You are on page 1of 74

HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

NOR AMIZA RAZALI

MAWARNI JAFFAR

MARIANI NURDIN

NORAINI ANGKUM

MOHAMED ASHRAFIZREE AHMAD

JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat hala tuju pendidikan awal kanak-kanak di

malaysia.Transformasi pendidikan yang berkesan mampu menghasilkan modal insan

yang benar-benar boleh membawa negara ke tahap pembangunan ekonomi yang lebih

baik berasaskan kreativiti dan inovasi. Elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum,

corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu di terapkan

dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Hala

tuju pendidikan awal kanak-kanak di malaysia, dilihat dari segi sistem pendidikan di

malaysia, perbandingan pendidikan awal kanak-kanak dahulu dan sekarang,

transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem serta dasar kerajaan dan kualiti

pendidikan awal kanak-kanak.

1
PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam

diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan

deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara

umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran

sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang

praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu

mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam

kehidupan seharian.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses

kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang

kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya

‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran

yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai

persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and

Science, 1990).

Kepentingan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal dan cabaran

pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari

ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi

ibubapa dan pendidik muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat,

tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan

selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Hal ini kerana kanak-

kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah

2
agama. Mereka merupakan generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan

mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal

menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan islam sebagai agama sejagat

(Mastura Badzis, 2008). Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan

secara umum dan khusus berkaitan Hala Tuju Pendidikan Awal Kanak-kanak di

Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu pengetahuan

berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-

kanak.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAHULU DAN SEKARANG DI MALAYSIA

Sebagai institusi sosial yang utama, pendidikan akan terus menerima tumpuan dan

perhatian masyarakat. Masyarakat akan tetap menaruh harapan yang tinggi terhadap

kuasa dan pengaruh pendidikan. Tanda-tanda yang terdapat pada hari ini menujukkan

bahawa masyarakat percaya kegemilangan masa depan akan bergantung kepada

perlaksanaan sistem pendidikan. Apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah dan diberi

pendidikan secara formal maka sekaligus anggota masyarakat itu telah mencorak dan

menentukan hauan masa depan anak-anak mereka. Secara kasar, masa depan

sesuatu sistem pendidkan itu ditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari ini dan

juga perkembangan yang berlaku pada masa lalu (Robiah Sidin, 1992).

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk

bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak

pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran,

3
tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni

mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta

perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan (Mohd Kassim Jaffar, 2001).

Pada peringkat pertama, terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut

'sekolah pondok' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang

terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di

bina di sekelilingnya. Menurut Mohd Kassim Jaffar (2001), Pendidikan keagaamaan

dikatakan bermula sejak abad ke-15 dengan menyampaikan ilmu yang berkaitan

dengan tajwid (bacaan Al-Quran), fardu ain, membaca dan menulis jawi, menghafal

doa-doa dan sebagainya.

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu

berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan

di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa

penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan

Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut

dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan tiada campurtangan

tentang pendidikan vernacular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing

sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Matlamat utama sistem pendidikan

penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi

membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British

sahaja (Ummul Kasturi, 2010).

4
Pendidikan pada peringkat pendidikan telah berjalan secara ad hoc tanpa di

kawalan oleh satu garis panduan yang konkrit. Hal ini kerana pemerintah Inggeris tidak

menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan

kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka

mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare

policy). Di sebabkan perkara ini, objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak

mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur

sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Pendidikan pada zaman ini berkembang

secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan

memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut

maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan

keadaan struktur masyarakat majmuk (Ummul Kasturi, 2010).

Sistem pendidikan pada peringkat prakemerdekaan (1950-1957) semasa

penjajah mentadbir Tanah Melayu, penjelajah menyedari tentang kepentingan

pendidikan di tanah melayu, penjelajah menyedari perlunya memperbaiki kesilapan

atas tindakan mereka. Hal ini kerana penjajah tidak mahu generasi akan datang

menyalahkan ke atas tindakan penjajah. Dengan itu, mereka telah membuat dasar baru

dalam sistem pendidikan iaitu mengembalikan hak peribumi seperti bahasa dan hak

mendapatan pendidikan. Selain itu, dasar menyatupaduakan masyarakat berbilang

kaum agar tidak berlaku kekacauan .yang dibuat menyedari perlunya penambahbaikan

terhadap sistem pendidikan. Pada ketika ini, Pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan

tetapi hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja (Ummul Kasturi,

2010).

5
PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AWAL MERDEKA

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India, dan negara jiran

banyak berubah. Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat

kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah

kerumitan kaum tentang pendidikan (Ummul Kasturi, 2010).

Orang Melayu mula mendesak, supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di

sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran,

Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuah jawatankuasa Barnes, Laporan Barnes

ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-

sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa

Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil

akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan

memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang

Cina (Ummul Kasturi, 2010).

Laporan Fen wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah

Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah

Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan

yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu,

bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar (Ummul Kasturi, 2010).

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah

pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-

6
a) Laporan Razak (1957)

Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar

Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan

Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan

Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini

ialah:-

1) Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan.

2) Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa

pengantar utama.

3) Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

(Musliha, 2004)

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat

yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat

pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat.

Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta

pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang

berlandaskan alam Malaysia (Musliha, 2004).

b) Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah

mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan

7
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.

Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:

1. Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.

2. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun

berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas.

3. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk

keperluan tenaga mahir.

4. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk

keperluan kerohanian sebagai teras.

(Musliha, 2004)

c) Laporan Kabinet (1979)

Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman

Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam

menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini

terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi

perhatian ialah:-

1. Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.

2. Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan

mengira) dan pengajaran pemulihan.

3. Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.

4. Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun.

8
5. Pendidikan kerohanian yang kukuh.

6. Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

(Musliha, 2004)

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan

negara–negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan

tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah

dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran

perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga

nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulum

baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang

dikeluarkan pada tahun 1979 (Manroy, 2009).

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan

negara–negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan

tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah

dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran

perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga

nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut. Perlaksanaan kurikulum

baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang

dikeluarkan pada tahun 1979 (Manroy, 2009).

9
AKTA PELAJARAN 1961

Secara amnya, Akta Pelajaran 1961 adalah berdasarkan kepada cadangan-cadangan

yang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Asas utama yang dikemukakan

oleh laporan tersebut adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Justeru,

Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu

padu. Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang

bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada penguasaan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama

bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid

(Ahmad Fauzi, 2009).

Walaupun dari segi dokumen Akta Pelajaran 1961 merupakan satu risalah

perundangan pendidikan yang komprehensif, namun akta tersebut perlu disemak

semula. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, akta tersebut telah

menampakkan kekurangan dan didapati banyak lompong (loopholes) khususnya untuk

menangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan negara.

Olehyang demikian, kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan mendapati akta

tersebut memerlukansemakan, pemansuhan dan peruntukan-peruntukan baru selaras

dengan keperluan dan cabaran pendidikan semasa (Ahmad Fauzi, 2009).

AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan

memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut

10
telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud

melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan

Kebangsaan, yang memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang

disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akan

memenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melalui

pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik (Ahmad Fauzi, 2009).

Dekad terakhir abad ke-20 iaitu zaman dasar pembangunan Negara (1991-2000)

menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi

pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan

beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, sebagai contoh, Akta Pendidikan

1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi

Negara 1996 dan lain-lain (Kulanz, 2009). Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku

dalam bidang pendidikan termasuk:

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari.

2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari

pada tahun 1999;

3. .Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

4. .Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI); dan

11
5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah

Teknik.

(Kulanz, 2009)

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan

perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan

dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan

diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta

Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun

2003 (Kulanz, 2009).

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAHULU DAN

SEKARANG DI MALAYSIA

KURIKULUM

Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun 1970-an

yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yang dilaksanakan

secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya diceburi

oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGO's clan pihak swasta. Pada tahun

2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia

menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh

12
semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGO's dan swasta mulai 1 Januari 2003

(Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri

yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar

tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Inisiatif terkini

KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada

tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pembaharuan dalam kurikulum

prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para

pendidik dalam menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah

Toran, 2010).

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang

terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan

dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program

pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara

maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut

perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan

prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Akta Pendidikan 1996

telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan

prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu satu

garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah

diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999

13
untuk semua tadika di negara ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid

dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan

Prasekolah di Malaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis

panduan ini ialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan

kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioekonomi,

komponen perkembangan fizikal, serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus

Dato’ Razali Ismail, 2009).

Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang diguna pakai dalam

rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal

kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagi memberi

panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat Anak

Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak

yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini

mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh

memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pegasuhan secara

holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-

kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga

serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum PERMATA berbeza kerana

ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam

aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting

dalam kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan

sosio emosi, sahsiah dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi

14
awal, perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan

pemahaman dunia, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, serta aspek

asuhan meliputi keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan

(PERMATA Negara, 2010).

Pada masa sekarang, Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan

kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard

kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh

kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,

menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual

dan pembelajaran berasaskan projek. Antara bentuk kurikulum standard prasekolah

kebangsaan adalah meliputi komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan,

ketrampilan diri, fizikal dan estetika, serta lestari dan sains teknologi (Bahagian

Pembangunan Kurikulum 2009).

BILANGAN KELAS DAN SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidang

pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintis

sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Kementerian

Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang

lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan mesyuarat

15
Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas

prasekolah. Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum

prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program

rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi

memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang Prasekolah

BalingSik, 2009).

Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)

Pendidikan, bermula pada Januari 2010, daripada 1353 yang dirancang untuk

beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikut

pecahan berikut:

Selain itu, sebanyak 4 kelas prasekolah (tambahan) akan dibina dirumah

panjang Sarawak dan 4 lagi akan dibina di Sabah (Bidang Keberhasilan Utama

Nasional (NKRA) Pendidikan, 2010).

16
TRANSFORMASI KURIKULUM DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

PERUBAHAN DALAM KURIKULUM

Maksud Perubahan dalam kurikulum

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perubahan bermaksud pertukaran,

peralihan dan hal berubah. Oleh itu, perubahan kurikulum bermaksud kurikulum

tersebut diubah kepada yang lebih baik ataupun boleh jadi lebih buruk lagi. Sekiranya,

kita tidak dapat menerima hakikat dalam sesebuah perubahan menunjukkan ianya

membawa ke arah lebih buruk.

Menurut Razali Arof (1991), istilah atau konsep pembaharuan kurikulum adalah

lebih khusus dan memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada akan diberi

elemen-elemen yang baru dan diperbaiki dengan keadaan kurikulum yang ada supaya

kurikulum tersebut menjadi lebih berkesan. Bagi mengamalkan pembaharuan sebuah

kurikulum, yang paling penting mestilah terlebih dahulu terdapat satu bentuk kurikulum.

Sekiranya kurikulum itu tidak ada, maka proses pembaharuan kurikulum sudah tentulah

tidak boleh dilaksanakan.

Faktor-faktor Perubahan Kurikulum

Razali Arof (1991), juga mengatakan terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh

menyebabkan sesuatu kurikulum perlu diperbaharui. Kadang-kadang faktor-faktor itu

bergerak sendiri dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktornya ialah:

17
a) Kewujudan ilmu-ilmu yang baru atau perkembangan penemuan ilmu-ilmu

baru.

 Ilmu sentiasa berkembang dan tidak statik. Ilmu boleh dicari dengan

kemudahan teknologi seperti membaca akhbar, majalah atau

mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen.

Contohnya, dalam bidang perubatan kita mendapati ia berkembang

dengan pesat sekali. Sekiranya terdapat penyakit baru yang datang,

penyelidik akan cuba mencari penawar untuk sesuatu penyakit itu.

Oleh itu, ia penting kepada ahli-ahli pengubal kurikulum untuk

mengemaskini supaya penerima kurikulum mendapat ilmu mutakhir

dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman. Ilmu-ilmu

yang baru itu mungkin dalam prinsip atau teori dan sebagainya.

b) Keperluan individu.

 Keperluan individu ialah berdasarkan minat dan kemahiran asas (3M)

seseorang dan ini membolehkan murid untuk memperolehi kemahiran

sosial, berupaya memahami diri sendiri, mengembangkan minat dan

potensi dan pembentukan perwatakan.

c) Keperluan universal.

 Keperluan universal ialah dengan menyebarkan ilmu dan latihan

kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman

dan kerjasama secara universal. Keperluan universal juga dilakukan

18
dengan penambahbaikan cara hidup masyarakat dengan menekankan

nilai, sentimen, ilmu dan kemahiran untuk memastikan kestabilan

masyarakat, motivasi individu dan kawalan tingkah laku.

d) Kehendak masyarakat yang berubah.

 Kehendak masyarakat sentiasa berubah. Begitu juga dengan sesuatu

benda, tiada yang kekal dan pasti akan berubah. Elemen yang

mempengaruhinya ialah tahap kedewasaan dan tahap kematangan

ahli-ahli masyarakat itu. Maka, setiap kemahuan masyarakat akan

menjadi faktor penting perubahan kurikulum.

e) Perkembangan dasar kerajaan.

 Pembaharuan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh

perkembangan dasar kerajaan. Setiap arahan daripada kerajaan

memerlukan pihak pembentuk kurikulum meneliti semua kurikulum

yang sedang digunakan dan seterusnya membuat pelbagai tindakan

ke arah memperbaharui kurikulum sedia ada. Sekiranya tiada

perubahan tentu ia menyimpang dengan kehendak kerajaan. Oleh itu,

perkembangan dasar kerajaan mempengaruhi perubahan kurikulum.

f) Kelemahan yang telah dilakukan ataupun yang terdapat dalam kurikulum.

 Contohnya, mungkin telah didapati bahawa proses pemilihan objektif

ataupun isi bagi kurikulum telah tidak dilaksanakan dengan sempurna

19
dan oleh hal yang demikian, menyebabkan kurikulum itu tidak dapat

berkesan. Oleh itu, perwujudan aspek pembaharuan dalam sesuatu

kurikulum itu wujud.

(Razali Arof,1991)

Langkah-langkah Perlaksanaan Perubahan Kurikulum

Razali Arof (1991), melaksanakan proses pembaharuan kurikulum mempunyai

beberapa langkah yang perlu dilaksanakan atau perlu dilalui. Langkah-langkah itu perlu

dilaksanakan supaya proses pembaharuan akan menjadi lebih berkesan. Antara

langkah-langkah tersebut ialah:

a) Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan.

 Aktiviti ini cuba menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan

mengapakah sesuatu kurikulum itu boleh diubah? Jawapan kepada

persoalan tersebut adalah penting kerana ia merupakan asas kepada

aktiviti seterusnya. Sekiranya, kita tidak tahu atau tidak faham dan

tidak jelas mengapa sesuatu kurikulum itu perlu diubah menyebabkan

proses pembaharuan itu menjadi kacau dan tidak mempunyai rangka

panduan dan tujuan yang sepatutnya. Maka perubahan tidak akan

menjadi seperti yang diinginkan.

b) Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum dengan

masalah yang telah dikenalpasti.

20
 Langkah ini adalah penting untuk mewujudkan bukti yang lebih kuat

dan nyata lagi mengenai kelemahan yang terdapat dalam kurikulum

yang sedia ada itu. Malah, perlu dikenal pasti aspek-aspek kurikulum

yang perlu dibaiki supaya menjadi lebih berkesan.

c) Mewujudkan objektif.

 Pemikiran mengenai objektif sepatutnya selari dengan pemikiran yang

diperolehi daripada langkah-langkah sebelumnya. Seterusnya, langkah

haruslah sesuai dengan objektif pembaharuan yang telah diwujudkan.

d) Mewujudkan rangka bentuk atau model pembaharuan.

 Langkah ini penting dilakukan supaya model yang akan diwujudkan

nanti dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan

bentuk pendekatan proses pembaharuan itu. Dengan kata lain, unsur-

unsur praktikal dan realiti perlu diberi pertimbangan dalam perwujudan

konseptual model tersebut.

e) Mengenalpasti keperluan dan kemudahan yang dikehendaki.

f) Membuat penilaian mengenai hasilnya.

 Tujuan langkah ini untuk memberi gambaran awal mengenai hasil

proses pembaharuan supaya dengan demikian, mereka yang

21
bertanggungjawab memperbaharui kurikulum ini tidak akan berasa

terkejut dan gelisah sekiranya terdapat beberapa kelemahan selepas

dilaksanakan. Sekurang-kurangnya, kita dapat memikirkan cara

mengatasi kelemahan yang ada.

g) Melaksanakan.

 Langkah-langkah yang terlibat diperingkat ini bukan sahaja

memperbaharui kurikulum yang berkenaan tetapi melaksanakan kerja-

kerja menguji kurikulum yang telah diperbaharui. Penilaian formatif

akan terus dilakukan dianalisa untuk terus memperbaikinya. Selepas

itu barulah kurikulum ini diperkenalkan sepenuhnya kepada semua

sekolah yang berkenaan.

(Razali Arof, 1996)

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekitar Tahun 1960-an.

Sekitar tahun 1960-an, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum

berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang

berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada

tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan

kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang

mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat (Bernard Van Lee, 2009).

22
Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga

miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih

daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor.

Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat

dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku

jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van

Lee, 2009).

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekitar Tahun 1970-an

Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan

kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan

Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan

Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta

Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan

Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk

penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun

(Mohd Faiz et al. 2009).

Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina

akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran

1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/Sekolah Asuhan)(Pendaftaran).

23
Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988 dalam Mohd

Faiz et al. 2009) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat

pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang

mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka

memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998 dalam Mohd Faiz et al. 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan

Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan

Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan

seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk

pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga

pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun

1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus

untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini

mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab

Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM)

yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation, 2009).

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sekitar Tahun 1980-an.

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun

1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan

24
awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang

demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan

Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut (Mohd Faiz et al. 2009).

TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN PENDIDIKAN

Menurut Muhyiddin (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui proses

transformasi dan pembaharuan dari masa ke masa seiring dengan peredaran zaman.

Dalam dasar awal selepas merdeka, pendidikan Malaysia menjadi wahana penting

untuk membangunkan negara dan memupuk perpaduan nasional. Oleh itu, dasar awal

pendidikan kebangsaan digubal untuk mencapai dua matlamat penting ini.

Sewaktu Malaysia sedang mengorak langkah sebagai sebuah negara industri

baru yang pesat membangun dalam dekad 80-an dan 90-an, pendidikan menjadi

wahana untuk melahirkan sumber manusia yang berupaya untuk mengisi keperluan

perindustrian negara. Kini, ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk melakukan

lonjakan berganda bagi mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan

menjadi wahana penting untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran

tinggi dan berketerampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan

(Muhyiddin, 2009).

Menurut Muhyiddin di Majlis Perasmian Persidangan Perkembangan Baru Dalam

Pendidikan 2010-2012 (2009), keupayaan untuk melakukan transformasi dan

pembaharuan dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asas untuk

melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat

25
memajukan negara dan pada masa yang sama membina masyarakat yang beradab.

Malah, sistem pendidikan yang berfungsi dengan baik ialah sistem yang sentiasa

melalui proses transformasi dan pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, beberapa dasar yang diumumkan oleh

kerajaan baru-baru ini, termasuk dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), mengembalikan kemeriahan sukan di

sekolah dan memperkasa pendidikan prasekolah merupakan komponen penting

transformasi dan pembaharuan yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara,

yang mana natijah akhirnya ialah berlakunya peningkatan pada kualiti pendidikan

(Muhyiddin, 2009).

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES

TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN PENDIDIKAN

YAB Perdana Menteri menjadikan pemeluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA), dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berdaya maju dan mampu

memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Pengenalan NKRA pendidikan merupakan

sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan

Malaysia akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini (Muhyiddin,

2009).

26
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Dalam Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan (2010),

kerajaan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu Prasekolah, Literasi & Numerasi

(LINUS), Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru kepada Pemimpin

Sekolah. Kurikulum khas untuk literasi dan numerasi telah direka khusus untuk kanak-

kanak berkeperluan khas.

a) Prasekolah.

 Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87%

menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan

menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian

daripada sistem pendidikan kebangsaan (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama

Nasional (Nkra) Pendidikan , 2010).

72% enrolmen untuk kohort kanak berumur


4+ dan 5+ menjelang 2010

b) Literasi & Numerasi (LINUS)

 Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas

mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 (Taklimat Bidang

Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

90% Menguasai Literasi &Numerasi pada


2010

27
c) Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT)

 Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan

identiti tersendiri. Sekolah–sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar

ke peringkat paling tinggi (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra)

Pendidikan, 2010).

Sasaran 20 HPS menjelang 2010

d) Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

 Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan

Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB

yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah (Taklimat Bidang

Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

2% Pengetua/ Guru Besar menerima


ganjaran menjelang 2010

28
PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN

Terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu

Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah

Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini,

KPM telah menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525,

JPNIN 1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378. Ini menunjukkan

bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada

kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus (Muhyiddin, 2010).

Dalam Pelan Hala Tuju (GTP) 2010 memetik, bagi mencapai sasaran kadar

penyertaan 72% dan 87% masing-masing pada hujung 2010 dan 2012 (dari kadar

sekarang 67%), Program Transformasi Kerajaan telah mengenal pasti tujuh teras bagi

memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti, iaitu:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah dalam Kementerian

Pelajaran (MOE) untuk mentadbir semua penyedia prasekolah (Pelan Hala Tuju

(GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010).

Penubuhan tersebut juga ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras

semua dasar dan pelaksanaan prasekolah Kerajaan dan Swasta yang

dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan dianggotai oleh

Ketua Pengarah KEMAS dan JPNIN serta pihak swasta. Jika selama ini,

prasekolah KPM, KEMAS dan JPNIN bergerak secara bersendirian, tetapi

29
dengan adanya jawatankuasa ini, maka semua dasar-dasar berkaitan

prasekolah dapat diselaraskan (Muhyiddin, 2010).

2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula

Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta (Pelan Hala

Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010).

3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk

penyeragaman pemberian geran per kapita (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan

Perdana Menteri , 2010).

Dari segi geran per kapita yang disediakan kepada kanak-kanak

prasekolah agensi kerajaan akan diseragamkan sebanyak RM100 seorang

kanak-kanak setahun. Dan pada masa yang sama, pihak Kementerian berusaha

untuk meningkatkan kadar bantuan makanan kanak-kanak prasekolah daripada

RM1.50 sedia ada kepada kadar yang lebih tinggi di semua agensi kerajaan di

seluruh Negara (Muhyiddin, 2010).

Kerajaan memperuntukkan RM4.9 juta pada tahun 2010 untuk operasi

prasekolah swasta di kawasan miskin bandar dan luar bandar dan jumlah

peruntukan itu akan ditingkatkan kepada RM5 juta pada tahun akan datang

(Utusan Online, 2010).

4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah, lebih kurang 30,000

guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga

tahun (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana Menteri , 2010).

30
Guru lulusan ijazah akan diambil bagi menjadi pendidik di peringkat

prasekolah di masa depan bagi meningkatkan kualiti pembelajarannya selaras

dengan Dasar Pendidikan Negara. Langkah menyediakan guru terlatih ini boleh

mengurangkan masalah kurangnya penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira dalam kalangan pelajar (Muhyiddin, 2009).

5. Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+

tahun, dianggarkan kira-kira 10,000 kelas tambahan (Pelan Hala Tuju (GTP) ,

Jabatan Perdana Menteri , 2010).

6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan

prasekolah bagi mencapai kelas tambahan yang diperlukan di samping

mematuhi standard kebangsaan (Pelan Hala Tuju (GTP) , Jabatan Perdana

Menteri , 2010).

Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti tidak seharusnya diletakkan

di atas pihak kerajaan sahaja. Meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan

pihak swasta dalam pembangunan pendidikan pada semua peringkat daripada

prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah adalah sangat penting. Strategi

ini selaras dengan Model Ekonomi Baru yang inginkan penglibatan pihak swasta

untuk menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Dengan cara ini, akses kepada

pendidikan khususnya pendidikan prasekolah dapat diperluaskan (Muhyiddin,

2010).

Dalam usaha meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan swasta

supaya lebih banyak pendidikan prasekolah ditubuhkan, beberapa pendekatan

31
baru telah diwujudkan, antaranya mempercepatkan tempoh kelulusan daripada

agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan

Bomba dan Penyelamat untuk penubuhan prasekolah swasta daripada 40 hari

kepada 7 hari sahaja. Dengan mempermudahkan proses ini, harapan kerajaan

lebih banyak lagi pihak swasta akan menubuhkan prasekolah khususnya di

kawasan berkeperluan tinggi. Mana-mana guru prasekolah swasta yang belum

pernah mengikuti latihan atau tiada sijil pendidikan prasekolah akan diberikan

kursus latihan secara percuma (Muhyiddin, 2010).

7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan

mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar,

personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut (Pelan Hala

Tuju (GTP), Jabatan Perdana Menteri, 2010).

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Kspk

Bermula 1 Jan 2010, Prasekolah di seluruh Malaysia menggunakan kurikulum baru

yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Pekeliling

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010).

32
Rekabentuk Kurikulum

Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Pekeliling Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan, 2010) :

a) Kurikulum berasaskan standard

b) Kurikulum berbentuk modular

a) Kurikulum Berasaskan Standard

Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi

pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi

pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik

tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard

Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam

bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard

kandungan (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010).

Standard Pengajaran dan Pembelajaran

Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang diketahui dan

dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam

standard iaitu:

33
a) Guru Prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

b) Guru Prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan

tahap perkembangan kanak-kanak supaya pembelajaran berkesan dan

membawa makna kepada murid.

c) Guru Prasekolah perlu menjalankan pentaksiran secara berterusan

menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard

Pentaksiran.

d) Guru Prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

dalam bilik prasekolah.

e) Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan

awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina

perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

f) Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas

dalam kelas mereka. Guru Prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid

keperluan khas ini dan member nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

34
b) Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya

disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul

diwujudkan iaitu (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010):

1. Modul Asas – terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam,

Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2. Modul Bertema – iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam

keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina

menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak).

Tunjang Pembelajaran Dalam Kspk :

 Tunjang Komunikasi

 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

 Tunjang Kemanusiaan

 Tunjang Sains dan Teknologi

 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

 Tunjang Ketrampilan Diri

35
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat

menguasai 4M bukan lagi 3M (Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,

2010):

 Membaca

 Menulis

 Mengira

 Menaakul

36
Objektif Kspk

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak

kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek

jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

1- Membina kecergasan badan.

2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

6- Mempunyai kematangan emosi.

7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain

10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk

perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

12- Mengamalkan nilai-nilai murni.

37
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama

Islam.

14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa

penghantar dalam konteks kehidupan harian.

15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan

menyelesaikan masalah.

17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan

kehidupan seharian.

18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

(Program Prasekolah KPM, 2010)

KURIKULUM PERMATA

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada

perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma, 1985).

Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap

perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak di Malaysia telah

berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi, dasar,

program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A. Bhg.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan

38
modal insan Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-

kanak lagi. Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan

tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa pulangan ekonomi

yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al, 2008).

Pada awal 2006, sekumpulan pakar yang dipimpin oleh Y.A Bhg. Datin Paduka

Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia telah bertekad untuk membantu

kerajaan melahirkan modal insan Negara yang holistik dan produktif, bermula dari

peringkat awal kanak-kanak lagi. Oleh itu, Projek Perintis “Setiap Anak PERMATA

Negara” telah dilaksanakan di lima buah pusat anak PERMATA Negara (PAPN) di luar

bandar dan pinggir bandar. Hasil kajian yang dibuat, didapati projek perintis ini telah

dapat memberi kesan yang sangat positif terhadap pembinaan sahsiah, jasmani, rohani

sosial dan intelek kanak-kanak. Kini, setiap kanak-kanak akan berpeluang diasah bakat

dan mindanya dari awal lagi untuk menjadikan mereka berjaya apabila dewasa kelak

(Aminah Ayob et.al, 2008).

Falsafah PERMATA

Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara, setiap anak

amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah, pendidikan awal kanak-

kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan Komunikasi mereka.

Malah, fokus permata adalah kepada pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak

yang memenuhi kriteria seperti berumur antara satu hingga lima tahun, menetap di

39
pinggir atau luar bandar, datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah serta

disertai berbilang kaum dan agama (Sekretariat PERMATA Negara, 2009).

Konsep Kurikulum PERMATA

Konsepnya ialah menyediakan pengalaman pembelajaran untuk perkembangan holistik

kanak-kanak. Pembelajaran awal dan amalan didikan dan asuhan yang bersesuaian

dengan perkembangan kanak-kanak, perkembangan bahasa, komunikasi dan awal

literasi asas pembangunan intelek kanak-kanak. Malah, menghargai kepelbagaian

potensi dan kebolehan kanak-kanak dengan melibatkan kolaboratif antara pendidik dan

ibu bapa. Seterusnya, perkembangan maksimum berlaku dalam persekitaran yang

kondusif selamat, ceria dan kasih sayang. Pembelajaran secara bermain diterapkan

dan penjagaan kesihatan kanak-kanak penting untuk memastikan perkembangan fizikal

dan minda yang sihat. (Aminah Ayob et.al, 2008)

Penekanan Kurikulum

a) Kasih sayang dan kegembiraan

b) Interaksi dan komunikasi

c) Pemikiran dan pembacaan

d) Kebebasan pembelajaran, pengupayaan, dan belajar melalui bermain

e) Menggunakan kebolehan dan potensi kanak-kanak

40
f) Kegembiraan dalam bermain dan belajar

g) Memperbanyakkan muzik , seni, nyanyian, lukisan, tarian, ritma dan lakonan

h) Belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya

i) Pendidikan secara inklusif

j) Pengesanan awal dan intervensi

k) Menyediakan pendidikan dan asuhan kanak-kanak berkualiti mengikut standard

antarabangsa

(Aminah Ayob et.al, 2008)

Komponen Pembelajaran PERMATA

Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia

serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti perkembangan emosi, rohani

dan sosial. Malah, perkembangan dari segi bahasa, komunikasi dan literasi awal,

perkembangan Pra matematik dan logikal. Seterusnya, perkembangan deria/sensori

dan pemahaman dunia persekitaran. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan

pengurusan diri serta perkembangan daya kreativiti dan estitika. Bagi menyesuaikan

kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka ia

dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 – 6 Bulan, Modul 2 : 6 – 12 Bulan, Modul

3 : 1 – 2 Tahun, Modul 4 : 2 – 3 Tahun dan Modul 5 : 3 – 5 Tahun (Aminah Ayob et.al,

2008).

41
Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanak-kanak

dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah

ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi

kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan mereka juga suka berkawan dan

bersosial kanak-kanak kecil, Kanak-kanak suka meneroka, mengeksperimen, bertanya,

mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca dan berfikir sejak dari awal dan

merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik (Aminah Ayob et al,

2008).

KURSUS-KURSUS YANG DIADAKAN BAGI MEMPERKASAKAN SISTEM

PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Prasekolah

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Prasekolah diadakan pada 19 - 21

Ogos 2009 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur bagi Guru Besar

Negeri Pahang. Slot yang diisi ialah seperti slot Pengurusan, Kewangan, Tatatertib dan

Kurikulum Prasekolah. Hadir bersama dalam kursus ini ialah En, Zulkarnain Saidi, Pen.

Pengarah Sektor Pend Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah, KPM dan Pen. Pengarah

Unit Perkembangan Kurikulum KPM (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

42
Kursus Asas Tarian Tradisional Melayu

Seramai 63 peserta terdiri Guru Prasekolah Negeri Pahang mengikut Kursus Asas

Tarian Tradisional Melayu yang diadakan pada 25 hingga 29 Mei 2009 di Hotel

Regency, Kuala Lumpur. Semua bentuk dan bunga tarian tradisional telah didedahkan

sebagai pengetahuan pada kelompok pertama kursus ini. Setiap daerah menghantar

lima orang guru wakil bagi zon masing-masing (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

Mesyuarat Penyelarasan Brif Projek Prasekolah KPM

Bertempat di Hotel Quality, Shah Alam, satu Mesyuarat Penyelarasan Brif Projek

Prasekolah KPM kali ke 3 diadakan pada 16 - 18 Jun 2010. Intipati mesyuarat tersebut

tentang spesifikasi kelas Prasekolah bagi perluasan kelas baru prasekolah di bawah

NKRA (Prasekolah Permata Hatiku, 2010).

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Satu Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) telah

diadakan pada 19-22 Oktober 2009 untuk semua Penyelia Prasekolah PPD dan

Penyelia KEMAS dari seluruh negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak,

Selangor, N Sembilan dan Melaka (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

Pendedahan tentang kriteria yang perlu dilihat bagi pemantauan pelaksanaan

dan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi rancangan tahunan, tema, jadual

waktu dan pengajaran 'montessory' dan lain-lain. Pendekatan 50% BM dan 50% BI

43
dalam P&P memungkinkan satu siri kursus latihan dalam Bahasa Inggeris yang

diuruskan oleh KPM kepada guru prasekolah (Prasekolah Permata Hatiku, 2009).

DASAR KERAJAAN DAN KUALITI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI

MALAYSIA

PENGGUBALAN DASAR

Menurut Muhyiddin (2009), sesuatu dasar yang digubal tentunya mempunyai matlamat

untuk dicapai. Dalam konteks pendidikan, dua matlamat penting yang lazimnya

disasarkan ialah untuk membangunkan potensi insan secara menyeluruh dan

memenuhi keperluan sosio-ekonomi negara. Kedua-dua matlamat ini saling berkait

antara satu sama lain. Sesuatu sistem pendidikan yang bertujuan membangunkan

potensi insan secara menyeluruh sudah pasti akan melahirkan manusia yang bukan

sahaja mampu untuk memacu pembangunan ekonomi negara, tetapi juga mengisi

makna kemajuan dengan nilai-nilai yang luhur. Lantaran itu, tokoh pembaharuan Islam

tersohor, Muhammad Abduh, menegaskan bahawa matlamat asas pendidikan (al-ta’līm

wa al-tarbiyyah) ialah untuk membentuk sahsiah insan melalui penerapan nilai-nilai

murni ke dalam jiwa peribadinya agar ia menjadi insan yang baik (rijālan sālihan fī

nafsih).

Dasar pendidikan di Malaysia dipandu oleh Falsafah Pendidikan Negara yang

bermatlamat untuk melahirkan insan kamil, iaitu insan yang terbangun segala potensi

manusiawinya secara sempurna dan seimbang. Dalam erti kata lain, matlamat

pendidikan di negara kita ialah untuk melahirkan insan yang baik melalui sistem

44
pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan

rohani murid secara holistik. Matlamat ini yang melandasi setiap dasar dan

perancangan pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di negara kita. Justeru itu,

dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk

memajukan ekonomi negara di masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek

penguasaan ilmu dan kemahiran, tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang

mulia (Muhyiddin, 2009).

PENGGUBALAN DASAR AWAL KANAK- KANAK

Latar Belakang

Pelbagai kajian mengenai perkembangan awal kanak-kanak khususnya di bawah umur

4 tahun menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilio sel saraf

(neuron) yang akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel dirangsang. Hampir

90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur

di bawah 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak

adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan

seseorang individu (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi

negara, memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan

berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan

memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan dan misi ini

45
seharusnya dimulakan sejak dari lahir bagi memastikan perkembangan emosi dan

kognitif kanak-kanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan

formal di umur 5 tahun (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Dasar yang komprehensif diperlukan atas pelbagai sebab yang rasional.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal untuk

kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga kini, masih belum ada satu dasar

yang komprehensif yang menggabungkan asuhan dan didikan awal kanak-kanak

berumur di bawah 4 tahun di negara ini. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak

Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dari

pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang digariskan di dalam

Rancangan Malaysia ke-9. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah

satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan

menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran

menangani perubahan teknologi dan sosioekonomi global (PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri, 2009).

Keperluan menyediakan program Early Children’s Education Curriculum (ECEC)

yang berkualiti adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap

kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar

di masa hadapan. Ini disebabkan program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada

pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21 yang berteraskan teknologi

dan ICT (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

a) Penyataan Dasar

46
Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-

kanak Kebangsaan ialah:

"Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang

komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak

dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-

kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap

kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan

masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta

supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan

yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru itu, semua pihak yang

bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan

program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-

kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak (PERMATA

Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Objektif Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:-

i. Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan

optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai

tempatan dan amalan bijak antarabangsa.

47
ii. Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan

didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang

sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi

dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.

iii. Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-

kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan

kesihatan.

iv. Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk

peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil

pembelajaran yang positif;

v. Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, kerajaan,

pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat

setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

vi. Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan

awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama

pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal.

vii. Memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian

keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanakkanak.

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009)

Komponen Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini meliputi 4 komponen utama iaitu:

48
i. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

ii. Kemudahan Fizikal

iii. Tenaga pendidik

iv. Penglibatan Ibu Bapa

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009)

i. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan.

Kurikulum Kebangsaan adalah berasaskan kurikulum PERMATA dan

kurikulum Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Kurikulum PERMATA

telah dibangunkan selaras dengan kurikulum Sure Start yang diguna pakai di

Pen Green Centre, Colby, England. Kurikulum ini telah diuji rintis di empat

belas buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), dan dikaji semula serta

dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira kurikulum-kurikulum Kursus

Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,

kurikulum Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak TASKA (SAPAKT) dari

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Hasil daripada penambahbaikan

ini, maka sebuah Kurikulum Kebangsaan yang lengkap telah digubal untuk

kegunaan TASKA di seluruh Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana

Menteri, 2009).

ii. Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran pusat pendidikan awal

akan menyumbang kepada pembinaan keyakinan, keselamatan dan

49
kesejahteraan anak-anak. Pada masa ini, kemudahan fizikal dan peralatan

pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh pelbagai

agensi di sektor awam adalah berbeza disebabkan oleh keupayaan

kewangan. Kemudahan yang berbeza-beza ini tidak berupaya memberi hasil

pembelajaran yang optimum kepada kanak-kanak terutama di kawasan luar

bandar dan pinggir bandar. Bagi membolehkan penyertaan maksimum dari

kumpulan sasar adalah dicadangkan supaya Pusat PERMATA ini diwujudkan

di lokasi yang berhampiran di kawasan kediaman kumpulan sasar

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

iii. Tenaga pendidik

Perkhidmatan Tenaga Pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik

sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dalam bidang perkembangan dan

pendidikan awal kanak-kanak telah dibuktikan sebagai antara faktor

terpenting menyumbang kepada kejayaan program pendidikan awal yang

bertujuan membina asas perkembangan emosi dan minda kanak-kanak yang

kukuh. Tenaga Pendidik yang berkelayakan dalam perkembangan kanak-

kanak diperlukan atas sebab-sebab berikut:

a) Pendidik memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah dan

sikap anak-anak. Khususnya bagi kanak-kanak yang baru mengenali diri,

emosi dan kebolehan interaksi sosial mereka.

b) Hasil pembelajaran awal yang positif hanya boleh dipastikan oleh pendidik

yang berkualiti dan berkelayakan dan mereka perlu membantu kanak-

50
kanak yang buat pertama kalinya berada dalam kumpulan anak-anak dari

bangsa, budaya dan agama yang berlainan.

c) Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan

kanak-kanak, rakan sekerja dan keluarga kanak-kanak.

d) Berkeupayaan melaksanakan program, menggunakan peralatan

pembelajaran secara berkesan.

e) Berdaya kreatif dan mampu membawa perubahan sesuai dalam

kehidupan kanak-kanak dan keluarga mereka.

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009)

iv. Penglibatan Ibu Bapa

Kajian menunjukkan perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak

adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif dan berterusan

dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan sokongan ibu

bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran anak-

anak melalui penerusan kaedah pembelajaran tersebut di rumah. Asuhan dan

didikan yang serupa di pusat dan di rumah akan membantu kesinambungan

proses pembelajaran dan mengelakkan kekeliruan di kalangan anak-anak. Di

samping itu, ia juga dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu

bapa dan tenaga pendidik, juga bagi membolehkan pendidik mengenali serta

memahami anak-anak dengan lebih mendalam. Dengan yang demikian ibu

bapa adalah di wajibkan untuk menyumbang kepada aktiviti pusat sekurang-

51
kurangnya 4 jam sebulan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah ditunjukkan

bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga. Seperti

dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998) iaitu

pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan

kanak kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran,

meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-

kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun, pembangunan minda,

penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup

bermasyarakat. Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai

pihak dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah. Dengan kewujudan

pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula

paradigma 'rumah satu tiang seribu atau infinit' disebabkan kepelbagaian

ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah.

Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum

menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih

kepada aspek kognitif, iaitu, kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, tidak

kurang juga yang menitikberatkan aspek lain seperti sosial, moral dan

keagamaan serta berbagai lagi penekanan yang berbeza (Mariani, 2006).

52
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI

Aspek Perundangan

Peranan dan tanggungjawab agensi dalam pelaksanaan Dasar Asuhan dan Didikan

Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah berasaskan aspek perundangan, prinsip bidang

tugas, amalan sedia ada dan kesediaan agensi (PERMATA Negara, Jabatan Perdana

Menteri, 2009).

Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2008 [P.U.(A)170/2008]

dalam PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri (2009) memperuntukkan bahawa

Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah

bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan dengan penggalakan dan

penguatkuasaan perkhidmatan asuhan kanak-kanak dan pusat jagaan, pembentukan

dasar dan strategi program pembangunan kanak-kanak dan penyelarasan dan

pemantauan program pembangunan kanak-kanak. Manakala Menteri Pelajaran adalah

bertanggungjawab ke atas perkara- perkara berkaitan dengan pengurusan pendidikan

prasekolah, rendah dan menengah (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini

menggabungkan dua aspek, iaitu pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Walaupun aspek pengasuhan adalah suatu komponen dalam Kurikulum ini, namun

fokus utama Kurikulum adalah berhubung dengan pendidikan yang merupakan perkara

spesifik di bawah tanggungjawab Menteri Pelajaran, manakala komponen pengasuhan

adalah perkara umum di bawah tanggungjawab Menteri Pembangunan Wanita,

53
Keluarga dan Masyarakat. Berdasarkan bahawa tanggungjawab spesifik mengatasi

tanggungjawab umum, oleh yang demikian perkara berkaitan dengan penggubalan,

pelaksanaan, naziran Kurikulum Kebangsaan ini serta penyediaan guru boleh

diletakkan di bawah Menteri Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

Kementerian Pelajaran

Peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran mencakupi perkara--perkara

menggubal Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan berasaskan

Kurikulum PERMATA dengan mengambil kira aspek asuhan Kurikulum KAAK. Ini bagi

memastikan kesinambungan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang

diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun dan

melakukan pengawalseliaan, pemantauan / naziran ke atas pelaksanaan Kurikulum

serta berperanan dalam penyediaan tenaga pendidik, termasuk perkara-perkara

berkaitan dengan penetapan kelayakan pengasuh dan tenaga pendidik (PERMATA

Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi bertanggungjawab

menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta

54
tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA

bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap

kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusat-

pusat asuhan yang berdaftar. KPWKM dari itu perlu meneruskan peranan dan

tanggungjawabnya seperti mana di bawah Akta tersebut. Di samping itu JKM juga

perlulah meneruskan peranannya sebagai agensi penyelaras Taska Komuniti

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Jabatan Kemajuan Masyarakat

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu meneruskan peranannya sebagai

agensi pelaksana program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA

KEMAS dengan tumpuan kepada kawasan-kawasan di luar bandar. Namun demikian,

pengubahsuaian perlu dilaksanakan dari segi pemakaian Kurikulum, teknik

pembelajaran, serta keperluan fizikal dan peralatan pembelajaran di TASKA-TASKA

KEMAS mengikut kemampuan dari segi kewangan dan tenaga pengajar (PERMATA

Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada masa kini terlibat dalam

pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun atau di peringkat

prasekolah. Adalah dicadangkan supaya Jabatan ini menubuhkan juga Pusat

55
PERMATA di TABIKA Perpaduan untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah di kawasan

bandar dan pinggir bandar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan di Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pada peringkat permulaan, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Kebangsaan (NCDRC) akan melaksanakan pengawalseliaan dan naziran ke atas

pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan secara pentadbiran sebelum diserahkan kepada

Kementerian Pelajaran dan menyediakan keperluan latihan tenaga pendidik sehingga

Kementerian Pelajaran bersedia untuk melaksanakannya (PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri, 2009).

Di samping itu, peranan dan tanggungjawab NCDRC juga akan diperluaskan

bagi melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan penyelidikan yang berkaitan

dengan perkembangan kanak- kanak, menjadi pusat rujukan dan memberi khidmat

latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain-lain pihak yang berminat,

mewujudkan pangkalan data kanak-kanak seluruh Malaysia bagi tujuan memantau dan

menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia, menerbitkan bahan bacaan

atau rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak hasil dari kajian

yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak-kanak dan membina

jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti

asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri, 2009).

56
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) di bawah Jabatan Perdana

Menteri akan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menjadi urus setia kepada

Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara, menyelaras perluasan Program Didikan

dan Asuhan Awal Kanak-kanak PERMATA di seluruh negara dan mengurus 14 Pusat

PERMATA sedia ada sebelum pengurusannya diserahkan kepada Kementerian

Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN DASAR

Pelaksanaan Dasar ini akan dijalankan secara berperingkat melalui Fasa I dan Fasa II

mulai tahun 2009 (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Fasa Pertama (mulai 2009).

Pemakaian Kurikulum Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di

Taska Yang Dikelolakan Oleh Kerajaan.

Pemakaian Kurikulum Kebangsaan ini hanya terpakai bagi TASKA yang dikelolakan

oleh Kerajaan atau badan-badan berkanun seperti TASKA KEMAS yang dikelolakan

oleh KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar, TASKA Perpaduan yang

dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian

Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, TASKA Kementerian Pertahanan dan

Pusat Anak PERMATA Negara (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

57
Pemakaian kurikulum ini boleh dibuat secara pentadbiran, tanpa perlu meminda

mana-mana undang-undang. Hal ini kerana TASKA yang dikelolakan oleh agensi

Kerajaan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Seksyen 3 Akta Taman

Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) telah mengecualikan TASKA yang dikelolakan

oleh kerajaan daripada pemakaian Akta tersebut. Bagi TASKA yang dikelolakan oleh

pertubuhan perbadanan dan perlu berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-

kanak 1984, seperti TASKA FELDA, pertubuhan perbadanan boleh memilih untuk

menerima pakai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang

digubal oleh Kementerian Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

Pusat PERMATA KEMAS

Fasa 1 akan melibatkan peningkatan taraf 304 taska sedia ada dari aspek latihan,

perjawatan, kemudahan dan peralatan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

i. Latihan

Bagi melaksanakan kurikulum PERMATA di semua Taska KEMAS sepenuhnya,

latihan tambahan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS sedia ada yang

mengendali dan memantau Taska KEMAS perlu diadakan seperti kursus

Jurulatih Utama kepada seramai 20 orang Jurulatih KEMAS dan Pegawai /

Penyelia Prasekolah untuk menjadi 'Master Trainers, kursus Orientasi Kurikulum

PERMATA kepada seramai 840 orang Pengasuh dan Penyelia / Pegawai

58
Pemantau. Ia akan di buat secara berperingkat dalam jangka masa 3 tahun,

mempertingkatkan tahap kelulusan akademik Pemaju Masyarakat sedia ada ke

peringkat diploma di institusi pengajian tinggi secara jarak jauh pada hujung

minggu, latihan pra perkhidmatan kepada Pemaju Masyarakat baru yang akan

dilantik dan dengan mengambil kira nisbah seorang pengasuh kepada 5 orang

kanak-kanak dari itu program PERMATA KEMAS akan memerlukan seramai 818

orang pengasuh tambahan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

ii. Kemudahan Premis dan Peralatan

Bagi menjadikan Taska KEMAS setaraf dengan Pusat PERMATA

pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan

pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan

kewangan (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

iii. Perjawatan

Pada masa kini jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS adalah bertaraf

kontrak dengan tangga gaji disandarkan ke jawatan Gred N11. Dengan

perancangan latihan dan cadangan peningkatan tahap kelulusan akademik, gred

jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS ini perlu disesuaikan selaras dengan

kelulusan akademik. Di samping itu KEMAS juga memerlukan penambahan

jawatan sebanyak 818 orang di peringkat Pemaju Masyarakat dan 356 orang di

59
peringkat Pembantu Taska (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri,

2009).

Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan

Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam

lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat

Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi Fasa

I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009,

30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011. JPNIN

mencadangkan supaya Pendidik dilantik pada Gred S27 dengan pembantunya pada

Gred N11 berasaskan kelayakan akademik mereka (PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri, 2009).

Bilangan jawatan yang diperlukan bagi 105 Taska PERMATA Perpaduan ialah seperti berikut:

Tahun TASKA Pendidik Pembantu Pendidik


2009 15 60 30
2010 30 120 60
2011 60 240 120
Jumlah 105 420 210

Penubuhan Pusat PERMATA FELDA

60
FELDA bercadang untuk memperluaskan program PERMATA dengan menambah lima

lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout, FELDA Gugusan

Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunan- bangunan sedia ada

di lokasi-lokasi tersebut akan dinaiktarafkan supaya sesuai dengan keperluan program

PERMATA (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Penubuhan Pusat PERMATA Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah lokasi

iaitu Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas ATM), Kem

Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat), Pangkalan TLDM Lumut (Markas

Tentera Laut), Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara), dan Taskanita

Kementerian Pertahanan (PUSPANITA). ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat

PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2

lokasi bagi Tentera udara (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Fasa Kedua (Mulai 2010)

Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di

Taska Swasta

Sekiranya pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini akan

dijadikan mandatori bagi semua TASKA, termasuklah yang ditubuhkan dan dikelolakan

oleh pihak swasta, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 22 Akta

61
Pendidikan 1996 bagi pemakaian Kurikulum Kebangsaan prasekolah di TADIKA-

TADIKA termasuk TADIKA Swasta, maka pindaan hendaklah di buat kepada Akta

Pendidikan 1996 bagi memasukkan peruntukan yang serupa (PERMATA Negara,

Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Berhubung dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang

memperuntukkan mengenai pengawalseliaan taska swasta, khususnya pendaftaran

TASKA swasta, walaupun ia tidak memperuntukkan mengenai penggubalan dan

pemakaian kurikulum di TASKA, namun pemakaian Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak

adalah di peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak

1984 (Di Institusi) 1985 yang dibuat di bawah Akta tersebut. Memandangkan Kurikulum

Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh Kementerian Pelajaran akan

terpakai bagi semua TASKA, maka beberapa pindaan mungkin perlu dibuat kepada

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Bagi melaksanakan pemakaian Kurikulum

Kebangsaan di semua TASKA swasta, adalah dicadangkan supaya pindaan kepada

Akta Pendidikan 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dipinda pada tahun

2010 (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2009).

AKTA

Akta 611

Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh

dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta

Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta

62
Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat

bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap

kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan di dalam undang-

undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan

komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-

Kanak 2001 (kemudian disebut sebagai Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1

Ogos 2002. Tajuk panjang Akta 611 berbunyi (Jal Zabdi bin Mohd Yusoff & Zulazhar bin

Tahir, 2005):

Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang

berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak

dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan

bersampingan dengannya.

Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai

kanak-kanak. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas

dan tanggungjawab ibu bapaatau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-

kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak,

penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan

sebagainya (Jal Zabdi & Zulazhar, 2005).

63
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Akta ini dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada

tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri

boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini

(Akta Pendidikan 1996, 1997).

Dalam bab 2 Akta ini menceritakan tentang larangan terhadap penubuhan,

pengendaIian atau pengurusan tadika iaitu (Akta Pendidikan 1996, 1997):

1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika

itu didaftarkan di bawah Akta ini.

2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Di dalam Akta ini juga mengatakan tentang kuasa Menteri untuk menubuhkan

tadika. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan dan

menyenggarakan tadika. Kurikulum prasekolah iaitu program dan kegiatan tiap-tiap

tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan

oleh Menteri. Selain itu, Akta ini juga menyebut tentang walaupun terdapat bahasa

kebangsaan, bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan

sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa

selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai

mata pelajaran wajib (Akta Pendidikan 1996, 1997).

64
DASAR PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK DI KUCHING.

Di Sarawak, satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang lebih bersifat tempatan

akan dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan pelaksanaannya di

negeri tersebut kerana demografi di Sabah dan Sarawak tidak sama dengan demografi

di Semenanjung Malaysia. Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber

Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah, dasar bersifat tempatan itu penting

kerana ia sesuai dengan keperluan dan ciri-ciri perkembangan penduduk di Sarawak.

Datin Fatimah yang juga pengerusi MPPAK mengakui untuk menyediakan akses

pendidikan awal kanak-kanak terutama pembinaan Taman Asuhan Kanak-kanak

(Taska) bagi yang berusia empat tahun dan ke bawah memerlukan peruntukan yang

banyak daripada kerajaan pusat dan negeri. Menurut Datin Fatimah, pendidikan Taska

perlu diberi penekanan kerana kemajuan prasekolah (Lima hingga enam tahun) di

negeri tersebut tidak jauh ketinggalan kerana ia disediakan Kementerian Pelajaran

(Utusan Borneo, 2010).

65
KESIMPULAN

Secara keseluruhanya, dapat disimpulkan bahawa pendidikan awal kana-kanak di

malaysia sentiasa mengalami perubahan selaras dengan kemajuan negara. Pendidikan

awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah

dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an

melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Dengan itu, pihak KPM telah

menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN 1643

dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378. Ini menunjukkan bahawa

terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada kadar

enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus.

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak terus berkembang maju apabila

pihak NCDRC akan diperluaskan bagi melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan

penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak- kanak, menjadi pusat

rujukan dan memberi khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta

lain-lain pihak yang berminat, mewujudkan pangkalan data kanak-kanak seluruh

Malaysia bagi tujuan memantau dan menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh

Malaysia, menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan

pendidikan awal kanak-kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan

pembangunan kanak-kanak dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan

luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di

Malaysia

66
Selain daripada itu, program Early Children’s Education Curriculum (ECEC) yang

berkualiti adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-

kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di

masa hadapan. Ini disebabkan program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada

pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21 yang berteraskan teknologi

dan ICT.

Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang

tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses

pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang

bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang

lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud

dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di

Malaysia.

67
RUJUKAN

Ahmad Fauzi. 2009. Perbandingan Akta. Diperolehi pada 23 ogos 2010 daripada

http://www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%20Word%20Perbandingan

%20akta.pdf

Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani

Razali. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Bernard Van Leer. 2009. About the Bernard van Leer Foundation. Diperoleh pada

24 ogos 2010 daripada http://www.bernardvanleer.org/English/Home/About-

us.html

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan. 2010. Diperolehi pada 28

0gos 2010 daripada

http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/downloads/2010/07/1275279

590.pdf

Department of Education and Sciences (DES). 1990. Starting with Quality, London,

HMSO.

68
Fatimah. 2010. Dasar pendidikan awal kanak-kanak bersifat tempatan akan

dikemukakan. Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada

http://www.theborneopost.com/?p=19441

Farida Yunus & Hasnah Toran. 2010. Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas

Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6 Tahun.

Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada

http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid%202%202010/bil

%207%20kajian%20adaptasi.pdf

Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia. 1993. Diperolehi pada 3 ogos 2010

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com

IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. 2009. Pendidikan Prasekolah Di Malaysia,

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009_06_01_archive.html pada 28 Ogos

2010

Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak

Kebangsaan. Selangor: PERMATA Negara

Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak

Kebangsaan. Diperolehi pada 24 Ogos 2010 daripada

www.permata.jpm.my/.../Dasar_Asuhan_dan

%20Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf

69
Jal Zabdi & Zulazhar. 2005. Akta Kanak-Kanak 2001:

Penguatkuasaan Semula Tugas dan Tanggungjawab Ibu Bapa atau Penjaga?

Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada

http://www.commonlii.org/my/journals/JMCL/2005/6.html#Heading9

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Dokumen Standard Prasekolah

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kulanz. 2009. Diperolah pada 18 September 2010 daripada

http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/

Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum. Diperolehi pada

28 ogos 2010 daripada http://saabd.net/pra/news.php

Mariani. 2006. Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal. Diperolehi

pada 17 Ogos 2010 Kanak-Kanak daripada

http://myais.fsktm.um.edu.my/4917/1/8.pdf

Mastura Bazdis. 2008. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan

Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan

Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.

Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/

70
Mohd Faiz, Nik Mahadi, Noralina, Nor Arini & Wong Chit Trai. 2009. Jelaskan Sejarah

Perkembangan Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak – Kanak Di Malaysia.

Diperolehi pada 17 Ogos 2010 daripada http://www.google.com.my/search?

q=Jelaskan+Sejarah+Perkembangan+Asuhan+Dan+Pendidikan+Awal

Mohd Kassim Jaafar. 2001. Perkembangan Pendidikan di Malaysia dalam Ilmu

Pendidikan DPM. Diselenggara oleh Abdul bin Ali. Kuala Lumpur: utusan

publication & Distributors Sdn Bhd

Manroy. 2009. Dasar pendidikan di Malaysia. Diperolehi pada 19 ogos 2010 daripada

http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia

Musliha. 2004. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia. Diperolehi pada 19 ogos

2010 daripada http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-

Pendidikan-Di-Malaysia

Noresah. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan bahasa dan pustaka, Kuala

Lumpur.

Nur Fadzni, Maimunah, Nor Fadhilah, Roshidayani & Nor Hamizah. 2009. Gaya Dan

Kaedah Pengajaran Guru Prasekolah Dalam Sains Awal. Diperolehi pada 17

Ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-

PengajaranGuru-Prasekolah-Dalam-Sains-Awal

71
Pekeliling Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2010. Diperolehi pada 20

Ogos 2010 daripada http://www.blogcikgu.com/perkongsian/pekeliling-

kurikulum- standard-prasekolah-kebangsaan

Pelan Hala Tuju. 2010. Program Transformasi Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Diperolehi pada 21 Ogos 2010 daripada

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP.pdf

PERMATA Negara. 2010. Kurikulum Permata. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada

http://www.permata.jpm.my/kurikulum.asp

Prasekolah, diperolehi pada 23 ogos 2010 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah

Prasekolah Permata Hatiku. 2009. Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK). Diperolehi pada 20 Ogos 2010 daripada

http://prapermata.blogspot.com/2009/10/kursus-orientasi-kurikulum-

standard.html

Program Prasekolah KPM. 2010. Objektif KSPK, Diperolehi pada 19 Ogos 2010

daripada http://prasekolah-kpm.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

Razali Arof. 1991. Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Bahasa dan

Pustaka

72
Robiah Sidin. 1992. Tujuan Dan Haluan pendidkan Dalam Abad ke-21 dalam Aliran

dalam amalan pendidikan menjelang Abad ke 21 disunting oleh juriah Long et.al

( 1992). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekretariat PERMATA Negara. 2009. Program Pengasuhan Dan Pendidikan Awal

Kanak - kanak Permata Negara. Selangor: Jabatan Perdana Menteri

Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan. 2010. Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Diperolehi pada 22 Ogos

2010 daripada http://www.scribd.com/doc/24496351/Taklimat- Nkra

%E2%80%99s

Ummul Kasturi. 2010. Perkembangan Pembangunan Pendidikan. Diperolehi secara

pada 29 ogos 2010 daripada

http://wacanailmupgsr.blogspot.com/2010/01/perkembangan-pembangunan-

pendidikan.html

Muhyiddin. 2010. Geran Permulaan RM4.9 Juta

Untuk Prasekolah Swasta. Utusan Malaysia Online. Diperolehi pada 25 Ogos

2010 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0412&pub=Utusan_M ala ysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Muhyiddin. 2010. Guru Berijazah Mengajar Di

73
Prasekolah, Diperolehi pada 18 Ogos 2010 daripada

http://prasekolah-kpm.blogspot.com

Muhyiddin. 2009. Majlis Perasmian Persidangan

Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012. Diperolehi pada 17 Ogos

2010 daripada http://pkpsmlk.webs.com/siarankpm.htm

Muhyiddin. 2010. Ucapan TPM sempena majlis

pelancaran pemberian geram permulaan prasekolah swasta di bawah NKRA

pendidikan, Diperolehi pada 18 Ogos 2010 daripada

http://unitprasekolahjpnt.blogspot.com/2010/04/ucapan-tpm-sempena-majlis

pelancaran.html

74

You might also like