You are on page 1of 7

Latar Belakang

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama
penanya Che Det) dilahirkan pada 20 Disember 1925 adalah Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16
Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus
kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala
lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan


kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan
golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara.
Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya
yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh bersifat kronisme seperti
pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang


suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang
penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan
oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat
dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil


pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek
Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi
lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa


Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka
pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang
tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa.
Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut
di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Pendidikan

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak,


Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran
di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor
Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior
Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir
menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka
kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti


Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau
ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya Politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau
mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila
UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama
mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan
Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan
dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau
membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk
pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau
hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan
mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai
Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli
Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau
ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi
sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan
undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya


dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum
suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah
mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir
juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu"


(The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan
menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970
dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi
Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir


masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai
senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan
raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas
pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet
Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib
presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul
Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein
Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan
portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr
Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn
mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai
penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri
Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008


dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap
kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan
Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir
perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai
UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan
pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala
Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung


Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di


Hospital Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan


pintasan arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar
jantung terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth,
Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani
Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California,
Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan
saluran darah arteri kali ke-2.
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan
Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.

Kontroversi
Krisis perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan
membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini,
setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung.
Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-
undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini
hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang
Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung, Mahathir
dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan tiga
orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes tersebut. Siri
insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang
sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku ketua badan
eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar
Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa
itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa
beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta
orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya
bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan
Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di
Indonesia atas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan
Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum
Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan
raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya
memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar,
Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar
dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen,
jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.
Keluar UMNO
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.
Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan
UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr
Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf
Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan
keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO)
sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat
ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan


cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan
sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan
dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga
Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu
berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah
menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari
UMNO.

Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan


perdana menteri, Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun
terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa
UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya,Dr.
Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang
untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di
kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan
inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap
kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia


selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun
Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut..
Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk
menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul
Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan
jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr
Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

You might also like