Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Impak Ibadah Dalam Kehidupan

Impak Ibadah Dalam Kehidupan

Ratings: (0)|Views: 1,501|Likes:
Published by Azfar Zack

More info:

Published by: Azfar Zack on Mar 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/18/2013

pdf

text

original

 
Impak ibadah dalam kehidupan
Pendahuluan:
 Islam adalah agama yang dibawa oleh seorang Nabi mulia yang mempunyai akhlak terpuji, iaituNabi kita Muhammad bin Abdullah sebagai penutup para nabi dan rasul. Baginda mendapatwahyu dari Allah Taalah yang merupakan mukjizat yang paling besar iaitu al-Quran.Al-Quran adalah sebuah kitab yang tiada keraguan padanya dan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Kitab al-Quran merupakan panduan dan petunjuk yang lengkap bagikehidupan manusia di dunia dan akhirat. Kelengkapan al-Quran adalah mengandungi petunjuk umum iaitu berupa prinsip-prinsip yang sesuai bagi segala tempat dan zaman. (Syeik AliAhmad:2005:25)Bagi setiap orang yang mengaku dirinya sebagai muslim mestilah muslim dari segi aqidah,syariah dan akhlak. Demikianlah juga ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari perasaantunduk dan patuh kepada Allah dan klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allahsebagai tempat pengabdian diri. Ibadah dalam Islam adalah penyambung antara makhluk danPenciptanya. Selain dari itu ibadah dalam Islam juga mempunyai impak-impak atau kesan-kesanyang mendalam dalam kehidupam muslim terutama dalam konteks hubungan makhluk danPenciptanya. Tidak ada perbezaan antara rukun-rukun Islam dalam bidang ini. Dalam ertikatasolat, puasa, zakat, haji dan semuanya amal-amal yang dilakukan manusia adalah untuk mendapat keredaan Allah dan memelihara syariatnya adalah sama. Logik Islam menuntut supayaseluruh kehidupan ini adalah ibadat dan taat kepada Allah. Hal inilah yang dimaksudkan denganfirman Allah yang bermaksud:" Dan Aku tidak menciptakanjm dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Akusekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak mengehendaki merekamemberi Aku makan. " (Surah Adz-Dzaariy at, ayat 56-57)Untuk menjadikan seseorang itu muslim mestilah menjadikan kehidupan ini memenuhi tuntutandalam bentuk peribadatan yang telah ditetapkan oleh Islam. Samaada dari sudut hati, lidah danseluruh anggota serta segala amal perbuatannya mengikut ketetapan syariat Islam. (Fathi Yakan:2000: 32-33)Konsep Ibadah Dalam Islam:Konsep ibadah dalam Islam sangat luas untuk dibincangkan. Walau bagaimanapun perbincangansecara ringkas dalam keterbatasan ruang ini akan menyentuh tentang makna atau definisi ibadah,iman dan ibadah, nilai ibadah dalam Islam, syarat sesuatu amalan atau pekerjaan dikira sebagaiibadah, pembahagian ibadah dan impak-impak atau kesan-kesan ibadah dalam kehidupanmuslim terutama berkaitan dengan ibadah khusus.Makna Ibadah:Menurut bahasa, perkataan ibadah dari bahasa Arab yang terbentuk dari kata dasar "Ain", "Baa"dan "Dal" Pengertiannya ialah patuh, taat, setia, tunduk, menyembah, menghina dan
 
memperhambakan diri. Defmisi ibadah adalah: "bertaqarrub kepada Allah dengan mentaatisegala perintah Allah, berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala yangdiperbolehkan oleh Allah. " Menurut Ibn Taimiyah, "Ibadah adalah semua perkara yang disukaidan diredai Allah, samada perkataan, perbuatan zahir dan batin. "Makna ibadah secara umum adalah merupakan bukti kepatuhan manusia kepada Allah, keranadidorong dan digerakkan oleh aqidah tauhid. Ibadah itu merupakan tujuan hidup manusia,sebagamana firman Allah Taalah yang bermaksud:" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan mannsia melainkan untuk mereka menyembahdan beribadat kepadaKu. . . " (Surah Adz-Dzariyat, ayat 56)Menyembah Allah, bermakna memusatkan penyembahan kepada Allah semata-mata, tiadadisembah selain dari Allah Taalah. Manakala pengabdian pula bermakna penyerahan sepenuhnyasecara zahir dan batin kepada kehendak Allah serta dilakukan dengan penuh kerelaan tanpapaksaan.Semua aktiviti manusia adalah dikira ibadah tanpa melihat besar atau kecil yang penting adalahdiniatkan kerana Allah. Solat seseorang yang dilakukan tanpa niat kerana Allah, hanya untuk mendapat pujian manusia, tidaklah dikira ibadah, sebaliknya seorang yang membuang duridijalan, jika diniatkan sebagai ibadah maka ia termasuk sebagai ibadah.Ibadah dalam Islam bukan bermakna menjauhkan pekerjaan ynag bersifat duniawi. Oleh ituIslam mencela kepada mereka yang berpendapat ibadah sebagai melakukan uzlah, menjauhimasyarakat dengan pergi ke gua-gua untuk betapa, sementara problem masyarakat yangmenuntut penyelesaian terbiar begitu sahaja.Islam menutut supaya umatnya agar hidup seimbang dan harmoni di dunia dan akhirat, sepertiFirman Allah yang bermaksud:"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikumiakan Allah kepadamu akan pahala dankebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan danbekalanmu) dari dunia, ." (Surah Al-Qashash, ayat 77)Berdasarkan maksud ayat di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa ibadah adalahmerangkumi hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan manusiadengan makhluk lain. Dengan demikian ibadah dalam Islam adalah kepatuhan seorang hambakepada Allah, kedua perlakuan baik sesama manusia dan ketiga adalah berusaha melestarikanalam ini, iaitu memelihara alam dan isinya agar tidak mengalami kerosakan. Tujuan pentingibadah tidak lain adalah mencari keredan Allah Taalah.Iman dan Ibadah.Asas ajaran Islam ialah iman dan ibadat kepada Tuhan Maha Esa iaitu Allah Taalah yang wajibdisembah secara sukarela tidak dalam bentuk paksaan. la adalah menjadi lumrah sebagai naludmanusia iaitu menyerah diri yang mendorong mereka mencari Tuhan atau kuasa yang tertinggi.Jika naluri itu tidak dusi dengan atau disalur kepada menyembah Allah, maka ia boleh
 
mendorong mereka menyembah selain dari Allah seperti dewa-dewa, matahari, bulan bintang,hantu dan syaitan dan sebagainya.Beriman dan beribadat kepada Tuhan tidak akan memberi faedah kepada manusia dan tidak dapat menyelamatkan mereka melainkan melalui tiga tingkatan dasar, iaitu:1. Iman yang bersih daripada sebarang syirik.2. Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas.3. Mematuhi hukuman Tuhan.Ibadat hanya menjadi seperti riadah badan sekiranya tidak lahir dari iman yang sejati. Iman sejatiitu tidak diakui sekiranya tidak ada kepatuhan kepada perintah dan hukumanNya.Memang jelas Tuhan itu Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dialah yang menjadikan segala petalalangit dan bumi. Dialah juga memberi nikmat dan rezeki dari dahulu hingga sekarang. Oleh itutidaklah patut manusia itu berlaku syirik atau sekutu kepadaNya kerana manusia juga sedar Tuhan Maha Kuasa itu tiada bandingan dengan yang lain.Dengan demikian iman dan ibadah adalah mempunyai hubungan yang sangat erat sekali keranaibadah itu lahir dari keimanan, sedangkan keimanan itu lahir adalah bukti kebesaran Tuhan dihadapan manusia dan keimanan jugalah akan melahirkan kepasrahan, ketaatan, ketundukan danitulah ibadah. (Muklas Asy- Syarkani:2002:8-14)
Ni
la
i Ib
adah
D
alam
Is
lam.
 Manusia dicipta tiada lain adalah untuk menyembah atau beribadah kepada Allah Taalah. Ibadahdalam ajaran Islam bukanlah seperti yang terdapat dalam agama lain. Bagi agama-agamatersebut, ibadah lebeh kepada amalan ritual yang dilakukan pada hari-hari tertentu dan di tempat-tempat tertentu samaada di rumah-rumah ibadat atau tanah perkuburan dan sebagainya- Ibadahagama-agama tersebut sekadar amalan ritual untuk tujuan tertentu atau rasmi dan tidak berlakudalam kehidupan sehari-hari. Ertinya, amalan agama dengan cara hidup jauh berbeza.Ibadah dalam Islam adalah satu cara hidup yang merangkumi segala persoalan aqidah, ibadah,akhlak, kekeluargan, kemasyarakatan, pentadbiran, perdagangan, budaya, pendidilan, siasah,perhubungan kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan sebagainya-Ertinya, dalammengamalkan semua tuntutan atau perintah Allah Taalah dalam semua perkara yang disebut ituadalah dikira sebagai ibadah.Daripada perkara-perkara yang kecil seperti masuk ke tandas, makan, minum, memberi salam,perhubungan silaturrahim dan sebagainya sampai kepada perkara-perkara yang besar-besar seperti perdagangan, siasah, kewangan, pentadbiran kenegaraan dan perhubungan antarabangsa,jika dilaksanakan seperti yang dikehendaki dalam Islam, ia adalah ibadah kita kepada AllahTaalah. Dengan kata lain segala kegiatan seharian kita yang berlandaskan syariat adalah dikirasebagai ibadah.Perkara yang pasti sesuatu itu menjadi ibadah, ia diterima di sisi Allah Talah sebagai amal baktikita sebagai amal soleh. Apabila Allah Taalah menerimanya sebagai amal bakti, ganjarannya

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Muminah Talib liked this
Halida Zakaria liked this
Norliza Malik liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->