You are on page 1of 30

CABARAN TERHADAP

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


DAN GLOBAL
KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik
atau masyarakat majmuk.
Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku
beratus-ratus tahun dahulu.
Berdepan dengan u persoalan hubungan etnik
dan cabarannya.
Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh
menyebabkan berlaku ketegangan.
Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan
cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun
latarbelakang sejarah yang membawa kepada
pembinaan masyarakat seperti yang ada
sekarang perlu di fahami.
Masyarakat Sebelum
Penjajahan
 Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan
bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di
Nusantara.
 Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan
Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah
lambang kemunculan Tamadun Melayu.
 Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka
memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu
adalah bangsa terawal dan penduduk asal di
Nusantara.
- sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu
sebagai lingua franca, penggunaaan tulisan Jawi
dan kekuatan agama Islam di alam Melayu.
Masyarakat Semasa Penjajahan
 Menjelang tahun 1875, British menjajah
Tanah Melayu melalui dasar campurtangan.
 mula menguasai kawasan yang mewah
dengan sumber bijih timah. Kaum Cina
telah mula dibawa masuk untuk bekerja di
sektor perlombongan.
 menggalakkan penghijrahan orang-orang
India sebagai tenaga buruh dalam sektor
perladangan, getah, sektor pembinaan
seperti pembinaan jalanraya dan keretapi.
Orang-orang India yang berpendidikan juga
dibawa masuk untuk berkhidmat dalam
bidang perkeranian.
 Di Sarawak, British mula menjajah dengan
pengisytiharan James Brooke sebagai Raja
Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk
untuk bekerja di sektor perlombongan,
penanaman lada hitam, sagu, gambir dan
getah.
 Di Sabah pula orang Cina juga dibawa masuk
bagi memenuhi keperluan dalam sektor
peladangan seperti tembakau, getah, kayu
balak dan perlombongan.
 Kesimpulannya kesan daripada dasar British di
Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah
telah menjadi titik permulaan kepada
kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan
masyarakat majmuk yang hidup dalam satu
negara dengan kepelbagaian budaya, agama,
bahasa dan adat resam.
Masyarakat Majmuk di
Malaysia
 Kemasukan orang Cina dan India telah
melahirkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
 Setiap kaum mengamalkan dan
mengekalkan identiti, kebudayaan dan
adat resam masing-masing.
Pemisahan penempatan
Melalui dasar-dasar British yang bersifat ”pecah
dan Perintah” (divide and rule)
 orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek
moyang mereka dalam bidang pertanian dan
tinggal di kawasan luar bandar.
 Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar.
 Orang India bekerja di estet-estet dan mereka
juga menetap di situ.
Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan
ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan
mempunyai hubungan yang agak minimum.
Politik
 kelahiran pelbagai parti politik untuk
menjaga kepentingan kaum masing-masing.
 Malahan pada peringkat awal kemasukan
orang-orang Cina dan India menumpukan
taat setia kepada negara asal mereka.
 Kepelbagaian politik di Malaysia
digambarkan dengan kewujudan parti-parti
politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS
(mewakili orang Melayu), MCA, DAP,
Gerakan (mewakili kaum Cina), dan MIC
(mewakili kaum India).
Pendidikan
 setiap kaum di peringkat awalnya
mempunyai sekolah aliran tersendiri
sukatan pelajaran yang masih lagi
berdasarkan kepada sukatan yang
diamalkan di negara asal mereka.
Kesan daripada dasar British dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik
 melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum.
 Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan
secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara
satu kaum dengan kaum yang lain.
 konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara
berikut:
i. perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti
bahasa, agama dan adat resam.
ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana
kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang
pekerjaan yang berbeza.
iii.prasangka dan prejudis yang menebal.
iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia
sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk
mengekalkan identiti masing-masing.
v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu
seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh
sesuatu kaum sahaja.
PEMBINAAN JATI DIRI
 Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil
kira semua elemen asas yang telah pun
wujud dan bertapak di Malaysia
i. kedudukan agama Islam
ii. pluraliti masyarakat
iii.kekuatan ekonomi kaum Cina
iv.kedudukan kaum-kaum minoriti yang
lain.
Kedudukan Agama Islam
 Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1).
 Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah
dihormati kerasmiannya.
 Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan.
 Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta
orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang
mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah
wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi.
 Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan adalah
diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-
perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai
Islam. Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat
juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam
beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling
kenal mengenali antara satu sama lain.
 Al-Qur’an menegaskan:
 “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada
jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar
kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang
teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (2:256)
 Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada
lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
berkenalan. Sesungguhnya yang termulia antara kamu
ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal” (49:13)
Ketuanan Melayu

 Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak


istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153.
 Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama disisi
undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk
mengundi dalam pilihanraya.
 pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor
ketuanan Melayu ini.
 kewujudan kaum-kaum besar yang lain seperti kaum Cina
dan India harus juga diberikan perhatian dalam membina
perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia.
 Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun,
Iban dan lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam
membentuk jatidiri rakyat Malaysia.
Ekonomi

 Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding


dengan kaum yang lain.
 Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan
kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan
ekonominya.
 Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu
memerlukan antara satu sama lain.
 Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain
kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan
mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan.
 Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga
sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju
malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya
ketidakpuasan hati satu kaum yang lain.
 Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini
supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum
sahaja.
Kedudukan Bahasa Melayu

 bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan


seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Malaysia
 Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai
dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia
keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat
yang amat penting untuk memupuk perpaduan.
 Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada
rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar
bahasa ibunda mereka.
 Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira
perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan
dan rasa tidak puashati antara etnik.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
Pemisahan penempatan
 Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh
Kerajaan British.
 orang Melayu tinggal di luar bandar.
 kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam
perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong
dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.
 Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan
menjalankan aktiviti perladangan.
 pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan
hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat
sahaja.
 melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara
kaum.
 Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk
berlaku.
 Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja
Sistem pendidikan yang berasingan

 Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai


dasar pendidikan yang jelas.
 British membiarkan sistem pendidikan wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina,
India dan Inggeris.
 Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan
yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan
pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru.
 Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan.
 Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar.
 Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak
berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar
dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya
akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan
dan persefahaman di kalangan pelajar.
Politik
 Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik
yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan
lagi identiti etnik dan syak wasangka.
 Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.
 Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu
komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada
masih lagi berasaskan perkauman.
 Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka
maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan ,
agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata
masing-masing.
 Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.
EKONOMI
 Perbezaan pekerjaan
 Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan
kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu
mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan.
 Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan
perasaan perkauman terus menebal.
 Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan
persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik
tertentu.
 Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang
lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan
 orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang
berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-
estet.
 Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka
wujud jurang pendapatan antara setiap etnik
 setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi
yang lebih
 mewujudkan ketidak seimbangan dan
persaingan yang berlaku melahirkan
ketidakstabilan dalam masyarakat.
 Untuk mengeratkan perpaduan maka
penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan.
 Aspek yang perlu diberi perhatian
-keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi
tingkat pendapatan, corak guna tenaga,
pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum
dalam semua bidang
Cabaran intraetnik dan interetnik
 Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan
penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya.
 Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh
mencetuskan konflik antara satu sama lain.
 Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda
negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat.
 Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu
-terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu
-bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap
kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak
-fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu
tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-
kerasnya pandangan orang lain.
 Cabaran hubungan intra etnik contohnya
kewujudan pelbagai parti politik yang
mewakili kelompok kaum yang sama
umpamanya dalam masyarakat Melayu
ada parti UMNO dan PAS.
 menyebabkan berlaku ketidak sefahaman
antara sesama kaum.
 kewujudan parti politik yang berbeza
tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik
yang sama juga sedikit sebanyak telah
menimbulkan hubungan tidak baik antara
etnik.
Perbezaan nilai dan agama)
 setiap kumpulan etnik mempunyai agama,
kebudayaan dan bahasa yang berbeza.
 Orang Melayu, China dan India terus dengan
sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan
tradisi mereka.
 Setiap kumpulan etnik mempertahankan
kebudayaan dan adat resam mereka,
mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga
menganggap kebudayaan mereka sahaja yang
terbaik.
 Selain daripada itu kewujudan akhbar yang
pelbagai bahasa dengan mengutamakan
kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan
lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.
 CABARAN GLOBALISASI
 Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan
menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh
mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan
cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada
sekatan.
 Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan
sebelah pihak sahaja iaitu Barat
-proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi,
politik dan social.
-penjajahan bentuk baru
-menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan
bebas dan budaya hedonisme.
 Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan
yang menganggap segala yang datang dari barat adalah
baik dan moden.
 Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan
kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang
ringan.
 Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan
sekutunya mendominasi politik dunia.
 Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan
memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri
dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan
kepentingan mereka.
 Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti
memiliki dan mengendalikan sistem perbankan
antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang
utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang
antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia;
mendominasi akses ruang angkasa dan industri
aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia;
mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia
 setiap campurtangan mereka mempunyai
agenda yang tersendiri malahan mereka
boleh berperanan untuk menentukan
samada mewujudkan keamanan atau
menghancurkan sesebuah negara. Konflik di
Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-
kuasa luar dalam menentukan hala tuju
negara tersebut.
 Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia
luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat
Malaysia supaya menghargai dan menjaga
perpaduan kaum, umpamanya kemelut
Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh,
isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi.
 Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum
beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi,
agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan
dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat
perpaduan.
 Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak
ada kaum yang merasakan mereka disisihkan,
dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak
mendapat keadilan yang sebenarnya.
 Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik
yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa
pentingnya perpaduan, perasaan faham memahami di
kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga
dengan seeloknya.
 Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu
kaum perlulah dielakkan
 setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan
saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa
diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.
 kesan globalisasi
 Globalisasi merubah segala budaya masyarakat
tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur
yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum
mula hancur.
 Setiap yang datang dari barat samada dalam
bidang pemikiran, politik dan budaya mula
diterima dan dikatakan baik.
 Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap
budaya dan pemikiran barat dalam segenap
aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak
lebih hanyalah suatu bentuk atau proses
penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya
yang dipandang rendah dan tidak bertamadun.
 Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan
berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik.
 Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya
akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah
sedia wujud di hati setiap kaum.
 Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat
tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan
rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut ialah;
 i kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan
melebihi kaum lain.
 ii iii orang Melayu miskin kerana malas.
 iv Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu
sahaja.

 vi kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam


perniagaan.
 vii orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu
 viii setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah
disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina.
 ix orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai
taat setia kepada negara ini.

You might also like