You are on page 1of 3

KAQ1043

BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK


TAJUK JURNAL : SIMPTOM DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

NAMA : Nurul Ashinaz bt Abdul Majid


NO MATRIK : E20091000272
KUMPULAN : C
SEMESTER : Semester II Sesi 2010/2011
NAMA PENSYARAH : Cik Anis Norma bt Jaafar

ULASAN JURNAL
Berdasarkan jurnal Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah, jurnal ini
membincangkan tentang peratusan kanak-kanak prasekolah yang berisiko mempunyai s
imptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar d
ikuasai oleh kanak-kanak. Terdapat 10 subujian dalam set ini yang menguji ingata
n memori, pengetahuan, kemahiran motor halus, deria persepsi dan keseimbangan tu
buh. Menurut Drake (1989), antara ciri-ciri masalah disleksia yang dikenalpasti
adalah seperti kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan inte
lektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan
lancar dan tepat, mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisa
n dan mempunyai tumpuan pendengaran serta pengamatan visual yang terhad. Kanak-k
anak disleksia seringkali ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas bagi mengatasi keg
agalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Menurut Sofea
(2000), disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdik
an seseorang, ia juga tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000).
Hasil kajian pakar perubatan pula mendapati dari segi fizikalnya, kanak-kanak di
sleksia merupakan seorang yang aktif (Zabidi 2000). Menurut kajian lepas oleh No
rani, Abd Razak, Norazizah, Adnan @ Nan Khamis dan Siti Eshah (1999), menunjukka
n seramai 3,103 (9%) daripada 34,178 kanak-kanak prasekolah adalah terdiri dari
berkeperluan khas pelbagai kategori.
Menurut jurnal, populasi kajian ini melibatkan 40 orang pelajar dari dua
kelas prasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri Sembilan yang terpilih s
ecara rawak. 17 sampel terdiri pelajar lelaki, manakala 23 sampel adalah pelajar
perempuan. Kajian ini mengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test
(DEST) melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan
Disleksia (UAPD). Ujian Awal Pengesahan Disleksia ini mengandungi 10 subujian i
aitu ujian 1- menamakan dengan pantas, ujian 2- mencucuk manik, ujian 3- membeza
bunyi, ujian 4- keseimbangan tubuh, ujian 5- mengenalpasti rima/sebutan huruf p
ertama, ujian 6- span digit ke hadapan, ujian 7- menamakan angka, ujian 8- menam
akan abjad/huruf, ujian 9- turutan bunyi, ujian 10- menyalin bentuk berdasarkan
contoh yang diberi. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif menggunakan per
atusan.
Berdasarkan jadual 7 yang terdapat di dalam jurnal, jika dilihat dari pe
ratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, daripada 10 subujian y
ang dijalankan mendapati 27.5% (11 orang) kanak-kanak dikesan menunjukkan simpto
m berisiko disleksia, namun hanya 15% (6 orang) sampel sangat berisiko mempunyai
simptom disleksia. Dapatan ini juga dipengaruhi oleh beberapa aspek antaranya t
erdapat kemahiran yang diuji tidak merupakan elemen pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Keadaan ini menjadikan sampel kurang terbiasa dan lemah dalam p
enguasaan. Ujian lain mempengaruhi keputusan ujian ini adalah pengujian â Keseimbanga
n Tubuhâ yang tidak menjadi keutamaan di kelas prasekolah. Elemen ini kerapkali dili
batkan secara tidak langsung dalam gerakan semasa Pendidikan Jasmani contohnya s
eperti, pergerakan berjalan di atas papan imbangan. Namun demikian, ia bukanlah
bertujuan untuk mengenalpasti dan memperbaiki kesan ketidakseimbangan tetapi sek
adar riadah dan rekreasi. Komponen pengajaran ini boleh menjadi satu alat penguk
uran dalam membantu kanak-kanak yang didapati tidak seimbang tubuh badannya agar
dirujuk pada pihak perubatan bagi mengenalpasti tahap kesihatannya terutama ber
kaitan saraf cerebrum yang berkait rapat dengan keupayaan mental.
Jika dilihat dari peratusan simptom mengikut gender pula, bilangan pelaj
ar lelaki adalah sangat berisiko simptom disleksia berbanding pelajar perempuan.
Ia berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan oleh indek pencapaian 1.5 iaitu
seramai 3 orang sampel lelaki (7.5%) dan tiada pelajar perempuan. Bagi indeks 1
.4 sampel perempuan melebihi pelajar lelaki iaitu 2 orang (5%) dan sampel lelaki
seramai 1 orang (2.5%), tiada sampel yang mencapai 1.3, bagi indeks 1.2 sampel
pelajar perempuan melebihi sampel lelaki iaitu seramai 3 orang (7.5%) dan tiada
sampel lelaki. Bagi indeks 1.1 pula, pencapaian adalah sama bagi kedua-dua sampe
l iaitu 1 orang (2.5%). Terdapatnya kajian dalam perkembangan sistem saraf manus
ia mendapati kanak-kanak lelaki lebih lambat matang berbanding kanak-kanak perem
puan. Kelewatan ini memungkinkan faktor disleksia bagi kanak-kanak lelaki dalam
kajian ini tinggi.
Berdasarkan simptom disleksia mengikut risiko, daripada 10 subujian yang
dijalankan terdapat 3 subujian yang telah dikenalpasti sukar dikuasai oleh kana
k-kanak dalam ujian ini dan mencatatkan peratusan kegagalan melebihi 40% antaran
ya adalah subujian 8 (Menamakan Abjad/Huruf), subujian 5 (Mengenalpasti Rima/Seb
utan Huruf Pertama) dan subujian 3 (Membezakan Bunyi). Bagi subujian 8, ketika u
jian dijalankan abjad/huruf yang dikemukakan sebagai bahan ujian adalah t,s,d,e,
w,o,b,q,n,y. Beberapa kemungkinan wujud dari dapatan ini antaranya adalah kerana
abjad yang dikemukakan tidak lengkap siri dan mengikut turutan dan ini menyukar
kan sampel untuk mengenal abjad melalui kaedah hafalan mengikut urutan a-z. Kemu
ngkinan kedua adalah disebabkan abjad o,w,q,n dan y merupakan abjad yang terkebe
lakang kedudukannya dalam siri turutan abjad yang mengakibatkan memori sampel ti
dak berupaya memproses dan menyalurkan maklumat dengan segera. Selain itu, tahap
keintelektualan sampel itu sendiri termasuk dalam lingkungan yang lemah disebab
kan tahap kesihatan atau kurang pengetahuan yang diterima.
Bagi subujian 5, sampel kajian dalam subujian ini sering menghadapi masa
lah membezakan antara bunyi huruf dengan nama huruf sebagai contoh â câ dinyatakan sebag
i /si/ sedangkan sepatutnya /tf/. Kegagalan sampel dalam mengenalpasti bunyi rim
a seringkali disebabkan masalah alat pendengaran atau kehadiran â glue earâ yang memerlu
an pemeriksaan pakar perubatan Bradley dan Bryant (1983). Perkaitan kesukaran ya
ng menjadi faktor kegagalan ini juga dilihat dalam subujian 3. Dalam subujian 3
(Membezakan Bunyi) memperlihatkan kesukaran kepada sampel untuk mengingati semul
a bunyi yang pernah didengar. Menurut Nocolson et al.(1994) permasalahan ini dik
aitkan dengan keupayaan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang kanak-k
anak disleksia yang sering menghadapi masalah terutama dalam membezakan bunyi. K
eseluruhannya, ketiga-tiga subujian ini merupakan subujian yang paling sukar dik
uasai sampel dan ianya melibatkan kemahiran deria-persepsi.
Berdasarkan jurnal yang diperolehi, jurnal ini bersesuaian untuk dikaji
bagi mengenalpasti kanak-kanak yang berisiko mempunyai simptom disleksia. Kelema
han yang dikenalpasti dalam jurnal ini adalah jurnal ini hanya menggunakan dua k
elas prasekolah di dua buah sekolah yang berbeza di Negeri Sembilan. Bagi mengen
alpasti peratusan kanak-kanak yang bersimptom disleksia dengan lebih tepat, seha
rusnya kajian ini dijalankan di setiap sekolah dalam setiap negeri yang berbeza.
Selain itu, bagi mengatasi masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak, guru p
erlu mengamalkan konsep pengukuhan positif dengan memberi pujian kepada kanak-ka
nak disleksia. Guru juga perlu memastikan tulisan mereka terang dan jelas bagi m
emudahkan kanak-kanak disleksia menyalin semula apa yang ditulis. Di samping itu
, perlunya satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Hal i
ni demikian, program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk kanak-kanak
yang mengalami disleksia. Penggunaan pelbagai jenis deria dalam pengajaran dan p
embelajaran juga perlu dititikberatkan guru. Cadangan yang seterusnya adalah, gu
ru perlu menggalakkan kemahiran atau bakat semula jadi kanak-kanak dan sentiasa
memberikan galakan serta membakar semangat mereka supaya sentiasa berusaha untuk
mencapai kejayaan. Tuntasnya, keperluan pengesanan simptom disleksia di peringk
at prasekolah amatlah dititikberatkan dan guru sebagai perancang cara dalam mena
ngani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ini hendaklah dilaksana
kan dengan segera. Adalah menjadi harapan agar peluang â Pendidikan untuk Semuaâ yang di
eteri melalui Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna den
gan perhatian dan penglibatan semua pihak bangun dan membantu kanak-kanak dislek
sia mencapai inspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti.

You might also like