Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
32Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

Ratings: (0)|Views: 849 |Likes:
Published by Azli Muda

More info:

Published by: Azli Muda on Mar 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2013

pdf

text

original

 
 
Soalan 1 (a)DEFINISI MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari ataupegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysiadengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialahtatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami olehpenggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan larasbahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap dan mudah difahamiserta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagaiperaturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesanatau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunanperaturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis
a. Definisi morfologi
Menurut Raminah hj. Sabran dan Rahim Syam(1985) : morfologi ialah satu bidang dalamkajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.Manakala Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993): Morfologi adalah:a) Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata.b) Bidang ilmu yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata sertapengaruh perubahan-perubahab struktur kata terhadap golongan dan erti kata.Menurut Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji:a) Struktur b) Bentuk c) Pergolongan kataBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005):Morfologi ialah kajian tentangpembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk:a) Infleksi(pengimbuhan)b) Terbitan
1
 
 
c) Pemajmukan
Rajah 1.1:
Huraian tentang morfologi mengikut Marzukhi (1993)Secara umumnya morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk danpenggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran ataulambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unittatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukandan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkankeserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongankata dalam bahasa Melayu.
b. Definisi sintaksis
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidangilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukansahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yangmendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagimembentuk ayat dalam bahasa.Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksisjuga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
2
 
 
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ‘ ada menyatakanunsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut AbdullahHassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkanhubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagimembina ayat.Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yangspesifik dan terperinci. Morfologi berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yangmelibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata.Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakanpelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapatberdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan salingbergantungan. Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.
3

Activity (32)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Hrizaan Mamat liked this
Zainor Din added this note
mohon untuk dikongsi. Semoga sumbangan murni anda ini diberkati Allah .
Nur Nzmf Zawani liked this
Puteri Balqis liked this
Ardy Rechie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->