You are on page 1of 5

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

PROGRAM KRK “PADI YANG DITANAM BIARLAH PADI YANG DITUAI”/PROGRAM


JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 6 SMKDPT 2006

MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG BERUSAHA ENCIK JAILANI BIN RUSNI PENGARAH PELAJARAN
JABATAN PELAJAR JOHOR

BismilahiRahmanirRahim

Yang Berusaha En. Jailani bin Rusni


Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Johor,

Yang Berusaha,
Tn. Hj. Romli bin Md Latih
Wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru

Yang Berusaha,
Pn. Hajah Kalsom bt Ibrahim
Pengetua, SMK Dato' Penggawa Timur

Yang Berusaha,
Pn. Nasriah bt Abdullah
PK 1 SMK Dato, Penggawa Timur
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Perkhemahan KRK
“Padi yang ditanam biarlah padi yang dituai”

Yang Berusaha,
Pn. Norela bt Ahmad
PK HEM SMK Dato' Penggawa Timur
Merangkap Pengerusi Jawatan kuasa Program Perkhemahan Jatidiri Pelajar-
pelajar Tingkatan 6

Guru-guru Kanan SMKDT, para urussetia program, guru-guru para peserta


program, pelajar yang dikasihi
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
SELAMAT DATANG DALAM MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PROGRAM KRK “PADI YANG DITANAM BIARLAH PADI YANG
DITUAI”/PROGRAM JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 6 SMKDPT 2006

Alhamdulillah dan bersyukor kita kehadrat Allah SWT kerana dengan Izin
dan limpah kurniaNya, pada pagi yang indah kita dapat bersama-sama
berkumpul di Menara Gading UTM bagi menjayakan majlis penutupan
rasmi program dua iaitu PROGRAM KRK “PADI YANG DITANAM
BIARLAH PADI YANG DITUAI”/PROGRAM JATI DIRI PELAJAR
TINGKATAN 6 SMKDPT 2006

Dengan keizinanNya jua akhirnya para peserta ini telah sampai ke


penghujung program setelah tiga hari berkampung di UTM dalam
program ini.

Bagi memulakan dan memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan
hormatnya mempersilakan ______________________________ untuk
memimpin pembacaan doa.

DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar Akur Janji oleh para peserta kursus
yang diketuai oleh _____________________________________________

BACAAN IKRAR

Demikianlah tadi Lafaz Ikrar Akur Janji oleh para peserta kursus. Semuga
apa yang diikrarkan akan menjadi realiti. Insyaallah. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang dikasihi putera harapan
SMKDPT yang bertindak selaku penghulu kepada para pserta program
untuk menyampaikan ucapan penghargaan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

UCAPAN PENGHULU

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi

Yang berbahagia tuan dan hadirin


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajah
Kalsom bt Ibrahim, Pengetua SMKDPT untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN ALU-ALUAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang


Berbahagia En. Jailani bin Rusni Pengarah Pelajaran Johor untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi
program dua dalam satu iaitu PROGRAM KRK “PADI
YANG DITANAM BIARLAH PADI YANG DITUAI”/PROGRAM
JATI DIRI PELAJAR TINGKATAN 6 SMKDPT 2006 Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia tuan.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

Majlis penutup rasmilah sudah


Ucapan diberi amanat terkini
Halangan, rintangan mampu diredah
Pelajar SMKDPT teguh berdiri

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan perasmian


penutup oleh Yang berbahagia tuan sebentar tadi tadi.
Hadirin, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Pengetua Ibunda Hajah Kalsom bt Ibrahim untuk mengiringi Yang
Berbahagia tuan pengarah bagi menyempurnakan dan menyampaikan
hadiah kepada para peserta yang berjaya memenangi pertandingan yang
berlangsung sepanjang program ini berlangsung.Majlis dengan hormatnya
mempersilakan tuan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia


Tuan atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati Terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung.
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih pihak majlis atas
kesudian tuan hadir bersama-sama kami majlis mempersilakan Yang
Berusaha Ibunda tercinta kami Pn. Hajah Kalsom bt Ibrahim untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Encik Jailani bin
Rusni, Pengarah Pelajaran Johor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita


pada pagi ini.

Majlis mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung. Majlis juga memohon kemaafan
jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung

Akhirnya,

Angin sepoi menyapa diri,


Duduk bertamu di Inderagiri
Tuan hadir kami hargai
bertemu kita di lain hari.
Seterusnya dipersilakan Yang Berbahagia tuan dan hadirin untuk
menikmati hidangan yang telah disediakan.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum

You might also like