You are on page 1of 44

Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

940/1 STPM 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB


NEGERI PERAK

SEJARAH
Kertas 1

Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800

Masa : Tiga Jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan
daripada Bahagian B

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

Disediakan Oleh :

En. Rasman bin Samsudin,


Ketua Panitia Sejarah (STPM) ,
SMKDARY

STPM 940/1
*Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

BAHAGIAN A

1. Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir.

2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan


sistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.

3. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus


Caesar.

4. Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke


15 Masehi.

5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun


awal.

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme


di Eropah.

7. Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan


penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.

8. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di


India.

BAHAGIAN B

9. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam


pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

10. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada
zaman Khulafa al-Rasyidin.

11. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan
dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

12. Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin
sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17
Masihi.

14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab


dalam Islam.

15. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan
tamadun Islam.

16. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

BAHAGIAN A
SOALAN 1

Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir

PENGENALAN:[3 markah]

1. Definisi organisasi sosial - lapisan masyarakat merujuk kepada organisasi sosial.


2. Latar belakang Tamadun Mesir

ISI:
PERANAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DI MESIR [7 isi X 3 markah = 21
markah]

1. Raja
 Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial masyarakat
Mesir.
 Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat
 Merupakan sumber kekuatan
 Berkuasa mutlak - bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan
ketua hakim negara.
 Segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh raja akan dilaksanakan
oleh pegawai-pegawai tinggi.
 Raja merupakan lambang ma’at (kebenaran @ keadilan)

2. Keluarga Diraja
 Putera-putera raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan akan diberi
pendidikan semasa kanak-kanak lagi.
 Seorang guru dilantik untuk mengajar mereka pelbagai mata pelajaran
 Apabila meningkat dewasa, putera raja akan diberikan latihan dalam bidang
ketenteraan
 Lazimnya, putera raja akan mengambil bahagian dalam ekspedisi
ketenteraan yang dipimpin oleh bapa mereka.
 Putera raja akan dikahwinkan sewaktu masih kanak-kanak lagi.
 Biasanya mereka dikahwinkan dengan adik kandung @ sepupu untuk
mengekalkan kesucian keturunan.

3. Golongan Bangsawan/ Pegawai Tinggi


 Raja dibantu oleh sekumpulan pegawai tinggi.
 Kebanyakan pegawai tinggi dilantik drpd kalangan anggota keluarga raja @
saudara-maranya
 Dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengan
keluarga diraja memiliki kewibawaan untuk memerintah.

4. Wazir
 Dalam bidang kehakiman, wazir membantu raja untuk mengendalikan kes-
kes di peringkat wilayah.
 Tugas-tugas wazir adalah;
 awasi kerja-kerja membina dan membaiki terusan bagi pengairan
 menjalankan banci ternakan dan sumber-sumber negara
 merekod banjir Sungai Nil
 menyediakan buruh paksa
 mengumpulkan cukai
 awasi ekspedisi diraja, bengkel-bengkel dan projek pembinaan
 memeriksa angkatan tentera
 sebagai penyambut duta-duta
 mengumpulkan ufti dari luar negara.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

5. Pendeta @ Paderi
 Firaun adalah ketua pendeta @ paderi.
 Pendeta mempunyai tugas dalam bidang keagamaan.
 Mereka juga mempunyai pengaruh dalam bidang politik khususnya dalam
soal perlantikan raja.
 Menguruskan pemilihan pengganti raja dan upacara perlantikan raja baru.

6. Anggota Tentera
 Ramai rakyat biasa terutamanya golongan petani, artisan dan kumpulan
professional sederhana telah menyertai tentera.
 Hal ini kerana jawatan dalam tentera membolehkan seseorang yang tidak
mempunyai pendidikan meningkatkan status dan taraf hidup mereka.
 Tentera juga merupakan satu kumpulan yang penting dalam struktur sosial
masyarakat Mesir.

7. Pembantu Raja
 Golongan ini terdiri daripada serf yang bekerja dalam pertanian dan seluruh
kelas buruh.
 Golongan ini terdiri daripada pekerja-pekerja lombong emas, tembaga,
pekerja-pekerja kuari dan pekerja binaan, golongan membuat barang-
barang tembikar dan pengangkut air.
 Tugas utama mereka adalah membina candi-candi diraja.
 Mereka bekerja hampir sepanjang tahun.
 Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli.
 Pekerja-pekerja juga diberikan sayur-sayuran, ikan, kayu api, ubat-ubatan
dan pakaian.
 Pada hari kebesaran, raja akan berikan barang mewah seperti garam, wain
dan bir kepada mereka.
 Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk
selesaikan masalah mereka.

8. Petani
 Merupakan golongan rakyat biasa yang hidup dlm keadaan tertindas.
 Mereka terikat kepada tuan tanah.
 Apabila tanah dijual, petani akan menjadi hak milik tuan tanah yang baru.
 Petani yg berkhidmat di tanah raja menikmati sedikit kebebasan.
 Pada musim banjir, mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalm
pembinaan candi.
 Menjelang pemerintahan kerajaan baru, para petani menikmati kebebasan
sepenuhnya.
 Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil
dan diberikan kepada tiap keluarga.
 Tanah-tanah tersebut tidak boleh dipindah milik.
 Oleh itu kedudukan mereka terjamin dan mereka bekerja di tanah sendiri.

9. Hamba
 Mereka tidak mempunyai kebebasan

KESIMPULAN [1 markah]

Struktur sosial dalam tamadun Mesir sangat kompleks dan agak tersusun menjadikan
Mesir sebuah tamadun yang hebat ketika itu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 2

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan


sistem pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.

Pengenalan:

1. Latar belakang Shih Huang Ti


 Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M .
 Beliau telah mengasaskan empayar yang luas sehingga Sungai Merah di
Vietnam.
 Berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan
pusat.

2. Sistem pemerintahan beraja China


 Ketua kerajaan pusat ialah maharaja atau Huang Ti.
 Gelaran Huang Ti digunakan oleh maharaja pertama Dinasti Chin.
 Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap
sebagai The Great King dan The King of Kings.
 Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua
kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.

3. Latar belakang empayar Chin.

Isi : [ 7 isi X 3 markah = 21 markah ]


Langkah-langkah pengukuhan sistem pemerintahan beraja oleh Shih Huang Ti:

1. Menjalankan sistem pemerintahan berpusat


 Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.
 Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah
terus dari ibu kota.
 Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik

2. Menghapuskan sistem feudal


 Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh
golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat
wilayah dan daerah.
 Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka
tinggal di sekitar kawasan istananya.
 Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien
Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin.

3. Memperkenalkan ‘scholar system’


 Melalui sistem ini, kerajaan melalui bidang pendidikan akan melatih
sekumpulan kakitangan awam untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai
yang berkhidmat dengannya yang akan mempunyai kelulusan pendidikan
yang tinggi.
 Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan
berkhidmat kepada maharaja.
 Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan yang dilantik secara
warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam
peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat.
 Dengan demikian, pegawai kerajaan dan kakitangan awam yang dilantik
akan dapat dipastikan mempunyai kelayakan yang sewajarnya.
 Ini sekali gus dapat mengukuhkan kuasa maharaja dan empayarnya
mempunyai birokrasi yang cekap.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

4. Mewujudkan tiga pentadbiran utama


 Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor,
Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.
 Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.
 Masing-masing mempunyai tugas khas. Contoh : Canselor mengawal
keputusan dasar-dasar kerajaan dan lebih tinggi daripada jawatan lain.
Setiausaha Imperial bertanggungjawab dalam membuat arahan , merekrut,
dan menyelia ahli-ahli perkhidmatan raja. Grand Commandant mengawal
tentera-tentera raja.
 Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka
hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu
menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan
kuasa maharaja.

5. Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah @ provinsi


 Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah)
 Menghapuskan kuasa golongan bangsawan untuk memerintah wilayah.
 Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang
banyak berjasa kepadanya bagi menggantikan golongan bangsawan sistem
feudal.
 Pemerintahan wilayah ini dikawal terus oleh pusat pemerintahan maharaja.
 Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah daripada membentuk kerajaan dan
akhirnya mencabar dan mengalahkan kerajaan pusat sebagaimana yang
sering berlaku dalam sistem feudal.

(Dalam sistem feudal pemerintah bangsawan di wilayah mempunyai kuasa


yang besar untuk memerintah. Mereka boleh membuat keputusan sendiri dan
boleh membentuk angkatan tentera sendiri. Sering terjadi apabila pusat
(maharaja) lemah, maharaja akan terpaksa meminta pertolongan pemerintah
bangsawan ini. Dalam keadaan tertentu maharaja sendiri akan diserang dan
dikalahkan oleh golongan bangsawan ini).

6. Melantik pemerhati/perisik di wilayah


 Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati/perisik dilantik bagi
mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.
 Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di
kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua
wilayah dalam empayarnya.
 Dengan demikian, musuh-musuh kerajaan dapat dihapuskan.

7. Dasar pengawalan ke atas rakyat dengan undang-undang


 Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang ketat dan kejam.
 Mengamalkan sistem undang-undang yang ketat berasaskan fahaman
legalisme yang bertujuan mengawal tingkah laku rakyat melalui undang-
undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah
dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.
 Sarjana-sarjana berfahaman Confucius yang ingkar dihukum bunuh.
 Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak,
anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut
kepada kerajaan.
 Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang
mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam
kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.
 Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di
seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan
pemerintahannya.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

8. Memperkukuhkan sistem pertahanan daripada serangan luar


 Pemerintah China mempertahankan negara daripada serangan orang gasar
khususnya daripada puak nomad Hsiung Nu dengan membina Tembok
Besar Negeri China.
 Shih Huang Ti telah menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China
yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.
 Di samping itu, Shih Huang Ti memperbesar dan memperkuat pasukan
tentera.

Kesimpulan:
1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak
tetapi gagal.
3. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang
Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal
seluruh empayar yang luas.

Perhatian : Markah maksimum Pendahuluan + Kesimpulan adalah


sebanyak 4 markah sama ada 3 +1 @ 2+2 @ sebaliknya.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 3

Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus


Caesar.

A. Pendahuluan [ 3 markah]

1. Tamadun Rom yang muncul selepas kejatuhan Yunani berjaya membentuk


empayar yang luas kerana mempunyai pasukan tentera yang kuat.
2. Organisasi ketenteraan Rom jelas ketara dalam aspek matlamat ketenteraan,
dasar ketenteraan, taktik peperangan, organisasi tentera, penyusunan tentera
dan peralatan perang.
3. Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom
sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa
sahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan
disempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari
ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas
apabila Rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan
laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom
juga menggunakan kapal laut.
4. Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti,
pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar
serta lumba kuda. Gimnasium dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan
tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa.

B. Isi: Sistem ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Klasik


[5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Matlamat Ketenteraan
 Pada zaman empayar, peperangan bertujuan meluaskan kekuasaan politik
ke benua Asia, Afrika dan Eropah.
 Bertujuan untuk menguasai kegiatan ekonomi.Rom berjaya menguasai
kegiatan perdagangan setelah menawan wilayah-wilayah di sekitar laut
Mediterranean.

2. Dasar Ketenteraan
 Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak dihargai.
 Peperangan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kematian manusia.

3. Taktik Peperangan
 Taktik yang digunakan oleh tentera Rom adalah melakukan kekejaman
terhadap musuh untuk meninggalkan kesan psikologi atau menimbulkan
perasaan takut atau bimbang dalam kalangan musuh.
 Mereka juga mendirikan kem-kem tentera bagi menghadapi tentera musuh.

4. Organisasi Ketenteraan
 Organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur dalam tamadun Rom,
tentera disusun berdasarkan sistem sub seksyen maniples.
 Tentera dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya dapat
bergerak bebas di medan peperangan.
 Tentera dalam kumpulan maniples dikenali sebagai Legion yang terdiri
daripada 4000 hingga 6000 askar.
 Legion diketuai oleh Legatus dan dibantu oleh pegawai yang dikenali sebagai
Tribuni.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Askar terdiri daripada tentera infantri yang dibayar gaji tinggi serta dilengkapi
senjata seperti lembing.

5. Penyusunan Tentera
 Sistem Phalanx telah diperbaiki dengan meningkatkan bilangan askar
kepada 16 orang sebaris.
 Pada zaman Augustus, Praetorian Guard diwujudkan untuk menghadapi
serangan orang Gasar di kawasan sempadan.

6. Peralatan Peperangan
Peralatan yang digunakan ialah lembing, pedang, perisai, tombak dan kuda.

C. Kesimpulan [ 2 markah]

1. Tamadun Rom mempunyai sistem ketenteraan yang tersusun.

2. Organisasi ketenteraan yang mantap membantu orang Rom membina empayar yang
kuat.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 4

Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke-
15.

A. PENGENALAN ( 3 markah )

1. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Tradisional berasaskan kepada aktiviti


berasaskan aktiviti pertanian yang berasaskan pertanian sara diri terdiri daripada
aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu
binatang dan mengumpulkan hasil hutan.
2. Masyarakat juga terlibat dalam kegiatan perlombongan dan mengumpulkan hasil
hutan yang dijadikan sebagai barang pertukaran untuk mendapatkan barang-
barang keperluan.
3. Menjelang abad pertama Masihi, berlaku perkembangan pesat dalam
perdagangan dan muncul politi-politi perdagangan.

B. ISI-ISI ( 7 isi x 3 m = 21 markah )


Aktiviti-aktiviti ekonomi di Alam Melayu.

1. Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian


 Kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung pada aktiviti
pertanian untuk tujuan sara diri, iaitu menghasilkan pelbagai bahan makanan
untuk kegunaan sendiri.
 Kegiatan pertanian terdiri daipada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang,
menangkap ikan, memburu dan mengumpulkan hasil hutan.
 Penanaman utama ialah tanaman padi kerana merupakan makanan penting di
Nusantara. Tanaman lain ialah ubi keladi,sagu dan ubi kayu .

2. Kegiatan mengumpul hasil hutan.


 Tanah Melayu kaya dengan hasil-hasil hutan seperti kayu wangi, kayu gaharu,
kapur barus dan, rotan.
 Hasil hutan dibawa ke pusat pengumpulan seperti Kuala Selinsing dan diedarkan
ke pelabuhan-pelabuhan kecil.

3. Kegiatan mengumpul hasil laut.


 Kepulauan Melayu kaya dengan hasil laut seperti siput, kerang, dan tiram
mutiara.
 Hasil laut seperti kura-kura, siput kowri, akar bahar, dan tripang mendapat
pasaran yang luas di China.
 Kulit siput kowri digunakan sebagai mata wang manakala akar bahar dan tripang
digunakan sebagai perencah sup dan untuk tujuan perubatan.
 Aktiviti mengumpul hasil laut turut melibatkan orang laut yang mempunyai
kemahiran menyelam dan berenang untuk memungut kerang, tiram dan bunga
karang.

4. Kegiatan perlombongan.
 Merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Kepulauan Melayu.
 Hasil galian seperti besi dan emas terdapat di kawasan seperti Delta Sungai
Sarawak.
 Semenanjung Tanah Melayu pula kaya dengan besi, emas dan bijih timah.
 Kegiatan perlombongan dimonopoli oleh pembesar Melayu.

5. Aktiviti Perdagangan.
 Kedudukan geografi Kepulauan Melayu yang terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara India dan China menyebabkan aktiviti perdagangan
berkembangan pesat.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Perkembangan perdagangan menyebabkan muncul beberapa politi


perdagangan di Alam Melayu. Contohnya, Tun Sun, Chih Tu, Tan Ma Ling,
Tiyumah, Lang-ya-hsui, dan Kalah.
 Sumber bertulis China mengandungi maklumat tentang barang-barang yang
didagang di pelabuhan-pelabuhan tersebut.
 Barang yang didagangkan :
i. Lang-ya-hsui - gading gajah, tanduk badak, sumbu, gaharu, kapur barus.
ii. Tan-ma-ling - madu labah, kapur barus, gading gajah, kayu gaharu.
iii. Kalah – kayu alges, kayu cendana, gading gajah dan ebony.

6. Kegiatan sebagai pusat pengumpulan.


 Pusat pengumpulan muncul pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi di Semenanjung
Tanah Melayu. Pusat pengumpulan berkembang kerana kedudukan yang
strategik di tengah- tengah laluan perdagangan antarabangsa.
 Terletak di tepi pantai dan sungai-sungai di kawasan pedalaman. Turut menjadi
pusat persinggahan dan pusat menjual barang-barang tempatan.
 Contohnya: Sungai Lang, Klang, Batu Buruk ( bijih timah dan emas ), Pulau
Tioman ( kayu gaharu, kapur barus, sarang burung dan kelapa.

7. Kegiatan sebagai pusat pembekalan.


 Merupakan pusat-pusat yang mengeluarkan dan membekalkan barangan
tempatan kepada pusat-pusat pengumpulan.
 Terletak di kawasan pantai atau kawasan sungai di pedalaman.
 Contoh : Lembah Langat di Jenderam Hilir merupakan pusat pembekal bagi
mengumpulkan bijih timah dari kawasan pedalaman.

8. Kegiatan sebagai pelabuhan entrepot


 Merupakan pusat perdagangan yang muncul selepas abad pertama Masihi.
 Terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timur-barat dan mempunyai
kemudahan pelabuhan yang lengkap seperti gudang, rumah penginapan,
bekalan air minuman , tempat membaiki kapal dan lain-lain.
 Tempat mengumpulkan pelbagai barang dagangan dari Arab, India, Sri Langka,
dan China .
 Seterusnya barangan akan diniagakan dan dihantar oleh pedagang melalui
pelabuhan entrepot ke tempat yang memerlukan barangan tersebut.

C. KESIMPULAN ( 1 markah )
 Selepas abad pertama Masihi, aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat.
Kepesatan perdagangan ini nanti membawa kepada kemunculan empayar.
 Kekuatan dalam bidang ekonomi telah melahirkan empayar yang kuat di Alam
Melayu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 5

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun


awal.

PENGENALAN [ 3 markah]

1. Latar belakang tamadun awal: lokasi dan masa (Mesopotamia, Mesir, China, India,
Rom dan Yunani)

2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha membentuk
keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai kesempurnaan jasmani
dan rohani. Pendidikan berkembang kerana pertambahan penduduk.

3. Pusat-pusat pendidikan meliputi tempat ibadat, istana,rumah guru,sekolah,kolej dan


universiti. Organisasi dan pelaksanaan pendidikan adalah berbeza mengikut
tamadun China,Mesir,India, China danYunani.

4. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi menjadi matlamat utama pendidikan tamadun
awal seperti aspek birokrasi, pentabiran, ketenteraaan, kemanusiaan, agama dan
keintelektualan.

ISI : Matlamat pendidikan dalam tamadun awal [ 5 isi X 4 markah = 20 markah]

1. Membentuk Birokrasi

a. China- melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan


dan mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan
dalam pendidikan di China yang bertujuan menjalin hubungan persaudaraan
dan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China.
b. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran
Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuan
melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggunggjawab.

2. Faktor Ketenteraan

a. Sparta – untuk melahirkan warganegara yang sedia berkorban untuk Negara


kota.Mereka dilatih menjadi tentera dengan latihan yang ketat.
b. Pada keseluruhannya, pendidikan di Sparta berkisar kepada ketenteraan
kerana golongan Peer yang minoriti sentiasa menghadapi serangan daripada
golongan Helot.

3. Faktor Kemanusiaan

c. Athens – melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan
intelektual. Masyarakat yang cemerlang dapat menyumbang kepada diri dan
negara. Pelajar diajar menunggang kuda, bermain panah dan berenang untuk
jasmani.
d. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar untuk berpidato,
menghafal retorik (hasil sastera), membaca, menulis supaya bijak
berbicara.Mereka juga diajar muzik untuk keseimbangan emosi.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

4. Faktor Keintelektualan

a. China, Rom, Athens sangat menghormati golongan intelektual.


b. Yunani – menekankan falsafah. Mereka mengganggap manusia sebagai
haiwan yg rasional dan manusia dibahagikan kepada tubuh dan minda. Jadi,
pendidikan adalah penting utk mengimbangi kedua-dua perkara tadi. Dasar
dan matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut negara kotaYunani.
c. Di Athens, kemudahan pendidikan dikendalikan oleh golongan Sophis.
Matlamatnya ialah melahirkan warganegara yang boleh memberi mewujudkan
hubungan yang lebih erat antara warganegara

5. Melahirkan golongan profesionalisme

a. Rom – menekankan aplikasi ilmu yang praktikal melahirkan jurutera yang


dapat membina sistem pengairan,bangunan dan jalan. Oleh itu Rom terkenal
dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya
memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
b. Mesopotamia-melatih jurutulis (scribes) yang bertujuan menjalankan
pentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang-ladang yang dimiliki oleh
rumah berhala dan istana. Dari segi pentadbiran dan ketenteraan, jurutulis
dikehendaki menghasilkan surat perjanjian, urusan surat menyurat,mengikuti
rombongan ketenteraan dan menyenaraikan banduan serta harta rampasan
perang.
c. Mesir – melahirkan golongan professional yang bekerja sebagai
setiausaha/kerani dalam ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan.

6. Faktor Keagamaan

a. Mesopotamia dan Mesir – melahirkan golongan pendeta/paderi. India -


melahirkan golongan sami dan pemimpin agama. Penekanan pendidikan di
India juga adalah untuk menyediakan manusia ke arah menghadapi kehidupan
selepas mati. Kedatangan orang Aryan ke India telah membawa kepada
kemunculan sistem kasta dan kelas.
b. Jadi matlamat pendidikan juga turut berubah iaitu memelihara dan
memperkukuhkan sistem kasta. Akibatnya, pendidikan yang diberikan adalah
berbeza-beza mengikut kasta supaya dapat mendalami pengetahuan tentang
profesion kasta mereka.

7. Faktor Semangat Patriotisme

a. Rom-melahirkan rakyat yang setia kepada negara. Empayar Yunani, Rom, India dan
China adalah hasil daripada pendidikan yang berjaya menanam semangat
patriotisme di kalangan rakyat dan tenteranya.

C. Penutup [ 2 markah]

1. Terdapat banyak matlamat pendidikan tamadun awal seperti untuk tujuan


agama, jurutulis, kemanusiaan, patriotisme, untuk diri sendiri, kesejahteraan
masyarakat dan keagungan Negara.
2. Golongan jurutulis yang terhasil dari sistem pendidikan membantu pemerintah
menyimpan rekod pentadbiran, perdagangan, keagamaan serta harta kuil atau
rumah berhala di samping menyimpan rekod tentang kekayaan di ladang-ladang
yang dimiliki oleh rumah berhala atau istana.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 6

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di


Eropah.

PENDAHULUAN (3 markah)

1. Maksud sekularisme:

Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari
segala urusan kehidupan manusia.

2. Tujuan pemikiran sekularisme:

Bertujuan untuk menjadi lebih terbuka dalam persekitaran ke arah perubahan


pemikiran pada zaman Renaisans.

3. Antara tokoh sekularisme di Eropah ialah:-


- John Locke
- Niccolo Machiavelli
- Francis Bacon

ISI (5 isi X 4 markah)

1. Perkembangan zaman Renaisans

Kemunculan gerakan Renaisans pada abad ke-15 dengan gagasan humanisme,


individulisme dan rasionalisme telah menyebabkan berlaku perubahan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini yang memfokuskan pemisahan aspek
keduniaan dan kebendaan daripada fahaman agama telah mempengaruhi
perkembangan sekularisme di Eropah.

2. Fahaman humanisme, individualisme dan realisme

Sekularisme juga dipengaruhi oleh fahaman humanisme, individualisme dan


realisme. Fahaman ini memberi tumpuan kepada kepentingan peranan akal fikiran, budi
pekerti, dan keintelektualan dalam mengatasi perkara yang berkaitan dengan
keduniaan. Kehendak manusia perlu diutamakan. Manusia mempunyai keupayaan
untuk menentukan kehidupan masa depan dan tidak boleh menerima sahaja nasib
malang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Pemikir liberal seperti
John Locke, Rousseau dan Thomas More menekankan supaya sikap, moral, kaedah
pendidikan, kerajaan dan agama harus dianalisis secara rasional.

3. Kemunculan idea dan pemikiran baru dalam agama Kristian

Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentang
ajaran Kristian. Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, John
Calvin dan Giordano Bruno. Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasa
gereja terutama berkaitan dengan peranan manusia. Ajaran Protestan mengetepikan
Canon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaan
yang menjadi asas kepada sekularisme.

4. Sistem Pendidikan

Perubahan sistem pendidikan di Eropah pada zaman Renaisans telah


mempengaruhi perkembangan sekularisme. Pada abad ke-14 dan 15, bandar-bandar
utama seperti Padua, Venice, Rom dan Naples telah memperkenal ilmu baru yang
bersifat humanisme seperti:
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

- guru terdiri daripada orang biasa dan bukan klegi


- orientasi kepada ilmu praktis dengan penumpuan kepada ilmu sains
- kurikulum sekolah dan universiti bebas daripada gereja
- pendidikan terbuka kepada semua rakyat

5. Perkembangan sistem ekonomi baru

Perkembangan sekularisme juga didorong oleh perubahan sistem ekonomi di


Eropah daripada ekonomi feudal kepada sistem ekonomi bebas yang mementingkan
kekayaan. Gerakan reformasi juga dapat mengurangkan kekuasaan gereja dalan
bidang ekonomi. Fahaman Calvinisme telah berjaya mengetepikan Common Law
dengan membenarkan riba dan mengumpulkan kekayaan. Fahaman ini memberi
peluang kepada golongan kapitalis mengemukakan teknik kewangan baru yang bebas
daripada kawalan gereja dan peraturan lama.

6. Kemunculan falsafah politik baru

Pada zaman kemuncak pertengahan, muncul beberapa tokoh falsafah politik


baru (1050 -1250 M) seperti Marsilo Padua, Nicholo Machiavelli dan John Locke.
Marsilo Padua dalam bukunya Defensor Pacis menekankan hak menggubal undang-
undang dan memerintah diberi kepada pihak kerajaan pusat. Pihak gereja tidak harus
melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran Negara. Ini menjadi asas kepada
kemunculan sekularisme. Nicholo Machiavelli memberi idea kepada penubuhan negara
bangsa apabila raja dapat mengatasi golongan bangsawan feudal, mengekalkan kuasa
dan menguasai kekayaan (sekularisme).

KESIMPULAN (2 markah)

1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada
kehidupan selepas mati.

2. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementing aspek kebendaan
dan kekayaan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 7

Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan


penerokaan orang Portugis pada abad ke 15 Masehi.

PENGENALAN:

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

ISI : 7 isi x 3 Markah = 21 Markah

A . Faktor ekonomi memang salah satu faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang
mempengaruhi.

1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

 Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan.


 Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan
persaingan dalam perniagaan
 Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar
ekonomi merkantilisme.
 Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah
kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

2. Memerlukan Barangan dari Timur

 Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal .


 Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan Timur
dan dapat keuntungan yang besar
 Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di
timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan
peranan sebagai pengkalan perdagangan utama.
 Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan
tetap .
 Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan
barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli
saudagar Islam

B. Faktor-faktor lain

3. Faktor Geografi

 Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan .


 Kedudukan yang terdedah kepada Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut
untuk melakukan pelayaran dan penerokaan .
 Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur.

4. Faktor Politik - Keadaan politik yang Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal

 Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan


perkapalan .
 Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama
mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

5. Faktor Pemerintah - Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

 Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib .


 Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang
berminat untuk sertai ekspedisi pelayaran .
 Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki
kepulauan Madeira .
 Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan
hamba yang menguntungkan .
 Menjelang 1460 M, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan
dari Madeira ke Cape Verda.

6. Faktor agama - Galakan Paus

 Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan
penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.
 Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar
Eropah

7. Faktor Teknologi - Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

 Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut


 Penemuan-penemuan baru seperti :
o carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean
o kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran
o astrolab untuk tentukan longtitud
o reka bentuk kapal
 Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk
belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Faktor Luaran – Cerita-cerita Mengenai Dunia Luar

 Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric


Perdanone dan Lidicivo Verthema .
 Catatan daripada tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk
meneroka kawasan baru .
 Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN:

1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan
perdagangan di Timur pada abad ke-16 M..

2. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh Portugis melalui perdagangan dengan


Timur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan
Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur untuk meluaskan tanah jajahaan di
Timur.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 8

Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di


India.

PENDAHULUAN: (3 markah)

1. Maksud Kesenian
 indah, halus, lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan
menerangkan sesuatu.
 Dalam bahasa Inggeris disebut art yang berasal daripada bahasa Yunani yang
membawa makna kecekapan dan kebolehan.
 Kesenian juga berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran,
cara atau kaedah.
 Kesenian meliputi satu bidang yang luas antaranya ialah kesusasteraan, muzik,
seni ukir, seni lukis dan seni bina.

2. Tamadun India
 terbentuk di kawasan Sungai Indus dan merupakan salah satu tamadun terawal
di dunia.
 Perkembangan pesat perdagangan, perbandaran dan faktor-faktor lain yang
telah memajukan tamadun ini dalam pelbagai bidang termasuk kesenian.

ISI:
Pengaruh Agama Dan Kepercayaan Ke Atas Perkembangan Kesenian Tamadun
India (4 Isi X 5 Markah)

1. Seni Ukir
 Seperti tamadun lain, seni ukir India adalah bermotifkan agama, mitologi dan
mewakili falsafah politik zaman-zaman tertentu.
 Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua dan
kuil
 Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti gangsa
dan tembaga
 Patung-patung terracotta yang pelbagai bentuk termasuk patung-patung lelaki
dan perempuan digunakan sebagai objek pemujaan
 Seni ukir juga merupakan satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam
upacara keagamaan
 Ianya digunakan sebagai tempat pemujaan dan tempat mengadakan
perayaan keagamaan. Contohnya kuil di Ellora yang dibina daripada batu-
batu besar.
 Perkembangan awal kesenian bercorak keagamaan di India adalah hasil
daripada penyebaran agama Buddha. Asoka adalah pemerintah Maurya yang
beragama Buddha teragung dan merupakan penaung dalam bidang kesenian.
Contoh yang dapat dilihat ialah Tugu Edik Asoka, tiang junjung dan patung-
patung di Sarnath – kekal hingga sekarang.

2. Kesusasteraan
 Kesusasteraan Vedik adalah kesusasteraan yang tertua dan dianggap suci,
Veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan merupakan asas
budaya agama Hindu.
 Kesesasteraan Vedik dibahagikan kepada empat iaitu Samhita, Brahmana,
Aranyaka dan Upanishad.
 Samhita adalah koleksi mazmur, mantera dan doa bagi menjalankan upacara
korban.
 Brahmana merupakan himpunan prosa mengenai panduan menjalankan
upacara-upacara pemujaan
 Ranyaka dan Upanishad merupakan tafsiran falsafah mengenai tuhan,
manusia dan dunia.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan penting


 Hasil sastera India dapat dilihat seperti syair, nyanyian dan bentuk cerita
 Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu Kesusasteraan Sanskrit dan kesusasteraan
Tamil
 Kesusasteraan sanskrit terbahagi kepada sastera vedik , epik dan sekular
 Kesusasteraan Tamil terbahagi kesusasteraan sangam , epik , etika dan
bhakti
 Semua hasil sastera membincangkan agama Hindu , Buddha dan Jainisme
 Sastera adalah lambang kemegahan masyarakat Hindu seluruh dunia
 Karya buku veda dan epik seperti Ramayana dan Mahabharata menjadi
ikutan hingga kini

3. Seni Bina

 Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim.
Agama-agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddha
dan Islam.
 Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang
 Rumah-rumah kediaman dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi dan bekalan
air.
 Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yang
lurus, longkang dan terusan
 Tempat mandi awam “The Great Bath“ menunjukkan kemahiran tinggi dalam
seni bina. The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang , 7 meter lebar
dan 2.4 dalam - kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di
sekelilingnya.
 Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah
 Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora.
 Kuil Mahapallipuram kuil termasyhur di India
 Seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 sm. Sami-sami Buddha
mengasaskan Vihara yakni komuniti keagamaan untuk menyebarkan
pengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata.
 Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi dan
penyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi, image hauses dan
chapter houses.
 Lambang kemegahan terdiri daripada Golongan pemerintah (raja dan
bangsawan dan yang diperintah (rakyat). Sebagai contoh pembinaan Stupa
iaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan
para alim pada zaman vedik. Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahan
peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontonan.Contoh
stupa yang terkenal di Sanchi, Barhut, Sarnath dan Amarawati.
 Kuil-kuil Jaina pada Zaman Jainisme didirikan dengan memotong batu-batu di
lereng bukit. Kuil yang terkenal ialah Kailasanatha di Ellora. Orang Jaina
membina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri beratus-ratus rumah
berhala kecil.
 Keunikan seni bina Hindu pula dilihat pada pembinaan kuil. Antara kuil Hindu
yang melambangkan keunikan seni bina Hindu ialah Kuil Rajarana dan
Lingaraja di Bhubaneshwar, Kuil Sasbahu di Gwalior, Kuil Kandariya dan
Mahadewa di Khajuraho dan Kuil Suria di Konarak.

4. Seni Lukis

 Berkembang sejak zaman lampau khususnya pada dinding, rumah, istana,


kuil dan candi-candi.
 Dihasilkan oleh golongan kelas menengah dan pelukis-pelukis profesional
 Lukisan yang tertua ditemui di Gua Jogimara di pergunungan Ramgarh
bertarikh abad pertama atau kedua SM.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta yang mengisahkan tentang


peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Buddha.
 Bidang seni lukis juga berkembang semasa pemerintahan Moghul di India

5. Seni Muzik

 Terbahagi kepada tradisi muzik utara dan selatan India


 Menjelang zaman vedik lagu-lagu suci kitab veda dinyanyikan dalam upacara-
upacara pengorbanan. Semasa menyanyikan lagu ini penekanan diberikan
kepada sebutan dan intonasi. Lagu-lagu Rig veda dinyanyikan dalam tiga nada
yang berbeza iaitu udatta, anudatta dan svarita.
 Sejak zaman awal lagi, muzik Hindu berkaitan dengan kepercayaan
keagamaan, upacara-upacara rutual dan persembahan Istana. Dengan
demikian, muzik India bercorak keagamaan dan sekular. Muzik bercorak
keagamaan ialah dikenali sebagai Marga dan muzik sekular dikenali sebagai
Desi.
 Epik-epik agung seperti Ramayana, Mahabharata dan Badgavadgita
dipengaruhi unsur muzik

KESIMPULAN: (2 markah)

1. Pencapaian senibina tamadun awal telah memperlihatkan kehebatan pencapaian


sesuatu tamadun dan sebagai lambang kemegahan sesuatu bangsa dan negara.

2. Walau bagaimanapun kemajuan senibina tamadun awal telah mengalami banyak


kemerosotan dan runtuh tetapi ada lagi yang masih kekal sehingga hari ini.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

BAHAGIAN B

SOALAN 9

Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam


pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

PENDAHULUAN: ( 3 Markah )

1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2
golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong
perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan
mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.

2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali


sebagai orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam.
Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di
Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada
perkataan hijrah.

3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan
Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah
di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan
Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan
mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin
berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.

ISI:
Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )

1. Peranan Golongan Muhajirin

Peranan di Makkah :

a. Menerima dan mempertahankan agama Islam


 Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama
menerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru
disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang
mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama
berjuang dengan Nabi Muhammad.

 Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin
Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam
bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal
ketika dakwah dilakukan secara sulit.

 Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan


dakwah secara terbuka. Ramai yang datang menemui Nabi untuk memeluk
Islam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk
juga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy.

b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan


 Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang
sangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau
pun mental.
 Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, penyiksaan dan
pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar bin Yassir


yang mati dibunuh dan penyiksaan yang sangat teruk ke atas Bilal bin Rabah
di mana badannya dicucuh dengan besi panas dan dadanya ditindih dengan
batu besar.

c. Sanggup berkorban nyawa dan harta


 Golongan Muhajirin yang kaya banyak menyumbangkan harta benda dalam
membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya Abu Bakar, Umar
dan Uthman. Antara yang mereka lakukan ialah membeli hamba-hamba
yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan.
Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari
tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.

 Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula dengan rela hati membenarkan rumahnya
digunakan sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi
Muhammad. Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi
membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan
cara yang lebih berkesan.

 Mereka juga sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad


daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah.
Contohnya : Saidina Ali telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad pada
malam peristiwa hijrah di mana Saidina Ali tahu risiko beliau akan dibunuh.
Sementara Saidina Abu Bakar pula adalah sahabat setia yang sentiasa
menemani Nabi Muhammad dan sanggup bersusah payah sewaktu peristiwa
Hijrah .

d. Menjalankan usaha dakwah


 Sahabat-sahabat Nabi golongan Muhajirin turut membantu mengembangkan
Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkiah.

 Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk


Makkah yang lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan
Islam, Saidina Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf,
Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu
Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam.

 Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin
yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan.
Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha
dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.

e. Berhijrah ke Madinah
 Golongan Muhajirin sanggup berhijrah ke Makkah dan meninggalkan segala
kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut arahan Nabi berhijrah ke
Madinah. Ini ternyata merupakan satu pengorbanan yang amat besar ke atas
nilai keimanan umat Islam di Makkah.

 Mereka sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda, kaum


keluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya :
Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian
diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.

 Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin)
berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam


 Golongan Muhajirin merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda
memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan
pemerintahan. Contohnya: Selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad
mengutus sahabat bernama Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan
pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam.
Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar .
 Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah
Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang dari
golongan Ansar dapat menjalankan kegiatan dakwah dengan bebas dan
berjaya mendaulatkan kerajaan Islam di Kota Madinah. Umat Islam berjaya
mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan
amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka
berada di Kota Makkah.

b. Mengukuhkan ketenteraan Islam


 Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian
besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak
kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh.
 Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali
b Abi Talib dan lain-lain.

2. Peranan Golongan Ansar

Peranan di Makkah

a. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w


 Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar iaitu suku Aus
dan Khazraj menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam keadaan di
mana majoriti orang-orang Quraisy Makkah menentangnya dengan hebat.

 Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi


meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju
Madinah.

 Mereka mengiktiraf dan bersetuju melantik Nabi Muhammad menjadi


pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan
2 berjaya merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

 Golongan Ansar menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan


baginda bersama para sahabat Muhajirin telah disambut dengan begitu
meriah.

Peranan di Madinah

a. Membantu menyebarkan agama Islam


 Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan
Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1
dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.

 Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk


membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama
Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab
menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan
kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam
cepat tersebar.

b. Membantu golongan Muhajirin


 Golongan Ansar sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang
datang dari Makkah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang dengan
hati yang sangat terbuka.

 Golongan Ansar telah dipersaudarakan atas dasar iman dan Islam dengan
golongan Muhajirin. Hasilnya telah mewujudkan ikatan yang sangat kuat
melebihi hubungan persaudaraan ikatan darah keturunan.

 Mereka menyumbangkan pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti


menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga
malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin.

c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran


 Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan
buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti
dalam pentadbiran dan semasa menghadapi peperangan .

 Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka


sebagai tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam
perang Badar, Uhud dan Khandak.

KESIMPULAN:( 1 Markah )

1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri


dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.

2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang


mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan
Madinah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 10

Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman
Khulafa al-Rasyidin.

PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Latar belakang pemerintahan khulafa al-Rasyidin


2. Konsep dan ciri-ciri kepimpinan Khalifah.
3. Syura dan baiah memainkan peranan penting dalam pemilihan khalifah.

ISI: Konsep Syura Dalam Proses Pelantikan Khalifah Pada Zaman Khulafa
Al-Rasyidin ( 4 x 5markah =20 markah )

1. Pemilihan Khalifah pertama secara baiah atau sumpah setia merupakan


perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di
Balai Bani Saadah, perbincangan berhemah serta penerimaan masyarakat Madinah
yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai
demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. Malah perlantikan baginda
turut dibaiah oleh masyarakat Madinah.

2. Pemilihan secara wasiat dilakukan sebelum kewafatan Khalifah Abu Bakar. Ia


hanya merupakan cadangan atas pertimbangan Khalifah Abu Bakar. Dalam
pemilihan khalifah kedua ini kriteria pemilihan khalifah diutamakan berdasarkan
ketokohan, kebolehan, berhikmah, bijaksana, taqwa dan ciri-ciri lain yang terdapat
dalam al-Quran. Walaupun ini adalah wasiat, tetapi perlantikan Umar al-Khattab
tetap melalui dan mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian
rakyat secara sukarela telah memberi baiah atau taat setia kepadanya. Pemilihan
dan perlantikan ini bukan berasaskan keturunan atau warisan tetapi tetap dalam
kategori syura.

3. Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Jawatan Kuasa Perlantikan Khalifah.


Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Majlis Perlantikan Khalifah sebelum
beliau wafat bertujuan mencari pengganti khalifah ketiga. Majlis ini dianggotai oleh
Abdul Rahman b Auf sebagai ketua dan ahli majlis yang lain. Jawatan kuasa ini
telah menemu ramah setiap calon dan mendapatkan pandangan masyarakat
Madinah sebelum membuat sebarang pemilihan dan perlantikan. Cara perlantikan ini
menunjukkan demokrasi dipraktikan dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.

4. Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam : nilai demokrasi apatah lagi
tiada pemilihan. Justeru itu perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a.dianggap tidak
demokratik malah penduduk Syam dan suku Bani Umayyah memang menentang
perlantikan ini. Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar
kerana negara tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa
dalam mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Justeru itu pemilihan dan
perlantikan Khalifah Ali memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaan
darurat tersebut. Malah baginda juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah
dan Kufah.

Kesimpulan ( 2 markah )
1. Perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara.
2. Namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap
perlantikan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 11

Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan


dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pendahuluan (3 markah)

1. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi


 Ghazwah – peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat
sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepada
pertempuran.
 Sariyyah – peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah iaitu sebanyak 47
sariyyah.

2. Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada


kepimpinan tentera Islam.

3. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan


yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi
peperangan.

4. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w

 Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati


di kalangan kabilah Arab. Memiliki sifat-sifat terpuji dan menjadi contoh
kepada seluruh umat di dunia. Baginda dikagumi oleh kawan dan lawan.
Nabi Muhammad s.a.w berperanan sebagai Rasulullah s.a.w dan juga
sebagai ketua Negara sebagaimana termaktub di dalam Piagam Madinah.
Rasulullah adalah juga merupakan seorang negarawan ulung melalui
kepimpinan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang sangat berjaya.

Isi (7 isi X 3 markah)

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan

1. Menjadi contoh kepimpinan yang terbaik


 Nabi Muhammad telah memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada
umatnya.
 Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani
oleh musuh-musuh.
 Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu
Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan
Khalid bin al-Walid.
 Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan
penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi
menentang musuh.
 Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidak
secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat
keputusan.

2. Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji


 Tidak bersikap zalim terhadap musuh sama ada hidup atau mati.
 Bersikap adil terhadap musuh seperti berpegang teguh dengan perjanjian.
 Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta
seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya
sekiranya Malek bin Auf menyerah diri.
 Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-
musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

3. Bersikap terbuka dan sentiasa berbincang dengan para sahabat @ orang


bawahan
 Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat
sahabat-sahabat dan tidak menggunakan kuasa secara mutlak.
 Dalam Perang Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi
untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling
Madinah.
 Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-
undang tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

4. Mengamalkan etika tidak mengejar musuh yang lari


 Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh
yang lari meninggalkan medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera
Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang
musuh yang melawan.
 Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan
Islam di bahagian belakang.
 Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana
ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam.
 Contoh : Dalam Perang Taif tentera Islam membiarkan musuh lari meninggalkan
medan perang.

5. Mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi selaras sebagai seorang
pemimpin
 Asas kepimpinan bertitik tolak daripada kepimpinan Nabi Muhammad sebagai
seorang Nabi dan Rasul yang mempunyai sifat bijaksana.
 Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik
dan strategi ketenteraan.
 Antaranya Rasulullah menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-
saf. Contoh dalam Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua
barisan – barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang
– bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan
pembawa bendera.
 Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di
sekeliling kota Madinah dalam Perang Khandak( Ahzab ).

6. Seorang panglima perang yang memegang konsep keadilan terhadap makhluk


 Diamalkan tanpa mengira pihak kawan ataupun lawan.
 Contoh : Dalam Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan
perang setelah diminta oleh penduduk Taif.
 Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan perang kepada tentera
Islam. Contoh: Pengagihan harta rampasan perang dalam Perang Badar dan
Perang Uhud diagihkan kepada semua tentera yang terlibat.

7. Seorang yang bijak mengatur taktik dan strategi yang berkesan


 Tentera Islam menguasai takungan air dalam peperangan Badar– tentera
musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana terlalu dahaga.
 Menggunakan taktik menunggu seperti dalam perang Badar. Musuh diserang
setelah mereka menyerang.
 Penyusunan barisan tentera Islam seperti dalam perang Uhud. Pasukan
pemanah ditempatkan di atas bukit di mana mereka mudah mengalahkan tentera
musuh.
 Taktik bertahan – perang Uhud dan Khandak
 Taktik menggali parit – perang Khandak. Tentera Islam bertahan dalaam kota
Madinah dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

8. Ketua yang menanamkan kefahaman tentang konsep jihad.


 Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang:-
 Untuk meninggikan syiar Islam
 Menghormati peraturan-peraturan peperangan
 Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan
 Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang berani
 Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh
kejayaan.
 Contoh: perang Ahzab.

9. Pengurusan jenis tentera dalam Islam

 Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera
musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324
orang (atau 313 orang).
 Nabi Muhammad membentuk tentera Islam yang terdiri daripada tentera pejalan
kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang
dalam perang Tabuk.

Kesimpulan (1 markah)

1. Kepimpinan Rasulullah sebagai seorang panglima yang agung sememangnya


terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.

2. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor
utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

3. Kesannya, tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi peperangan
mereka .

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 12

Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin


sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

PENGENALAN: (3 markah)

Konsep mata wang dalam ekonomi Islam

1. Secara umumnya wang merupakan benda yang dipersetujui oleh masyarakat


sebagai alat perantaraan untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan.
2. Setiap wang mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa, mudah disimpan tanpa
mengurangkan nilainya, tahan lama, jumlahnya terhad dan bahan itu mempunyai
mutu atau nilai yang sama.
3. Logam-logam seperti emas dan perak merupakan bahan penting dalam menentukan
nilai setiap mata wang yang digunakan.
4. Wang emas dan perak telah digunakan oleh kebanyakan negara sejak 2500 tahun
yang lalu iaitu sejak abad ke-7 SM kerana mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti
tidak mudah rosak, nilai yang stabil dengan jumlah yang terhad.
5. Dalam tamadun Islam , penggunaan mata wang sudah bermula sejak zaman Nabi
Muhammad S.A.W lagi, dengan mengambil model mata wang dinar emas Rom
Timur (Byzantine) dan dirham perak Parsi sebagai mata wang yang sah.
6. Nabi Muhammad S.A.W. telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wang
yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana dapat
memenuhi tuntutan syarak.
7. Selaras dengan perkembangan tamadun Islam, maka pada zaman Khulafa al-
Rasyidin wujudlah mata wang Islam yang mempunyai identiti dan bebas dari
kongkongan mata wang lain.

ISI : Perkembangan sistem mata wang dalam ekonomi Islam (5 isi X 4 markah)

1. Permulaan penggunaan mata wang Islam.


 Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab,
sistem mata wang Islam mula digunakan dengan peniruan daripada mata wang
Rom dan Parsi.
 Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi,
Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah.

2. Penetapan piawaian untuk model mata wang Islam.


 Khalifah Umar al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khusus
iaitu Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yang
masih berteraskan dinar emas dan dirham perak.
 Piawaian mata wang ini diselaraskan kepada berat emas dan perak yang
tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak bersamaan dengan 7 dinar emas,
dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas, manakala 1 dirham seberat 3
gram perak.
 Emas yang digunakan ialah 91.7 peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis
pusat 23mm, manakala dirham pula ialah 25 mm.
 Kedua-dua mata wang ini mempunyai gambar Kaabah dan dua kalimah
syahadah di setiap muka depan dan belakangnya.

3. Pembaharuan dalam mata wang Islam.


 Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telah
diperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat
Koufi.
 Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana kualiti
dan piawaian yang masih belum tetap.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah.
 Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifah
telah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama
kalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir,
Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M.
 Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti di
Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq).
 Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkan
kalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan figura
haiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timur
dan dirham Parsi.
 Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan Gabenor Mesir Abdul Aziz bin
Marwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak.

5. Penyelarasan percetakan mata wang Islam ketika zaman Kerajaan Bani


Abbasiyyah.
 Pada zaman Khalifah al-Ma’mun (813 M – 833 M), percetakan mata wang Islam
telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini
mata wang dicetak disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan
lain-lain, untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak.
 Setiap mata wang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai nama khalifah
yang memerintah.

6. Pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan.


 Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran mata wang emas
mula dilaksanakan.
 Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran menggunakan mata wang
emas.
 Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan dan perniagaan dibuat
menerusi mata wang emas.
 Ini bermakna pada zaman kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari
segi penggunaan mata wang emas di seluruh pemerintahan Islam.

Kesimpulan: (2 markah)

1. Penggunaan mata wang dalam ekonomi Islam telah mendorong perkembangan


ekonomi Islam dan telah memudahkan sistem perdagangan dilaksanakan secara
berkesan.

2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai proses evolusi , bermula
dengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya mata
wang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya.

3. Mata wang Islam amat berperanan dalam aktiviti perdagangan, pertukaran


barangan, alat untuk membayar cukai dan zakat, pertukaran mas kahwin, dan
pembayaran gaji.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 13

Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17


Masihi.

PENGENALAN (3 markah)

1. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil
alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu.
2. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utama
di Nusantara.
3. Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan
terancang.
4. Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan pendidikan
menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di Balee.
5. Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi tugas bahasa, iaitu fiqh,
usuluddin dan tasawuf.
6. Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat:-
 Pendidikan dasar – madrasah
 Pendidikan menengah – rangkang
 Pendidikan tinggi di Ballee
 Kumpulan beberapa Rangkang Ballee – melahirkan dayah
 Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim
dan Bait Mushadah.

ISI : Perkembangan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Pada Abad Ke-17 Masihi
(5 isi X 4 markah = 20 markah)

1. Madrasah atau Meunasah


 Merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di setiap
kampung.
 Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan
belajar perkara-perkara asas dalam Islam.
 Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun
Islam, fekah, ibadat dan akhlak.
 Para pelajar juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama iaitu dinakan
dike (zikir) atau seulaweut (salawat) pada setiap malam Jumaat.
 Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis
dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailal
al-Muhtadin.
 Sejarah Islam juga diajar dengan cara bercerita.

2. Masjid
 Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.
 Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah
pertama.
 Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturahman.

3. Rangkang
 Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di
rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah.
 Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan
asrama.
 Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang
dimiliki oleh guru yang mengajar.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang
yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
 Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
 Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam.
 Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan
pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah.
 Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam
dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab.
 Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain
daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan.
 Ilmu umum turut diajar seperti Geografi, Sejarah dan Matematik.

4. Dayah
 Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia atau
Madrasah Aliyah.
 Hampir setiap daerah nanggore (negeri) terdapat dayah.
 Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan
dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah
balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.
 Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam
tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yang
menjadi pendakwah Islam di Nusantara.
 Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-
kitab dari Arab.
 Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum.
 Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus
untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan
sebagainya dengan menurut syariat Islam.
 Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik.
 Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, Fiqh,
Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali
(hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik,
Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya.
 Menurut Beaulieu (pengembara Perancis) yang pernah mengunjungi Acheh
pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran Islam yang berkembang sejak
sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.

5. Balai Setia Hukama dan Balai Setia Ulama


 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksana
Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan
Balai Jamaah Himpunan Ulama.
 Balai Setia Hukama - tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan
perkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan.
 Balai Setia Ulama – menguruskan maslah-masalah yang berkaitan dengn
pendidikan.

6. Balai Jamaah Himpunan Ulama


 Merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama bertukar-tukar
pandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan sebagai tempat
pengembangan ilmu pengetahuan.

7. Jamiah/Universiti Baiturahman
 Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman.
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid
Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut
ilmu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Terdapat 17 dar (fakulti) seperti FAkulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu
Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-
lain lagi.
 Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juga
negara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi.
 Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam
Syah (1607 – 1636), terdapat sebanyak 44 orang guru besar di Jamiah
Baiturahman (A.Hasjmy).

KESIMPULAN (2 markah)

1. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam
seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dll.

2. Kesannya – telah membantu menghebatkan perkembangan Islam di Nusantara.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 14

Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab


dalam Islam.

PENGENALAN

1. Latar belakang kemunculan mazhab


 Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam.
 Kemunculan Mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
 Kelahiran Mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif.

2. Aliran-aliran mazhab yang penting


 Antara Mazhab yang muncul . Khawarij, Syiah, Murji’ah, Muktazilah dan Ahli Al-
Sunnah Wa Al-Jamaah.

Isi: Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Kemunculan Pelbagai Mazhab Dalam


Islam (5 isi X 4 markah)

1. Faktor Kemunculan pelbagai Mazhab

a. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan


mereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman dengan
Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis
daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan pendapat antara
mereka, khususnya penduduk luar Madinash yang tidak pernah bertemu dengan
Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan
dan perbezaan itu semakin ketara.

b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah
telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik di kalangan
penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang
Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan
mazhab Syiah.

c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-
Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah
Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu
pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya falsafah Yunani yang
banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah
yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidah
Islam.

d. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah


menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan
umat Ioslam Walau bagaimanapun semangat Assabiyah timbul semula ketika
perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan
berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman
Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan
berlaku perpecahan dan perselisihan di anatara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.

e. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas


pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk
agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk
agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka.
Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam
tentang konsep ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

f. Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya


pemikiran falsafah di kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah
menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di
luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah
dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan.
Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu
perselisihan yang luas kepada ummah.

g. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah


daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing
berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan
Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapakah yang
lebih berhak menjadi khalifah

h. Ayat-ayat Mustyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak


dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga
tahap kafir mengkafirkan antara satu sama lain.

C.Kesimpulan (2 markah)

1. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan
negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.

2. Kelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi


baharu mengenai isu-isu agama.

3. Kelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu


pengetahuan.

4. Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang
taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan
dikalangan umat Islam.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 15

SKEMA A

Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan


tamadun Islam.

(A) Pendahuluan: (3 Markah )

Menurut Kamus Dewan, penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau


berjalan ke merata tempat untuk menyelidik . Manakala penerokaan ialah perihal
perbuatan, usaha dan sebagainya untuk meneroka. Dalam bahasa Arab, penjelajahan
disebut sebagai ‘al-Rihlah’; iaitu bergerak atau berpindah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.

Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa puak Norseman (orang Viking dari
Norway) adalah orang Eropah terawal merentasi Laut Atlantik dan menemui Benua
Amerika melalui sekurang-kurangnya lima pelayaran pada sekitar tahun 1000 Masihi.
Dalam tamadun Islam pula, penjelajahan umat Islam bermula seawal abad ke 7 Masihi
apabila agama Islam mula disebarkan di kota Makkah. Selepas itu, Barat banyak
mempelajari selok-belok pelayaran dan penerokaan daripada tamadun Islam yang
berjaya melakukannya hampir ke seluruh dunia. Menjelang abad ke-15 Masihi,
dominasi pelayar-pelayar Islam telah dipecahkan oleh penerokaan dan penjelajahan
kuasa-kuasa Barat seperti Portugis dan Sepanyol. Seterusnya diikuti pula oleh Belanda,
Inggeris dan Peranchis.

(B) Isi-isi: (5 isi X 4 markah = 20 markah)

Persamaan Objektif:

1. Perdagangan:

Tamadun Barat

Merupakan pendorong utama P&P kuasa-kuasa Barat. Masyarakat Eropah sangat


berminat dengan rempah-ratus, ubat-ubatan, kain sutera, tembikar, kain linen, kraf
tangan dan teh yang dihasilkan dari timur. Sehingga abad ke-15 Masihi, perdagangan ini
dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam yang menjualnya di pelabuhan-pelabuhan di
Itali. Selepas penguasaan Constantinople oleh Turki Uthmaniyah (1453 Masihi),
pedagang-pedagang Barat terpaksa mencari sendiri jalan laut ke timur untuk
memperoleh barangan tersebut. Usaha-usaha P&P dipelopori oleh negara Portugal
yang berjaya memecahkan monopoli pedagang Islam di timur.

Tamadun Islam

Objektif perdagangan memang merupakan faktor berlakunya P&P orang-orang Islam


sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Baginda menjelajah hingga ke Syam kerana
berniaga. Pada zaman Khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan
hubungan perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai
pedagang yang terawal menguasai jalan perdagangan laut antara barat dengan timur.
Mereka telah menjalin hubungan perdagangan dengan pedagang-pedagang Eropah di
Laut Meditteranean dan pedagang-pedagang di Asia Tenggara, India dan China.
Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

2. Penyebaran Agama:

Tamadun Barat

Penjelajahan dan penerokaan Barat juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian
di luar Eropah. Para mubaligh Kristian dan pedagang-pedagang ingin meneroka
wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika. Perang Salib yang berlaku antara
abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi merupakan ‘perang suci’ (holy war) bagi orang-
orang Kristian di Barat. Mereka berazam untuk meneruskan peperangan menentang
orang-orang Islam di timur. Di samping itu, mereka juga berhasrat menyebarkan
tamadun dan kebudayaan Barat yang dianggap lebih superior kepada masyarakat lain di
luar Eropah.

Tamadun Islam

Objektif P&P Islam juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk menyebarkan
dakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam
menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Di antara mereka ialah;
Sheikh Abdul Aziz yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan
Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik, Jawa.

3. Menambah Ilmu Pengetahuan:

Tamadun Barat

Perang Salib telah memberi peluang kepada bangsa Eropah untuk menimba ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang sains, perubatan, astronomi,geografi dan
matematik daripada dunia Islam. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang
berfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran baru yang tercetus pada zaman
Renaissance di Eropah. Semangat inkuiri yang tinggi dalam kalangan masyarakat
Eropah telah mendorong mereka meneroka kawasan-kawasan baru untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pelayaran, astronomi, geografi dan
teknologi perkapalan. Mereka juga mendapat galakkan dan bantuan daripada
pemerintah.

Tamadun Islam

P&P yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambah ilmu
pengetahuan. Orang Islam dapat mempelajari ilmu-ilmu daripada tamadun lain seperti
India, Itali dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya
intelektual Yunani diterjemahkan ke bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan,
astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi
perkembangan intelektual Islam.

Perbezaan objektif:

4. Meluaskan Wilayah:

Tamadun Barat

Mulai abad ke-16 Masihi, raja-raja negara bangsa di Eropah bersaing untuk menambah
kekayaan, kekuasaan dan kemegahan melalui penaklukan koloni-koloni baru di Afrika,
Asia dan Amerika. Kawasan-kawasan ini dijajah untuk menguasai bahan mentah (galian
dan hasil pertanian), mencari sumber tenaga buruh (hamba abdi) dan sebagai tapak
pangkalan perdagangan.. Ia didorong oleh perkembangan sistem ekonomi kapitalisme
dan dasar merkantilisme yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah
kekuasaan dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

Tamadun Islam

Berbeza dengan objektif pemimpin negara Islam. Bagi memperkukuhkan politik Islam,
banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam untuk memerangi
penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah Rom dan Parsi terhadap
rakyat di wilayah taklukan mereka.Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan dan
Walid bin Abdul Malik, seluruh Afrika Utara, Semenanjung Iberia (Andalus) dan India
Utara dikuasai oleh Islam. Pada zaman Turki Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih
berjaya menguasai Constantinople daripada penguasaan Rom dan menjadikannya
pusat perdagangan dan kebudayaan Islam yang terkenal.

5. Dorongan Agama:

Tamadun Barat

Walau pun ada usaha-usaha daripada pemimpin Barat dan mubaligh menyebarkan
agama Kristian ke negara-negara lain, tidak terdapat bukti yang mengaitkannya dengan
tuntutan atau dorongan agama. Institusi gereja lebih bersifat mengongkong pemikiran
masyarakat Eropah dan ditentang oleh masyarakat Barat menjelang abad ke-16 Masihi.

Tamadun Islam

Sebaliknya bagi orang-orang Islam pula, usaha penerokaan dan penjelajahan juga
dituntut oleh agama. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang mendorong umat Islam keluar
melakukan penjelajahan dan penerokaan seperti firman Allah dalam beberapa surah;
contohnya surah al-Jumuah:ayat 9, surah al-Mukmin: ayat 82 dan surah al-Haj:ayat 46.

(C) Kesimpulan: (2 markah)

Kesimpulannya, memang terdapat persamaan dan perbezaan objektif antara tamadun


Barat dan tamadun Islam. Dapat dirumuskan bahawa objektif penerokaan dan
penjelajahan Barat lebih berpaksikan 3G iaitu, ‘gold’, ‘gospel’ and ‘glory’. Sementara
P&P tamadun Islam pula lebih menekankan aspek-aspek pembebasan, peningkatan
ilmu dan penyebaran Islam kepada semua manusia.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SKEMA B

Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan


tamadun Islam.

ATAU

Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan


Tamadun Barat.

A. Pengenalan

Definisi penjelajahan dan penerokaan.

1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau


berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal
perbuatan meneroka dan menerokai.

2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam

3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat

B. Isi-isi penting :

Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M)

1. Penyebaran Agama

Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b
Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik
Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk
berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah
hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam.

Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama
Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang
Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan
agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan
menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan
Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh
itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar
menjelajah ke benua Afrika dan Asia.

2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan

Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam
berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan
sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti
astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain.

Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan
meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang
Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga
menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan
oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan
selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan
barat.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

3. Kegiatan Perdagangan

Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda,


kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2
H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan
Asia Timur.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan
keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan
monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur.
Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur.

4. Perluasan kuasa dan Pengaruh.

Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China,
India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha
memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut
Merah.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-
16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu,
orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk
mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini
meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut.

5. Memenuhi perasaan ingin tahu

Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak
jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan
penjelajahan.

Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu
dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan
pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno

6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia


dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.

Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini.

7. Menambah keimanan dan ketaqwaan

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah
dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat
kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.

Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan


tamadun Islam.

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke


atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf
melihat peninggalan kaum Thamud dan ‘Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah.

Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini.

9. Dorongan al-Quran

Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran.
Contohnya Firman Allah yang bertmaksud “Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka
perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian
Allah swt. menjadikannya sekali lagi.

Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja.

C. Kesimpulan (2M)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

SOALAN 16

Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

PENGENALAN (3 markah)

1. Keseniaan berasal dari perkataan Latin yang bermaksud “ kemahiran, cara atau
kaedah.
2. Dalam konteks tamadun awal, hasilan manusia yang halus dan indah dalam
segala bentuk perdagangan dan profesion dapat juga diistilahkan sebagai
“kesenian”.
3. Konsep seni bina.
a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan
yang indah sesuai maksud dan tujuan.
b. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan
keselesaan kepada pemilik .

4. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.
5. Seni bina Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan
pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni semakin berkembang bermula
zaman Khalifah Umar al Khattab.

ISI: Perbandingan Ciri Seni Bina Islam Dengan Seni Bina Rom. (5 ISI X 4 markah)

1. Tujuan

Seni bina Islam


 menitik beratkan keseimbangan pembangunan Aqidah,syarak dan
akhlak.Penekanannya kepada fungsinya,iaitu untuk pembangunan insaniah
(rohani, jasmani dan aqidah).
 Dan bukan bertujuan untuk menunjukkan kebesaran dan kemegahan .
 Oleh itu ,senibina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan menitik
beratkan aspek kegunaan.

Seni bina Rom


 bertujuan untuk memperkukuhkan empayar dan pemujaan kepada Maharaja,
dan kemegahan
 Ciri-ciri bangunan dan hiasan ukirannya melambangkan kejayaan dan dan
kehebatan Maharaja.
 Ini menyebabkan maharaja-maharaja yang memerintah Rom berusaha
membina bangunan yang besar.Bangunan Colosseum melambangkan
kehebatan pemerintah Vespasian (Tahun 69M), akueduk, teater, sarkas, jalan
deretan tiang dan forum.

2 Kegunaan

Seni bina Islam


 mementingkan aspek fungsi setiap bangunan.Ruang dan hiasan seni bina
masjid ,institusi pendidikan(Darul Hikmah) dan bangunan awam yang lain
diselaraskan dengan fungsinya.Sebagai contoh seni bina mesjid juga
mengambil kira kegunaannya sebagai pusat ibadat,aktiviti kemasyarakatan dan
pusat pengajian.

Senibina Rom

 juga menekankan aspek unilitarian(untuk kegunaan awam) dengan membina


bangunan awam untuk kemudahan dan kegunaan orang ramai.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

 Bangunan Coloseum merupakan sebuah teater atau gelanggang untuk


pelbagai permainan.Bangunan ini boleh mengisi penonton seramai 50,000
orang.
 Seni bina awam seperti,kolam mandi (dibina pada zaman Maharaja Caracalla)
yang dilengkapi dengan tembok, bekalan air, perpustakaan , taman, bilik untuk
mengurut, bilik bersenam dan bilik menukar pakaian.

3. Keselesaan

Seni bina Islam


 menekankan ruang dalam bangunan yang selesa .Mesjid dibina mempunyai
ruang untuk kemasukan cahaya dan penudaraan untuk keselesaan beribadah,
bahkan seni bina Islam memisahkan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan
keselesaan.
 Sementara itu seni bina rumah kediaman,mempunyai ruang bersifat
persendirian dan memisahkan kaum lelaki dan wanita

Seni bina Rom


 Bangunan Rom juga mengambil kira aspek keselesaan.
 Kebanyakan bangunannya besar dan luas.Komplek Colosseum 150,000 orang
penonton untuk menyaksikan perlumbaan kereta kuda.

4. Struktur binaan

Seni bina Islam


 ialah bangunan yang dibina kukuh dan selamat untuk masa yang lama. Masjid-
masjid yang dibina di zaman Umaiyyah dan Abassiyah menggunakan teknologi
tinggi dan daapat bertahan ribuan tahun.Bahan binaan seperti batu-bata dan
besi.

Seni bina Rom


 Bangunan-bangunan awam di Rom kebanyakannya dibina dengan
menggunakan batu-bata dan konkrit yang kukuh.Bahan konkrit telah menjadi
bahan yang standard dalam pembinaan Aqeduct.

5. Kekemasan bangunan.

Seni bina Islam


 di Tanah Arab mementingkan kemasan bangunan untuk memperlihatkan nilai
estatika .
 Pembinaan mesjid dizaman Bani Umaiyyah telah dihiasi dengan kemasan yang
berharga .
 Masjid Umawi telah dihiasi dengan tiang marmar dan lampu yang hiasan
menarik.
 Khalifah al-Walid telah menyempurnakan pembinaan masjid Al Aqsa dengan
hiasan batu permata kuning dan hijau.Jubin merupakan hiasan yang terkenal di
zaman Abbasiah.
 Kepingan jubin merupakan hiasan yang terkenal di zaman Abbasiah. Kepingan
jubin yang berkilat dan berwarna warni digunakan untuk menghiasi
mihrab,dinding masjid dan bumbung istana.

Senibina Rom
 sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan
mozek.
 Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah
diperkenalkan dengan hiasan mozek, lapis dinding daripada batu marmar ,
lantai yang bercorak serta struktur kubah yang dapat berdiri sendiri ,

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010


Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010

sehinggakan keunikan bangunan ini terletak pada pembukaan di puncaknya


yang dikenali sebagai ”Occulus”.

6. Reka bentuk

Seni bina Islam


 Melambangkan ketaatan kepada Allah.
 Bercirikan luahan perasaan , keamanan dan tidak bertentangan dengan
kerohanian.
 Reka bentuk masjid dilengkapi dengan mihrab , kubah dan menara.
 Kebanyakan kubah berbentuk oval dan melengkung
 Bulan sabit dan bintang menjadi lambing kesenian Islam di puncak masjid dan
istana

Seni bina Rom


 Dipengaruhi seni bina Yunani dan Asia.
 Bangunannya terdiri daripada binaan pintu gerbang , bumbung yang
melengkung , arked , kubah , tiang dan bangunan bandar.
 Pantheon merupakan sebuah kuil berbentuk kubah yang tidak disokong oleh
tiang

7. Hiasan tulisan dan Ukiran

Seni bina Islam


 Bahagian dalam dihiasi dengan ukiran yang tidak bertentangan dengan
akidah dan akhlak islam.
 Tulisan khat dan corak awan larat(kaligrafi) menjadi motif ukiran yang
terkenal , kerana ianya mencerminkan kesabaran, ketekunan dan ketuhanan.
 Masjid Suriah dihiasi dengan ukiran khat ayat al-Quran yang indah

Seni bina Rom


 Bangunan dihiasi dengan ukiran portrait dan ukiran timbul
 Zaman Augustus dan Claudius , tempat pemujaan , tiang bangunan dan pintu
gerbang dihiasi dengan ukiran timbul portrait yang menggambarkan
kemenangan dan pencapaian Rom.
 Antara ukiran bangunan ialah Imperial Processions dan Spoils From The
Temple In Jurusalem.

KESIMPULAN (2 markah)

1. Kedua-dua tamadun mempunyai perbezaan yang jelas dalam motif dan pelaksanaan
seni binanya. Tamadun Rom lebih kepada keindahan dan kemegahan sebaliknya
dalam Tamadun Islam selain menekankan kepada keindahan ia juga menitik
beratkan soal ketuhanan.

SELAMAT BERJAYA. TERUS USAHA TANPA JEMU.


INAGATAN : BACA SKEMA INI DENGAN TELITI. TETAPI INGAT, INI BUKAN
SOALAN RAMALAN.

http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010

You might also like