You are on page 1of 10

BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN

PENGATURCARAAN C

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN

MATLAMAT

Matlamat bab ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman tentang
konsep asas pengaturcaraan komputer.

OBJEKTIF
 Menerangkan konsep asas pengaturcaraan komputer.

 Menerangkan lima langkah kitar hayat dalam pembangunan aturcara.

 Merekabentuk algoritma aturcara.

 Menerangkan perbezaan di antara kategori bahasa pengaturcaraan


komputer.

1.1 DEFINISI PENGATURCARAAN KOMPUTER

Pengaturcaraan komputer kini menjadi suatu teknologi yang amat penting dalam
menyelesaikan masalah sehari-hari. Jika kita lihat kepada persekitaran di sekeliling
kita, banyak situasi permasalahan dapat diatasi dengan menggunakan
pengaturcaraan komputer. Sebagai contoh, pengaturcaraan komputer digunakan
dalam penyediaan bil dan cek, penempahan tiket kapal terbang dan menjadi alat
bantu mengajar di mana-mana institusi pendidikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan aturcara komputer?. Aturcara komputer


didefinisikan sebagai set arahan yang mengarahkan komputer untuk melakukan
sesuatu tugas yang diperlukan melalui pemprosesan data yang akan menjadi
maklumat berguna.

Berdasarkan kepada definisi yang diberikan, kita boleh memahami bahawa terdapat
tiga elemen penting dalam menghasilkan aturcara komputer iaitu input, proses dan
output. Ketiga-tiga elemen ini akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya iaitu
Kitar Hayat Pembangunan Aturcara.

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 1


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

1.2 KITAR HAYAT PEMBANGUNAN ATURCARA

Aturcara komputer boleh dibangunkan dengan mengaplikasikan kitar hayat


pembangunan aturcara. Kitar hayat ini terbahagi kepada lima fasa iaitu :

i. Analisis masalah
ii. Rekabentuk algoritma
iii. Pengkodan Aturcara
iv. Pengujian Aturcara
v. Pendokumentasian

1.2.1 Analisis masalah

Analisis masalah dimulakan dengan mengkaji semula pakej perincian aturcara.


Pengaturcara akan berbincang dengan para penganalisa sistem dan pengguna
tentang keperluan yang perlu ada dalam aturcara. Mereka akan menentukan
keperluan aturcara input, output, dan proses yang dikehendaki (Input/Proses/Output
atau IPO) seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian sebelum ini. Untuk
membantu mendokumenkan keperluan input, proses dan output bagi setiap aturcara,
pengaturcara boleh menggunakan carta IPO seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1.1.

Input

Proses

Output

Rajah 1.1 : Carta IPO

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 2


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

1.2.2 Rekabentuk Algoritma

Rekabentuk algoritma memerlukan tiga proses utama iaitu :


i. Pengaturcara akan mengumpulkan aktiviti aturcara dalam modul.
ii. Aktiviti-aktiviti yang telah dikumpulkan akan digunakan bagi membina
algoritma penyelesaian bagi setiap modul.
iii. Pengaturcara akan menguji keseluruhan algoritma penyelesaian
dalam aturcara

1.2.3 Pengkodan Aturcara

Pengaturcara akan menterjemahkan rajah algoritma ke dalam bahasa


pengaturcaraan. Aturcara tersebut akan dimasukkan ke dalam komputer. Ulasan
bagi aturcara juga turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pengaturcara.

1.2.4 Pengujian Aturcara

Aturcara komputer akan diuji bagi memastikan ia tidak mempunyai ralat. Ralat
aturcara dapat dikesan apabila aturcara tidak mengikut tatabahasa atau sintaks yang
telah ditetapkan.

Secara amnya, terdapat tiga jenis ralat dalam sesebuah aturcara iaitu :

i. Ralat sintaks ( Syntax error )


Ralat sintaks ini terjadi apabila pengaturcara tidak mematuhi peraturan
atau tatabahasa bahasa yang dipilih. Contohnya, A + B = C adalah benar
dalam pernyataan Matematik tetapi dianggap salah dalam
pengaturcaraan komputer. Pernyataan yang boleh diterima dalam
bahasa pengaturcaraan adalah C = A + B.

ii. Ralat Logik ( Logic error )


Ralat logik selalunya tidak disedari oleh pengaturcara kerana tiada mesej
ralat diberikan dan output yang diberikan adalah salah oleh aturcara.
Ralat ini selalunya melibatkan pengoperasian iaitu aritmetik, logik dan
perbandingan. Contohnya, A = B + C adalah benar sekiranya nilai B dan
C yang dimasukkan adalah berjenis nombor atau integer.

iii. Ralat Nyahpijat ( Debugging error )


Ralat nyahpijat akan berlaku apabila input data tidak mematuhi jenis atau
struktur data yang ditetapkan.

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 3


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

1.2.5 Pendokumentasian

Pendokumentasian akan meliputi maklumat atau dokumen tentang penyelesaian


masalah dan aturcara. Pengaturcara lain akan menggunakan dokumentasi ini
sebagai rujukan dalam menyelenggarakan perisian yang dibangunkan.

Antara proses yang terlibat dalam pendokumentasian :


i. Menyemak semula pengkodan aturcara
ii. Menyemak semula semua dokumen
iii. Membaiki ralat
iv. Membuat penambahan seperti membaiki ralat dan mengubahsuai
aturcara

1.3 TEKNIK-TEKNIK PERWAKILAN ALGORITMA

Terdapat beberapa teknik perwakilan algoritma yang boleh digunakan sebelum


pengaturcara mengkod aturcara. Dua teknik yang selalu digunapakai adalah seperti
berikut :

1.3.1 Perwakilan Kod Pseudo

Kod pseudo (Pseudo code) bermaksud kod mudah yang lebih mirip kepada kod
aturcara yang akan ditulis semasa fasa implementasi. Berbeza dengan carta alir
yang menggunakan rajah, kod pseudo menggunakan frasa perkataan dan boleh
ditulis dalam mana-mana bahasa asasi seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Untuk mewakilkan algoritma menggunakan kod pseudo, kita perlu mengikuti


beberapa peraturan.

Peraturan Kod Pseudo:

i. Langkah-langkah dilaksanakan secara berjujukan


ii. Setiap langkah terdiri daripada kata kunci yang menerangkan
operasi/tindakan
iii. Setiap langkah ditulis dalam baris yang berasingan, jika perlu sambung, baris
seterusnya mesti dijarakkan (indentation)
iv. Pernyataan yang terdiri dari jujukan struktur kawalan mestilah dimulakan
dengan perhatian seperti laksana, set dan nilai awal.
v. Pernyataan dalam bentuk jujukan boleh dikumpulkan kepada blok dirangkumi
dengan katakunci mula dan tamat.
vi. Untuk struktur kawalan bersyarat, guna pernyataan if/else dan end-if
vii. Untuk struktur kawalan berulang, guna pernyataan while dan berhenti
dengan end_while
viii. Setiap langkah mestilah jelas dan mudah difahami.

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 4


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

1.3.2 Perwakilan Carta Alir

Perwakilan algoritma dalam bentuk grafik dengan menggunakan simbol-simbol khas


dan disambung dengan aliran aktiviti. Simbol-simbol yang digunakan untuk mewakili
perjalanan proses dapat dilihat dalam rajah di bawah :

Proses :
Arahan program yang memproses
input menjadi maklumat

Input / output :
Kemasukan data dan keluaran
maklumat

Keputusan :
Syarat yang akan menunjukkan arah
kebenaran keputusan

Penyambungan :
Kemasukan dari atau keluar ke bahagian carta alir
yang lain dalam merujuk mukasurat yang lain

Pangkalan :
Awal atau akhir aturcara

Rajah 1.2 : Simbol Carta Alir Piawai

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 5


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

Penggunaan perwakilan kod pseudo dan carta alir boleh dilihat melalui contoh di
bawah :

Contoh :

Kod Pseudo :
Mula
Baca jarak dalam ukuran meter
Tukar jarak meter kepada jarak kilometer
Jarak dalam kilometer ialah 1000 kali jarak dalam meter
Paparkan jarak dalam kilometer
Tamat

Carta alir bagi kod pseudo di atas boleh digambarkan berdasarkan rajah 1.3 :

Mula

Baca jarak dalam


meter

Tukar meter kepada


kilometer
1000 m = 1 km

Paparkan jarak dalam


kilomater

Tamat

Rajah 1.3 : Contoh carta alir

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 6


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

1.4 REKABENTUK ATURCARA BERSTRUKTUR

Pengaturcaraan berstruktur akan menjadikan pengaturcaraan mudah dihasilkan, set-


set aturcara mudah dilaksanakan dan dapat mengurangkan ralat aturcara.

Untuk menjadikan aliran penyelesaian masalah lebih teratur dari satu arahan ke
arahan seterusnya, struktur kawalan pengaturcaraan digunakan. Terdapat 3 jenis
struktur kawalan:

i. Struktur kawalan jujukan


Perlaksanaan arahan dari satu arahan ke satu arahan sehingga
selesai.

ii. Struktur kawalan pilihan


Cabangan kepada dua atau lebih pilihan mengikut syarat yang
diberikan. Terdapat dua jenis kawalan pilihan iaitu struktur kawalan
if-then-else dan struktur kawalan kes (case).

iii. Struktur kawalan pengulangan


Melaksanakan aturcara berkali-kali. Terdapat dua jenis kawalan
pengulangan iaitu struktur kawalan Do-while dan struktur kawalan
Do-until.

1.5 BAHASA PENGATURCARAAN


Bahasa pengaturcaraan ialah set perkataan, simbol, dan kod yang membolehkan
aturcara berkomunikasi dalam algoritma penyelesaian masa ke komputer.

1.5.1 Kategori Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa Pengaturcaraan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

i. Bahasa aras tinggi (high level language) dan aras rendah (low
level language)

ii. Bahasa mesin (machine language)

iii. Bahasa Himpunan (assembly language)

iv. Bahasa generasi ketiga (third generation language)


 Pengkompil (compiler)
 Pentafsir (Interpreter)

v. Bahasa Generasi ke empat (forth generation language)

vi. Bahasa tabii (natural languages)

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 7


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C
1.6 ISTILAH – ISTILAH PENGATURCARAAN

Terdapat pelbagai istilah yang jarang didengar di dalam perbualan kita


sehari-hari. Berikut adalah istilah-istilah yang selalu digunapakai sepanjang
penerangan tentang bahasa C.

Jadual 1.1 : Istilah Pengaturcaraan

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris


Input Input
Kepala fail Fail header
Larian Run
Output Output
Pengecam Identifier
Pengkompil Compiler
Penyahpijatan Debugging
Perkataan Rezab Reserved Word
Perpustakaan Library
Perpustakaan piawai Standard library
Prapemproses Pre-processor

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 8


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C

LATIHAN

1. Isikan ruang kosong di bawah untuk menguji kefahaman anda

i. Aturcara komputer didefinisikan sebagai _________ yang


mengarahkan komputer untuk ____________ melalui ___________
menjadi _________.

ii. Tiga elemen penting dalam menghasilkan aturcara komputer


___________, ________________ dan ________________.

iii. Berikan 2 contoh aplikasi menggunakan aturcara komputer.

2. Tentukan samada pernyataan di bawah benar atau palsu untuk menguji


kefahaman anda.

1. Kitar hayat pembangunan aturcara terdiri Benar / Palsu


daripada 7 fasa.

2. Fasa ketiga dalam kitar hayat pembangunan Benar / Palsu


aturcara ialah menguji aturcara.

3. Input merupakan data-data yang diperlukan bagi Benar / Palsu


memproses maklumat.

4. Ralat sintaks berlaku apabila input data tidak Benar / Palsu


mematuhi jenis atau struktur data yang
ditetapkan.

5. Penyemakan semula algoritma dan dokumen Benar / Palsu


merupakan salah satu proses yang terlibat
dalam fasa pendokumentasian.

3. Cuba jawab soalan berikut untuk menguji kefahaman anda.


i. Dengan menggunakan carta alir, bina algoritma bagi masalah harian
berikut :

 Cara memasang nasi goreng tanpa menggunakan


perencah segera.
 Cara membancuh air teh dengan memberi kebebasan
samada ingin teh O atau teh susu.
 Cara untuk membeli minuman dalam tin daripada sebuah
mesin menjual minuman.

ii. Bina kod pseudo dengan menggunakan soalan 1 a, b dan c seperti di


atas.

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 9


BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
PENGATURCARAAN C
iii. Nyatakan 3 struktur kawalan asas algoritma.

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT & MULTIMEDIA, KUiTTHO 10

You might also like