You are on page 1of 2

Refleksi Individu

Perniagaan dan keusahawanan merupakan subjek penting yang perlu diambil


pada semester 5. Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan satu kerja kursus
pendek secara berpasangan. Pembinaan satu program komputer adalah sesuatu
yang mencabar.

Untuk membina program yang dapat membantu pengurusan bagi membuat


analisis yang mudah memerlukan banyak ketelitian. Kesilapan besar mahupun kecil
harus diambil kira semasa membuat kunci kira-kira dan penyata pendapatan kerana
sebutir nombor yang tersilap boleh mengubah data yang terkumpul.
Kesabaran yang tinggi juga penting kerana perlu membuat secara berulang
kali jika terdapat ralat pada data pengiraan. Namun bagi saya ia menarik kerana
banyak ilmu baru yang dipelajari. Saya perlu mencari maklumat kewangan dari
banyak koperasi. Ini kerana untuk mendapatkan koperasi yang betul-betul
menyatakan data kewangan mereka dengan betul dan lengkap. Masalah yang
timbul kebiasaannya semasa mendapatkan maklumat kewangan daripada koperasi
sekolah kerana data yang lengkap tidak dinyatakan dan ini menyukarkan proses
menganalisis. Oleh itu saya memilih untuk mendapatkan data daripada koperasi-
koperasi besar yang bukan hanya menjalankan perniagaan runcit.

Kecekapan dalam menggunakan Window Excel juga bertambah kerana


pengaplikasian dengan menggunakan program tersebut penting dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Proses menganalisa adalah bergantung pada pengiraan dan data.
Jika kesilapan berlaku pada peringkat awal proses analisa adalah tidak tepat.

Kerja berkumpulan yang mencabar ini memerlukan banyak komitmen dari


pasangan. Saya bersama pasangan saya sering berbincang untuk mendapatkan
maklumat yang tepat serta berkongsi idea jika masalah yang timbul semasa
penyediaan kerja projek. Perbincangan dengan pensyarah perlu dibuat dengan
kerap bagi memastikan kerja kursus ini menepati rubrik pemarkahan yang di
ditetapkan.

Penyusunan kerja secara sistematik penting semasa kerja kursus ini kerana
data yang diperoleh perlu di kumpul dan dikira terlebih dahulu sebelum dimasukkan
dalam program bagi mengelakkan kekurangan data serta mendapatkan maklumat
yang releven. Membuat kerja mengikut masa serta jadual penting supaya kerja
kursus saya ini dapat disiapkan dengan jayanya dan dihantar tepat pada masa.

Kesedaran mengenai kepentingan analisis kewangan dirasai setelah kerja


kursus ini diselesaikan. Saya dapat melihat secara jelas dan mudah mengenai
perjalanan perniagaan dan saluran kewangan yang digunakan dalam perniagaan.

Yang benar,

ABD HAKIM FAIZ B HASIM

PISMP RBT A/PJ/BM

You might also like