaiya, Tenangsari dan
Tambralinga.
 Di selatan – Sriwijaya, Majapahit, Pasai,
temasik, Langkasuka ( pengaruh Hindu )
 Wilayah Melayu yang membentuk negara
– Indonesia, Brunei, Persekutuan Tanah
Melayu dan Filipina
Peringkat-peringkat Budaya
Melayu
 Tamadun purba / pra sejarah – hingga
abad ke 3 Masihi
 Tamadun lama – Mulai kedatangan
pengaruh Hindu abad ke 3 dan Arab
jahiliah hingga abad ke 12 Masihi
 Tamadun Moden – mulai kedatangan
Islam pada abad ke 12 hingga sekarang
Kedatangan Islam Ke Alam
Melayu
Berbagai pendapat ahli sejarah tentang tarikh
sebenar kedatangan Islam;
1. Abad ke 4 – Van Leur dalam bukunya Indonesian
Trade & Society menyatakan bahawa pedagang
Arab telah berada di Kanton sehingga tahun 618
dan 626. Terdapat orang Islam di Asia Tenggara
dan pantai Barat Sumatera pada tahun 674M.
2. Abad ke 7 – Rekod Sejarah Cina oleh I.Tsing
menyatakan bahawa telah terdapat pedagang
Melayu Islam di Canton dan Brahnagar(Banggla)
Kedatangan Islam ke
Nusantara
3. Abad ke 13 – berdasarkan laporan Marco
Polo yang singgah di Perlak pada tahun
1292M dan Ibnu Batutah tahun 1345M,
bahawa penduduk di Perlak telah
memeluk Islam
4. Era kecemerlangan Islam muncul di
Melaka pada abad ke 15
Penyebaran Islam ke
Nusantara
Disebarkan melalui kegiatan perdagangan
oleh:
 Muballigh dari Gujerat, India
 Muballigh dari pantai Koaromandel, India
 Muballigh dari negeri Cina
 Muballigh dari negeri Arab dan Parsi
Kaedah Penyebaran Islam di
Nusantara
 Ekonomi - Perniagaan & Perdagangan
 Dakwah
 Politik
 Peranan Ketua-ketua tempatan dan Raja-
raja
 Perkahwinan
Pusat Tamadun Islam Melayu Di
Nusantara
 Campa
 Negeri Thai
 Ta-Shih = Sumatera Utara ( Abad ke 7M )
 Perlak (840-986M )
 Melaka( 1403 – 1511 )
 Aceh( 1606 – 1636 )
Perkembangan Bahasa & Sastera
Melayu
Menurut Prof. A.Teeuw, perkembangan
Bahasa Melayu terbahagi kepada 6 tahap:
 BM Austronesia Purba ( proto-Austronesia)
 BM Purba
 BM Kuno
 BM Klasik
 BM Moden
 BM Kini
Kedudukan Bahasa Melayu
 “ Bahasa Melayu telah menjadi bahasa
peradaban pada masa lampau kerana
peranannya yang besar sebagai bahasa
agama, bahasa ilmu, bahasa
kesusasteraan, bahasa istiadat dan
kebudayaan, bahasa perdagangan dan
sebagai bahasa teknologi pada masa itu”
– Wan Salleh(1987) dan Mohd Yusof
Hassan(1991)
Penulisan Kitab & Hasil
Kesusasteraan
 Penggunaan tulisan jawi
 Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja
Pasai,Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Muhamad Ali Hanafiah( abad ke 15 )
 Draf Undang-undang Laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka( Tulisan Jawi )
 Terjemahan Al-Quran abad ke 17
( Hamzah Fansuri)
Elemen Arab Dalam Bahasa
Melayu
 Kosa kata, tulisan, sebutan huruf, laras
bahasa, tatabahasa, sintaksis, semantik
dan morfologi( Awang Sariyan, 1996:48 )
Turut dipengaruhi ialah struktur bahasa ,
kaedah mengarang dan nahu BM yang
disusun oleh Pendeta Zaaba
 Terdapat 2000 perkataan Arab ( kata
dasar)dalam bahasa Melayu. Paling
banyak berkaitan pentadbiran dan agama
Kesusasteraan Sebelum Islam
Menurut Shahnon Ahmad:
“…adalah sastera tahyul, penuh dengan metos
dan dongeng, menganjurkan dunia utopia dalam
khayalan dengan segala ciri supernatural dan
keajaiban yang mendorong ke arah proses
pemujaan manusia. Lahirnya sastera rakyat,
sastera epik dan campuran antara ciri sejarah
dengan ciri tahyul-dongeng yang meninggalkan
kesan corak hidup dahulu kala”.
Kesusasteraan Sebelum Islam
A.Samad Ahmad dalam Sejarah
kesusasteraan Melayu II ( 1974 ):
“ Kesusasteraan zaman itu sangat
dipengaruhi oleh kesusasteraan Hindu.
Cerita-cerita yang bersumberkan kitab
agama Hindu spt Epik Seri Rama dan
Mahabrata menarik minat Melayu spt cerita
penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-
tukang cerita atau menerusi wayang kulit”.
Peranan Islam Dalam
Kesusasteraan Melayu
Syed Muhd Naquib al-’Attas:
“Kesusasteraan Islam membawa suatu
revolusi pada pandangan semesta
masyarakat Melayu, dari alam fantasi
dngan dewa yang mendiami kayangan
yang indah-indah kepada pemikiran yang
realistik beraaskan prinsip rasionalisme
dan intelektualisme yang ditekankan oleh
ajaran Islam”.
Karya-karya Sastera Islam ( sejak
abad ke 14 )
1. Perubahan dari aspek pendokumentasian,
tema, bentuk, genre dan matlamat
2. Dua bidang iaitu prosa dan puisi
3. Cth prosa spt Hik.Nur Muhammad, Hik.Bulan
Berbelah, Hik.Nabi Bercukur dan Hik. Nabi
Mikraj, kisah Para nabi, sahabat. Hikayat
berbingkai spt Hik.Kalilah wa Dimnah,
Hik.1001 malam dsbnya
Karya-karya Sastera Islam
4. Cth Puisi spt syair – Syair perahu, syair
Rubai, syair Ikan Tungkul
5. Nazam, mathnawi, ghazal. Qitah spt
dalam Taj Salatin
Sistem Pendidikan Dalam
Tamadun Melayu Islam
 Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa
bersamanya Budaya Ilmu
 Pada zaman kegemilangan Melaka pusat /
lokasi pengajian – di rumah, masjid, surau
bahkan di istana
 Istana menyediakan kemudahan perpustakaan,
penterjemahan dan penyalinan buku-buku ilmiah
 Kedudukan ilmuan diiktiraf setanding dengan
para pembesar dan pentadbir
Pusat Ilmu Pengetahuan
 Perlak dan Pasai
 Melaka (1403 – 1511 )
 Johor-Riau ( 1511 – 1824 )
 Bentan ( 1527 – 1640 )
 Aceh – dayah ( 1606 – 1636 )
 Jawa ( Pesantren )
 Pattani( Pondok )
 Kedah, Kelantan( Pondok & madrasah )
 Sulawesi ( pengajian )
 Sumatera Barat ( surau )
Peringkat Pendidikan di Aceh
 Peringkat Rendah – kemahiran membaca,
menulis ( Arab ), mengaji Al-Quran, latihan
ibadah dan akhlak, Sejarah Islam,Rukun
Iman(akidah ) dan nasyid
 Peringkat Menengah –Bahasa Aceh,
Tauhid, Fikah,Tasawwuf, Sejarah islam,
Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Sejarah Umum
 Peringkat Tinggi
Rumusan ( Peranan Bahasa
Melayu )
 Kedatangan Islam memberi wajah baru kepada
kebudayaan Melayu
 Islam sebagai suatu sistem yang lengkap
diamalkan dalam semua bidang kehidupan
 Islam mengangkat martabat Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu, agama(fikah,
tasawuf,Hadis,Tauhid)
perdagangan,undang-undang
 Lahirnya tulisan Melayu-Arab / Jawi
 Bahasa Melayu mempercepatkan kelahiran
institusi pendidikan formal dan tidak formal di
alam Melayu
Rumusan…
 Lahirnya penulis terkenal spt Hamzah
Fansuri( al-Muntahi),Nurudin ar-Raniri(Bustan
as-Salatin), Muhammad Arsyad al-banjari( Kitab
Usuluddin) dan Abdul Rauf Singkil ( Turjumanul
Mustafid )
 Karya penulis-penulis tersebut menyentuh asas-
asas Islam, falsafah dan pemikiran serta
mencetus kesedaran intelektual dan
kesarjanaan yang tinggi di kalangan masyarakat
Melayu
Sistem Perundangan Dalam
Tamadun Melayu Islam

 Hukum Kanun Melaka ( undang-undang negeri )


yang mengandungi undang-undang jenayah,
muamalah, keluarga, keterangan dan acara,
syarat-syarat menjadi raja dan pembesar serta
tanggungjawab mereka terhadap negeri dan
pemerintahan
 Undang-undang Laut Melaka berhubung peraturan
pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah
perdagangan dan bidang kuasa nakhoda kapal
Pengaruh Islam Dalam
Perundangan
1. Mahkamah Inggeris menyebut bahawa
undang-undang Islam adalah undang-
undang asal di Tanah Melayu
2. Menurut William R.Roff dan Alfred P.Rubin:
“ Hukum Kanun Melaka atau Undang-
undang Melaka pada dasarnya adalah
berasaskan undang-undang Islam di
samping berpegang kepada hukum akal
dan hukum adat”.
Pengaruh Islam Dalam
Perundangan
Profesor Ahmad Ibrahim( 1981: 35 ):
“ Sebelum kedatangan penjajah Inggeris
undang-undang Islam sudah dilaksanakan
di Malaysia dan hakim-hakim Inggeris
mengakui bahawa undang-undang Islam
adalah undang-undang negeri ini”.
Seni Dalam Tamadun Melayu
Islam
 Seni tampak( boleh dilihat ) –gubahan
bunga, bangunan
 Seni Bina
 Seni Tekstil
 Busana
Seni Dalam Tamadun Melayu
Islam
 Seni adalah hasil kreativiti manusia yang
terhasil dari gerakan emosi dan panduan
dari nilai murni yang sesuai dengan fitrah
manusia yang meminati keindahan,
kebaikan,ketenangan & kebahagiaan
 Seni di dunia Melayu dipengaruhi oleh
nilai-nilai India, Islam dan barat
 Adat dan upacara agama dipengaruhi oleh
nilai-nilai di atas
Seni Tampak dan Ragam Hias
 Seni Tampak ialah hasil kreativiti orang Melayu
dalam kraftangan dan hasil ketukangan dengan
menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling
spt kayu, tembaga, seramik, buluh, rotan dsbnya
 2 jenis iaitu Rekabentuk Asas dan Rekabentuk
Hiasan
 Rekabentuk Asas untuk penggunaan biasa
 Rekabentuk Hiasan seperti ukiran, pahatan, corak-
corak batik dan tenunan seperti kelarai anyaman.
Seni Tampak
 Tradisi dan rekabentuk Melayu juga dipengaruhi
oleh unsur Hindu, Bugis, Minangkabau, Jawa,
Sumatera,Siam dan Islam
 Pengaruh Hindu, Siam & Jawa dalam wayang
kulit, bangau-bangau perahi dan topeng Mak
Yong
 Unsur Islam berbentuk ayat Al-Quran dan motif
alam spt kayu, bunga-bunga, awan dan pokok,
sama ada berbentuk ‘natural’ atau diabstrakkan
mengikut rekabentuk awan larat.
Seni Persembahan
 Seni suara Melayu terbahagi 2 iaitu seni
vokal dan seni muzik
 Seni vokal lahir selepas kedatangan Islam,
tanpa alat muzik seperti endoi( naik buai ),
dendang Siti Fatimah dan Ulit anak.
 Berendoi/endoi terkenal di Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan bagi upacara-upacara
kelahiran anak dan bercukur kepala
Seni
Persembahan( sambungan)
 Puisi yang dilagukan dalam Berendoi spt
zikir berzanji dan marhaban
 Nazam dan Naban terkenal di
Terengganu, Pahang dan Melaka. Nazam
berbentuk syair mengenai kehidupan
Nabi, ilmu tasawuf, fikah dan ibadat .
Persembahannya tanpa alat muzik
Seni Ukir
 Menunjukkan status pemilik sesebuah
rumah
 Ukiran pada bahagian-bahagian rumah
dan perabot
Seni Bina
 Rumah Melayu mengikut negeri-negeri
 Cirinya sama - serambi, tengah rumah,
ruang tengah rumah, bilik, atap, tangga
 Rumah NS ( pengaruh Mingkabau),
Melaka( keistimewaan pada tangga),
Perak, Selangor, Kedah,
 Pengaruh Islam – pengasingan ruang
antara lelaki dan perempuan
Seni Bina
 Boleh dilihat pada masjid, batu nisan,
perhiasan khat dll
 Batu nisan bertulisan Arab dan ayat al-
Quran dan nasihat-nasihat
 Di masjid terdapat’anjung’/mihrab di
sebelah mimbar
Tekstil
 Songket, batik
 Melambangkan status penggunanya
khususnya untuk kegunaan pada majlis
rasmi
 Unsur seni yang indah, kerja yang teliti
dan menggunakan imej-imej alam
Busana
 Berubah mengikut masa – kebaya, baju
kurung, baju melayu
 Islam mendidik orang Melayu supaya
berpakaian sopan dan menutup ‘aurat’
iaitu bahagian badan yang tertentu dan
bentuknya

You might also like