Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pembangunan luar bandar

pembangunan luar bandar

Ratings: (0)|Views: 987 |Likes:
Published by anon_400580229

More info:

Published by: anon_400580229 on Mar 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/19/2013

pdf

text

original

 
pembangunan luar bandar (mjt2053)
1.0 PENGENALANPembangunan luar bandar adalah bertujuan untuk membawa masyarakat luar bandar yangmasih ketinggalan di kampung-kampung ke dalam arus pembangunan perdana dan bagimeningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Matlamatnya untuk memastikan perancanganpembangunan luar bandar masih lagi relevan dan sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.Pembangunan luar bandar adalah memberi tumpuan kepada pembangunan infrastuktur danekonomi. Perancangannya akan memberi penekanan ke atas pembangunan sumber manusiadan juga pembangunan ekonomi serta menaikkan lagi taraf kemudahan-kemudahaninfrastruktur. Perancangan terbaru dalam pembangunan luar bandar adalah menekankankeutamaan µempowerment¶ masyarakat luar bandar, iaitu membolehkannya bersifat dinamik dan mampan, berupaya menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dan mencapai statusekonomi yang setaraf dengan peringkat nasional.Selain itu, antara inisiatif pembangunan luar bandar adalah untuk membangunkan individuyang cemerlang dan penekanan kepada pengubahan minda (sikap) penduduk luar bandar supaya mempunyai kepercayaan diri dan semangat ingin berdikari, seterusnya untuk mengukuhkan unit keluarga sebagai institusi yang sejahtera. Untuk membangunkanmasyarakat luar bandar yang beridentiti dan berdaya tahan dengan tujuan mewujudkan satukomuniti yang berupaya menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi dan juga untuk menyediakan infrastruktur yang berkualiti yang dapat menampung pembangunan ekonomimasa kini di kawasan luar bandar.Bagi menyediakan sistem penyampaian yang berkesan dan berfaedah kepada golongansasaran serta untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang mampan melalui pengurusanpertanian komersial dan pelbagaian asas ekonomi dan untuk mewujudkan rangka kerjainstitusi yang responsif kepada perubahan dan membantu penyertaan masyarakat setempatyang aktif dalam program-program dan projek-projek luar bandar. Manakala visipembangunan luar bandar yang dihasilkan adalah daripada analisis ke atas senario desa sediaada, kemajuan pembangunan ekonomi, tren perbandaran, cabaran-cabaran Wawasan 2020 danfalsafah dan strategi pembangunan luar bandar.1.1 DEFINISI PEMBANGUNANSukar untuk mendefinisikan secara tepat istilah pembangunan disebabkan begitu banyak aspek dan masalah yang terangkum ke dalam apa yang disebut pembangunan. Secaramudahnya pembangunan ialah proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepadaperingkat yang lebih maju yang menjurus ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmurandan kebebasan sama ada dalam aspek pemikiran manusia ataupun aspek fizikal ataupersekitaran.Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satuproses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membinakeyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yangmembebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakanpergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial (Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 2).
 
Todaro (1977), berpendapat pembangunan juga melibatkan proses menyusun danmengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukansahaja melibatkan pertambahan pendapatan dan pengeluaran, tetapi juga mengambil kiraperubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan.Manakala Seers (1979), mentafsirkan pembangunan juga boleh ditunjukkan denganterhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengangguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.Dalam pengertian yang sederhana dapat disimpulkan bahawa pembangunan merupakan usahayang dilakukan oleh sesuatu masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. (Pengantar Teori Pembangunan Dunia Ketiga, 2005: 2).Konsep pembangunan meliputi empat komponen penting yang saling melengkapi dan perludicapai iaitu kecekapan untuk memastikan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang pesat,pembahagian kekayaan yang adil yang meliputi pembasmi kemiskinan dan penguranganjurang perbezaan pendapatan, mapan untuk menjamin pembangunan kini tidak mengancamgenerasi akan datang dan keupayaan rakyat terutama golongan mudah terancam sepertigolongan miskin. (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun, 2005: 33)1.2 DEFINISI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Kehidupan luar bandar selalunya disamaertikan dengan aspek kehidupan tidak maju, taraf pendidikan yang rendah, penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan utama yangterhad, potensi maju yang meragukan dan berbagai-bagai lagi sifat kemunduran.Maimunah (1990) mendefinisikan pembangunan luar bandar sebagai satu prosesmeningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan manusia. Ini termasuklah keperluan asas yang mencukupi seperti makanan,pakaian, perumahan dan kesihatan, serta keperluan psikososial yang lain seperti pendidikan,pekerjaan, kerohanian dan keselamatan (seperti dipetik dalam Rozalli Hashim bukuPengurusan pembangunan, 2005, hlm 258).Pembangunan luar bandar merupakan konsep yang telah lama wujud namun tidak menjadimatlamat utama kebanyakan negara membangun sebelum dua atau tiga dasawarsa yang lalu(Gillis et al.,Todaro, 1982; Maimunah dan Bahaman, 1992) (seperti dipetik dalam RozalliHashim buku Pengurusan pembangunan, 2005, hlm 259).Program pembangunan luar bandar akan memberi tumpuan kepada mengubah kawasan luar bandar menjadi lebih baik untuk pelaburan serta tempat kediaman yang menarik denganmenikmati semua kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti.Dengan hubungan ini, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk telekomunikasi akandiperbaikkan dan dipertingkatkan. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosial akandiperluaskan lagi bagi kawasan pedalaman dan ladang-ladang kecil. Penduduk luar bandar akan ditempatkan sesama untuk mewujudkan bandar kecil bagi memudahkan penyediaankemudahan tersebut.Tumpuan utama aktiviti pembangunan bandar adalah untuk menyediakan perumahan yanglebih baik, menggalakkan pembangunan pelancongan luar bandar serta meningkatkan latihandan peluang menambah pendapatan kepada belia luar bandar termasuk peserta rancanganpembangunan tanah. Kerajaan akan menggalakkan pembangunan industri berskala kecil yangkhusus di kawasan luar bandar. Pembangunan industri berskala kecil seperti kraftangan danberasaskan sumber akan ditempatkan di kawasan yang mempunyai sumber berkaitan.
 
 Pembanguan luar bandar secara ringkasnya adalah pembangunan dari aspek pertanian,kesihatan, pendidikan dan komunikasi. Pembangunan luar bandar penting untuk mengurangkan jurang ketidaksamaan pendapatan antara masyarakat di luar bandar danmasyarakat bandar.Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah mewujudkan agensi-agensiyang bertanggungjawab dalam merealisasikan program untuk pembangunan masyarakat luar bandar. Antara agensi yang terlibat ialah FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH,KEJORA, KEDA dan sebagainya. Pihak kementerian juga menyediakan peruntukan danperbelanjaan untuk melaksanakan program tersebut. Contohnya peruntukan yang disediakandalam RMK-9 seperti di bawah :PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PROJEK PEMBANGUNANLUAR BANDAR, 2001-2010(RM billion)Program/projek RMKe-8perbelanjaanRMKe-9peruntukkanProjek ekonomi5.910.1Pendidikan dan latihan10.410.2kesihatan0.92.0Jalan Raya2.33.6Bekalan Air 0.71.2Perumahan0.20.3Jumlah21.028.4Sumber ; Unit Perancang Ekonomi RMK-92.0 PENDEKATAN TEORI DALAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
SuYuen Tan liked this
syarie liked this
azreeny_1 liked this
hamizah_husin_1 liked this
Raihana Syafika liked this
Ibtisam Shazni liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->