You are on page 1of 5

KOLEKSI SOALAN FINAL BAB 2

SOALAN 1 (JAN 08)

b) Lakarkan struktur bagi satu sistem pengoperasian. [10m]

c) Di antara ciri utama sistem pengoperasian adalah ”PERKONGSIAN”.


Terangkan kelebihan perkongsian ini. [10m]

SOALAN 1 (JUL 07)

c) i. Terangkan DUA (2) struktur asas sistem pengoperasian. [4m]

ii. Lakarkan rajah struktur sistem pengoperasian. [3m]

KOLEKSI SOALAN FINAL BAB 3

SOALAN 1 (JAN 09 & JAN 07)

a) i. Nyatakan TIGA (3) program yang terdapat di dalam sistem nukleus. (3m)

ii. Nyatakan DUA (2) masalah yang dihasilkan oleh skim ingatan tetap. (4m)

SOALAN 2 (JUL 07)

a) Apakah DUA (2) mekanisme sampukan dan jelaskan setiap satu. (8m)

b) i. Jelaskan maksud sistem nukleus serta fungsinya. (4m)


ii. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurus Sampukan Paras Pertama
(FLIH) serta jelaskan DUA (2) fungsi FLIH. (13m)
SKEMA JAWAPAN KOLEKSI SOALAN FINAL BAB 2

SESI JAN 08

SOALAN 1 (B)

Program Aplikasi

Sistem Program

Antaramuka Pengguna Panggilan Sistem

Perisian Pengurusan Pengurusan Kawalan Pengurusan


Proses Ingatan I/O Fail

Perkakasan CPU Ingatan Peranti Storan


Utama I/O
Sekunder

[10]
Jumlah = 10 markah
SOALAN 1 (C)

Kelebihan Perkongsian:
 Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh
beberapa pengguna sistem. [2]

o Kelebihannya: penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada


pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan
digunakan sentiasa oleh seorang pengguna. [2]
o Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan
dapat dikongsi oleh beberapa pengguna. [2]
Isi pilih satu sahaja
 Kongsi aturcara dan rutin [1]
o Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan misalnya rutin isihan,
penyusunan dikongsi penggunaannya. [2]

 Kongsi data [1]


o Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi
oleh aturcara berlainan. [2]
o dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail
dan data. [2]
Jumlah = 10 markah
SESI JUL 07

SOALAN 1 (C)

i) Perkakasan
 sistem komputer yang terdiri daripada unit pemprosesan pusat,
ingatan utama dan beberapa peranti input/output yg merupakan
periferal sistem komputer. [2]

Perisian
 Membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu
tindakan dan dipanggil perisian penggunaan. [2]
 Untuk memudahkan pembangunan perisian penggunaan, sistem
komputer menyediakan perisian sistem seperti compiler, editor. [2]

Pilih salah satu sahaja


Jumlah = 4 markah

ii)

Program Aplikasi

Sistem Program

Antaramuka Pengguna Panggilan Sistem

Perisian Pengurusan Pengurusan Kawalan Pengurusan


Proses Ingatan I/O Fail

Perkakasan CPU Ingatan Peranti Storan


Utama I/O
Sekunder

[3m]
SKEMA JAWAPAN KOLEKSI SOALAN FINAL BAB 3

SESI JAN 09 & JAN 07

SOALAN A (i)

3 program yang terdapat di dalam sistem nukleus:


1. Pengurus Sampukan Paras Pertama (FLIH) [1]
2. Penjadualan Paras Rendah (Dispatcher) [1]
3. Implementasi wait dan signal [1]
Jumlah = 3 markah

SOALAN A (ii)

2 masalah yang dihasilkan oleh skim ingatan tetap:


1. Satu proses mesti menunggu sehingga terdapat satu partisi yang cukup
besar baginya. [2]
2. Jika saiz itu leih kecil dari partisi yang disediakan untuknya, ia akan
mengakibatkan pembaziran ruang. [2]
3. Saiz proses mesti diketahui lebih awal, jadi skim ini hanya sesuai bagi
sistem berkelompok sahaja. [2]
Pilih mana-mana 2 sahaja
Jumlah = 4 markah
SESI JUL 07

SOALAN 2 (A)

Mekanisme sampukan:
i. Channel [1]
 peranti yang mengawal periferal [1]
 yang menjalankan perpindahan data di antara periferal dan
ingatan [1]
 tanpa melibatkan pemproses pusat. [1]
Jumlah = 4 markah

ii. Sampukan [1]


 isyarat yang mengalihkan kawalan pemproses pusat ke satu lokasi
tertentu [1]
 menyimpan nilai pengira program untuk proses yang disampuk
sebelum sampukan. [1]
program yang sedang dijalankan semasa menerima sampukan
akan terhenti seketika [1]
 tetapi boleh diteruskan semula kemudian. [1]
Jumlah = 4 markah
Jumlah keseluruhan = 8 markah
SOALAN 2 (B- i)

Maksud sistem nukleus:


 lapisan dalam yang terakhir di dalam sistem pengoperasian [2]

Fungsi:
 untuk menyediakan sekitaran untuk mewujudkan proses-proses seperti
menangani sampukan, beralih (switch) pemproses di antara proses dan
implementasi mekanisme komunikasi di antara proses [2]
Jumlah = 4 markah

SOALAN 2 (B- ii)

Maksud FLIH:
 Bertindakbalas dengan isyarat-isyarat dari luar (sampukan) dan dalam
(ralat) sistem komputer. [3]
Jumlah = 3 markah

2 Fungsi FLIH :
a. Menentukan sumber yang menghasilkan sampukan :
 Mekanisma sampukan diperlukan untuk menyimpan nilai pengira
program (pendaftar) sesebuah proses yang disampuk dan mengalihkan
kawalan ke satu lokasi tertentu di dalam ingatan. [2]
 Lokasi ini akan digunakan untuk memulakan satu program yang
dipanggil rutin sampukan atau pengurus sampukan (interrupt handler)
yang menentukan sumber sampukan dan memberi tindakbalas yang
sepatutnya. FLIH adalah program ringkas yang beroperasi di dalam
ingatan. [3]

b. Memulakan layanan untuk menangani sampukan


 memanggil rutin layanan yang bersesuaian dengan jenis sampukan
(sama ada peranti i/o, ralat). [1]
 Tindakan rutin-rutin layanan sampukan (dijalankan dalam mod
supervisor) adalah sangat minima (seperti memindahkan satu aksara
dari peranti input ke dalam penimbal (buffer) [2]
 tindakan selanjutnya (seperti apa yang perlu dilakukan kepada aksara
itu) akan diserahkan kepada proses yang dilaksanakan di dalam mod
pengguna. [2]
Jumlah = 10 markah

You might also like