Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
3Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
jurnal

jurnal

Ratings: (0)|Views: 539|Likes:
Published by Nurul Ashinaz

More info:

Published by: Nurul Ashinaz on Mar 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/07/2012

pdf

text

original

 
 
Page 0
 
KAQ1043BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAKTAJUK JURNAL : SIMPTOM DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
NAMA : Nurul Ashinaz bt Abdul MajidNO MATRIK : E20091000272KUMPULAN : CSEMESTER : Semester II Sesi 2010/2011NAMA PENSYARAH : Cik Anis Norma bt Jaafar 
 
 
Page 1
 
ULASAN JURNAL
Berdasarkan jurnal Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah, jurnal inimembincangkan tentang peratusan kanak-kanak prasekolah yang berisiko mempunyaisimptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasaioleh kanak-kanak. Terdapat 10 subujian dalam set ini yang menguji ingatan memori,pengetahuan, kemahiran motor halus, deria persepsi dan keseimbangan tubuh. MenurutDrake (1989), antara ciri-ciri masalah disleksia yang dikenalpasti adalah seperti kesukaranbelajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membacasesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat , mata menjadi penatsetelah beberapa minit menumpu pada tulisan dan mempunyai tumpuan pendengaran sertapengamatan visual yang terhad. Kanak-kanak disleksia seringkali ditempatkan di KelasPemulihan Khas bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Menurut Sofea (2000), disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiadakaitan dengan tahap kecerdikan seseorang , ia juga tidak boleh disembuhkan tetapi bolehdirawat (BOLD 2000). Hasil kajian pakar perubatan pula mendapati dari segi fizikalnya,kanak-kanak disleksia merupakan seorang yang aktif (Zabidi 2000). Menurut kajian lepasoleh Norani, Abd Razak, Norazizah, Adnan @ Nan Khamis dan Siti Eshah (1999),menunjukkan seramai 3,103 (9%) daripada 34,178 kanak -kanak prasekolah adalah terdiridari berkeperluan khas pelbagai kategori.Menurut jurnal, populasi kajian ini melibatkan 40 orang pelajar dari dua kelasprasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri Sembilan yang terpilih secara rawak. 17sampel terdiri pelajar lelaki, manakala 23 sampel adalah pelajar perempuan. Kajian inimengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test (DEST) melalui kaedahTerjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). UjianAwal Pengesahan Disleksia ini mengandu ngi 10 subujian iaitu ujian 1 - menamakan denganpantas, ujian 2- mencucuk manik, ujian 3- membeza bunyi, ujian 4- keseimbangan tubuh,ujian 5- mengenalpasti rima/sebutan huruf pertama, ujian 6 - span digit ke hadapan, ujian 7 -menamakan angka, ujian 8- menamakan abjad/huruf, ujian 9 - turutan bunyi, ujian 10-menyalin bentuk berdasarkan contoh yang diberi. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan.Berdasarkan jadual 7 yang terdapat di dalam jurnal, jika dilihat dari peratusan sampelyang berisiko mempunyai simptom disleksia, daripada 10 subujian yang dijalankanmendapati 27.5% (11 orang) kanak-kanak dikesan menunjukkan simptom berisiko disleksia,namun hanya 15% (6 orang) sampel sangat berisiko mempunyai simptom disleksia.Dapatan ini juga dipengaruhi oleh beb erapa aspek antaranya terdapat kemahiran yang diuji
 
 
Page 2
 
tidak merupakan elemen pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan inimenjadikan sampel kurang terbiasa dan lemah dalam penguasaan. Ujian lainmempengaruhi keputusan ujian ini adalah pengujian µKeseimbangan Tubuh¶ yang tidakmenjadi keutamaan di kelas prasekolah. Elemen ini kerapkali dilibatkan secara tidaklangsung dalam gerakan semasa Pendidikan Jasmani contohnya seperti, pergerakanberjalan di atas papan imbangan. Namun demikian, ia bukanlah bertujuan untukmengenalpasti dan memperbaiki kesan ketidaks eimbangan tetapi sekadar riadah danrekreasi. Komponen pengajaran ini boleh menjadi satu alat pengukuran dalam membantukanak-kanak yang didapati tidak seimbang tubuh badannya agar dirujuk pada pihakperubatan bagi mengenalpasti tahap kesihatannya terutama berkaitan saraf cerebrum yangberkait rapat dengan keupayaan mental.Jika dilihat dari peratusan simptom mengikut gender pula, bilangan pelajar lelakiadalah sangat berisiko simptom disleksia berbanding pelajar perempuan. Ia berdasarkankeputusan ujian yang ditunjukkan oleh indek pencapaian 1.5 iaitu seramai 3 orang sampellelaki (7.5%) dan tiada pelajar perempuan. Bagi indeks 1.4 sampel perempuan melebihipelajar lelaki iaitu 2 orang (5%) dan sampel lelaki seramai 1 orang (2.5%), tiada sampelyang mencapai 1.3, bagi indeks 1.2 sampel pelajar perempuan melebihi sampel lelaki iaituseramai 3 orang (7.5%) dan tiada sampel lelaki. Bagi indeks 1.1 pula, pencapaian adalahsama bagi kedua-dua sampel iaitu 1 orang (2.5%). Terdapatnya kajian dalamperkembangan sistem saraf manusia mendapati kanak-kanak lelaki lebih lambat matangberbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan ini memungkinkan faktor disleksia bagikanak-kanak lelaki dalam kajian ini tinggi.Berdasarkan simptom disleksia mengikut risiko, daripada 10 subujian yangdijalankan terdapat 3 subujian yang telah dikenalpasti sukar dikuasai oleh kanak -kanakdalam ujian ini dan mencatatkan p eratusan kegagalan melebihi 40% antaranya adalahsubujian 8 (Menamakan Abjad/Huruf), subujian 5 (Mengenalpasti Rima/Sebutan Huruf Pertama) dan subujian 3 (Membezakan Bunyi). Bagi subujian 8, ketika ujian dijalankanabjad/huruf yang dikemukakan sebagai bahan ujian adalah t,s,d,e,w,o,b,q,n,y. Beberapakemungkinan wujud dari dapatan ini antaranya adalah kerana abjad yang dikemukakantidak lengkap siri dan mengikut turutan dan ini menyukarkan sampel untuk mengenal abjadmelalui kaedah hafalan mengikut urutan a -z. Kemungkinan kedua adalah disebabkan abjado,w,q,n dan y merupakan abjad yang terkebelakang kedudukannya dalam siri turutan abjadyang mengakibatkan memori sampel tidak berupaya memproses dan menyalurkanmaklumat dengan segera. Selain itu, tahap keintelektualan sampel itu sendiri termasukdalam lingkungan yang lemah disebabkan tahap kesihatan atau kurang pengetahuan yangditerima.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->