You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN

Bertulis
Bentuk perlembagaan yang
dikumpul dan disusun dalam satu
dokumen.

Contoh: Perlembagaan Malaysia


Tidak Bertulis

Semua prinsip perlembagaan


yang tidak terkumpul dalam satu
dokumen
seperti undang-undang adat.
Contoh: Adat temenggung
SJEI
N
1.KO
1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

Under Creative Commons License: Attribution


Share Alike

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi


kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang
mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

ead more: http://kulanzsalleh.com/pengenalan- tentang-perlembagaan-


tentang-perlembagaan-malaysia/#ixzz1EwRiQSvx malaysia/#ixzz1EwTAzcyg
Under Creative Commons License: Attribution Under Creative Commons License:
Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu Perlembagaan mengandungi satu badan atau
sistem berkerajaan di mana undang-undang peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat
dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu
berpandukan bagaimanakah sesebuah negara pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi
itu diperintah. kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan
menggunakan kuasa ini.

KonsepPerlembagaan

Menurut C.A. Leeds dalam


tentang-perlembagaan- bukunya, Politics.
malaysia/#ixzz1EwVX3XI6
Under Creative Commons License: Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai
Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai
prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan
satu rangka kerja peraturan perundangan
kepada cara mana negara itu diperintah dan
yang menjadikan atau membuatkan sistem
diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt
pemerintahan negara itu.
kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.
Under Creative Commons License: Attribution

Menurut C.F. Strong dalam bukunya


Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-


hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.
Perlembagaan Perlembagaan atau dalam Perlembagaan
merupakan sumber bahasa inggerisnya umumnya
undang-undang “Constitution” merupakan dibahagikan kpd 2
tertinggi sesebuah sistem undang-undang jenis iaitu:
negara & setiap yang meletakkan syarat perlembagaan
individu perlu dan prinsip bagaimana bertulis dan tidak
mematuhi sesebuah badan politik bertulis.
keluhurannya. atau organisasi ditakbir.

Diperlukan untuk
Perlembagaan
mewujudkan suatu
menjamin kestabilan
rangka politik, KONSEP
politik serta sistem
ekonomi dan sosial
PERLEMBAGAAN pemerintahan negara
yang dapat
yang cekap dan adil.
memudahkan
perpaduan
nasionaldan
pembangunan
negara serta
melindungi
kepentingan semua Berperanan sebagai
Perlembagaan
kumpulan etnik. panduan bagi
Malaysia
pembentukan
mengandungi 15
undang2 sama ada
bahagian, 183
bagi pihak kerajaan
perkara dan 13
ataurakyat atau
jadual.
sesiapa shj.
1.2 Unsur-unsur perlembagaan.

Perkara 3
Perkara 181Kedaulatan
Agama Persekutuan.
Pemerintahan Beraja
 Agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan.
 Raja mempunyai kuasa  Agama lain boleh diamalkan dgn
mutlak dalam setiap aman dan damai di mana-mana
pemerintahan dan bahagian persekutuan.
pentadbiran negeri dengan  setiap agama mempunyai hak
dibantu oleh para untuk: -
pembesar. Menguruskan hal-ehwal
 Institusi beraja terus agamanya sendiri. -
dikekalkan di bawah
Menubuh & menyelenggara
konsep raja
berperlembagaan selaras institusi bagi maksud agama
dengan sistem demokrasi. atau khairat.
.

UNSUR-UNSUR
TRADISI DALAM
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

 Bahasa Melayu sebagai  Bahasa Melayu sebagai


bahasa rasmi bahasa rasmi kebangsaan.
kebangsaan.  Perkembangan bahasa-
 Perkembangan bahasa- bahasa lain adalah tidak
bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat.
dihalang, atau disekat.  Rakyat Malaysia harus
 Rakyat Malaysia harus menghormati dan tidak
menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa
mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi
rasmi

Perkara 153 Perkara 152.Bahasa


KEDUDUKAN ISTIMEWA Kebangsaan
ORANG MELAYU DAN
BUMIPUTERA

SABAH DAN SARAWAK

 Unsur tradisi ini juga dilindungi dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960( Internal
Security Act 1960 (ISA) ).
 Seseorang atau pemula hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta ini. Unsur – unsur
tradisi dianggap sebagai isu yang sensitif serta dilarang dijadikan isu perbincangan awam.
2.1 Carta garis masa sejarah penggubalan perlembagaan
sehingga penubuhan Malaysia.

GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Malayan Union diluluskan oleh Parlimen British. Sir


10 OKTOBER
Harold Mac Michael dilantik sbg wakil British utk
1945
dapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu

JAN & 10 FEB Penentangan orang Melayu terhadap penubuhan


1946 Malayan Union. Januari 1946 ( 50000 di Alor Setar ) dan
10 Februari 1946 ( 10000 di Johor )

Malayan Union diisytiharkan dengan Sir Edward Gent


1 APRIL 1946 sebagai gabenor pertama. Org Melayu memulaukan
pengisythrn trsebut & British menggantiknnya dgn
Persekutuan Tanah Melayu.

Dato’ Onn Jaafar mengetuai orang Melayu menentang


1946-1948 Malayan Union dan Tan Cheng Lock memimpin orang
bukan melayu menyokong Malayan Union.

Julai 1946 – penubuhan Jawatankuasa Kerja


JULAI & DIS
1946 Disember 1946 – penubuhan Jawatankuasa Perunding

British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu.


1 FEBRUARI
1948 - Kerjasama antara orang melayu dan bukan
melayu semakin kuat.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (
1949 Communities Liason Committee – CLC ) yang terdiri drp
pelbagai etnik.

Sistem Ahli diperkenalkan – British melantik beberapa


1951
org wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu
menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
yang diberi taraf menteri.

Pilihanraya dalam Mjlis Prbandaran Kuala Lumpur


1952 - 1953 diadakan. UMNO dan MCA membuat pakatan dan
kerjasama ini telah menjurus kepada penubuhan
Perikatan 1953.

Rombongan yang diketuai Tunku Abdul Rahman & 8 org


JANUARI 1956 wakil yang telah dipersetujui berangkat ke London.

Draf perlembagaan Malaysia telah diterima dan


31 OGOS diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu.
1957

Pelrmbagaan Malaysia sekali lagi diperbaharui apabila


16
Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan
SEPTEMBER
Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia.
1963
HURAIAN SEJARAH AWAL PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN

Tanah Melayu dijajah oleh banyak kuasa asing selama 446 tahun. Selain
perjuangan terbuka menentang penjajah, orang Melayu juga menentang penjajah
melalui semangat kebangsaan bermula dengan kemunculan intelek-intelek melayu.
Mereka mula sedar untuk mendapatkan kemerdekaan, mereka perlu berjuang bukan
sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan. Penentangan terhadap
penjajah terus bersemarak apabila Jepun menyerah kalah. British telah
memperkenalkan Malayan Union dan ianya ditentang hebat oleh orang Melayu.
Penentangan ini berlaku kerana kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan
pentadbiran, pemberian hak kerakyatan kepada kaum lain, hak sama rata kepada
semua kaum tanpa mengira bangsa dan cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan
tandatangan Raja-Raja Melayu yang menggunakan paksaan. Walau
bagaimanapun, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir
Edward Gent sebagai gabenor pertama.

Malayan Union dibubarkan kerana tidak mendapat sokongan orang melayu


dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Kejayaan orang Melayu
membubarkan Malayan Union telah mengambalikan semula kuasa Raja-Raja
Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Dari tahun 1946-1948, Dato’ Onn telah
mengetui orang Melayu menentang Malayan Union manakala Tan Cheng Lock
mengetuai orang bukan melayu menyokong Malayan Union. British menubuhkan
Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang bertanggungjawab merangka sebuah
perlembagaan yang diterima oleh orang Melayu dan menubuhkan Jawatankuasa
Perunding pada Disember 1946 bagi mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai draf perlembagaan yang disediakan Jawatankuasa Kerja. Akhirnya,
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Kerjasama orang Melayu dengan orang bukan melayu semakin kukuh


dengan adanya Persekutuan Tanah Melayu. Buktinya ialah penubuhan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Lison Committee- CLC ).
CLC yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah
masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang
berlainan daripada pelbagai etnik. CLC juga ditubuhkan secara tidak rasmi bagi
membincangkan beberapa isu seperti kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang
Melayu dan pendidikan. Jawatankuasa ini telah berjaya menjalinkan hubungan baik
antara pemimpin dari pelbagai kaum. Selain itu, kerjasama antara etnik dapat dilihat
apabila penjajah membuat perubahan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli telah
diperkenalkan pada 1951. Melalui sistem ini, British melantik beberapa orang wakil
warganegara Persekutuan menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
bertujuan melatih pemimpin tempatan mendapatkan pengalaman memerintah
secara demokrasi.

Kerjasama terus terjalin apabila pakatan UMNO dan MCA telah menubuhkan
Parti Perikatan pada tahun 1953. Pembentukan parti ini jelas menunjukkan
bermulanya kerjasama antara kaum ke arah menuju kemerdekaan melalui
perkongsian kuasa yang diterajui UMNO. Kerjasama antara Melayu dan bukan
melayu terus berkembang apabila British telah menetapkan syarat kemerdekaan
hanya diberikan jika rakyat bersatu padu dan boleh bekerjasama. Perkara ini telah
dibuktikan melalui pilihanraya yang dijalankan. UMNO mempelawa dan bekerjasama
dengan MCA membentuk Perikatan. Ini memjelaskan sifat terbuka antara etnik
berlaku.

Rombongan ke London bertujuan untuk berunding bagi menuntut


kemerdekaan telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan lapan orang wakil yang
terdiri daridapa wakil Raja-Raja Melayu dan parti Perikatan pada Januari 1956.
Perundingan tersebut telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Februari 1956.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid


yang ditubuhkan pada tahun 1956. Ahlinya terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor
Jennings, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid. Cadangan dan
pelbagai pandangan telah diminta oleh Suruhanjaya Reid daripada Raja-Raja
Melayu, parti-parti politik dan orang ramai. Mereka juga menerima sebanyak 131
memorandum bertulis dan telah bersidang beberpa kali dari Jun hingga Oktober
1956. Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang dipanggil
kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan melayu bersetuju atas beberapa
perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Melalui kontrak sosial,
orang bukan melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar dan hak orang
Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan. Akhirnya draf Perlembagaan Malaysia
telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957.

Perlembagaan amat penting kepada sesebuah negara. Antara


kepentingannya ialah sebagai panduan bagi membentuk undang-undang samada
oleh pihak kerajaan atau rakyat. Selain itu, ianya menjamin kestabilan politik serta
sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Ianya juga diperlukan untuk
mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yan dapat memudahkan
perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan juga melindungi
kepentingan semua kumpulan etnik dan mengelakkan penyelewengan atau
penyalahgunaan kuasa oleh badan-badan pemerintah seperti eksekutif,
perundangan dan kehakiman. Akhir sekali perlembagaan menuntut warganegara
Malaysia memberi taat setia yang tidak berbelah bagi.
CIRI-CIRI UTAMA KE ARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Malayan Union
Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk
menghapuskan Negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu,Raja
Melayu,dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Selain itu,British juga
menerima bahawa adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu ialah
budaya Tanah Melayu.

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan :-

 Persediaan membentuk kerajaan sendiri


 Membentuk bangsa Malayan Union
 Menjimatkan kos pentadbiran
 Mengawal kuasa politik orang Melayu
 Melahirkan pentadbiran yang licin

  Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu kerana
perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu terutama
kuasa raja- raja. Antara sebab – sebab penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union adalah kerana:

1. Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeridan


hanyaberkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayudan mengetuai Majlis
Penasihat Melayu.

2. Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal


sebagai tanah jajahan British.

3. Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yang
bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan Union secara automatik akan
mendapat kerakyatan atau menjadi warganegara.
4. Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa yang
menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang keistimewaan.

5. Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan
cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang
mana cukup setia dan menjunjung ke atas rajanya.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Penentangan meluas dari seluruh orang Melayu menyebabkan British membatalkan


Perlembagaan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.Rundingan antara penjajah British dengan wakil –
wakil dari raja – raja Melayu serta wakil UMNO telah melahirkan perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948. Sebelum itu pada bulan
Januari 1948,Raja – Raja Melayu telah menandatangani perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu. Antara perkara utama yang dilaksanakan ialah :-

 Kedaulatan Raja – Raja Melayu dipulihkan seperti sebelum Perang Dunia


Kedua
 Tanah Melayu telah dikeluarkan daripada taraf jajahan dan pemerintahan
secara tidak langsung seperti sebelum Perang Dunia Kedua diteruskan
 Kerajaan British terus mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
penduduk asal Negara ini
 Kerajaan British bertanggungjawab terhadap soal pertahanan dan hal ehwal
luar Tanah Melayu
 Prinsip kerakyatan secara Jus Soli untuk orang bukan Melayu seperti yang
termaktub di dalam perlembagaan Malayan Union digugurkan. Undang –
undang kerakyatan yang julung – julung kali diperkenalkan meliputi semua
negeri iaitu bagi membolehkan orang bukan Melayu memohon kerakyatan
Persekutuan. Walau bagaimanapun,syarat kelayakannya diperketatkan.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah :-

 Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan


 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri
 Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan
Negara
 3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-
undang,Permohonan dan Naturalisasi
 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
 Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
 Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan
Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
 Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan
beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 :-

 Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja


Berperlembagaan dibentuk
 Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
 Keharmonian antara kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah
 Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah
Negara yang berdaulat
 Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka walaupun berbeza warna
kulit,agama,bangsa
KEPENTINGAN PERLEMBAGAANDALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau


tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara
pelbagai kerajaan dan prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara. Ia merupakan
sumber undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan terbahagi kepada
dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.Perlembagaan Malaysia adalah contoh
perlembagaan bertulis.Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang
dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan tidak bertulis seperti
di Britain meliputi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu
dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-
keputusan mahkamah.

Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi


menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka
bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan
menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara kaum.Unsur-unsur
perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan
pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan,
ketelusan serta kelicinan pentadbiran.

Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak
berbelah bagi kepada negara. Semua rakyat telah diingatkan secara langsung
atau tidak langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai
sifat sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri
mereka. Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan
seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan
kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara.
Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air
untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
Di samping itu, para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan
bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan
bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai
kaum.Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan
penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh Perlembagaan
Malaysia.

Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah


kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad
lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan
berbanding bahasa lain.

Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Kerajaan Persekutuan


telah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1. Mengikut Perkara 11 Fasal 4 pula,
undang-undang negeri,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan boleh
dikawal atau disekat perkembangan apa-apa atau kepercayaan agama antara orang
yang menganuti agama Islam. Fungsi pihak kerajaan yang terdiri Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan nguruska adalah mempunyai autoriti bagi menubuhkan
sebarang penubuhan institusi berasaskan Islam serta mengeluarkan peruntukan
bagi urusan penyelenggaraan institusi berkenaan. Walaupun demikian, satu fasal
imbangan telah diperuntukkan di dalam perkara 3 yang menyebut mengenai hak
penganut agama lain dalam menganut agama mereka. Setiap penganut agama
mempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama sendiri, menubuh atau
menyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda serta membelanjakan
harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada.

Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau
dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga
sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British,
kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan
agama Islam kepada Raja-Raja Melayu. Islam juga diterima sebagai agama
Persekutuan kerana sesuai dengan takrif "Melayu" seperti didefinisikan dalam
Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga pada zaman penjajah melalui
perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja Melayu, walaupun mereka
berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbiran
negara, namun agama Islam dikecualikan.

Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang


telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara.Dalam
sistem ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri
yang berfungsi sebagai badan penasihat.Impak penjajahan British ke atas negara
adalah pengurangan kuasa raja.Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat
Residen British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama
Islam menyebabkan orang Melayu menentang British.Setelah negara mencapai
kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras
dengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah


ditetapkan.anan yang di-pertuan agong dalam menjaga hak istimewa serta
kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah. Hak istimewa
tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan
pendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau
bagaimana pun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan
dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.

Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain
yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain,
iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak
mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh
dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang
dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang
dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang
dipegang olehnya.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara


dan mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan
pengajaran dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.
KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti
Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara
sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.
Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan
haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang
berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan


syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud
dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg
berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial
apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau
permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)
yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan
kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di
Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara


kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat
dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian
kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka
wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial
sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah
yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk
negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan
sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.
Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha
untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus
dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana
mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

Di antara kontrak sosial yang disebut dalam perlembagaan adalah bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama islam adalah sebagai agama
persekutuan, hak keistimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja dan sultan
Melayu serta taraf kerakyatan melalui prinsip ‘jus soli’. Inilah hasil tolak ansur
setiap kaum dengan persetujuan yang luhur dan murni dan pertimbangan yang rumit
terhadap pelbagai kepentingan yang bertentangan dan kita sebagai rakyat Malaysia
patut menghargai dan menghayati perjuangan pemimpin terdahulu dalam
membentuk perlembagaan persekutuan tananah melayu.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai komposisi penduduk yang


berbilang kaum, kontrak sosial mempunyai kepentingan dalam menjamin kestabilan
negara ini dari pelbagai aspek. Berikut ialah kepentingan kontrak sosial terhadap
sesebuah negara yang bersifat majmuk seperti Malaysia:

i) untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik


ii) dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk
menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil
iii) dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat
iv) dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti
kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama
v) dapat menetukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran
rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.
vi) Dapat memupuk unsur taat setia kepada negara
vii) Dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan
asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan
dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta
Hasutan (1970) yang menghadkan kebebasan bercakap bagi
mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
viii) Supaya hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera sabah dan
Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam
persekutuan tanah melayu dan pembentukan Malaysia.
ix) Untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses
pembentukan negara dan bangsa yang berstu dan berdaulat
x) Untuk menjamin hak-hak istimewa orang melayu.

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia
dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak
sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat
bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan
Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
Bibliografi

Internet

Dilayari pada 25 feb 2011 jam 12.27

http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/

Dilayari pada 27 feb2011 jam 1200


http://parapemikir.com/search/Kepentingan+Hubungan+Etnik+Di+Malaysia

Dilayari pada 27 Feb 2011 jam 1230


http://lowongankerjabaru.net/search/peranan+pr+dalam+hubungan+investor

Dilayari pada 28 Feb 2011 jam 0246

http://www.cikguazleen.com/2008/07/kontrak-sosial-dan-perlembagaan-malaysia.html

Buku

Shamsul Amri Baharuddin (2008), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam, Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Ramlah Adam, Shakila Parween Yacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil
(2003),
SejarahTingkatan 5, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. 2003. Malaysian Constitution, A Critical Introduction. Kuala Lumpur :

The Other Press

Ahmad Ibrahim. 1999. Perkembangan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jayum A Jawan. 2006. Malaysian Politics & Government. Shah Alam :Karisma

Publication.

You might also like