You are on page 1of 4

Kepentingan akidah kepada manusia

Akidah Sebagai Asas


Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah
yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t.
menurunkan wahyuNya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya
setiap orang Islam selamat akidah dan sejahteraan kehidupannya.

Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pernbentukan akidah,
Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh sentiasa yakin dengan
Islam dan sentiasa menunggu perinrah dari RasulNya untnk dilaksanakan.

Akidah sebagai Penentu/Pendorong


Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah
adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup
negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan
menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai
kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.

Penyelewengan dan kerosakan akidah


Akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk di antaranya:

Pertama: Melalui percakapan ucapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan
dengan kosnep akidah Islam, seperti ucapan mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan
di sepanjang zaman dan sebagainya.

Kedua: Akidah boleh rosak melalui perbuatan seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama
dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di lempat-tempat ibadah mereka
atau di mana-mana sahaja yang menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.

Ketiga: Melalui iktikad di dalam hati. Hati tidak yakin dengan Islam atau ragu terhadap
sebahagian dari ajaran Islam yang terdapa dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Pembinaan akidah
• Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan mernahami konsep akidah secara khusus.
• Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang
disuruh oleh Allah.
• Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam.
• Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik.
• Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah.
• Bertawakkal kepada Allah.

Cara Pembinaan Iman dan Taqwa


Untuk membina iman dan taqwa manusia perlu merujuk kepada panduan Allat s.w.t melalui
RasulNya Muhammad s.a.w. Justeru itu menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk
mempelajari dan memahami manhaj Islam.

Untuk memperolehi iman dan takwa secara ringkasnya antara lain ulamak Islam merumuskan
seperti berikut:
i. Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib, Ilmu yang paling asas ialah
tentang Allah, rasul dan Islam.
ii. Cuba hubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas.
iii. Mengelakkan diri dari suasana dosa dan jahiliah.
iv. Mujahadah Al Nafs dan jihad Al Syaitan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
berterusan. Firman Allah bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-
tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang
menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab
kekotoran maksiat). (Surah al Syams:9-10)

Rasulullah bersabda bermaksud:


Orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah
yang berjuang melawan hawa nafsunya. (Riwayat lbn Majah)

v. Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram. Orang yang melanggar


larangan Allah, sebenarnya ia menzalimi diri sendiri.
vi. Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah,
bertadabbur Al Quran dan As Sunnah dan melatih diri untuk sentiasa mengingati Allah.
vii. Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri). Saidina Omar. pemah berkata:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, dan timbanglah, sebelum amalan kamu
ditimbangkan.
viii. Sentiasa bertaubat dan beristighfar. Firman Allah bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-
saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-
saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya. (Surah al Nur:31).
viii. Sentiasa berdoa. Rasulullah sendiri berdoa: Ya Allah ! Kuniakanlah pada jiwaku takwa.
(Riwayat Muslim dan An Nasai)
ix. Bertawakkal Firman Allah bermaksud:
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah al Talaq:3).

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH


Mensyirikkan menyembah selain daripada Allah.
Mengingkari dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.
Mempercayai ada kniasa lain selain daripada Allah boteh memberikan kesan.
Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah.
Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Rujukan
1. Abdullah Bin Muhammad Basmeh dll (1995), Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur;
Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEIS).
2. Haji Mohd Nor Bin Haji Ibrahim dll (1996), Muqaaddimah Mustika hadith. Kuala Lumpur :
Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEIS).
3. Mohd Fuad Abdul baqi (1987), al-Mujam Li alfaz al-Quran. Beirut, Darul Fikri, 1987.
4. Sayid Sabiq (2002), Akidah Islam. (terjemahan M. Abdai Rathomy); Singapura : Pustaka
Nasional.
5. Said Haji Ibrahim (2001), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamah. Kuala Lumpur : Darul Marifah.
6. Muhammad Nairn Yasin (2001), Iman; Rukun, Hakikat Dan Pembatalannya. (terjemahan
Abdul Rahman Abdullah), Alor Star : Pustaka Darullsalam Sdn. Bhd.
7. Syeikh Muhammad Bin Saleh al-Utsaimin (2000), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
(terjemahan Muhammad Baihaqi), Johor Bahru : Pemiagaan Jahabersa.
8. Yusof al-Qarawi (2001), Iman Dan Kehidupan. (terjemahan Fachriddin HS), Shah Alam:
Dewan Pustaka Fajar.
9. Ismail (2001), Risalah Tauhid. Johor Bahru : Pemiagaan Jahabersa.
10. Kafilah al-ghuraba (2003), Memahami Tauhid Dan Syirik. Johor Bahru: Pemiagaan
Jahabersa.
11. Haji Abdul Hadi Awang (2001), Muqaddimah Aqidah Muslimin. Batu Caves : Penerbitan
Ahnaf.
12. Mohd. Nor Mamat, dll (2004), Insan Dan Manhaji Ketuhanan. Shah Alam : Pusat Pemikiran
Dan Kefahaman Islam.
14. Muhammad Isa Selamat (1995), Sifat-Sifat Allah Dan Mentauhidkan Diri Kepadanya. Kuala
Lumpur : Darul Numan.
15. Muhammad al-Ghazali (1997), Aqidah Muslim. Batu Caves : Thinkers Library Sdn. Bhd.
16. Ab. Aziz Mohd Zin (1989), Syirik. Ampang : Pan Publishing (M) Sdn. Bhd.
17. Abdul Munim Abdul Hamid (1983), Hakikat Iman. (terjemahan Mahyuddin Syaf),
Singgapura : Pustaka Nasional Pte Ltd.
18. Adam Ibrahim (2000), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Johor Bahru : Jabatan Agama
Johor.
19. Abdul Majid az-Zindani (1996), Al-Iman. (terjemahan Mahyuddin Abdullah), Kuala Lumpur
: Al-Hidayah Publisher.
20. Ahmad Izzuddin al-Bayanuni (tt), Sebab-Sebab Menjadi Kufur. (terjemahan Abu
Muhammad al-Fatih, Bandar Baru Bangi : al-Fatih Enterprise.
21. Z. Abidin (1972), Qiyamat Dan Tanda-Tandanya. Bandung : C. V. Tjerdas.
22. Chasan Umar (tt), Syurga Dan Kenikmatannya Digali Dari al-Quran dan Hadis. Singapura:
al-Haramain Pte Ltd
23. Muhibbudin Waly, Prof. Dr. K. H. (2000), Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tas.a.wuf (Al-
Hikam). Singgapura : Pustakan Nasional Pte. Ltd..
24. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (2001), Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani. Singapura:
Pustakan Nasional Pte Ltd.
25. Abbas Jamal (1998), Menyingkap Tabir Ketuhanan. Terbitan Bersama Yayasan Emiliyyatil
Abbasiah, Indonesia Dan Pustaka Nasional, Singapura.
26. Mustafa Haji Daud, Dr. (1997), Al-Quran Sumber Tamaddun Islam. Kuala Lumpur : Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
27. Drs. Mohammad Fhalib (1990), Sekitar Kritik Terhadap Hadiths Dan Sunnah Sebagai Dasar
hukum Islam. Singapura: al-Haramain Pte Ltd,
28. Mohd Napiah Abdullah (1986), Peranan Dan Methodologi Hadis. Kuala Lumpur : Bahagian
Hal Ehwal.
29. Muhammad Syafique (1995), Rasullullah Sebagai Hamba Allah, pemimpin, Pendakwah,
Sahabat, bapa dan Suami. Kuala Lumpur : al-Hidayah Publisher.
30. Muhammad Husein Haykal (2003), Sejarah kehidupan nabi Muhammad. (terjemahan Dr.
Muhammad Firdaus nurul huda dan Dr. Mohd Nor Ngah), Batu Caves : Cresent News (KL) Sdn.
Bhd.
31. Syeikh Mustafa Asyur (2003), Menyingkap Rahsia Alam Malaikat (terjemahan Nurul
Hikmah). Batu Caves: Thinkers Library Sdn. Bhd.
32. Yusof Qardawi, Dr. (2001), al-Quran dan al-Sunnah Referensi tertinggi (terjemahan
Baharuddin Faunani). Batu Caves: Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd.
33. Ariffin Ariff (2000), Hikmah Keiman. Sabah : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.
34. Imam Hassan al-Banna (1998), Keagunggan al-Quran. (terjemahan Muhammad Baihaq),
Batu caves: Pustaka Ilmi.

You might also like