You are on page 1of 7

PERTANDINGAN BERCERITA

DALAM BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Kertas Konsep
PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Pendahuluan

Pendahuluan bercerita dalam bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah


adalah merupakan anjuran Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan di peringkat
kebangsaan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, dan
Bahagian Teknologi Pendidikan turut memberikan kerjasama bagi menjayakan
program ini.

2. Objektif

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan

2.2 Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis


tempatan dan karya traditional.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
di kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa Melayu

3. Penyertaan

Penyertaan ini terbuka hanya kepada murid-murid tahap 1 dan 2 sekolah


kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

4. Format Pertandingan

4.1 Peringkat Daerah

4.1.1 Semua Pegawai Pendidikan Daerah/Bahagian (PPD/PPB)


bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat
Daerah/Bahagian.

4.1.2 Pegawai PPD/PPB akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan Peringkat Daerah/Bahagian

4.1.3 Semua pertandingan di peringkat Daerah/Bahagian seharusnya


selesai dilaksanakan sebelum pertanidngan peringkat negeri.

4.1.4 Peserta-peserta yang menjadi johan Daerah/Bahagianakan mewakili


Daereah/Bahagian ke peringkat Negeri
4.2 Peringkat Negeri

4.2.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab


mengelolakan pertandingan ini di peringkat negeri masing-masing.

4.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat negeri akan diketuai


oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

4.2.3 Semua pertandingan di peringkat negeri seharusnya selesai


dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

4.2.4 Peserta-peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri


negeri ke peringkat kebangsaan

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Pertandingan ini di peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh


Jabatan Pelajaran yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan.

4.3.2 Tarikh pertandingan akan ditentukan oleh Bahagian Sekolah,


Kementerian Pendidikan

4.3.3 Peserta-peserta negeri akan diiringi oleh dua orang guru pengiring
(seorang untuk peserta tahap 1, seorang untuk peserta tahap 2 dan
seorang pegawai JPN.

5. Syarat-Syarat Pertandingan

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid tahap satu (1), dan tahap dua (2)
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

5.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan


mengambil bahagian bagi setiap sekolah.

5.3 Cerita hendaklah dipilih daripada mana-mana buku cerita yang terdapat
dalam pasaran, dan seteiap peserta dikehendaki mengisi Borang Penyertaan
yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/PPB/JPN berserta dengan
salinan sijil kelahiran.

5.4 Isi cerita mestilahmengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni


sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama. Teks cerita
hendaklah dihantar bersama Borang Penyertaan.

5.5 Setiap peserta diberi masa bercerita antara 5 – 10 minit.

5.6 Loceng akan dibunyikan pdaa minit ke-10 menandakan masa telah tamat.

5.7 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. Peserta
diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

5.8 10 markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta:-

i. tempoh masa persembahan ceritanya kurang daripada lima (5) minit


atau melebihi sepuluh (10) minit.
5.9 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:-

i. menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama;


ii. membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
iii. dibantu oleh orang lain;
iv. menggunakan ‛props’, ‛back-drop’, muzik atau kesan bunyi;
v. tidak memakai pakaian sekolah

5.10 Peserta yang mendapat jumlah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan.

5.11 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenangnya:-

i. Teknik persembahan
ii. Penghayatan cerita
iii. Bahasa dan pertuturan

5.12 Bilangan panel hakim di Peringkat Kebangsaan ialah lima (5) orang,
manakala di peringkat Negeri, Daerah/Bahgian sekurang-kurangnya tiga (3)
orang.

5.13 Keputusan panel hakim adalah muktamat, dan markah tidak akan
diumumkan.

6. Hadiah Untuk Kedua-dua Tahap Di Peringkat Kebangsaan

Johan : Wang Tunai RM 400


Hadiah Iringan (Sumbangan DBP)
Sijil Penyertaan
Piala Pusingan
Replika

Naib Johan : Wang Tunai RM 300


Hadiah Iringan (Sumbangan DBP)
Sijil Penyertaan

Ketiga : Wang Tunas RM 200


Hadiah Iringan (Sumbangan DBP)
Sijil Penyertaan

Saguhati : Wang Tunai 50 x 2


Hadiah Iringan (Sumbangan DBP)
Sijil Penyertaan

Nota i. Piala Pusingan disumbangkan oleh Perpustakaan Negara


Malaysia

ii. Saguhati untuk peserta ke-6 hingga ke-15 disumbangkan oleh


pihak Pusat Sumber Pendidkan Negeri
Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh :
Tempat :

Sila Isikan Maklumat Berikut:

Negeri : * Tahap 1/Tahap 2

Peserta Nama :
Tarikh Lahir :
Umur :
No. Sijil Kelahiran :
(sertakan salinan) :
Tahun/Darjah :
Sekolah :

Cerita Tajuk :
Petikan daripada Buku :
Cerita (Judul Buku) :
Pengarang Cerita :
Penerbit Buku :
Sumber Buku : * Dibeli/dipinjam

Guru Pengiring Nama :


No. Kad Pengenalan :
Sekolah :
No. Telefon Sekolah :
No. Faksmili Sekolah :

Pegawai Nama :
Pengiring :
Daripada JPN :

Nota : * Potong yang tidak berkenaan

Disahkan oleh : Tarikh :


(Nama, Jawatan dan Cop)
BORANG PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2005

Nama Peserta : Giliran Peserta: Tajuk Cerita :

1 2 3 4 5
KRITERIA Lemah Sederhana Baik Amat Cemerlang ULASAN
Baik
TEKNIK PERSEMBAHAN 1–4 5–8 9 - 12 13 – 16 17 - 20
Adalah teknik persembahannya menarik, tenang, meyakinkan dan gerak-
gerinya bersahaja?

PENGHAYATAN CERITA 1-4 5–8 9 - 12 13 – 16 17 - 20


Adakah penceritaan berjalan lancar dari awal hingga akhir?

BAHASA & PERTUTURAN 1–4 5–8 9 – 12 13 – 16 17 - 20


Adakah bahasanya menarik dan menggunakan intonasi? Kurang melakukan
kesilapan tatabahasa? Sebutkannya betul dan jelas.

KONTAK MATA 0–1 2–3 4–5 6-7 8 – 10


Sejauh manakah kontak mata peserta memainkan peranan semasa
bercerita kepada penonton?

KESESUAIAN TEMA 0–1 2–3 4–5 6-7 8 – 10


Adakah tema cerita mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai
murni sejatat yang sesuai dengan kemampuan dan tahap umur peserta?

TEMPO & MASA 0–1 2–3 4–5 6-7 8 – 10


Adakah peserta berjaya menyampaikan isi cerita mengikut tempo dan masa
yang sesuai?

KAWALAN SUARA 0–1 2–3 4–5 6-7 8 – 10


Adakah nada suarat bersesuaian dengan cerita?

MARKAH PENALTI (Maksimum – 10)

Untuk tindakan Urus Setia

TANDATANGAN : Jumlah
Markah
100
NAMA : Keseluruhan

You might also like