You are on page 1of 2

Keruntuhan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan

membawa maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan.


Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlakremaja Islam
masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan jugameliputi rosaknya akhlak
remaja apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada
ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks
bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan
meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam
jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh. Akhlak
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud budi
pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat.

Di Malaysia,remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan


penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan
dengan kelompok ini juga banyak.Data dan statistikbanyak menunjukkan keruntuhan
akhlak di kalanaganremaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak
Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara
tahun1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahanbagi kesalahanjenayah
harta benda serta kekerasan. Daripadajumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%adalah
remaja dan dalam kalanganremaja yang diberkaspula, kesalahan yang dilakukan
boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis
menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah
rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri
motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja
bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja,
malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah
sahaja, sebanyak 307 kes jenayahberlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah
itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204
kes melibatkan kaum Melayu, 54 remajaCina dan 47 adalah remaja kaum India.

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadahpsikoaktif,


antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan,
2856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan
akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan
maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan
Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja
yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan,
4111 kes pada tahun 1989,3763 kes pada tahun 1990dan sebanyak 2658 kes
sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi
untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir
masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua
buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina
terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat
demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah
(Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin


menulardan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota .
Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13
tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua.Seorang guru disiplin
di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondomyang
disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati,
Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di
sekolah tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti
maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di
Malaysia bertambah serius.Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur
mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre
(KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana
mendapatipelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan
silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di
sekolahnya terlibat dalampengedaran pil ecstasy. Pelajar terbabit kerap ponteng
sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua
pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala
Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pemerogol dan juga
pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi
juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai
masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar diinstitusi
pengajian tinggi (IPT).

You might also like