You are on page 1of 8

Definisi Komunikasi

James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) mengatakan bahawa komunikasi

ialah satu cara manusia berhubung melibatkan pengertian atau maksud yang

dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang

digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan

perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat

menyampaikan maksud.

S. Bernard Rosenblatt dalam bukunya, Communication in Business (1983)

pula mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, maklumat, pendapat,

perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara

peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau syarat yang bertujuan untuk

mencapai matlamat organisasi.

Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) mengatakan komunikasi

ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada

seseorang. Sulaiman Masri juga merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila

satu maklumat daripada pengirim dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu

kepada penerima yang kemudiannya memberikan maklum balas mesej tersebut.

Oleh yang demikian, definisi komunikasi dapat dirumuskan bahawa

merupakan proses idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan

maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan.

Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan

menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.


Komunikasi interpersonal

Komunikasi interpersonal adalah proses pertukaran maklumat diantara

seseorang dengan paling kurang seorang lainnya atau biasanya di antara dua orang

yang dapat langsung diketahui balikannya.(Muhammad, 2005,p.158-159). Menurut

Devito (1989), komunikasi interpersonal adalah penyampaian pesan oleh satu orang

dan penerimaan pesan oleh orang lain atau sekelompok kecil orang, dengan

berbagai dampaknya dan dengan peluang untuk memberikan umpan balik segera

(Effendy,2003,p.30).

Komunikasi interpersonal adalah komunikasi antara orang-orang secara tatap

muka, yang memungkinkan setiap pesertanya menangkap reaksi orang lain secara

langsung, baik secara verbal atau non-verbal. Komunikasi interpersonal ini

adalah komunikasi yang hanya dua orang, seperti suami isteri, dua sejawat, dua

sahabat dekat, guru dengan murid dan sebagainya (Mulyana, 2000,p.73)

Menurut Effendi, pada hakikatnya komunikasi interpersonal adalah

komunikasi antara komunikator dengan komunikan, komunikasi jenis ini dianggap

paling efektif dalam upaya mengubah sikap, pendapat atau perilaku seseorang,

kerana sifatnya yang dialogis berupa percakapan. Arus balik bersifat langsung,

komunikator mengetahui tanggapan komunikan ketika itu juga. Pada saat

komunikasi dilancarkan, komunikator mengetahui secara pasti apakah

komunikasinya positif atau negatif, berhasil atau tidaknya. Jika ia

dapat memberikan kesempatan pada komunikan untuk bertanya seluas-luasnya

(Sunarto,2003,p.13).

Dapatlah dikatakan di sini,bahawa komunikasi interpersonal ialah komunikasi

antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas
secara terus antara satu sama lain. Biasanya perantaraan di dalam komunikasi

interpersonal ini berbentuk dialog, dan bercirikan tolak ansur lisan (verbal). Ianya

juga merangkumi semua bentuk perbualan dan penukaran maklumat antara individu,

kumpulan-kumpulan kecil dan sebagainya.

Disamping itu, komunikasi interpersonal ini merupakan situasi di mana

kedudukan pengirim dan penerima saling bertukar ganti dengan cepat dan rancak.

Contoh situasi komunikasi interpersonal ialah apabila anda berbincang tentang kerja

kursus anda secara individu dengan guru penasihat anda, apabila anda bercakap

melalui telefon dengan ibu bapa dan apabila anda membincangkan rancangan

percutian dengan rakan-rakan anda.

Biasanya juga, komunikasi interpersonal ini dijalankan dalam keadaan yang

tidak formal dan tindak balasnya adalah rancak dan segera. Lapangan komunikasi ini

juga biasanya berpasangan, iaitu melibatkan dua orang namun begitu, ianya juga

masih boleh berlaku dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Dapatlah disimpulkan,disini bahawa komunikasi interpersonal adalah komunikasi

antara individu atau beberapa individu yang menggunakan medium yang mudah,

yang melibatkan penukaran maklumat dan tindak balas dengan menggunakan lebih

dari satu pancaindera, dan ianya mengakibatkan tindak balas yang rancak dan

segera.
Ciri-ciri komunikasi interpersonal

Komunikasi interpersonal merujuk kepada komunikasi dengan orang lain. Ciri-

ciri komunikasi interpersonal mencakupi aspek isi percakapan yang disampaikan

antara dua individu. Iaitu memenuhi kehendak isi percakapan antara pendengar dan

komunikan. Contohnya, sekiranya isi perbualan adalah mengenai isu kesihatan, si

pendengar haruslah memberi respon yang berkaitan dengan isu kesihatan.

Seterusnya ialah interakasi antara penyampai dan pendengar. Interaksi amat

penting dalam sesuatu komunikasi agar isi yang hendak disampaikan jelas

maksudnya, dan tidak mendapat apa-apa halangan dalam komunikasi. Cara

berkomunikasi juga mempengaruhi sikap seseorang. Oleh itu, cara berkomunikasi

haruslah dikawal bagi mengelakkan pertelingkahan daripada berlaku.

Ciri yang seterusnya ialah hubungan saling ketergantungan. Dalam sesebuah

komunikasi antara si pendengar dan penyampai, akan berlaku hubungan saling

ketergantungan, iaitu saling memahami dan bertolak ansur semasa dalam

komunikasi. Si pendengar tidak mencelah ketika si penyampai sedang bercakap.

Komunikasi interpersonal juga menetapkan prinsip bahawa isu yang telah

dikemukakan tidak boleh ditarik kembali. Kerana, ini akan menjejaskan kepercayaan

si pendengar terhadap penyampai tersebut. Oleh itu, sebelum bekata-kata, kita

haruslah berfikir terlebih dahulu kesannya agar tiada masalah berlaku. Kadangkala,

komunikasi interpersonal berlaku secara spontan iaitu tanpa disedari, dalam

kehidupan seharian kita, kita sering melakukan komunikasi interpersonal iaitu

berkomunikasi dengan ibu bapa, rakan-rakan, dengan guru-guru, anda dengan rakan

anda serta dalam kalangan adik-beradik dan sebagainya.


Komunikasi Intrapersonal

Komunikasi intrapersonal merupakan komunikasi yang berlaku dalam diri

seseorang individu. Maksudnya, ialah komunikasi intrapersonal berlaku apabila ada

komunikasi berlaku di dalam sesuatu system di peringkat seseorang individu.

Dengan kata lain, komunikasi intrapersonal berlaku apabila seseorang individu itu

berada di dalam proses di mana berkomunikasi dengan dirinya sendiri.

Umumnya, komunikasi intrapersonal dikatakan asas kepada semua jenis

komunikasi kerana ianya bermula dari dalam diri seseorang individu. Komunikasi

intrapersonal ini berlaku untuk digunakan sebagai menilai diri kita, kebolehan dan

kemampuan kita serta menguji keyakinan diri sendiri. Bidang komunikasi

Intrapersonal ini diberi perhatian mendalam oleh ahli-ahli saintifik terutamanya oleh

pakar-pakar sakit jiwa.

Komunikasi intrapersonal ini berlaku sepanjang masa dalam diri seorang

individu dan membantu untuk meningkatkan lagi prestasi seseorang individu

tersebut. Ianya dapat membuat individu itu berfikir tentang konsep-konsep yang

abstrak seperti tentang apakah erti kehidupan, tentang nasib, tentang cinta, tentang

kebahagiaan atau tentang masa depan.

Dalam istilah sastera pula, komunikasi Intrapersonal dikenali sebagai

monolog dalam atau “soliloquy” yang bermaksud dimana sesuatu watak bercakap

dengan diri sendiri.

Disamping itu, komunikasi intrapersonal ini selalu digunakan dalam proses

mengenang sesuatu, mempertimbangkan sesuatu, mententeramkan diri sendiri dan

untuk membuat keputusan. Oleh yang demikian, tidak salah jika seseorang individu
itu bermonolog sendirian kerana ianya sedikit sebanyak meningkatkan lagi prestasi

individu tersebut.

Ciri-Ciri Intrapersonal

Komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu secara lisan (verbal)

dan tidak lisan (non-verbal). Antara ciri komunikasi intrapersonal adalah seperti

melibatkan satu pihak sahaja, iaitu penyampai itu sendiri tanpa hadirnya pendengar.

Iaitu, bermonolog. Dalam komunikasi intrapersonal, individu tersebut akan menjadi

pemberi dan juga penerima.

Halangan-Halangan Dalam Komunikasi

Terdapat pelbagai halangan yang sering berlaku dalam sesebuah komunikasi.

Halangan-halangan tersebutlah yang akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.

Antara halangan-halangan komunikasi ialah ketiadaan maklum balas, salah faham

atau prasangka, masalah semantik, keadaan persekitaran, sikap negatif, tidak

memahami budaya orang lain dan perbezaan status.

Ketiadaan maklum balas bermaksud penerima tidak memberi maklum balas

kepada punca. Ianya selalu terjadi dalam komunikasi satu hala yang lebih

mengecewakan penerima dan kurang mengancam kepada penyampai. Di sekolah

kebiasaanya pula, komunikasi sehala sering terjadi antara guru besar dengan guru,

terutamanya dalam keadaan guru besar digeruni oleh guru-guru. Masalah ini boleh

mewujudkan konflik antara pihak yang terbabit dalam proses komunikasi itu.

Kedua ialah salah faham atau prasangka yang biasanya berlaku kerana

penyampai dan penerima mentafsir perkataan yang sama dengan cara yang
berbeza. Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan di antara kita, suka menerima

maklumat tanpa usul periksa terutamanya maklumat itu datang daripada orang yang

rapat dengannya seperti rakan dan saudara mara. Hal ini boleh menimbulkan fitnah

dan kesilapan terhadap maklumat yang diterima.

Ketiga ialah masalah semantik yang terjadi akibat kesilapan menyahkod dan

mentafsir kod. Perutusan atau mesej yang bercampur aduk dan mengelirukan juga

boleh menjadi halangan semantik kepada proses komunikasi. Masalah semantik ini

lazimnya berlaku dalam penggunaan bahasa dan struktur ayat. Disamping itu,

halangan semantik dalam komunikasi juga boleh terjadi apabila komunikasi secara

lisan bercanggah dengan komunikasi secara bukan lisan. Maksudnya bahawa

kekeliruan terjadi apabila sejumlah perkataan memberi satu makna manakala

tindakan atau bahasa isyarat beri makna yang berbeza.

Halangan yang keempat pula ialah keadaan persekitaran yang memainkan

peranan penting dalam proses komunikasi. Persekitaran yang senyap, aman,

tenang, selesa lebih mudah untuk individu mendengar dan berkomunikasi

berbanding persekitaran yang bising, kacau bilau, panas dan kelam kabut.

Dimudahkan di sini, adalah lebih mudah kita mendengar atau mencerap ucapan

seseorang di bilik darjah yang senyap daripada mendengar ucapan di bengkel kereta

yang sibuk.

Seterusnya ialah sikap peribadi yang negatif bermakna pada penerima akan

wujud persepsi, sikap, nilai diri, dan tahap pemikiran yang berbeza antara manusia.

Setiap orang mempunyai sikap yang berbeza-beza. Sekiranya, seseorang individu iti

tidak bersikap terbuka, maka system maklumat yang ada pada diri individu tersebut
akan menjadi halangan dan menutup fikiran seseorang daripada memahami mesej

orang lain.

Keenam ialah tidak faham budaya orang lain. Sebahagian masyarakat di

dunia ini tidak mahu memahami budaya orang lain, oleh itu tidak akan mewujudkan

sikap tolak ansur hingga mengakibatkan perbalahan antara kaum. Ini terjadi kerana

manusia berkomunikasi dalam berbagai-bagai bahasa.Oleh itu, adalah penting

setiap manusia cuba untuk memahami dan menghormati budaya orang lain supaya

hidup menjadi lebih harmoni.

Akhir sekali ialah perbezaan status yang merupakan satu halangan kepada

komunikasi. Kebiasaannya, halangan ini sering berlaku di antara pegawai bawahan

dengan pegawai atasan yang sering berat sebelah kepada pihak atasan sahaja.

Selain itu, situasi antara guru besar dengan guru-guru juga ketara mengalami

masalah ini. Terutamanya, apabila guru besar cuba menyampaikan sesuatu idea,

gagasan maka bentuk komunikasinya adalah sehala. Jadi, berlakulah keadaan

sesetengah guru yang tidak bekerjasama sepenuhnya hingga menyebabkan

maklumat tidak tepat serta berat sebelah.

You might also like