Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Akhlak Dalam Pembentukan Jatidiri Muslim

Akhlak Dalam Pembentukan Jatidiri Muslim

Ratings: (0)|Views: 241 |Likes:
Published by Azfar Zack

More info:

Published by: Azfar Zack on Mar 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/09/2014

pdf

text

original

 
AKHLAK DALAM PEMBENTUKAN JATIDIRI MUSLIM
5. 1 Pendahuluan
 Perbincangan mengenai akhlak, etika dan moral menarik perhatian pelbagai pihak sejak zaman berzaman. Umumnya ketiga-tiga istilah ini berkaitan dengan perangai, tabiat, sikap, tingkah laku, budi pekerti dan lain-lain aktiviti perlakuan manusia. Seterusnya perlakuan tersebut diberiukuran atau nilai sama ada baik atau buruk, jahat atau tidak dan sebagainya. Namun, persoalannya ialah apakah standard (piawaian) dalam menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk ?, jahat atau tidak ?. Pelbagai jawapan kita akan peroleh apabila kita mengkaji danmemahami konsep etika, moral dan akhlak itu sendiri. Ini sesuai dengan pepatah "lain padang,lain belalang". Lain perlakuan, lain penilaian yang diberikan oleh komuniti masyarakat.Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam,kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pulamenggunakan perkataan mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi moral yangditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Bagaimanapun terdapat sesetengah orang mengaitkan etika dan moraldengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertibmasyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atauadat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun, peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalammasyarakat tersebut (Abdul Rahman Md Aroff, 1999:10).Bagi Gazalba (1983:89) etika ialah teori tentang laku perbuatan manusia dipandang dari segi baik atau buruk sejauh yang dapat ditentukan oleh akal. Nilai-nilai yang dipandang baik olehetika itulah disebut moral yang baik, manakala nilai-nilai yang dipandang buruk oleh etika, iadisebut moral yang buruk atau tidak bermoral. Ini membawa maksud bahawa etika dan moralmerupakan dua perkara yang saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain. Justeru,terdapat para pengkaji etika yang samaertikan antara moral dengan etika. Mohd Nasir Omar (1986:18) memetik kata-kata Peter Baelz, antara lain menulis: "Moral dan etika selalunyamempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, adalah berfaedah jika dapat dibezakanantara keduanya, sekalipun kita selalu tidak berjaya membezakannya". jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, maka moral dapat diertikan sebagai satu disiplin yangmenjelaskan kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusiatertentu; manakala etika pula mengkaji, menganalisa dan mengkritik sistem moral tersebut. -Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral pula bersifat praktikal. Etika adalah penyelidik atau pengkaji, manakala moral merupakan bahan yang diselidik atau dikaji oleh etika(Mohd Nasir Omar, 1986:19-20).Disebabkan etika merupakan teori-teori yang dihasilkan oleh pemikiran manusia, kita dapatitelah muncul pelbagai mazhab dengan teori-teori etika atau kemoralan berdasarkan fahamanmasing-masing. Teori-teori tersebut antaranya ialah teori kemoralan sosial, etika keperibadianmulia, utilitarianisme, egoisme, prinsip kewajipan, eksistensialisma, naturalisme, hendoisme,idealisme, teologi dan sebagainya (Abdul
 
Rahman Md Aroff, 1999: 10-43; Mustafa Hj Daud, 1996:17-25).Akhlak dalam Islam bukanlah teori, kerana itu konsepnya tidak sama dengan konsep etika yangdibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku(perbuatan) manusia terhadap Allah s.w.t. dan terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuaidengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan Hadis. Nilai yang baik disebirt akhiak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. Bagi Gazalba (1983: 89), moral dalamIslam ditentukan oleh akhlak.Moral dalam masyarakat bukan Islam ditentukan oleh etika. Etika ialah falsafah mengenai teorinilai (axiologi).
5. 2 Pengertian Akhlak 
 Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamakplural dari perkataan al-khuluqun yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat (Mustafa Hj Daud, 1996: 4). Perkataan ini pulaadalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan (Harun Din, 1985: 143). Al-Quran menyatakan hakikat ini, bermaksud : "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik- baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah". (al-Sajdah 32: 7)Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputilahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual - dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikaldustilahkan sebagai al-khalqu seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dansebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yangmenggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabilaseseorang dikatakan baik khuluq dan khalqunya maka ia bermaksud orang tersebut baik sifatlahiriah dan batiniahnya (Lebih lanjut lihat Humaidi Tatapangarsa, 1983). Dari sudut istilah,Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin (Tk. H Ismail Yakub, jId 4, 1988: 143) mendefinisikanakhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan denganmudah tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran teriebih dahulu. Apabila keadaan jiwatersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.Menurut Ibn Miskawayh (lihat lebih lanjut Mohd Nasir Omar, 1986: 23 - 25), keadaan jiwaseseorang itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: Pertama: Natural (tabie) - keadaan jiwa yangtabie ini berpusat di sifat semula jadi seseorang, umpamanya perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil-kecil; panas baran; cepat terkejut dengan berita yang didengar; cepat ketawa;cepat berputus asa dan sebagainya. Kedua: Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dankebiasaan. Keadaan jiwa dalam kategori ini terbahagi kepada dua peringkat;i. Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang telitiii. Peringkat mempraktis satu-satu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidupseseorang. Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniahseseorang.Aspek lahiriah melibatkan laku perbuatan luaran. Manakala aspek batiniah pula merupakankeadaan dalaman (spiritual) seseorang. Dengan kata lain, aspek batiniah ialah keimanan yang adadalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan iman tersebut.
 
Ringkasnya, akhlak haruslah mempunyai tiga ciri berikut:i. Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku (aspek luaran)ii. Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi ataudesakan-desakan dari luar seperti paksaan dan sebagainya.iii. Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadikebiasaan dan darah daging kepada seseorang (lihat Mohd Nasir Omar, 1986: 23).Aspek kejiwaan (kerohanian) perlu dititik beratkan oleh setiap insan yang inginkan kesejahteraandalam hidup. Ini sebagaimana disebutkan dalam surah as- Syams ayat 9-10 bermaksud:"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang-orangyang mengotorinya".
5. 3 Kategori Akhlak 
Umumnya perlakuan atau aktiviti manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu perlakuan baik dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila mereka melakukan perbuatan yang bercirikan akhlak atau sifat mahmudah (terpuji). Perlakuan buruk puia terhasil apabilamelakukan sesuatu perkara yang bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji).
5. 3. 1 Akhlak Mahmudah
 Akhlak mahmudah adalah akhlak yang dituntut dalam Islam, la merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar  perkara seperti keimanan yang mutlak kepada Allah s.w.t., taqwa, ihsan, benar, jujur, amanah,menyampaikan, bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan, memelihara lidah, lemah lembut,sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan.Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan pelaksanaan tanggungjawabkepada perintah Allah s.w.t. dan akur kepada larangan-Nya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain, ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walaudi mana ia berada; di khalayak atau keseorangan.Malah bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir, tetapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutantersebut.
5. 4. 2 Akhlak Mazmumah
 Akhlak mazmumah adalah akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada akhlak mahmudah. lamerupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak.Sifat-sifat tersebut antaranya ialah syirik, derhaka kepada ibubapa, khianat (pecah amanah),sombong, mencela, benci membenci, fitnah, tomohan, hasad, dengki, rasuah, mengintai-intaikesalahan dan kesilapan orang lain dan sebagainya. Sifat mazmumah adalah semua perbuatanyang melaksanakan larangan Allah s.w.t. dan meninggalkan suruhan-Nya. Terpuji atau tercelasesuatu perlakuan (perkara) bukannya berdasarkan ukuran akal, tetapi berdasarkan standard yangdigariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Elyady As'fian liked this
Vanza Yazid liked this
Atie Mt liked this
Atie Mt liked this
Amirol Tecik liked this
Hafizah Manaf liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->