You are on page 1of 16

KERTAS KERJA PEMASARAN

ANJURAN

KELAB RAKAN ALAM SEKITAR


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TARIKH
6-9 APRIL 2011

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


PENGENALAN KELAB RAKAN ALAM SEKITAR (KRAS)

Kelab Rakan Alam Sekitar telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan bernaung dibawah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumini, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kelab ini telah bergiat
aktif dalam aktiviti yang berkaitan dengan isu – isu alam sekitar pada tahun 2010. Antara
aktivitinya ialah mengumpulkan pakaian dan beg terpakai kepada pelajar miskin di Vietnam.
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai aspek pemuliharaan alam sekitar
seperti kepentingan memulihara ekosistem paya bakau.

MISI DAN VISI KELAB

KRAS mempunyai satu visi atau matlamat iaitu menjadi pencetus kepada masyarakat
sekeliling (baik penduduk sekitar mahupun mahasiswa UPSI sendiri) tentang kepentingan
penjagaan alam sekitar, terutamanya dalam kegiatan seperti pemeliharaan dan pemuliharaan.
Bagi mencapai visi ini, KRAS telah menyenaraikan misi kelab iaitu memberikan kesedaran
kepada masyarakat sekeliling termasuk mahasiswa mahasiswi serta para pelajar sekolah
tentang kepentingan pengekalan kualiti alam sekitar dalam kehidupan. Kesedaran ini diyakini
dapat membantu memberikan bukan sahaja alam sekitar yang lebih sihat malahan menjamin
kelestarian kualiti kehidupan masyarakat di negara kita. Pada masa yang sama, diharapkan sifat
mencintai alam sekitar dapat dipupuk dan ditingkatkan dalam diri setiap warga Malaysia.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


SEKILAS PANDANG KARNIVAL ALAM SEKITAR 1 MALAYSIA (KALAM 11)

Karnival Alam Sekitar 1 Malaysia 2011 (KALAM 11) merupakan salah satu program kendalian
Kelab Rakan Alam Sekitar (RAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Program ini bertujuan
untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pengurusan alam sekitar secara berterusan
kepada mahasiswa/mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT), staf UPSI, pelajar-pelajar sekolah
sekitar Tanjung Malim, serta masyarakat sekitar Tanjung Malim. KALAM 11 akan diketahui
umum melalui penglibatan daripada pihak media secara menyeluruh. Antara pihak media yang
terlibat dalam program ini ialah akhbar tempatan, stesen televisyen serta radio tempatan.

Program ini juga bertujuan untuk mengajak serta menyeru para mahasiswa/mahasiswi serta
pelajar-pelajar sekolah yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan agar lebih menghargai
seterusnya melahirkan kecintaan mereka terhadap alam sekitar. Perubahan cuaca global serta
bencana alam semakin membimbangkan sejak dewasa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa
tangan manusia banyak menyumbang kepada fenomena-fenomena tersebut. Oleh sebab itu,
Kelab Rakan Alam Sekitar UPSI (RAS) terpanggil untuk mengadakan program ini sebagai salah
satu alternatif agar bumi akan terus menjadi tempat tinggal yang selesa dan aman untuk
manusia, flora dan juga fauna.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


PAKEJ A : PENAJA UTAMA (RM 10 000)

FAEDAH-FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI OLEH PENAJA

1. PUBLISITI

Nama dan logo syarikat tuan akan disertakan dalam kempen promosi, secara langsung ia
akan bertindak sebagai salah satu kaedah mempromosikan syarikat penaja. Bentuk
promosi adalah:

 Banner

 Banting

 Poster utama

 Pamplet

 Iklan dalam buku cenderamata (Muka Hadapan)

 Akhbar tempatan

 Pendedahan dalam media elektronik

 Publisiti dalam akbar rasmi universiti ‘Warta Kampus’

 Pendedahan dalam laman web sosial

2. SIJIL PENGHARGAAN

Penaja bersama akan mendapat sijil penghargaan daripada pihak Kelab Rakan Alam
Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


3. CENDERAMATA

Sebagai tanda penghargaan kepada penaja bersama, satu cenderamata akan diberi
kepada syarikat tuan oleh tetamu kehormat semasa upacara penyerahan sumbangan.

4. JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN DAN UPACARA PROGRAM

Sebagai tanda penghargaan, tuan akan diundang untuk menghadiri Majlis Perasmian
Pembukaan untuk menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutup.

5. LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

Penaja bersama akan mendapat penghargaan dengan:

 Nama syarikatnya disebut dalam teks ucapan tetamu kehormat

 Wakil daripada pihak tuan dijemput untuk berucap pada Majlis Perasmian Penutup

 Upacara Penyampaian Replika Cek pada Majlis Perasmian Penutup

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


PAKEJ B : PENAJA PRODUK

Minuman Rasmi

Lain-lain :

Kain banner

Banting

T-shirt dan topi

Makanan

Alat tulis

Majalah
1. PUBLISITI
Wrist band
Penaja akan diperkenalkan melalui :

 Banner

 Pamplet

 Buku cenderamata

 Poster

 Akhbar tempatan

 Pendedahan dalam media elektronik

 Publisiti dalam akbar rasmi universiti ‘Warta Kampus’

 Pendedahan dalam laman web sosial

2. Syarikat tuan akan ditawarkan menjadi syarikat yang menaja barangan rasmi dalam
program seperti akhbar, minuman atau pakaian rasmi sekiranya nilai produk syarikat
tuan adalah yang terbesar dalam program ini.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


3. RUANGAN IKLAN

Mendapat ruangan iklan dalam buku cenderamata (hitam/putih), tetapi sekiranya syarikat
tuan merupakan syarikat barangan penaja barangan rasmi, tuan akan mendapat 1 muka
surat penuh di bahagian dalam kulit belakang buku cenderamata.

4. SIJIL PENGHARGAAN

Syarikat tuan akan mendapat sijil penghargaan daripada Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5. CENDERAMATA

Syarikat tuan akan menerima cenderamata pada Majlis Perasmian Penutup.

6. JEMPUTAN MAKAN MALAM

Seorang wakil daripada syarikat tuan akan dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian dan
Penutup.

7. LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

Nama dan syarikat tuan akan disebut dalam teks ucapan perasmian. Syarikat tuan juga
dapat membina hubungan baik dengan syarikat-syarikat lain dan juga dapat menaikkan
nama serta imej syarikat tuan di mata masyarakat UPSI khususnya dan masyarakat luar
amnya.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


PAKEJ C : PENAJA SAMPINGAN

1. PUBLISITI

Penaja akan diperkenalkan melalui :

 Banner

 Pamplet

 Buku cenderamata

 Poster

 Akhbar tempatan

 Pendedahan dalam media elektronik

 Publisiti dalam akbar rasmi universiti ‘Warta Kampus’

 Pendedahan dalam laman web social

2. RUANGAN IKLAN

Mendapat ruangan iklan dalam buku cenderamata (hitam/putih).

3. SIJIL PENGHARGAAN

Syarikat tuan akan mendapat sijil penghargaan daripada Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


4. CENDERAMATA

Syarikat tuan akan menerima cenderamata pada Majlis Perasmian Penutup.

5. JEMPUTAN MAKAN MALAM

Seorang wakil daripada syarikat tuan akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup.

6. LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

Nama dan syarikat tuan akan disebut dalam teks ucapan perasmian. Syarikat tuan juga
dapat membina hubungan baik dengan syarikat-syarikat lain dan juga dapat menaikkan
nama serta imej syarikat tuan di mata masyarakat UPSI khususnya dan masyarakat luar
amnya.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


PAKEJ D : PENAJA AKTIVITI / SLOT

Pihak tuan juga boleh memilih untuk menaja program yang akan dijalankan pada Karnival Alam
Sekitar 1 Malaysia 2011 (KALAM 11).

Antara aktiviti / slot tersebut ialah :

AKTIVITI / SLOT Kos Perbelanjaan (RM)


I. Pesta buku 800
II. Pameran Alam Sekitar 700
III. Tayangan Gambar : A Inconvenient Truth 500
IV. Siri Ceramah Alam Sekitar 1000
V. Forum Perdana Hal Ehwa Islam : Alam Sekitar Dari Perspektif Islam 1500
VI. Kempen Derma Darah 800
VII. Pertandingan Memasak (Healthy Food) 500
VIII. Senamrobik dan Larian Berkostum 300
IX. Pertandingan Pidato Bertemakan Alam Sekitar 800
X. Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak 700
XI. Pertandingan Fotografi 2000
XII. Kuiz Alam Sekitar peringkat IPT 3000
XIII. Vision Young Generation Perspective 1500
XIV. Gema Budaya : 1 Malaysia Melestarikan Bumi 2000
XV. Pertandingan Melukis dan Mewarna Kanak-kanak 300

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


1. PUBLISITI

Pihak tuan akan diperkenalkan melalui :

 Banner

 Pamplet

 Buku cenderamata

 Poster

 Akhbar tempatan

 Pendedahan dalam media elektronik

 Publisiti dalam akbar rasmi universiti ‘Warta Kampus’

 Pendedahan dalam laman web social

2. RUANGAN IKLAN

Mendapat ruangan iklan dalam buku cenderamata (hitam/putih).

3. SIJIL PENGHARGAAN

Syarikat tuan akan mendapat sijil penghargaan daripada Kelab Rakan Alam Sekitar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4. CENDERAMATA

Syarikat tuan akan menerima cenderamata pada malam Perasmian Penutup.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


5. JEMPUTAN MAKAN MALAM

Seorang wakil daripada syarikat tuan akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup.

6. LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

Nama dan syarikat tuan akan disebut dalam teks ucapan perasmian. Syarikat tuan juga
dapat membina hubungan baik dengan syarikat-syarikat lain dan juga dapat menaikkan
nama serta imej syarikat tuan di mata masyarakat UPSI khususnya dan masyarakat luar
amnya.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


HARGA RUANG IKLAN DALAM BUKU CENDERAMATA

Syarikat tuan juga boleh menyumbang dengan membeli ruang iklan yang disediakan dalam
buku cenderamata KALAM 2011 kami. Harga ruang iklan adalah mengikut kategori berikut.

RM 1500 RM 1700

Bahagian dalam kulit depan Bahagian luar kulit belakang


(bewarna) (bewarna)

RM 1300

Bahagian dalam kulit belakang


(bewarna)

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


RM 1000 RM 600

Muka surat dalam (bewarna) Muka surat dalam (hitam/putih)

RM 500 RM 300

RM 500 RM 300

Muka surat dalam (bewarna) Muka surat dalam (hitam/putih)

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


SUMBANGAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN

Sumbangan dari pihak tuan amatlah dialu-alukan dalam untuk menjayakan program ini. Kami
berharap pihak tuan masih berminat untuk memberi sumbangan sekurang-kurangnya dalam
bentuk lain sekiranya pihak tuan tidak berminat dengan pakej yang ditawarkan. Kerjasama dari
pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


BORANG PENERIMAAN

Karnival Alam Sekitar 1 Malaysia ( KALAM ),


d/a Jabatan Biologi
Fakulti Sains dan Matematik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Jalan Slim,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
u.p: Dr Husni Bin Ibrahim (05 – 450 )

Nama Syarikat : _

Alamat : _

Telefon : Fax: __

Jenis Sumbangan (sila tandakan berkenaan)

1. Penaja Utama
2. Penaja Sampingan
3. Penaja Produk
4. Penaja Aktiviti / Slot
Sila nyatakan program tersebut ______________________________________
5. Iklan Buku Cenderamata
6. Sumbangan Individu

RUANGAN SAIZ MUKASURAT STATUS HARGA (RM)

Bersama ini, saya sertakan cek berpalang/draft bank/wang pos no.


Yang berjumlah RM .

(RINGGIT MALAYSIA : .
*Semua pembayaran melalui cek hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI UNIVERSITI
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Tandatangan:

NAMA

COP RASMI

Tarikh:

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

You might also like