You are on page 1of 20

BAHAGIAN TAUHID

TAJUK:QIAMAT DAN SAM’IYYAT


PENGERTIAN

• Bahasa: bangkit, bangun, berdiri betul.

• Ilmu tauhid: bangkit setelah dihidupkan semula oleh


Allah SWT selepas mati untuk menerima balasan
daripada Allah.

• Syarak: Hari akhir atau penghabisan bagi alam ini.


Segala makhluk dan isi kandungan alam ini akan
hancur dan rosak binasa dan satu alam baru akan
diadakan.
3 proses kehidupan manusia ke kehidupan
yang kekal abadi
Proses daripada tiada kepada ada
pertama ( pertama kali hidup)

Proses daripada ada kepada tiada


kedua ( mati setelah hidup)

Proses hidup semula setelah mati


ketiga ( hidup yang kekal abadi)
Nama-nama kiamat
Nama Hari Kiamat Ertinya

1 Yaum Al-Hisab Hari


Perhitungan
2 Yaum Al-Hashri Hari
Perhimpunan
3 Yaum Al-Waqi’ah Hari Kejatuhan

4 Yaum Al-Zilzilah Hari Kegempaan

5 Yaum Al-Ba’thi Hari Pekiraan


6 Yaum Al-Nushur Hari
Kebangkitan
Semula
7 Yaum Yafirru Al-Mar y Min Hari lari
Akhihi seseorang dari
saudaranya
8 Yaum La Yanfa’u Malun wa la Hari yang tidak
Banun berguna harta
dan anak-
anaknya
9 Yaum Al-Jama’ah Hari
Pengumpulan
10 Yaum Al-Akhirat Hari
Penghabisan
CARA MEMPERCAYAI HARI KIAMAT
• Wajib mempercayainya kerana
ia juga dalam Rukun Iman.

• Firman Allah SWT:


Ertinya: “Sesungguhnya Kiamat
tetap akan tiba dengan tidak
ragu-ragu lagi”
• Jika tidak
mempercayainya akan
rosaklah keseluruhan
Iman, dan bukanlah dia
dari golongan orang-
orang yang beriman dan
berugama Islam.
MASA BERLAKU HARI KIAMAT
• Tidak dapat ditentukan dan juga diramal
bilakkah masanya.

• Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

• Tidak siapa yang mengetahui termasuklah


juga Nabi Muhammad SAW
Firman Allah:

“ sesungguhnya hanya Allah sendiri


yang memiliki ilmu pengetahuan
perihal kiamat”
TUJUAN ALLAH MERAHSIAKAN MASA
BERLAKUNYA KIAMAT
1. Supaya manusia sentiasa berwaspada dan
berhati-hati dalam menjalani kehidupan
mereka seharian daripada melakukan
perkara-perkara keji.

2. Untuk menunjukkan keagungan dan


kekuasaan atau kebesaran Allah.
3. Supaya manusia mengerjakan amal ibadat secara
berterusan dan sentuasa mengawasi kehidupan
mereka.

4. Untuk menguji manusia tentang keimanan mereka


mengenai perkara-perkara Sam’iyyat

5. Untuk menyedarkan umat manusia bahawa Allah


sahajalah Yang Maha Mengetahui tentang perkara-
perkara ghaib
TUJUAN ATAU HIKMAT BERIMAN DENGAN
HARI KIAMAT
1. Mengingatkan manusia bahawa kehidupan mereka
di dunia ini hanya sementara sahaja dan kehidupan
akhirat itulah sahaja yang kekal abadi.

2. Supaya manusia mematuhi segala suruhan Allah


dan meninggalkan apa yang dilarang.

3. Supaya manusia menyedari bahawa segala amalan


mereka samada baik atau buruk akan dibalas oleh
Allah.
4. Untuk mengalakkan manusia melakukan kebaikan
dan meninggalkan kemungkaran.

5. Untuk membuktikan kebesaran dan kekuasaan


Allah ke atas makhlukNya.

6. Untuk menguji keimanan dan keyakinan manusia


kepada Allah walaupun persoalan Kiamat ini
merupakan perkara ghaib yang tidak dapat
dibuktikan dengan nyata.
SAM’IYYAT
Perkara ghaib yang dijadikan Allah SWT
yang didengar daripada Rasulullah SAW
dan hanya diketahui melalui Al-Quran dan
Hadis dan kita terus sahaja
mempercayainya kerana akal fikiran
manusia tidak akan dapat memikirkan
hakikatnya.
PERKARA-PERKARA SAM’IYYAT:

1. Hari Kiamat
2. Syurga dan Neraka
3. Mizan (timbangan)
4. Siratul Mustaqim (titian)
5. Soal Munkar dan Nakir
6.Syafaat Nabi Muhammad SAW
7.Alam kubur
8.Padang Mahsyar
9.Kiraan Amal
10.Pahala dan Dosa.
PENUTUP
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“ Tidak berdiri Kiamat melainkan apabila berlaku huru-
hara.”

Orang bertanya:
“Apakah huru-hara itu?”

Sabda Rasulullah SAW:


“ Pembunuhan, Pembunuhan”
Sila jawab soalan-soalan berikut:-

1. Berikan pengertian Kiamat dari segi bahasa


dan juga dari segi Syarak. ( 5 markah)

2. Apakah ertinya Sam’iyyat? Dan berikan 5


contoh perkara-perkara Sam’iyyat.
(7 markah)

3. Nyatakan ketiga-tiga proses kehidupan


manusia ke kehidupan yang kekal abadi.
( 3 markah)
4. Sila berikan dalil yang menunjukkan Hari
Kiamat. ( 2 Markah)

5. Tuliskan 3 sahaja tujuan Allah merahsiakan


masa berlakunya Kiamat. (3 markah)

6. Tuliskan 3 sahaja hikmat beriman dengan


hari Kiamat. (3 markah)

You might also like