You are on page 1of 4

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Prof Madya Hj.Iberahim Hassan


Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Malaysia

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan
mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan
memanipulasibahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual.
Keupayaanmembaca, membuatint erpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan
melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami simbol-
simbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping
keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam
berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain
afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran pendidikan seni.Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan
pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Sejauhmanakah pencapaian pelajar-
pelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian dan
berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu
dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu
pelajar yang bermasalah. Hasil penilaian juga boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum supaya lebih
berkesan. Penilaian juga boleh memberi maklumbalas sejauh manakah objektif yang dirancang tercapai. Penilaian
juga untuk menilai keseluruhan kandungan program, sikap, pencapaian pelajar dan sebagainya. Tetapi kertas ini
lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni visual
ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dilakukan untuk
pelajaran ini. Terdapat juga berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian ituakauntabel,
umpamanya menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditantukan bagi setiap tahap pelajaran pendidikan
seni visual, menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar,
beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian, umpamanya pandangan Rob Barnes (1987) terdapat lima
perkara yang perlu dinilai iaitu: proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kamahiran kritikal dan
peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu
dinilai iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi
estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan. Penulis juga akan membincangkan
bagaimana untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran sejarah dan apresiasi seni dan perkembangan
dalam estetika. Secara umum akan membicarakan metodologi untuk mengendalikan penilaian untuk pendidikan seni
visual.

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan
mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menggunakan bahasa visual
bagi membaca dan menghargai imej-imej visual. Keupayaanmembaca, membuat
interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan

melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami simbol-
simbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping
keupayaan ini, menerusi Pendidikan Seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam
berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain
afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Mata pelajaran ini perlu memenuhi keperluan
pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Oleh itu tentulah ada cara untuk
mengumpul segala maklumat yang berkenaan bagi mampastikan sejauh manakah matlamat pelajaran ini berkesan
dan telah dilaksana dengan jaya. Makenisma untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan
pengukuran, pengujian

atau penilaian. (Untuk kertas ini istilah penilaian akan terus


digunakan)
Mengapa perlu penilaian dalam pendidikan seni?

Sebelum kita membicarakan tentang penilaian mata pelajaran pendidikan seni ini satu persoalan perlu dijelaskan.
Adakah seni boleh dinilai ? Terdapat berbagai pandangan yang mandasarkan hujahnya bahawa seni itu bersangkutan
dengan suatu proses yang subjektif berkaitan dengan perasaan, yang merupakan pengalaman individu menghasilkan
produk, memerhati dan menterjamah makna visual kepada bentuk seni semuanya itu adalah sesuatu proses yang
amat peribadi sifatnya. Maka adalah diluar jangkaan objektif penilaian jikalau seni itu dinilai oleh orang lain.
Sebenarnya isu ini sudah lama dibahaskan. Sekiranya seni tidak boleh dinilai atau diukur secara rasional maka tiada
tempat untuk mata pelajaran seni dimuatkan ke dalam kurikulum pendidikan. (Best 1992)

Best, seterusnya menyatakan kerja-kerja seni itu adalah memaparkan


pernyataan artistik yang merupakan pernyataan suatu bentuk kefahaman

yang membantu kita menterjemah apa yang kita pandang dan lihat sama ada ianya catan, tembikar, atau bangunan.
Kita mengunakanreason untuk membuat interpretasi. Maka perasaan artistik itu ada rasionalnya yang khusus yang
melibatkan proses penghakiman walaupun dikatakan ianya amat peribadi sifatnya tetapi masih boleh dinilai. Oleh
itu penilaian seni itu tentulahada

justifikasi rasionalnya untuk dinilai oleh pihak lain dan jikalau ianya
merupakan salah satu daripada mata pelajaran dalam sistem pendidikan
tentulah ianya akauntabel untuk dinilai.
Sebagai contoh jikalau kita teliti proses kerja seni yang dilalui oleh seseorang
pelajar: Apabila ianya menghasilkan produk seni

pelajar itu cuba


menghubungkan pengalaman pertamanya terhadap suatu gubahan seni. Pelajar itu akan menapis pengalaman dan
kemahiaran seninya lantas disesuaikan dengan pengetahuannya tentang persekitaran, semasa menghasilkan karya.
Situasi ini adalah merupakan kualiti pemikiran dan kreativiti yang terus

diperkembangkan menerusi litrasi visual dan pengetahuan seni. Proses


sintesis diaplikasi dalam kontaks khusus ketika membuat karya tersebut. Itu
adalahkualiti pengetahuan, kemahiran dan kefahaman serta nilai yang
sepatutnya menjadi matlamat pembelajaran pelajar melalui mata pelajaran

pendidikan seni. Untuk mencapai matlamat ini pelajaran perlulah dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan
objektif yang jelas yang bersandarkan kepada keperluan pembangunan pelajar selari dengan matlamat dan asperasi
pendidikan sesebuah organisasi, negeri atau negara. Manakalaperlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pula perlulah dilaksanakan dengan serious dan terancang, lengkap
dengan sumber dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Untuk menentukan tahap

pencapaian dan kesesuaian program pendidikan seni itu dan untuk mengenalpasti sejauh mana matlamat dan objektif
tercapai maka proses penilaian perlu dilakukan.

Untuk apa dan untuk siapakah penilaian ini dilakukan ?


Menurut Al Hurwitz dan Michael Day (1995): Penilaian mesti dilakukan
sepadan dengan objektif-objektif yang telah ditentukan untuk suatu pelajaran

dan keputusannya perlu dilaporkan secara jelas dan memberi makna kepada yang menerimanya. Lima soalan asas
perlu diajukan mengenai sistem penilaian iaitu: Siapa yang akan dinilai ? Mereka yang terlibat untuk penilaian ini
adalah: Para guru, pelajar, atau agensi-agensi luar yang terlibat dengan program Pendidikan Seni ini. Apa yang akan
dinilai? Yang akan dinilai itu adalah berbagai aspek umpamanya untuk menilai sikap, atau kesesuaian kandungan
kurikulum seperti, kemahiran, pengetahuan atau proses dan prosidur.Siapa yang akan

dinilai? Yang akan dinilai adalah pelajar sekolah, guru, atau pelajar yang

terpilih, umpamanya pelajar-pelajar yang mempunyai keistimewaan tertentu, atau pelajar yang bermasalah dalam
pembelajaran.Apakah had yang hendak dinilai? Mungkin kumpulan yang hendak dinilai itu hanya beberapa
kumpulan pelajar, atau sebuah darjah, seluruh sekolah, keseluruhan program seni atau seluruh negara? Dan akhir
sekali adalah: Apakah tujuan dan fungsi penilaian itu?

Fungsi penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru, pelajar dan keluarganya tentang
kemajuan dan perkembangan pembelajaran pelajar. MenurutEisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh
dijadikan

sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran
pendidikan seni. Hasil penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum pendidikan seni
supaya lebih berkesan. Bahagian atau tajuk manakah yang perlu lebih tumpuan. Atau

ada tajuk-tajuk yang didapati tidak sesuai dan boleh diganti dengan tajuk baru. Penilaian berfungsi untuk menilai
keseluruhan kandungan program sejauh manakah program itu berkesan selari dengan matlamat dan objektif program
itu, dimanakah kelemahan dan kekuatannya, hasil daripada maklumat yang dikumpul melalui penilaian boleh
dijadikan sebagai petunjuk dan panduan

bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan mengetahui dimanakah kekuatan


program itu.
Satu lagi tujuan penilaian adalah untuk mengukur pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran pendidikan seni. Penilaian ini yang sering kita lakukan sama

ada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesuatu sesi persekolahan (sumatif). Penilaian formatif berfungsi
untuk melihat pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar secara eksplisit, umpamanya dapat mengukur tahap-
tahap perkembangan kemahiran (psikomotor) pelajar dalam sesuatu aspek kemahiran, melihat perkembangan sikap
dan tingkahlaku (afektif) yang memerlukan bimbingan, galakan dan pembentukan. Manakala penilaian berbentuk
sumatif lebih bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu
(kognitif).

Kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni
visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Bagaimana untuk mengurus penilaian pendidikan seni ?

Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasarkan beberapa prinsip, perlu ada kesahihan dan keboleh-percayaan, apa
yang dinilai itu adalah berkaitan dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum pelajaran tersebut, menilai apa
yang telah diajar dan dipelajari oleh pelajar. Dari aspek kesahihan penilaian perlulah

diuruskan secara objektif, ujian diurus mengikut prinsip, mengambil kira kaedah, penggridan (scoring), ada etika
(ethics)dan equiti, bukan sekadar melakukannya secara sewenangnya. Secara prinsipnya penilaian perlu

dilakukan secara beretika, berkesan, boleh dipercayai, rapi dan adil. Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk
melaksanakan penilaian guru-guru pendidikan seni perlulah menilai kembali kaedah

atau method
pengajarannya, adakah ianya menjurus kepada matlamat dan objektif dan
selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.
Panduan Mengendali Penilaian:

You might also like