You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam menyiapkan

kajian ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Purun, Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi sokongan dalam usaha saya

menyiapkan kajian ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai.

Saya juga berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan

Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kejasama kepada saya dalam

menyiapkan kajian ilmiah ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan membolehkan saya

menjalankan kajian ini dengan lebih lancar.

Penghargaan juga ditujukan kepada En. Asmawi bin Abdullah yang juga berperanan

sebagai Guru Penasihat Kumpulan 3. Saya amat berterima kasih kerana beliau telah banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses saya melengkapkan kajian ini. Tunjuk ajar

yang diberikan membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah.

Sokongan dan kerjasama rakan-rakan juga turut saya hargai. Rakan-rakan khususnya

rakan-rakan Kumpulan 3 banyak membantu saya sepanjang proses menjalankan kajian ilmiah

ini. Mereka banyak membantu saya dari aspek pertukaran maklumat dan saling berkongsi idea

dan maklumat khususnya dalam memantapkan lagi kajian ini.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 1


Kerjasama pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang lain juga amat dihargai khususnya sebagai

responden kajian yang telah saya jalankan ini. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh

pelajar banyak membantu saya dalam melengkapkan kajian ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan kajian ini.

SEKIAN.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 2


ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Penghargaan 1

Abstrak 4

Pendahuluan 5

Pernyataan Masalah 6

Tujuan Kajian 7

Soalan Kajian 7

Kaedah Kajian 8

Dapatan Kajian 9

Perbincangan 14

Kesimpulan 15

Lampiran 16

Rujukan 18

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 3


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji pengabaian pematuhan undang-undang

dalam kalangan pelajar yang bermotosikal ke sekolah. Selain itu, kajian ini bertujuan

meninjau dan mengawasi tahap kesedaran pelajar tehadap keselamatan diri dengan mematuhi

undang-undang jalan raya. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah

Bera, Pahang. Skop kajian ini dihadkan kepada semua pelajar Tingkatan 6 sahaja yang

menunggang motosikal ke sekolah iaitu seramai 24 orang. Instrument kajian adalah

menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati sebahagian besar pelajar tidak

mematuhi undang-undang jalan raya dengan mengabaikan pemakaian topi keledar serta

menunggang melebihi halaju yang telah ditetapkan. Kajian ini juga menunjukkan sebilangan

bilangan pelajar yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh

pembelajaran di sekolah tersebut. Dalam kajian ini juga didapati sebahagian besar pelajar

berpendapat pelajar yang berhemat dan mematuhi peraturan jalan raya serta menekankan

aspek keselamatan kurang berisiko terlibat dalam kemalangan jalan raya berbanding pelajar

yang sebaliknya. Tidak kurang juga pelajar berpendapat kemalangan yang bukan berpunca

dari pelajar itu sendiri turut berlaku. Antara faktor utama ialah struktur jalan yang teruk dan

berselekoh berbahaya. Jalan yang rosak dan mempunyai selekoh tajam akan membahayakan

pelajar dan berisiko untuk pelajar terlibat dalam kemalangan adalah tinggi. Hal ini bertambah

buruk lagi dengan timbulnya faktor lain seperti penternak haiwan ternakan melepaskan dan

membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di tepi-tepi jalan. Ditambah pula dengan

faktor cuaca seperti hujan dan kabus yang tebal serta faktor kecuaian pengguna jalan raya

yang lain.

PENDAHULUAN

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 4


Kesedaran terhadap keselamatan diri dengan pematuhan undang-undang jalan raya

dalam kalangan pelajar kini semakin membimbangkan. Kalangan pelajar kurang menekankan

aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, menungang dengan halaju yang ditetapkan,

memotong dengan selamat, dan banyak lagi. Mereka seolah-olah tidak sedar akan musibah

yang bakal berlaku sekiranya pematuhan undang-undang jalan raya masih dipandang remeh

oleh segelintir pelajar. Bukan sahaja pelajar, malah golongan dewasa juga sering melanggar

peraturan dan undang-undang jalan raya. Pengabaian peraturan jalan raya bukan sahaja

menyalahi undang-undang negara, malah bakal mengundang musibah iaitu berlakunya

kemalangan yang boleh meragut nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung masalah ini

antaranya mngenakan denda terhadap pengguna jalan raya yang menyalahi undang-undang

keselamatan jalan raya, namun orang ramai masih belum sedar dan masih terus melakukan

kesalahan jalan raya dengan mengabaikan pematuhan undang-undang jalan raya. Justeru itu,

hukuman yang lebih berat dan peringatan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada orang

ramai yang melanggar peraturan jalan raya supaya tidak berlaku kemalangan jiwa di samping

membentuk disiplin pengguna jalan raya.

Ibu bapa perlu memainkan peranan meninjau dan mengawasi anak-anak mereka

supaya mematuhi undang-undang jalan raya seperti memakai topi keledar semasa

menunggang motosikal. Dengan kesedaran yang tinggi dalam diri setiap kalangan ibu bapa,

anak-anak mereka mampu terhindar daripada risiko kemalangan. Oleh itu, penekanan dan

bimbingan kepada anak-anak sejak kecil adalah sangat penting bertepatan dengan peribahasa

melayu iaitu ‘ melentur buluh biar dari rebungnya”.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berhemat dan berdisplin di jalan raya

bukanlah suatu tugas yang sukar. Tugas ini sebahagian besarnya bergantung kepada kehendak

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 5


dan dorongan diri sendiri terutamanya dalam meningkatkan tahap penekanan aspek

keselamatan diri semasa menggunakan jalan raya.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah pengabaian undang-undang jalan raya bukan sahaja dapat dikesan berlaku dalam

kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, tetapi juga dalam kalangan pelajar

Tingkatan 6. Kesedaran pematuhan peraturan jalan raya yang rendah dalam kalangan pelajar

bakal memberi kesan terhadap keselamatan diri mereka sendiri. Pelbagai langkah keselamatan

perlu diambil semasa menunggang motosikal seperti pemakaiaan topi keledar, menunggang

dengan halaju dan pemotongan selamat, dan banyak lagi. Penekanan keselamatan ini penting

kerana pelbagai kemungkinan dan perkara tidak diingini boleh berlaku.

Sebagai pelajar yang prihatin, pelajar seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi

untuk menjaga keselamatan diri mahupun keselamatan pengguna jalan raya yang lain dengan

cara pemanduan yang berhemat. Dengan nilai kesedaran yang tinggi, pelbagai perkara buruk

dapat dielakkan daripada berlaku. Ibu bapa perlu memainkan peranan meninjau dan

mengawasi anak-anak mereka supaya mematuhi undang-undang jalan raya. Pengabaian

peraturan jalan raya bukan sahaja menyalahi undang-undang negara,malah bakal mengundang

musibah seperti berlakunya kemalangan.

Memandangkan betapa pentingnya pematuhan undang-undang jalan raya dalam

kalangan pelajar di sekolah, kajian ini dijalankan bagi meninjau sejauh manakah kesedaran

terhadap keselamatan diri dalam kalangan pelajar.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 6


TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar yang memetuhi undang-undang jalan raya.

Kajian ini juga dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap kecenderungan untuk

pelajar terlibat dalam kamalangan jalan raya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk

mengenal pasti tahap keberkesanan pematuhan undang-undang jalan raya terhadap

kaselamatan para pelajar. Daripada kajian ini, pengkaji dapat melihat tahap kesedaran pelajar

menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain dengan mematuhi undang-

undang jalan raya.

SOALAN KAJIAN

Berlandaskan tujuan kajian di atas, maka kajian di akan cuba menjawab empat soalan kajian

yang berikut:

1. Apakah tahap penglibatan pelajar mematuhi undang-undang jalan raya?

2. Adakah terdapat hubungan antara halaju penunggangan dengan tahap kecenderungan

pelajar terlibat dalam kemalangan jalan raya?

3. Adakah pematuhan undang-undang jalan raya yang berkesan dapat mengurangkan

risiko kemalangan jalan raya?

4. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan selain daripada pengabaian

pematuhan undang-undang jalan raya?

KAEDAH KAJIAN

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 7


Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalan-soalan di atas.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 dari sebuah sekolah

telah digunakan sebagai sampel yang menjawab soal selidik yang di edarkan. Seramai

24 sampel telah digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab

keempat-empat soalan tersebut.

Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 42.1% daripada keseluruhan pelajar

Tingkatan 6 di sekolah yang dipilih. Antara sampel yang digunakan adalah seramai 11

( 45.8%) sampel pelajar lelaki dan 13 (54.2%) sampel pelajar perempuan. Sampel

kajian ini juga diambil bagi mewakili kelompok pelajar mengikut kelas, kelas PPUA 1

seramai 9 ( 37.5%) sampel, kelas PPUA 2 seramai 10 (41.7%) sampel dan kelas PPUA

3 seramai 5 (20.8%) sampel.

Instrument kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian satu terdiri

daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu jantina dan

kelas. Bahagian kedua pula terdiri daripada empat perkara yang berkaitan dengan

bilangan pelajar mematuhi undang-undang jalan raya,halaju penunggangan pelajar,

penglibatan pelajar dalam kemalangan jalan raya dan faktor lain penyebab berlakunya

kemalangan jalan raya.

Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji yang mengambil data di sekolah

tempat bertugas. Data diproses dengan menggunakan kaedah analisis asas matematik.

DAPATAN KAJIAN

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 8


Kajian telah cuba menjawab empat soalan utama kajian. Bahagian ini akan cuba

mengemukakan data berbentuk jadual dan penerangan bagi menjawab keempat-empat soalan

kajian tersebut;

1. Apakah tahap penglibatan pelajar mematuhi undang-undang jalan raya?

Jadual 1. Pematuhan aspek keselamatan diri pelajar

Aspek Keselamatan PPUA 1 PPUA 2 PPUA 3

1 2 1
Pemakaian topi keledar (11.1%) (20%) (20%)

5 4 1
Pemasangan cermin sisi (55.6%) (40%) (20%)

Memotong dengan selamat dan 1 2 2


memberi isyarat membelok
(11.1%) (20%) (40%)

Menunggang dengan halaju yang 2 2 1


selamat
(22.2%) (20%) (20%)

Jadual 1 menunjukkan pematuhan aspek keselamatan diri pelajar. Dapatan kajian ini

menunjukkan peratusan pelajar yang mematuhi peraturan dengan memakai topi keledar ialah

sebanyak 11.1% dari kelas PPUA 1, dan seramai 20% dari kelas PPUA 2 dan PPUA 3.

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 9


Dapatan kajian mendapati, peratusan pelajar yang menekankan aspek pemasangan

cermin sisi merupakan bilangan terbesar berbanding aspek lain iaitu sebanyak 55.6% dari

kelas PPUA 1, 40% dari kelas PPUA 2 dan 20% dari PPUA 3.

Pelajar memotong dengan selamat dan memberikan isyarat membelok mewakili

11.1% bagi kelas PPUA 1, 20% dari kelas PPUA 2 dan 40% dari PPUA 3.

Dari aspek penunggangan dengan halaju selamat pula, peratusan bilangan pelajar dari

kelas PPUA 1 ialah sebanyak 22.2%, dari PPUA 2 dan PPUA 3 pula adalah sama iaitu 20%.

2. Adakah terdapat hubungan antara halaju penunggangan dengan tahap kecenderungan

pelajar terlibat dalam kamalangan jalan raya?

Jadual 2. Halaju penunggangan pelajar

Halaju ( km/j )
Kelas Kurang 50 50 - 70 70 - 90 90 keatas

PPUA 1 1 (11.1%) 4 (44.5%) 3 (33.3%) 1 (11.1%)

PPUA 2 1 (10%) 3 (30%) 4 (40%) 2 (20%)

PPUA 3 2 (40%) 1 (20%) 2 (40%) - (0%)

Jadual 2 menunjukkan halaju penunggangan pelajar. Dapatan dari soal selidik dari kelas

PPUA 1, pelajar yang menunggang dengan halaju kurang 50km/j dan 90km/j keatas didapati

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 10


mempunyai halaju yang sama iaitu 11.1%. Terdapat 44.5% pelajar yang menunggang dengan

halaju 50 hingga 70km/j dan penunggangan berhalaju 70 hingga 90km/j ialah 33.3%.

Bagi kelas PPUA 2, peratus pelajar menunggang dengan halaju kurang 50km/j

mencatatkan 10%. Pelajar yang menunggang 50 hingga 70km/j pula sebanyak 30%.

Sementara itu, penunggangan pelajar berhalaju 70 hingga 90km/j ialah 40% dan pelajar

berhalaju 90km/j keatas ialah 20%.

Bagi kelas PPUA 3 pula, sebanyak 40% pelajar didapati menunggang dengan halaju

kurang 50km/j dan 90km/j keatas. Penunggangan berhalaju 50 hingga 70% pula berperatusan

20% dan tiada peratusan dicatatkan pada penunggangan berhalaju 90km/j keatas.

3. Adakah pematuhan undang-undang jalan raya memberi kesan terhadap pengurangan

risiko kemalangan jalan raya?

Jadual 3. Keberkesanan pematuhan undang-undang jalan raya terhadap pengurangan risiko

kemalangan.

Kelas Ya Tidak

PPUA 1 7 2
(77.8%) (22.2%)

PPUA 2 7 3
(70%) (30%)

PPUA 3 4 1
(80%) (20%)

Peratusan pelajar yang berpendapat dan bersetuju bahawa pematuhan jalan raya yang

berkesan akan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya bagi kelas PPUA 1 ialah 77.8%.

Manakala sebanyak 22.2% palajar tidak bersetuju.


Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 11
Bagi kelas PPUA 2 pula, menunjukkan peratusan keputusan pelajar yang bersetuju

hampir sama dengan PPUA 1 iaitu 70%. Namun terdapat juga pelajar yang tidak bersetuju

iaitu sebanyak 30% karana merasakan masih terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan

berlakunya kemalangan.

Peratusan pelajar yang bersetuju pematuhan undang-undang jalan raya akan

mengurangkan risiko kemalangan bagi kelas PPUA 3 mencatatkan peratusan paling tinggi

iaitu 80%. Manakala peratus pelajar yang tidak bersetuju ialah 10%.

4. Apakah faktor utama berlaku kemalangan dalam kalangan pelajar selain pengabaian

pematuhan undang-undang jalan raya?

Jadual 4. Faktor utama berlakunya kemalangan dalam kalangan pelajar

Faktor cuaca Haiwan ternakan Kecuaian Struktur jalan


seperti hujan bebas pengguna jalan yang rosak dan
Kelas lebat dan kabus berkeliaran raya yang lain selekoh
tebal berbahaya

1 4 1 3
PPUA 1 (11.1%) (44.5%) (11.1%) (33.3%)

3 2 2 3
PPUA 2 (30%) (20%) (20%) (30%)

1 2 - 2
PPUA 3 (20%) (40%) (0%) (40%)

Jadual 4 menunjukkan faktor utama berlakunya kemalangan dalam kalangan pelajar

selain pengabaian pematuhan undang-undang jalan raya. Berdasarkan dapatan kajian yang

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 12


dijalankan, kelas PPUA 1 sebanyak 11.1% bersetuju faktor cuaca dan struktur jalan yang

teruk merupakan faktor utama selain pengabaian undang-undang jalan raya.

Sebahagian pelajar dari kelas ini berpendapat faktor haiwan ternakan yang bebas

berkeliaran sebagai faktor utama iaitu 44.5%. Manakala sebahagian lagi berpendapat struktur

jalan sebagai faktor utama iaitu sebanyak 33.3%.

Bagi kelas PPUA 2, faktor cuaca dan struktur jalan yang teruk mencatatkan peratus

yang sama iaitu sebanyak 30%. Tidak kurang juga pelajar menjadikan faktor haiwan bebas

berkeliaran dan kecuaian pengguna jalan raya yang lain sebagai faktor utama berlakunya

kemalangan dalam kalangan pelajar iaitu 20%.

Didapati faktor haiwan ternakan bebas berkeliaran dan struktur jalan yang teruk

menunjukkan jumlah peratus yang sama dan tertinggi dalam kelas PPUA 3 iaitu masing

berjumlah 40%. Bagi pelajar yang berpendapat faktor cuaca dan kabus yang tebal ialah

sebanyak 20% dan tiada peratus dicatatkan pada faktor kecuaian pengguna jalan raya yang

lain.

PERBINCANGAN

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 13


Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengawasi tahap kesedaran dalam kalanagn pelajar

terhadap pematuhan undang-undang jalan raya. Data yang diperolehi daripada 24 orang

pelajar yang tela digunakan untuk menjawab empat soalan berkaitan kajian ini.

Dapatan kajian ini boleh dijadiakn sebagai rujukan kepada pihak sekolah bagi mengenal pasti

tahap pematuhan undang-undang jalan raya oleh pelajar.

Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan pertama kajian iaitu peraturan

jalan raya yang dipatuhi pelajar semasa menunggana motosikal ke sekolah. Hasil kajin ini

menunjukkan sebahagian besar pelajar mengabaikan pemakaian topi keledar semasa

menunggang. Hal ini membahayakan nyawa pelajar sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Kajian ini juaga digunakan untuk melihat halaju penunggangan pelajar semasa

menunggang ke sekolah. Dapatan kajin menunjukkan dapatan yang berbeza mengikut kelas.

Sebahagian besar pelajar kelas PPUA 1 menunggang dengan halaju yang kurang selamat,

manakala pelajar kelas PPUA 2 dengan halaju yang berbahaya. Namun, bagi sebilangan

pelajar kelas PPUA 3 menunggang dengan halaju yang selamat walaupun masih terdapat

sebilangan kecil pelajar yang menunggang dengan berbahaya.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa

pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar mampu mengurangkan risiko kemalangan

jalan raya. Namun begitu, masih terdapat pelajar yang tidak bersetuju kerana berpendapat

masih terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan selain pengabaian

pematuhan jalan raya.

Hasil daripada kajian ini juga memaparkan satu dapatan yang menarik untuk

diperhatikan iaitu faktor lain yang menyebabkan kamalangan para pelajar semasa

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 14


menunggang ke sekolah. Faktor haiwan ternakan bebas berkeliaran semasa dalam perjalanan

menuju ke sekolahadalah paling tinggi. Pihak yang terlibat khususnya pengusaha penternak

haiwan ternakan terlibat harus prihatin terhadap masalah ini supaya tidak berlaku perkara

yang tidak diingini serta mengundang musibah kepada pelajar.

KESIMPULAN

Mematuhi undang-undang jalan raya adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan di

samping mampu menyelamatkan nyawa diri pelajar itu sendiri dan pengguna jalan raya yang

lain. Pelajar yang mengabaikan pematuhan undang-undang jalan raya bukan sahaja akan

membahayakan nyawa, malah turut menyalahi undang-undang negara dan akan dikenakan

hukuman atau denda seperti saman dan sebagainya. Kajian ini telah cuba untuk mendedahkan

kesan buruk dan kejadian yang tidak diingini bakal berlaku agar pelajar sedar tentang

pentingnya menjaga keselamatan diri dengan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan

raya.

LAMPIRAN

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 15


Pusat Pembelajaran Tingkatan 6,

Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, No. Siri:

28200 Bera, Pahang Darul Makmur.

Soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan bidang kajian
yang dijalankan. Maklumat yang diperolehi akan dirahsiakan. Kerjasama anda amat dihargai
dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Tajuk Kajian: PEMATUHAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA DALAM


KALANGAN PELAJAR YANG BERMOTOSIKAL KE SEKOLAH.

(Kajian kes di salah sebuah sekolah di Daerah Bera)

Arahan: Tandakan ( / ) pada jawapan anda.

Maklumat Responden

1. Jantina: Perempuan
Lelaki

2. Kelas: PPUA 1

PPUA 2

PPUA 3

Soalan Kajian

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 16


1. Adakah anda mematuhi undang-undang jalan raya semasa menunggang motosikal ke
sekolah dengan memenuhi kriteria keselamatan seperti berikut:
i. memakai topi keledar
ii. menggunakan cermin sisi
iii. memotong dengan selamat dan memberi isyarat membelok
iv. menunggang dengan halaju yang selamat

2. Apakah halaju penunggangan anda?


Selamat: kurang 50km/j Kurang selamat: 50km/j hingga 70km/j
Berbahaya: 70 hingga 90km/j Sangat berbahaya: 90km/j keatas

3. Adakah anda pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya samada besar atau kecil?
Ya Tidak

Soalan Terbuka

1. Pada pandangan anda, adakah pelajar yang berhemat dan mematuhi undang-undang
jalan raya dapat mengurangkan risiko kemalangan?

Ya Tidak

Anda dibenarkan untuk memilih satu jawapan sahaja.

2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan dalam
kalangan pelajar selain pengabaian undang-undang jalan raya?

i. faktor cuaca seperti hujan dan kabus yang tebal

ii. haiwan ternakan yang bebas berkeliaran

iii. kecuaian pengguna jalan raya yang lain

iv. struktur jalan yang teruk dan selekoh berbahaya

RUJUKAN

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 17


http://www.panducermat.org.my/Laksanakan-undang-undang-jalan-raya-dengan-

serius.html

http://www.scribd.com/doc/28441169/Peraturan-Jalan-Raya-messoipbm-kpli

http://driving-school.com.my/undang-undang/cara-selamat-untuk-membuat-pusingan-

u-di-jalan-raya/

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_keselamatan_jalanraya.

htm

http://karanganessays.blogspot.com/2010/05/langkah-langkah-mengurangkan-

kemalangan.html

Pusat Pembelajaran Pra-Universiti SMK Purun Page 18

You might also like