Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kuasa Pengguna Dalam Menurunkan Harga Barangan

Kuasa Pengguna Dalam Menurunkan Harga Barangan

Ratings: (0)|Views: 182 |Likes:
Published by Abdul Rahman
KUASA PENGGUNA DALAM MENURUNKAN HARGA BARANGAN
KUASA PENGGUNA DALAM MENURUNKAN HARGA BARANGAN

More info:

Published by: Abdul Rahman on Mar 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/15/2014

pdf

text

original

 
Pengguna perlu bijak guna kuasa beli untuk kawal hargabarang2011/03/01
KUALA KRAU: Kenaikan harga barang boleh dikawal tanpa bantuan kerajaan sekiranyapengguna bijak menggunakan kuasa membeli selain tidak mengikut hawa nafsu yang mendorongmereka untuk hanya memilih barangan berharga mahal.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail SabriYaakob, berkata pengguna sebenarnya memiliki kuasa yang paling kuat dalam menentukankenaikan harga bagi sesuatu barangan."Kementerian tidak ada kuasa untuk mengarahkan peniaga mahupun pemilik pasar raya bagimenurunkan harga keperluan kecuali barangan terkawal seperti beras, tepung, gula dan minyak masak."Jika pengguna saling bekerjasama dan sanggup untuk tidak membeli sesuatu barangan yangmahal, maka dengan sendirinya peniaga tidak berani untuk menaikkan harga."Tindakan ini wajar dilakukan bagi mengajar peniaga yang mengambil kesempatan menaikkanharga barang untuk mendapatkan keuntungan besar secara mudah," katanya ketika berucap padaMajlis Perasmian Program Kepenggunaan Luar Bandar diKampung Benom, di sini, semalam.Ismail Sabri berkata, program berkenaan yang dianjurkan dari semasa ke semasa denganmensasarkan penduduk luar bandar berikutan pengguna dari kawasan berkenaan paling kerapmenghadapi pelbagai karenah peniaga yang cuba menindas mereka.Beliau berkata, ramai pengguna luar bandar terutama yang menetap di pedalaman tidak tahumenggunakan kuasa membeli mereka dengan bijak."Melalui program seumpama ini kita berharap pengguna luar bandar dapat mencari pilihan laindan jika mereka sepakat memboikot premis yang mengaut keuntungan itu akan menyebabkanpeniaga terpaksa akur dengan kehendak pengguna sekali gus menurunkan harga barangan."Dalam masa sama pengguna juga perlu lebih berwaspada supaya tidak termakan pujuk rayupihak tertentu yang licik mempromosi pelbagai bentuk penipuan menerusi program peneranganpelaburan yang didakwa menguntungkan," katanya.
 
Hak Pengguna
H
ak untuk mendapatkan keperluan asas
 Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yangmemuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi danselamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
H
ak untuk mendapatkan keselamatan
 Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yangboleh membahayakan pengguna.
H
ak untuk mendapatkan maklumat
 Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuatkeputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan,pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
H
ak untuk membuat pilihan
 Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran danperkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalammembuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskandengan harga yang berpatutan.
H
ak untuk bersuara
 Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalampenggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiranpengadilan.
H
ak untuk mendapatkan ganti rugi
 Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahayaataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yangmenyeleweng atau tidak menepati perjanjian.Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepadapenggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
H
ak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
 Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini keranasistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikanpengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadipekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi penggunayang bijak.
H
ak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
 
 
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebasdaripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus ataudimusnahkan.
T
anggungjawab Pengguna
Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarangpenyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.Penglibatan dan tindakanPengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.Tanggungjawab sosialPengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakatsupaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.Bersatu paduPengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudahdigugat.Tanggungjawab terhadap alam sekitar Pengguna mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasimasa akan dating
Harga yang µMelekat¶ dan Kuasa Pengguna
Apabila harga minyak petrol meningkat, harga untuk hampir semua barang turut meningkat. Walaupun inimenyebabkan rakyat mengeluh, tetapi mereka memahami bahawa ini berlaku akibat daripada kenaikan hargaminyak ini. Namun apabila harga minyak petrol turun, ia tidak diikuti sekali dengan penurunan harga barang.Harga tersebut telah µmelekat¶ pada harga yang tinggi. Ini telah menimbulkan kemarahan para pengguna.Apabila harga minyak petrol turun dengan kadar lebih daripada 30% sejak beberapa bulan ini, Indeks HargaPengguna pada bulan Ogos dan September 2008 tidak langsung berubah.
Fenomena harga µmelekat¶
Pengguna perlu memahami fenomena harga yang `melekat¶. Ini merupakan istilah yang digunakan olehpenganalisis apabila seseorang penjual menaikkan harga barangan dan terus bertahan pada harga tersebutwalaupun faktor yang menyebabkan kenaikan harga, dalam kes ini kenaikan harga minyak ini, telah berakhir.Harga pengguna tidak berubah secepat harga barang komoditi seperti tepung gandum, getah dan minyaksawit. Ini kerana harga barang komoditi ditetapkan oleh pasaran terbuka. Oleh itu ia akan berubah denganserta-merta kerana terdapatnya maklumat yang sempurna, banyak pembeli dan penjual, serta barang tersebuttelah dipiawaikan. Harga barang pengguna pula tidak berubah dengan cepat kerana ia ditentukan sendiri olehindustri. Kebanyakan industri-industri mempunyai pelbagai alasan untuk mengekalkan harga tinggi bagibarangannya. Antaranya disebabkan oleh stok barangan tersebut dibeli semasa harga yang tinggi, pemborongmasih menjual pada harga lama dan petrol bukan elemen utama dalam menentukan harga barang tersebut.Industri akan menjual barangan mengikut harga yang bagi mereka pengguna sanggup membayar. Jikapengguna mengadu tentang harga yang tinggi tetapi masih mengujungi kedai tersebut, ini tidak membantudalam menurunkan harga barangan. Industri juga menentukan harga barangan mereka mengikut harga yangditentukan oleh pesaing mereka. Ini tidak semestinya mengikuti kos pengeluaran mereka. Jika industri

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->