You are on page 1of 20

Review Perkembangan Kajian Karya

Wednesday, 23 February, 2011 4:58 AM

ini adalah artwork lama saya... saya hasilkannya pada tahun 2006. Pada saya ianya terlalu sarat. Saya
cuba timbulkan penegasan dan kontra melalui saiz periuk kera dan dahan yang besar. kepelbagaian
saiz periuk kera tetap gagal mewujudkan ruang kedalaman mungkin kerana warnanya yang
monokrom. Sewaktu ini kekuatan isi atau 'content' bukan keutamaan. Artwork ini lebih kepada
kajian saya tentang ekperiment dan eksplorasi media yang saya namakan sebagai KAYULIAT ini.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=69365639393
Dulu saya mengkaji karya-karya LORENZO GHIBERTI

http://www.google.com/images?q=lorenzo+ghiberti&hl=en&prmd=ivnsob&source=lnms&tbs=isch
%3A1&ei=fhRkTfifJ4LKrAeohditAg&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CAwQ_AUoAQ&biw
=1157&bih=707

http://en.wikipedia.org/wiki/Lorenzo_Ghiberti

Kemudian saya tertarik dengan karya arca relief cubist JACQUES LIPCHITZ

Jacques Lipchitz Musical Instruments, Standing Relief 1924


http://en.wikipedia.org/wiki/Jacques_Lipchitz

http://www.tate.org.uk/servlet/ViewWork?cgroupid=999999961&workid=8931&searchid=9401

walaupun saya mengkaji karya mereka namun perbezaan saya ialah saya tetap menggunakan bahan
yang saya ekplore iaitu kayuliat

http://kayuliat.blogspot.com/

Karya-karya terbaru saya kini lebih minimalist dan kajian subject matter serta content karya saya
lebih kepada perihal budaya dan tamadun melayu melalui warisan kesenian melayu seperti
penulisan manuskrip melayu salatus salatin dan motif-motif seni ukiran, kuih muih, anyaman, ukiran,
kelarai dan pelbagai lagi.
malah kini saya lebih terpengaruh dengan kajian falsafah kesenian melayu terutamanya melalui
penulisan NAKULA (Abdullah bin muhamed )

http://www.facebook.com/note.php?note_id=69365639393
Sekarang saya percaya yang karya seni perlu menjadi pengantara dan pencetus penyampaian mesej
antara pengkarya dan audien... oleh itu karya tidak seharusnya hanya menekankan nilai-nilai
keindahan semata-mata sebaliknya juga menjadi pencetus idea tentang penyampaian kecintaan dan
kesedaran sesuatu nilai hidup yang murni. Dalam konteks karya saya kini ialah penyampaian nilai-
nilai kesedaran tentang budaya dan kesenian melayu yang berteraskan islam.

Oleh itu juga saya menolak yang pengkarya harus terus membisu dan hanya membiar karya
bercerita sendiri. Pada saya audien seni perlu dididik untuk bertutur dalam laras seni dan berkongsi
apresiasi tersurat dan tersirat 'content' atau isi seni yang terkandung dalam sesuatu karya. Maka
untuk itu pengkarya perlu bercakap dan berkongsi

KARYA BINGKISAN NUSANTARA

Wednesday, 23 February, 2011 5:02 AM

Karya Bingkisan Nusantara ini dihasilkan dengan membuat kajian motif-motif yang terdapat pada
semua benda atau subjek yang aslinya adalah buah fikiran Melayu.

Subjek motif-motif nusantara ini meliputi wilayah sosiobudaya Semenanjung, Borneo,


Indonesia,Patani, Champa dan Sulu.
Karya ini lebih ringan penyampaian mesejnya. Hanya sekadar menyampaikan kepelbagaian motif-
motif yang wujud di alam melayu. Kajian tentang motif yang di serlahkan menggunakan bahan
kayuliat secara dominan. Media cat minyak dan akrilik juga digunakan.

Bingkisan Nusantara mesej atau 'content 'nya tidaklah terlalu berat berbanding Jeritan Nusantara.
Fokus karya lebih kepada menonjolkan keindahan dan kepelbagaian motif-motif nusantara dalam
budaya melayu.

Motif-motif ini kita boleh lihat pada barang kegunaan harian, pakaian, senjata, makanan, senibina,
sehinggalah batu-batu bersurat atau batu nisan dan sebagainya.

KAJIAN KARYA 2010 ( JERITAN NUSANTARA)

Wednesday, 23 February, 2011 5:03 AM

semi realist abstrak

subjek motif-motif nusantara yang meliputi wilayah sosiobudaya semenanjung, borneo,


indonesia,patani, campa dan sulu

menonjolkan kepelbagaian perasaan dan semangat melalui unsur garisan dan jalinan.

Perasaan yang ingin ditonjolkan mungkin lahir dari rasa budaya atau jati diri yang seperti terpinggir
dan diketepikan akibat saingan modenisasi dan globalisasi
komentar di facebook http://www.facebook.com/photo.php?pid=30386686&id=1265716854

Arham Azmi, Alia Mohd Sallehhuddin, Hunaidi Ismail dan 10 yang laingemarkannya.

Shamsuri Bin Mohamed

siap! jangan touch up ape2 dah... buat siri cam nih 50 pcs.. pastu gabungkan... work sape dok
sebelah sure tenggelam...

pada 16hb Disember 2009 pukul 12.45 pagi ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

hu..hu.. cam boleh scan jer kepala saya... memang tu ler ideanya nak buat miniatur dan susun.

pada 16hb Disember 2009 pukul 10.50 pagi ·

Abd A. Masoud

Abd A. Masoud

Salam Thank you for taging me on this Photo, i like the colours which you use. regards

pada 17hb Disember 2009 pukul 9.24 pagi ·

Syed Faizal

Syed Faizal

:)

pada 17hb Disember 2009 pukul 12.33 ptg ·

Shamsuri Bin Mohamed

Shamsuri Bin Mohamed

xsabar nak nengok artwork nih siap..

pada 18hb Disember 2009 pukul 12.16 pagi ·

Zubin Mohamad

Zubin Mohamad
looking2

pada 18hb Disember 2009 pukul 10.01 pagi ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

terima kasih en. zubin kerana sudi menjengah

pada 18hb Disember 2009 pukul 10.10 pagi ·

Zubin Mohamad

Zubin Mohamad

zubin je tak ada encik

pada 18hb Disember 2009 pukul 10.19 pagi ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

ok zubin

pada 18hb Disember 2009 pukul 10.24 pagi ·

Azman Yusof

Azman Yusof

Yg ni mengancam. Sudah mula dpt touch. Bnykkn exhibition.

pada 19hb Disember 2009 pukul 3.28 pagi ·

Azize M Yusoph

Azize M Yusoph

Awesome!

pada 21hb Disember 2009 pukul 8.27 pagi ·

Sarina Almukminin

Sarina Almukminin

Bagus........

pada 21hb Disember 2009 pukul 8.42 pagi ·

Shukor Yahya
Shukor Yahya

Moving on! " Frankly, it remind me of a Rouchenberg's blanket piece. Quite DADA in approach but in
2009 dadaism is a passe."

Got to have Yusof and Raflee Ghanis comment though.

pada 21hb Disember 2009 pukul 9.24 pagi ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

Terima kasih En. Shukor. Saya akan cuba buat rujukan tentang Rouchenberg tu. sebelum nih saya tak
pernah dengar namanya, maklumlah masih belajar.

pada 21hb Disember 2009 pukul 10.13 pagi ·

Azrafe Zaky

Azrafe Zaky

awesome bro...cant wait to see this piece :)

pada 21hb Disember 2009 pukul 12.36 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

TQ Z. banyak lagi yg perlu dikaji

pada 21hb Disember 2009 pukul 1.40 ptg ·

Mohammad Sofeanudden

Mohammad Sofeanudden

bila di jangka siap sepenuhnyer nie??? x sabar nak tgk...

apa2 pun i tabik u bro...

pada 21hb Disember 2009 pukul 1.47 ptg ·

Muhammad Fauzi Abdul Malek

Muhammad Fauzi Abdul Malek

seni yang tersendiri....tapi mahu ke mana?

pada 24hb Disember 2009 pukul 11.38 ptg ·

Norazlan Ahmad
Norazlan Ahmad

hendak ke mana?

arah ke mana maksud tuan....sekiranya hanya sekadar material / duit memang tak ke mana. rezeki
itu milik Allah, kita berusaha sahaja.

sekiranya dengan tujuan akademik, ajakan berfikir untuk manfaat manusia, pada saya inilah
tujuannya. oleh sebab itulah kebanyakan karya yang dihasilkan berlandaskan kajian-kajian tertentu
untuk menyampaikan interpretasi karyanya.

pada saya seseorang yang ingin memberi pandangan tentang sesuatu karya, penghayatannya
tentang subjek/diskripsi, formalistik / unsur seni dan prinsip rekaan, serta interpretasi sesuatu karya
itu perlulah sekurang-kurang tahu, walaupun tidak faham atau menjadi pengamalnya.

pada 25hb Disember 2009 pukul 2.00 pagi ·

Shukor Yahya

Shukor Yahya

Kearah menyumbang kepada kehidupan manusia sejagat yang lebih sempurna, kerana seni adalah
salah satu daripada komponen tamadun itu sendiri termasuk sain dan teknology serta ugama atau
falsafah.

Bagi orang barat/atheis mereka lebih mengutamakan falsafah dalam kehidupan. Tetapi kita
menolaknya kerana ugama lebih menyumbang kepada reality bukan falsafah yang hanya membawa
kepada perdebatan yang tida penghujung.

Di sini pelukis ini ingin mengingatkan kita kepada peranan sejarah dalam kehidupan di Nusantara.
Kalau kita lupa kepada sejarah ia akan beulang kembali dan kita terpaksa berhadapan dengan
risikonya.

Inilah arah tuju karya ini walaupun berbentuk

abstract kerana hendak menarik perhatian kita supaya berfikir dengan dalam.

Usah diperkecilkan karya anakseni wahai kawan kerana kita tidak boleh mengekang kehidupan kita
dari seni. Lihatlah rekabentuk industri, seni bena, seni komunikasi dan sebagainya yang kita gunakan
setiap hari. semunya dihasilkan oleh manusia yang berjiwa seni.

Dari itu marilah kita menyokong dengan berkunjung ramai ramai serta membeli karya karya yang
dipamerkan di JB itu demi untuk menyuburkan aktiviti anak seni tempatan dari selatan. Ingatlah, kita
ini sedang bersaing sengit dengan kehidupan dari seberang Teberau sana.

Dengan izin Allah SWT menang atau kalahnya kita, terletak kepada sejauhmana niat, adab,
pengorbanan dan tangisan malam kita sendiri.
Semuga berjaya pengiat seni di selatan tanah air!

pada 25hb Disember 2009 pukul 10.44 pagi ·

Arham Azmi

Arham Azmi

ya..ceritakan formalistik nya sudah cukupkan...pemahaman budaya itu harus diperkembangkan


lagi...secara formalis nya anda memahami kepentinga itu...apa yang saya nampak kajiannya dilihat
dari sudut eksperimen bahan bukan budaya..maaf ya.

pada 26hb Disember 2009 pukul 2.11 pagi ·

Shukor Yahya

Shukor Yahya

Memang betul. Budaya adalah amalan yng menjadi tradisi setempat. tetapi karya ini bukan
normanya maka ianya menjadi karya yang menarik atau sebaliknya. Ini boleh dianalisakan melalu
timbal balas dari respondan yang sanggup mengambil bahagian dalam kajian ini, Dapatannya munkin
menepati tujuan kajian yang harus dikongsi bersama. Insya'Allah.

Semuga Allah tambahkan ilmu kita, Ameeen!

pada 26hb Disember 2009 pukul 3.07 pagi ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

hik..hik.. memang banyak yang perlu di kaji.

jika kajian dari segi bahan, sememangnya telah lama bermula dari tahun 2002 hingga kini. masih
belum berhenti.

kajian dari segi formalistik, masih juga dilakukan. apatah lagi ini adalah karya untuk tahun 2010.
kajiannya mungkin fokus kepada unsur garisan dan jalinan yang menunjukkan perasaan .tentang
warna juga sedang difikirkan. sememangnya ada dorongan
sesuatu yang perlu diketahui yang karya ini adalah catan relief. oleh itu ianya adalah gabungan
prinsip catan dan juga arca yang perlu saya kaji dan dalami. banyak lagi yang perlu dipelajari buat
orang baru seperti saya.

dari segi 'subjek matter'. kajian masih perlu diteruskan. hasratnya ialah motif-motif dari ribuan pulau
di indonesia, semenanjung tanah melayu,patani, campa, borneo, brunei, dan sulu. semalam saja
baru berbual dengan warga acheh, bercerita tentang rencong dan motif-motif yang ada pada
songkoknya.

Dari segi interpretasi, saya masih mengkaji dan mengumpul maklumat, memahami segalanya dari
segi budaya, semangat, perjuangan isu-isu semasa berkaitan dengan sejauh mana budaya atau jati
diri nusantara itu dipinggir dan diketepikan akibat saingan modenisasi dan globalisasi. perkara ini
yang akan menjadi perbahasan antara saya dengan orang ramai yang dihubungkan oleh kiarya saya
ini.

Dari segi apresiasi sesuatu karya saya in,i terpulanglah kepada khalayak untuk melakukannya. sama
ada dari segi formalistik sahaja, atau berkaitan diskripsinya sahaja atau interpretasi yang saya ingin
sampaikan atau membuat interpretasinya sendiri.atau ketiga-tiganya

Dari segi nilai artistik karya ini, seboleh mungkin akan saya perkuatkan kajian formalistik dan
diskripsinya

dari segi nilai estetik, terpulang kepada setiap individu, bagaimana ia mahu menikmati. pada saya
nilai estetik ini berbeza mengikut tahap masing-masing. jika fokusnya hanya pada dikripsi. maka
bahan dan subjeknya menjadi penilaiannya. jika fokusnya kepada formalistik, maka unsur-unsur seni
dan prinsip rekaan menjadi penilaiannya. jika fokusnya pada interpretasi maka isi kandungan dan
mesej menjadi penilaiannya.

Lebih menarik lagi sekiranya diskripsi, formalistik dan interpretasi sesuatu karya itu dinikmati
bersama sebagai satu yang di sebut sebagai 'organic unity'

banyak yang kurang lagi. masih banyak yang saya perlu kaji dan belajar dari en. shukor, en. arham
dan rakan pelukis yang lain. maklumlah saya ini masih baru.

harap rakan-rakan pelukis akan membantu saya untuk membaiki kelemahan yang ada.
pada 26hb Disember 2009 pukul 7.08 pagi ·

Shukor Yahya

Shukor Yahya

Salams, Ehem, pengunaan bahan dalam karya ini yang dijadikan tamsyilan kepada tajuk yang
berkaitan tentang sejauh mana budaya atau jati diri nusantara itu dipinggir dan diketepikan akibat
saingan modenisasi dan globalisasi dengan meninggalkan sentuhan warna di penjuru karya atas
sebelah kiri, adalah sesuatu yang dikagumi. Tanpa prasangka atau diluar noma budaya seni setempat
ianya cuba diabadikan untuk dinilai secara subjektif atau quantitif.

Di sini kita telahi diajukan dengan beberapa pesoalan serta penerangan yang telah diluahkan dari
pelukis nya.

Tiada daya atau berupaya bagi saya untuk mengajar kerana saya juga masih belajar selama ini.
Namun ingin secara serius saya berharap agar dapatan dari kajian ini dapat dimenafaatkan oleh kita
bersama. Insya'Allah.

pada 26hb Disember 2009 pukul 10.31 pagi ·

Rozida Hanem

Rozida Hanem

Setelah diamati karya seni halus ini memang terdapat berbagai isu yang boleh diungkai dan
diperbincangkan. Baik dari aspek formalistik, diskripsi dan ekpresinya. Lantas keindahan yang
terkandung pada karya ini boleh membawa kita jauh menyelami ke alam akar umbi yang akhirnya
membungkar dan memelanjangkan asal unsur kita.Asal usul yang perlu diperjelas dan dicelekkan.
Satu kesedaran yang perlu diketahui, diterima, dikekal dan akhirnya dihargai dan disanjungi buat
selama-lamanya. Jangan ada satu jeritan penyesalan pada jenerasi kita akan datang.Ayuh
bongkarkan sejarah asal usul kita pada tatapan umum...

pada 26hb Disember 2009 pukul 11.13 pagi ·

Shukor Yahya

Shukor Yahya

insya'Allah. Sebelum itu kalau anda lapar atau dahaga pergilah makan dan minum dahulu.

pada 26hb Disember 2009 pukul 2.47 ptg ·

Mohd Haines

Mohd Haines

Aduih.. tak paham..

pada 26hb Disember 2009 pukul 7.29 ptg ·

Shukor Yahya
Shukor Yahya

Salam dan Selamat pagi,

Razlan Adnan dalam blognya (www.razlanadan.blogspot.com) menulis,

"Ideas..Work of Art..I'm not sure how important my work is supposed to be..but I DO IT." dan
seterunya.

Tetapi Bagi Norazlan dia berkarya untuk dijadikan bahan kajian untuk diri dan orang di sekelilingnya.

Walaupun berbeza haluan namun, kedua dua artists mempunyai persamaan, iaitu mereka berani,
rajin, kreatif dan sentiasa mahu menambah nilai dalam sumbangan mereka untuk kebaikkan
manusia.

Generasi muda beginilah yang patutt di ikuti. Ini lebih baik daripada merempit malam tadi. kalau
accident kan parah. Nasib tak baik munkin hidup dalam kecacatan sampai tua..

Teuskanlah berkarya wahai teman teman ku sekelian!

pada 27hb Disember 2009 pukul 8.31 pagi ·

Rozaini Abindinhazir

Rozaini Abindinhazir

'Unsur garisan dan jalinan yang menunjukkan perasaan..' boleh ke? Perasaan ni suatu yang sukar
diterjemahkan oleh orang lain.

pada 28hb Disember 2009 pukul 5.16 ptg ·

Law Poh Kiong

Law Poh Kiong

cha u msh buat landskap kah

pada 09hb Januari pukul 10.17 pagi ·

Kms Donna

Kms Donna
mantap,,

pada 09hb Januari pukul 4.14 ptg ·

Mh Azizi Chocaq

Mh Azizi Chocaq

from line to line....= line + composision=form

pada 10hb Januari pukul 1.50 pagi ·

Azuan Botak

Azuan Botak

Banyak yg trungkai d'dlm nya untuk d'gambarkn

pada 30hb Januari pukul 1.07 ptg ·

Rina Shukor

Rina Shukor

great texture must have great content.:) goodluck this is a good one

pada 03hb Mac pukul 9.22 ptg ·

Rasyidah Zul

Rasyidah Zul

best..

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.00 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

terima kasih syida

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.01 ptg ·

Rasyidah Zul

Rasyidah Zul
harap karya ini lebih hebat dan mantap dari yg sebelumnyer... idea unik ini tidak bole di hentikan...
sokong sepenuhnyer...

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.03 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

sedang buat kajian motif nusantara... semenanjung, sabah sarawak, indonesia, campa, sulu, patani

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.07 ptg ·

Rasyidah Zul

Rasyidah Zul

menarik tu.. unsur2 bersusur galurkan malaysia...

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.11 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

luas lagi... nusantara

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.12 ptg ·

Rasyidah Zul

Rasyidah Zul

yeah... asia gitu... wish u all da best..

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.13 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

apa yg lebih penting nak kaji camner garisan dan jalinan melahirkan perasaan.... sesuai dgn tajuk...
jeritan nusantara

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.15 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

asia tenggara...

sempadan geografi sejarah dahulu kala


nusantara tanpa sempadan

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.16 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

masih x lari tajuk dengan khlang keo tu

sejarah dan jati diri

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.20 ptg ·

Rasyidah Zul

Rasyidah Zul

betul tu....

pada 16hb Disember 2009 pukul 9.21 ptg ·

Syed Faizal

Syed Faizal

:)

pada 17hb Disember 2009 pukul 12.33 ptg ·

Ghafar Bahari

Ghafar Bahari

sangat menarik, boleh juga cuba dengan rempah pula nanti , kerana ia melibatkan perubahan
sejarah dunia melayu dan nusantara.

pada 17hb Disember 2009 pukul 11.43 ptg ·

Ghafar Bahari

Ghafar Bahari

sehingga mendapat julukan semenanjung emas oleh pedagang pedagang dari timur dan barat.

pada 17hb Disember 2009 pukul 11.45 ptg ·

Norazlan Ahmad

Norazlan Ahmad

terima kasih abg gopa. ramai yg tak tahu sbb tak minat sejarah lantas hilang jati dan kemegahan diri
terutama kerana mengagungkan budaya asing. Mungkin juga kerana beratus tahun dijajah dan
kerana hilangnya manuskrip dikutip penjajah (rujuk hikayat munsyi abdullah)
pada 18hb Disember 2009 pukul 1.04 pagi ·

Zam Hassan

Zam Hassan

kita sokong la tu, moga apa yg diusahakan nih berterusan dan setidak-tidaknya dpt membuka ruang
minda masyarakat yg perihatin

pada 21hb Disember 2009 pukul 6.02 pagi ·

Shukor Yahya

Shukor Yahya

" jati diri yang seperti terpinggir dan diketepikan akibat saingan modenisasi dan globalisasi" ini
semakin ketara jika kita lihat perbandingan yang tercapai oleh Singapura yang lebih global dalam
pendekatan untuk mencapai kejayaan lebih awal dari orang Johor. Jom Revolusi !

pada 21hb Disember 2009 pukul 9.08 pagi ·

Khairil Anwar

Khairil Anwar

teruskan kaji...mengaji...

pada 21hb Disember 2009 pukul 12.07 ptg ·

Kms Donna

Kms Donna

ok juga ,,hehheh

pada 24hb Disember 2009 pukul 2.48 ptg ·

You might also like