You are on page 1of 4

Pengenalan Kepada Acara Lari Pecut:

1.0) PENGENALAN LARI PECUT

Jika dibandingkan dengan acara-acara lain, lari pecut ialah larian terpantas dalam sukan olahraga. Larian
pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis
kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Amat sukar
bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia
bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan
kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan
membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada
dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.
Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan
merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang
kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2
meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki,
lutut dan sendi pinggang.

1.1) SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada
zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan.
Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.
Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman
olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok
permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak
kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang
dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas
kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat.
Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang
paling baik dan diterima oleh semua pihak. 

Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal
ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan
dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia
gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki
sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara
100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890
dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang
dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi
oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang
mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari
Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,
Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada
tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi
wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan
masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada
tahun 1978.
PENGENALAN
Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan
lain. lni disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik untuk lelaki mahupun wanita.
Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu ataupun acara berpasukan. Kalau
dalam permainan lain hanya satu pingat emas sahaja yang yang menjadi rebutan dalam
kebanyakan sukan terbesar seperti Sukan Qlimpik , Sukan Asia , atau Sukan SEA sungguhpun
lebih dan seorang pemain dalam sesuatu pasukan. Dalam olahraga setiap acara rnempertaruhkan
pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja , peserta yang bertanding mudah
memenangi satu pingat emas. Ini bermakna dalam kebanyakan kejohanan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara oiahraga.

Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian . lompatan dan lontaran. Seorang atlit
mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir
dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakan atlit Iebih suka mengkhususkan penyertaan dan
penglibatan mereka terutamanya diperigkat antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah
meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagiah dalam satu
atau dua acara.

PERALATAN UNTUK OLAHRAGA

Dalam sukan olahraga, terutamanya acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang
diperlukan.

1.   Kasut.

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang
mengambil bahagian dalam acara lari pecut , tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain,
termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah
dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung
kepada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.

2.   Blok Permulaan

Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut
membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan
rnenggunakan blok permulaan ini, tetapi begi kebanyakan pelari blok, Ini amat diperlukan,
termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas
atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.

1. 3. Pakaian Sukan

Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu menggunakan pakaian yang sesuai
untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan  terbesar dunia,
para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan
yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.bagaimanapun, setiap
peserta di boIehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan
pasukan mereka.Contohnya dalam Sukan OIimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca
televisyen, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oieh peserta lelaki dan wanita asalkan
pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan Iarian mereka.

4.   PERALATAN SAMPINGAN

Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di
kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai
olahragawan , sesuatu yang mempunyai kaiian dengan mereka hendaklah diberi perhatian.Bagi
peralatan ini pula harus rnengandungi barangan seperti berikut:
1. tuala.

b.   Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman, dan
sebagainya.

1. Seluar pendek dan singlet ( sebaik-baiknya dua pasang )

d.   Kasut jogging dan kasut berlari.

1. Jam randik atau pita pengukur.

f.    Barangan lain yang difikirkan perlu.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

Setelah melakukan pelepasan dengan baik danpada garisan permulaan, pelumba akan melakukan
larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter
atau pun 400 meter. Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas terutamanya
untuk acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat
itu menjanjikan catatan terbaik bagi seorang pelari pecut.

Ada berapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan
larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan
tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu
sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari
tidak dapat menangani masalah tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada
peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa ,
pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh
menjejaskan prestasi pelumba.

Pergerakan Tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini pelari hendaklah
menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan ayunan tangan ke hadapan tidak
semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa menghayun ke
belakang. Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan
larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakin.ya
dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam
menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun kebelakang, akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut. liii
kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang. Sudut ini akan berkurangan sehingga
mencapai 90 darjah. Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak
diperlukan akibat pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas danpada paha menyebabkan
badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan
tepi siku.

Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut. Kedudukan
tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu pelari merehatkan badan.
Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan
ini  boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan terbuka
atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting sebarang
kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya semesa untuk berlan dan memecut.

Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari. Dalam pergerakan
kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam  lariari pecul. Pertama ialah
mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan
perlakuan drive  semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca
daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat drive  hendaklah direnggang penuh ke
belakang badan.

Selain itu pclari juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu
melengkapkan drive  kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah
apabila pmggang berada dalam kedudukan yang tinggi. Kedudukan badan hendaldah condong
sedikit ke hadapan semasa berlari. Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki
untuk mendarat dan memecut.

Menamatkan Larian Pecut.

Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang sesingkat yang boleh
dan lebih dahullu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding. Semasa menuju ke garisan
penamat pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk
nlencapai pita penamat.Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu sama
sekali memperlahankan larianya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari
sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya malah mungkin akan membahayakan
diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat , biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang
dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan untuk
larian pecut. Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya
untuk memcecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari
atau memudahkan pclari terjatuh. Satu cara lagi pelari menamatkan lariannya ialah dengan
mmemusingkan salah satu bahunya untuk mencecah garisart penamat. Cara ini juga mungkin
akan melambatkann larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan
bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan dikira pemenang,
manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai
penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya dipenngkat antarabangsa, sering
berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pcgawai penamat
disebabkan beberapa pekari niencecah garisan penamat pada masa yang hampir sama. Jika
berlaku perkara sedemikian pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan
kaedahphotofinish. Menerusi kaedah ml pemenang acara iru akan diputuskan setelah pegawai
meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian itu. Kini penggunaan peralatan elektronik
menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya
untuk acara seperti 100 meter dan 200 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya
terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya mereka hendaklah terus
berlari secara perlahan demi perlahan untuk berapa meter diikuti dengan berjalan. Ada juga pelari
yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cam untuk mengatasai sebarang kemungkinan
berlaku ketegangan otot atau masalah lain.

Seperti dalam permulaan pecutan dan larian hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang
larian semasa menamatkan larian. Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu
atau menipu hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia
hendaklah mengganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang
kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan.

You might also like