KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARDPRASEKOLAH KEBANGSAANHAZRAD KHAN RAHMATULLAH KHANNIK NUR ‘IZZATI RUSDIHAMZANIZA NOR HAMDANNORISHAH MOHAMAD DAUDMASNITA HAZLINI MUSTAPHAJABATAN KEMAHIRAN HIDUPFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(20 OKTOBER 2010)ABSTRAK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. KurikulumStandard Prasekolah Kebangsaan turut menerangkan definisi tadika, prasekolahdan komponen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dari aspek tunjang-tunjang, modul teras asas, modul bertema dan jadual peruntukan masa dalamprasekolah mengikut modul asas dan modul bertema. Turut disertakan dalampenulisan ini adalah ulasan umum berkaitan Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan serta perbezaan antara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 danKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 berdasarkan temubual bersamaguru prasekolah. Perbezaan yang dapat dikenal pasti adalah dari segi aspektunjang-tunjang, peruntukan masa dalam prasekolah, penggunaan bahasa diprasekolah dan lain-lain lagi. Hasil penulisan ini diharapkan dapat dijadikan sebagaipanduan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Contohnya, guru-guru prasekolah,pihak JPN, pihak Kementerian, para ibu bapa, dan ramai lagi bagi menilaikeberkesanan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
1