You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN

MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM
MELAKA

PROGRAM KECEMERLANGAN P & P


TAJUK :

“LEARNING ENGLISH THROUGH


ICT
AND POWER POINT
PRESENTATION”

DISEDIAKAN OLEH:

PN KHUZAIMAH BT ZAKARIA

1
KANDUNGAN KAJIAN TINDAKAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Kandungan Kajian Tindakan 2

2 Abstrak 3

3 Refleksi dan Latar Belakang Kajian 3

3 Isu Keprihatinan 3

4 Objektif Kajian 4

6 Kumpulan Sasaran 4

7 Pelaksanaan Kajian 4-6

8 Refleksi Kajian 6

9. Jadual Pelaksanaan Kajian 7

10 Anggaran Belanjawan 8

2
ABSTRAK

Kajian ini diusahakan bagi mencari alternatif pengajaran agar pelajar-pelajar berminat
untuk membaca literature dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Di dapati masalah
utama pelajar dewasa ini ialah tiadanya minat membaca buku khasnya novel. Semasa
menjawab soalan peperiksaan bahagian yang menjadi kritikal ialah bahagian Literature.
Memandangkan perkembangan ICT hari ini selari dengan minat remaja, maka, usaha
untuk mengubah P& P mengikut peredaran semasa amatlah bersesuaian. Sekali gus
menggerakkan tenaga pengajar atau guru-guru untuk terus memperbaiki diri dan tidak
ketinggalan arus pemodenan semasa. Penggunaan ICT dalam P& P bukan sahaja
menjimatkan masa tetapi juga menjimatkan kos dan tenaga. Menghasilkan produk yang
lebih efisen.

1. Refleksi dan Latar Belakang Kajian

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir mempunyai 109 orang guru, 25


orang staf sokongan, dan 1400 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
penggunaan computer dan internet mungkin dapat menarik minat membaca
literature di kalangan pelajar. Pada hemat saya, kalau bukan 100 peratus mungkin 70
peratus daripada pelajar dapat di dorong untuk mula membaca literature melalui kaedah
penggunaan computer dan LCD serta rangkaian internet.

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap pembacaan literature dan juga
keberkesanan dalam menjawab soalan peperiksaan. Saya mengharapkan kerjasama
daripada semua pihak iaitu guru-guru, staf sokongan, PIBG, para pelajar dan ibu bapa
untuk menjayakan kajian dan pembaharuan ini.

2. Isu Keprihatinan

Kajian ini dapat saya realisasikan apabila pihak pentadbir sekolah memberi
sokongan penuh dengan menaik tarafkan WIFI sekolah dan Makmal Komputer.
. Selain itu, guru-guru lain yang bersikap positif membeli komputer riba dan broadband
sendiri untuk kegunaan peribadi dan P & P amatlah dialu-alukan. Kajian ini juga
mendapat sokongan daripada pihak PIBG sekolah yang memberi peruntukan menambah
baik talian internet sekolah iaitu di pejabat, bilik guru dan makmal komputer.

3
3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkat minat membaca literature dan menambah tatabahasa dalam Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar..

3.2 Objektif Khusus

1. Meningkatkan kualiti pencapaian dalam peperiksaan awam seperti PMR dan


SPM.
2. Menjimatkan kos iaitu kertas dan dakwat.
3. Menjimatkan masa.
4. Menambahkan bilangan guru, staf sokongan, para pelajar, dan ibu bapa yang celik
IT.

4.0 Kumpulan Sasaran

1. Pelajar kelas peperiksaan


2. Kesemua pelajar

5.0 Pelaksanaan Kajian

Kajian dijalankan berdasarkan pemerhatian, merancang, bertindak, memerhati dan


mereflek hasil dari Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun.

5.1 Pemerhatian

Saya membuat pemerhatian berdasarkan pengalaman saya berkhidmat sebagai


guru Bahasa Inggeris di beberapa buah sekolah harian samada di bandar atau luar
bandar. Pembacaan Literature terutamanya novel, merupakan masalah besar, sebilangan
besar pelajar yang kurang meminati Bahasa Inggeris. Kesukaran memahami teks dan
masalah sebutan menambahkan beban kepada pelajar-pelajar tersebut untuk
menghabiskan pembacaan satu - satu novel. Ekoran dari fenomena inilah peratusan
subjek Bahasa Inggeris tidak boleh menandingi pencapaian subjek-subjek lain dalam
peperiksaan awam.

4
Secara tidak langsung, kajian ini di harap dapat membantu para pelajar menyukai
dan mengeksplore bagaimana subjek ini tidaklah sesukar yang di sangkakan sebilangan
besar mereka.

1. Merancang

Hasil daripada pemerhatian tersebut saya telah merancang satu kaedah iaitu
pelaksanaan P& P melalu ICT di SMK Tun Mutahir. Pada peringkat awal kajian ini
hanya melibatkan pelajar-pelajar bukan di kelas peperiksaan .

Tindakan Yang Dijalankan

1 .Semua guru subjek Bahasa Inggeris di beri penerangan bagaimana ianya


dilaksanakan semasa mesyuarat panitia ke 2.
2. Semua guru Bahasa Inggeris mempunyai komputer riba sendiri, menyenangkan
proses mencari info dan membuat penyediaan P & P mereka.
3. Semua guru subjek di saran mencipta blog bagi kelas yang diajar bagi menyimpan
bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut topik dan tingkatan.
4. Guru subjek juga digalakkan mengajar dan mendorong pelajar menyumbang
kepada content blog kelas mereka.
5. Pertandingan Persembahan Power- Points Literature dan membina blog dalam
kalangan pelajar.
6. Menggalakkan pelajar membuat latihan melalui blog terutamanya kepada pelajar
yang tidak hadir kesekolah kerana sakit atau mewakili sekolah ke sebarang
pertandingan atau perkhemahan , pembelajaran mereka tidaklah tertinggal jauh
dari-dari rakan-rakanyang hadir ke sekolah..
7. Anugerah Inovasi Tahun 2011 yang telah di rancang oleh Pentadbir sekolah.

5.3 Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian

Kajian ini telah dijalankan sejak dua tahun yang lalu iaitu 2009 di sekolah lama saya,
dan saya juga dapat melihat trend pelajar di sini,SMK Tun Mutahir juga sama.
Pelaksanaannya telah di mulakan dengan mengadakan sesi penerangan kepada Tuan
Pengetua dan Pentadbir , Ketua Panitia subjek Bahasa Inggeris serta guru-guru senior
pada akhir bulan Januari 2011.
Dengan lengkapnya rangkaian WIFI di makmal komputer pada bulan Februari 2011,
pelaksanaan P & P melalui ICT juga turut bermula. Tingkatan yang terlibat pada
peringkat awalnya ialah tingkatan 1, 2 dan 4. Pada peringkat seterusnya di harapkan
topik-topik lain selain Literature juga dapat di ajar melalui ICT. Seterusnya kelas
tambahan juga di alu-alukan di jalankan melalui penggunaan ICT. Bank soalan yang di
muatkan dalam blog kelas boleh di manfaatkan sekaligus menjimatkan kos pencetakan
kertas-kertas model soalan..

Sebagai penghargaan, pihak sekolah telah memberikan sijil penghargaan kepada guru
dan pelajar yang telah menyertai pertandingan power –points dan menciptaan blog dalam

5
kalangan guru panitia. Pembentangan Power-Points di kalangan pelajar juga di ambil
sebagai markah Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. (ULBS). Dengan ini sebenarnya para
guru dan pelajar dapat memperolehi dua faedah dalam satu masa. Lebih kefahaman
tentang literature dan serentak menjalani Ujian Lisan mereka.

5.4 Refleksi Kajian

Sepanjang tempoh pelaksanaan P & P melalui ICT ini, di harapkan pelajar-pelajar


yang tidak berada di sekolah sewaktu pembelajaran di sebabkan hal-hal lain atau
mewakili sekolah ke sebarang pertandingan masih dapat belajar seperti rakan-rakan yang
hadir di kelas. Apa lagi sekiranya guru-guru subjek lain juga turut sama menjalankan P
& P melalui ICT dan penggunaan Blog, Begitu juga dengan guru-guru yang
meninggalkan kelas kerana berkursus atau sakit juga masih boleh mengisi masa pelajar
mereka dengan bahan-bahan yang telah disediakan dalam blog mereka.
Saya menjangkakan kadar ketinggalan di kalangan pelajar akan berkurangan
sekiranya semua pihak mengambil inisiatif untuk berubah kearah kebaikan. Di harapkan
juga sudut ICT yang di rancang pihak pentadbir dapat di wujudkan segera agar manfaat
dapat di rasai bukan sahaja kepada guru tetapi juga para pelajar.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan P & P bukan
sahaja dalam literature tetapi kesemua topik amnya. Di harap kajian ini dapat
dimanfaatkan dan dikongsi bersama rakan-rakan guru dari sekolah lain juga.

6
6.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Perkara Tarikh

1 Penulisan Proposal Kajian Tindakan Januari 2011

2 Mesyuarat/Sesi penerangan dengan Pentadbir Sekolah Akhir Januari 2011

3 LDP Tentang Penggunaan Komputer Untuk Guru-guru Oktober 2010


dan Staf Sokongan
4 Mesyuarat Panitia Kali Pertama Januari 2011

5 Mengumpulkan Bahan P & P Januari –March 2011


6 Pelaksanaan P & P Bahasa Inggeris melalui ICT Akhir Februari - Nov 2011

7 Pemerhatian Awal Penggunaan ICT dalam P & P Akhir Februari 2011

8 Anugerah Inovasi Bulan Januari 28 Januari 2011

9 LDP Pembentangan Blog Panitia 12 Mac 2011

9 Pertandingan Membina Blog Jun 2011

10 Anugerah Inovasi Tahun 2011 Oktober 2011

11 Sesi Temu Bual dengan guru, staf sokongan, pelajar November 2011
bertujuan untuk penambahbaikan P & P melalui ICT
12 Membuat Refleksi Akhir Disember 2011

13 Penulisan Kajian Tindakan Disember 2011

7
7.0. Anggaran Perbelanjaan

BIL. PERKARA JUMLAH YANG KOS(RM)


DIPERLUKAN

1. Dakwat Printer 1 set 50.00

2. Kertas A4 1 rim 10.00

3. Talian Internet Sekolah

JUMLAH KOS RM

Catatan : Semua perbelanjaan dipohon daripada peruntukan R&D sekolah dan


tabung PIBG sekolah

10

You might also like