You are on page 1of 12

1.

0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH SAW

 PENGENALAN

Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah,
jasmaniah, dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan
Al-Quran dan as-sunnah Rasulullah SAW bagi melahirkan insan yang bertakwa dan
mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi
Muhammad SAW mendapat wahyu pertama.

Rasulullah SAW dipandang sukses dalam mendidik masyarakatnya menjadi


masyarakat yang berbudi tinggi dan akhlak mulia. Pada mulanya, masyarakat Arab
adalah masyarakat jahiliyah, sehingga perkataan primitif pun tidak cukup untuk
menggambarkannya, hinggalah datangnya Rasulullah SAW yang membawa mereka
untuk meninggalkan kejahilan tersebut dan mencapai suatu bangsa yang berbudaya
dan berkeperibadian tinggi, bermoral serta memberi pengetahuan. Al-Quran memberi
petunjuk atau arah, jalan yang lurus mencapai kebahagiaan bagi manusia, Pendidikan
pada zaman Rasulullah SAW memperlihatkan tahap-tahap kemajuan pemikiran yang
mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan tersebut
memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam berteraskan tauhid
dengan pendidikan jahiliyyah Arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat
keduniaan semata-mata. Perkembangan pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW
memperlihatkan dua peringkat iaitu peringkat Makkiyah dan peringkat Madinah. 
1.1 PERINGKAT MAKKIYAH 

Peringkat Makkiyah membawa maksud perkembangan Pendidikan Islam yang


berlaku di Makkah. Pendidikan Islam pada peringkat Makiyyah dapat dibahagikan
kepada dua tahap iaitu tahap rahsia dan tahap terhuka.

Pada tahap rahsia, Rasulullah SAW berdakwah dan mengajar Al-Quran kepada
kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat rapatnya. Hasil daripada usaha ini,
Saidatina Khadijah bt. Khuwailid, Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Ali bin Abi Talib
dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam. Seterusnya, semakin ramai kerabat
Rasulullah dan para sahabat Rasulullah SAW memeluk Islam. Pertambahan penganut
Islam telah mewujudkan satu bentuk pendidikan yang mula tersusun. (Ahmad Mohd
Salleh, 2008)

Pada peringkat awal agama Islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-


rumah. Rasulullah SAW menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat
belajar dan tempat pertemuan Baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Di
rumah tersebut, Baginda menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran.
Selain rumah Al-Arqam, Baginda juga menyampaikan pelajaran agama di rumahnya
sendiri di Makkah yang mana rumah Rasulullah SAW berfungsi sebagai tempat kaum
muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat Islam. Rumah Al-Arqam dianggap
sebagai pusat Pendidikan Islam yang pertama dalam sejarah Pendidikan islam.
Dakwah secara rahsia ini terus dijalankan selama tiga tahun. Dalam tempoh ini,
Rasulullah SAW berjaya menyebarkan Islam kepada lebih kurang 40 orang pengikut
yang terdiri daripada kaum keluarga terdekat, sahabat handai, golongan miskin dan
golongan hamba. (Mashitoh Ahmad, 2007)

Pendidikan Islam pada tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW


menerima perintah daripada Allah SWT untuk menyebarkan agama Islam secara
terang-terangan dan meninggalkan tahap rahsia sepertimana yang tercatat dalam
Surah al-Hijr ayat 94:
Terjemahannya: 
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu
(Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum
kafir musyrik itu. 

Dengan perintah tersebut, Pendidikan Islam mula dilakukan secara umum


kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat Pendidikan Islam bukan lagi hanya tertumpu
di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, di
lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah. Oleh sebab kurikulum
pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan akidah tauhid, maka isi
pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih tertumpu kepada menolak adat
istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah yang mensyirikkan Allah
SWT. Institusi pendidikan Rasulullah SAW menjadi perhatian umum bukan sahaja
dalam kalangan masyarakat Arab tetapi masyarakat luar Makkah juga iaitu golongan
yang ingin menunaikan haji. Pangaruh Rasulullah SAW dan Pendidikan Islam pada
ketika itu telah menggugat institusi pendidikan Arab jahiliyyah yang berteraskan syirik.
Akibatnya, Rasulullah SAW dan kaum kerabatnya menerima tekanan daripada
pemerintah Makkah hinggakan seluruh keluarga Baginda daripada Bani Hashim dan
Bani Mutallib dipulaukan. Perkembangan Pendidikan Islam terbantut selama 3 tahun
berikutan pemulauan ini, namun, ianya terus bangkit pada tahun ke-11 kerasulan
Baginda hinggakan Islam tersebar ke Madinah dan Habsyah.

Secara keseluruhannya, perkembangan Pendidikan Islam pada peringkat


Makkiyah meliputi pendidikan keagamaan iaitu pembentukan akidah, pendidikan
aqliyah dan ilmiah iaitu mempelajari kejadian manusia dari segumpal darah dan
kejadian alam semesta, pendidikan akhlak iaitu Rasulullah SAW mengajarkan kepada
sahabatnya agar berakhlak baik sesuai dengan ajaran tauhid serta pendidikan jasmani
iaitu mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman. (Mahmud
Yunus, 1992)
1.2 PERINGKAT MADINAH 

Pendidikan Islam semakin berkembang luas apabila Rasulullah SAW berhijrah


ke Madinah. Di Madinah, Islam tidak lagi menerima tekanan sebagaimana yang berlaku
di Makkah. Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah pada tahun 622M telah
membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyebaran dan kestabilan
agama Islam. Bagi tujuan tersebut, masjid mula didirikan di Madinah seperti Masjid
Quba dan Masjid Nabawi. Fungsi masjid menurut istilah Islam adalah sebagai markas
bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang yang
berhubung dengan ibadat dan pendidikan. Rasulullah SAW menjadikan Masjid Nabawi
sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping tempat
beribadat. Situasi di masjid menjadikannya lebih bebas dan sesuai sebagai tempat
belajar daripada di rumah kerana di masjid, seseorang itu tidak perlu meminta
kebenaran untuk memasukinya jika dibandingkan dengan rumah. Setelah berhijrah ke
Madinah struktur pengajian masih lagi berbentuk tidak formal. Amalan baginda yang
berkesan didalam bidang pendidikan ialah mukmin yang tahu membaca dan menulis
mengajar orang tidak mengetahuinya. Hanya pendakwah yang pandai membaca dan
menulis sahaja dihantar ke daerah lain untuk menyebarkan dan mengajarkan Islam.

Pendidikan pertama Rasulullah di Madinah adalah untuk memperkuatkan umat


Islam dan mengikis sisa-sisa permusuhan. Konsep pendidikan di Madinah lebih
tertumpu kepada ibadat dan syariat tanpa melupakan soal-soal lain. Semasa di
Madinah, hal berkaitan ibadat ditingkatkan. Solat Jumaat mula diwajibkan. Solat sunat
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha didirikan. Umat Islam diberi peringatan supaya
menjaga waktu solat fardu. Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2 Hijrah. Begitu
juga ibadat Haji pada 6 hijrah. Orang yang tahu menulis dan membaca disuruh menulis
wahyu. Orang yang pandai diminta mengajar orang tidak tahu. Umat islam digalakkan
belajar bahasa asing. Pendidikan wanita juga tidak diabaikan. Pendidikan yang
disampaikan bukan sahaja tentang agama malahan keduniaan. Pendek kata,
perkembangan Pendidikan Islam yang berlaku di peringkat Madinah ini adalah lebih
meluas aspek dan skopnya.
Bentuk pendidikan yang disampaikan ialah melalui usrah dan halaqah yang
berlangsung sehingga selepas Perang Badar. Kepesatan perkembangan Islam pada
masa itu menyebabkan lebih banyak sekolah didirikan. Dikatakan terdapat sembilan
buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah. Antara yang terpenting ialah
Sekolah Kaabah. (Ahmad Mohd Salleh, 2008)

Setelah berlangsungnya Perang Badar pada 6 Hijrah, masyarakat di


Semenanjung Tanah Arab memberi perhatian besar kepada Pendidikan Islam. Lebih
ramai masyarakat Arab sama ada yang ada di bandar atau Arab Badwi datang ke
Madinah untuk berniaga dan mengenali agama Islam. Sebahagian besar pendatang
baru ini memeluk Islam dan berhajat menerima Pendidikan Islam terus daripada
Rasulullah SAW. (Ahmad Mohd Salleh, 2008)

Struktur Pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW telah disusun oleh Rasulullah
SAW sendiri dalam beberapa bentuk seperti pendidikan umum, pendidikan khusus dan
pendidikan institusi (peringkat awal dan peringkat kedua).

Pendidikan umum dijalankan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang
terpilih antaranya Abu Bakar as-Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Pelaksanaannya dilakukan
dengan menyampaikan pidato selepas solat fardhu atau selepas solat Jumaat. Selain
itu, kurikulum Pendidikan Islam pada masa tersebut ialah bidang akidah, syariat,
muamalat dan lain-lain seperti menunggang kuda, berenang,bergusti dan lumba lari.
Pendidikan umum ini juga merangkumi peningkatan aspek kerohanian deengan
mengadakan qiamullail di masjid. Rasulullah SAW sendiri melaksanakan qiamullail
sehingga kaki Baginda bengkak. Perkembangan pendidikan umum pada zaman
tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Contohnya, Raja Yaman
mahukan tenaga pengajar dihantar ke Yaman dan Rasulullah SAW telah menghantar
Muaz bin Jabal sebagai guru agama. Dapat disimpulkan bahawa struktur pendidikan
umum ini adalah sangat luas perimeternya lantaran ianya merangkumi banyak aspek
dalam kehidupan.

Struktur Pendidikan Islam yang kedua ialah pendidikan khusus. Dalam struktur
ini, pendidikan khusus ialah pengajaran yang tertentu yang diberikan oleh Baginda
kepada orang yang tertentu tanpa mengira masa dan tempat seperti berbentuk teguran
atau tunjuk ajar secara langsung. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW seperti Abu
Hurairah, Abu Dzar al-Ghiffari, Salman al-Farisi, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as-
Siddiq merupakan antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa
teguran dan tunjuk ajar secara langsung daripada Rasulullah SAW.

Bagi struktur pendidikan yang ketiga iaitu pendidikan institusi, terdapat dua
pembahagian pula dalam struktur ini iaitu peringkat awal (menulis dan membaca) dan
peringkat kedua (pendidikan ke atas ahli Suffah). Pada peringkat awal, ia lebih
menumpukan kepada kanak-kanak. Antara tenaga pengajar pada zaman tersebut ialah
Saad bin Al-As dan juga kalangan ahli orang tawanan perang Badar yang tidak mampu
menebus diri mereka dengan wang. Berbeza pula dengan peringkat kedua ialah
pendidikan ke atas ahli Suffah yang mana kebanyakan daripada mereka datang dari
tempat yang jauh dan tiada tempat tinggal kecuali di serambi masjid. Selain belajar, ahli
Suffah juga membantu Rasulullah SAW dan para sahabat seperti mengangkat kayu api,
barang-barang, air dan sebagainya. Mereka ini ditanggung oleh Baitulmal dan para
sahabat Rasulullah SAW. (Ahmad Mohd Salleh, 2008)

Pendidikan pada peringkat Madinah merupakan titik tolak kepada


kesinambungan pendidikan di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin. Pengajian Al-Quran adalah
pendidikan yang terpenting dalam ciri-ciri penting yang terdapat dalam kandungan
pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini juga telah melahirkan para penghafaz
Al-Quran yang tidak bersalahan dengan bacaan Rasulullah SAW. Antaranya ialah Abu
Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman, Ali B Abi Talib, Talhah dan Abi Ubaidah dan
ramai lagi. Manakala penghafaz wanita pula ialah Aisyah bt Abu Bakar, Hafsah bt
Umar, Maslamah dan Fatimah bt Muhammad SAW. (Ahmad Mohd Salleh, 2008)
Perkembangan
Pendidikan Islam
Zaman Rasulullah
SAW

Makkiyah Madinah

Tahap Tahap Pendidikan Pendidikan Pendidikan


Rahsia Terbuka Umum Khusus Institusi

Peringkat Peringkat
Awal Kedua

KESIMPULAN 

Pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW adalah pendidikan yang paling


cemerlang. Rasulullah SAW menggunakan Al-Quran sebagai sumber pendidikan yang
utama dan hadis sebagai sumber pendidikan kedua dalam menguruskan semua
perkara. Sistem pendidikannya menjadi model dan ikutan sepanjang zaman. Hal ini
demikian kerana sistem tersebut masih digunapakai sehingga ke hari ini dan bukti telah
menunjukkan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi cara kepimpinan dan
pengajaran Rasulullah. Pendidikan tersebut yang bersumberkan wahyu (al-Quran) dan
Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi dunia akhirat. Baginda
Rasulullah SAW adalah pendidik terulung sepanjang zaman.
2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

 PENGENALAN

Tahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus


menerus yang disambung oleh para sahabat dalam menyebarkan agama Islam serta
mendalami Pendidikan Islam. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, kehidupan Rasulullah
SAW seakan-akan terulang kembali. Hal ini demikian kerana para sahabat terus tegar
mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai
Islamiah yang bersumberkan Al-Quran dan as-sunnah Rasulullah SAW. Pendidikan
Islam masih tetap utuh berpegang pada Al-Quran dan as-Sunnah di ibu kota khilafah di
Makkah, di Madinah dan di negeri-negeri lain yang berada di bawah pemerintahan
Islam. (Armai Arief, 2005)

Pemerintahan zaman Khulafa al-Rasyidin bermula pada tahun 11 Hijrah hingga


tahun 40 Hijrah ataupun pada tahun Masihinya, 632 hingga 661 Masihi. Pemerintahan
zaman Khulafa al-Rasyidin ini diterajui oleh empat orang sahabat besar Rasulullah
SAW iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman bin
Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Keempat-empat Khulafa al-Rasyidin ini bukan
sahaja bertindak sebagai Ulil Amr memelihara kestabilan dan keselamatan negara,
bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan Pendidikan Islam. (Abdullah Ishak, 1989)
2.1 KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (11-13 Hijrah / 631-634 Masihi) memberi perhatian
berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja mengajak umat
Islam mempelajari dan menghayati al-Quran dan sunnah, bahkan bertindak mengumpul
dan menulis semula ayat-ayat al-Quran. Kesanggupan beliau mengumpul dan menulis
semula ayat-ayat al-Quran adalah semata-mata untuk menjamin keselamatan dan
kesempurnaan Islam lantaran perkembangan ilmu pengetahuan adalah bersumberkan
al-Quran.

Pola Pendidikan Islam pada zaman Abu Bakar as-Siddiq tidak banyak perbezaan
dan masih berjalan seperti pada zaman Rasulullah SAW, baik dari segi materi mahupun
lembaga pendidikannya. Dari segi materi pendidikan Islam, ianya terdiri daripada
pendidikan tauhid, akhlak, ibadah, kesihatan dan sebagainya. Menurut Ahmad Syalabi,
lembaga untuk belajar membaca menulis ini disebut Kuttab. Kuttab merupakan
lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid. Asama Hasan Fahmi pula
mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada zaman Abu Bakar as-
Siddiq. Pusat pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, manakala yang bertindak
sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat.

Di zaman ini, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan rohani, tempat


pertemuan lembaga Pendidikan Islam, sebagai tempat solat berjamaah, membaca al-
Quran dan sebagainya. Dapat disimpulkan bahawa, pada zaman ini, masjid tetap
berperanan penting dalam perkembangan Pendidikan Islam.
2.2 KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Pelaksanaan Pendidikan Islam di zaman Khalifah Umar al-Khattab adalah lebih


maju lantaran sepanjang Umar al-Khattab memerintah, negara berada dalam keadaan
yang stabil dan aman. Oleh itu, proses pendidikan dapat berjalan dengan lancar tanpa
berlakunya sebarang kekecohan. Menurut ahli sejarah, seluruh Semenanjung Tanah
Arab, Parsi, Sham dan Mesir merupakan wilayah kerajaan Islam semasa pemerintahan
Umar al-Khattab. Dikatakan bahawa semua desa di seluruh wilayah kerajaan Islam
ketika itu telah dibina masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat
pembelajaran dan Pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja memberi penekanan yang
serius terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat kerohanian kepada seluruh rakyat,
bahkan juga kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti
berenang, menunggang kuda dan memanah.

Khalifah Umar al-Khattab merupakan seorang pendidik yang melakukan


penyuluhan pendidikan di kota Madinah. Beliau juga menerapkan pendidikan di masjid-
masjid dan pasar-pasar serta mengarahkan guru-guru untuk setiap daerah yang
ditakluk itu untuk bertugas mengajarkan isi al-Quran dan ajaran Islam secara
total. Metod atau kaedah yang digunapakai pada ketika itu adalah kaedah halaqah.

Selain itu, Pendidikan Islam dikelolakan di bawah pengurusan gabenor yang


berkuasa pada masa itu. Zaman pemintahan Umar al-Khattab juga memperlihatkan
banyak kemajuan yang berjaya dikecapi dalam pelbagai bidang, seperti jawatan pos,
badan polis, baitulmal dan sebagainya. Sumber gaji para pendidik pada waktu itu
diambil dari daerah yang ditakluki dan dari baitulmal.
2.3 KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, pelaksanaan Pendidikan Islam tidak
jauh berbeza dengan zaman sebelumnya. Pendidikan Islam di zaman ini meneruskan
apa yang telah sedia ada, namun berlakunya sedikit perubahan yang mewarnai
Pendidikan Islam. Pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan, para sahabat yang
berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah SAW yang dahulunya tidak boleh
meninggalkan Madinah di zaman pemerintahan Khalifah Umar, telah diberikan
kelonggaran untuk keluar ke daerah-daerah yang mereka sukai. Hal ini menjadikan
Pendidikan Islam semakin tersebar luas ke seluruh pelosok dunia.

Proses pelaksanaan pola Pendidikan Islam pada zaman Uthman bin Affan ini
adalah lebih ringan dan lebih mudah difahami oleh semua individu yang ingin menuntut
ilmu dan belajar tentang Islam lantaran kemudahan dari segi pusat pendidikan pada
zaman ini adalah lebih banyak dan teratur. Tugas mendidik dan mengajar umat pada
zaman ini diserahkan kepada umat zaman itu sendiri yang mana bermaksud
pemerintah tidak mengarahkan mana-mana guru untuk mengajar, Oleh hal yang
demikian, para pendidik sendiri akan melaksanakan tugasnya tanpa kerahan daripada
sesiapa melainkan hanya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT.
2.4 KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, telah berlakunya kekacauan dan
pemberontakan sehingga menyebabkan pemerintahan beliau tidak stabil. Kekecohan
politik yang berlaku pada zaman Ali bin Abi Talib berkuasa menjadikan kegiatan
Pendidikan Islam terganggu. Pada masa itu, Ali bin Abi Talib tidak sempat lagi
memikirkan masalah pendidikan kerana keseluruhan perhatiannya pada waktu itu
ditumpukan pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat Islam.

Walaubagaimanapun, zaman Ali bin Abi Talib ini tetap menyumbang sesuatu
dalam perkembangan Pendidikan Islam. Pada zaman ini, pembukuan ilmu Tatabahasa
Arab berjaya dihasilkan. Kesannya, ilmu Tatabahasa Arab ini dapat digunakan
sehingga ke hari ini oleh setiap individu dari seluruh pelosok dunia.

KESIMPULAN

Pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar tidak jauh berbeza dengan
Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab,
Pendidikan Islam sudah lebih meningkat d imana pada zaman ini, guru-guru sudah
diiktiraf dan digaji untuk mengajar ke daerah-daerah yang baru ditakluki. Pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan, Pendidikan Islam diserahkan kepada rakyat dan sahabat
dan ianya tidak hanya terfokus di Madinah saja, tetapi sudah dibolehkan ke daerah-
daerah lain untuk mengajar. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, Pendidikan Islam
kurang mendapat perhatian disebabkan oleh pemerintahan Ali selalu dilanda konflik
yang membawa kepada kekacauan.

You might also like