Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PERANAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN

PERANAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN

Ratings: (0)|Views: 564 |Likes:
Published by wati_salleh

More info:

Published by: wati_salleh on Mar 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/11/2014

pdf

text

original

 
PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu keperluan yang amat penting untuk menjaminkehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut Jashir (1975), taraf pendidkan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan dankedudukan sosial yang baik. Oleh itu, pencapaian akademik yang baik seringmenjadi matlamat utama pelajar, ibu bapa dan juga pihak sekolah. Persoalannya,siapakah yang memainkan peranan penting yang membantu kearah pencapaianmatlamat tersebut. Salah satu institusi yang penting dalam pendidikan selainsekolah ialah istitusi keluarga itu sendiri.Keluarga didefinisikan sebagai suatu kumpulan gabungan pemghuni yangterdiri daripada suami, isteri dan anak-anak yang menjalankan fungsi-fungsi asasseperti memenuhi secara kolektif keperluan ekonomi ahli keluarga, memikul danmenunaikan tanggungjawab menyediakan pendidikan kepada anak-anak sertamenyediakan keperluan asas kepada ahli-ahli keluarga.Sejak dilahirkan pembentukan sahsiah, sikap serta persepsi seseorangindividu terhadap kehidupan akan datang banyak dipengaruhi oleh keluarganya.Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan yang suci(fitrah), ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”Latar belakang keluarga seperti status ekonomi, pegangan agama, budayakeluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan akan menjadi asas pembentukanidentiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat awal yang diperolehi di rumahserta sokongan dan dorongan keluarga akan menjadi asas kepada kejayaan pelajarpada peringkat persekolahan seterusnya. Menurut Lumsden (1994):“Children’s home environment shapes the initial constellation of attitudes theydevelop toward learning. When parents nurture their children’s natural curiosityabout the world by welcoming their questions, encouraging exploration, andfamiliarizing them with resources that can enlarge their world, they are giving theirchildren the message that learning is worthwhile and frequently fun and satisfying.”
PERANAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN
1
 
Penglibatan keluarga terutama ibu bapa memainkan peranan penting dalampendidikan. Penglibatan ibu bapa boleh didefinisikan sebagai penglibatan merekadalam pendidikan atau sekolah. Ibu bapa boleh menyokong pendidikan anak-anakmereka dengan menghadiri aktiviti sekolah dan menyokong pendidikan anakmereka dengan menghadiri aktiviti sekolah dan memberi kerjasama kepadaPersatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka juga boleh terlibat dengan membantuanak-anak dalam kerja rumah dengan cara memberikan bimbingan, menyediakanjadual belajar serta menjadikan diri mereka sebagai model yang boleh dicontohioleh anak-anak mereka. Di luar kawasan sekolah pula ibu bapa boleh berperanansebagai penyokong untuk sesebuah sekolah, misalnya melalui sokongan sertabantuan yang diberikan kepada aktiviti yang diadakan di sekolah atau di dalamkelas.Jika dilihat dari segi pembentukan psikologi dan perkembangan sosial anak-anak, penglibatan ibu bapa dilihat sebagai faktor paling dominan dalammenentukannya. Perkara ini dilakukan melalui didikan serta suasana dalam sebuahkeluarga. Persekitaran pembesaran yang baik akan membantu dalam pembinaannilai-nilai peribadi mulia dalam diri anak-anak mereka. Hal ini dipelajari melaluipemerhatian terhadap keluarga dan ibu bapa mereka. Melalui pemerhatian tersebutkanak-kanak akan belajar untuk memahami dan seterusnya akanmengaplikasikannya. Pembelajaran secara tidak langsung ini akan mempengaruhipembentukan psikologi dan perkembangan sosial anak-anak.Berdasarkan kepada definisi penglibatan ibu bapa yang merujuk kepadapenglibatan mereka dalam pedidikan atau persekolahan anak-anak menunjukkanbahawa ibu bapa sememangnya merupakan pengaruh paling besar dalanmenentukan tahap pencapaian anak-anak mereka dalam akademik. Pendidikananak-anak boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pendidikan secara formal danpendidikan secara tidak formal. Pendidikan secara formal boleh dirujuk sebagaipendidikan anak-anak di sekolah, iaitu pencapaian akademik mereka di sekolah,manakala pendidikan tidak formal ialah penglibatan pendidikan yang dipelajari olehkanak-kanak di luar kawasan sekolah, seperti suasana persekitaran keluarga,dimana pembelajaran itu diperolehi melalui pemerhatian mereka yang biasanyamelibatkan pengaruh ibu bapa atau dalam konteks yang lebih luas dalamlingkungan keluarga. Pendidikan tidak formal ini biasanya akan mempengaruhi2
 
pembentukan psikologi dan perkembangan sosial. Perkembangan secara formalpula akan mempengaruhi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan di luar negara mengenaipenglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Misalnya, kajian yang telahdilakukan oleh Keith dan Keith, 1993; Baker dan Soden, 1997;Hoover-Dempsey danSandler 1997; dan Miedel dan Reynolds, 1999 menunjukkan bahawa peranan ibubapa dalam pendidikan anak-anak adalah penting. Ibu bapa merupakan pendorongberterusan dalam pendidikan anak-anak bermula ketika anak-anak masih kecilsehinggalah dewasa.Di samping itu, ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti sekolah anak-anakmereka pula akan menunjukkan kesan positif terhadap idea dan pengetahuanmereka dalam membantu anak-anak mereka. Mereka merasakan bahawa perluuntuk mereka membantu anak-anak di rumah. Ibu bapa juga akan lebih fahammengenai apa yang diajar kepada anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa perluuntuk turut serta dalam program yang berlaku di sekolah. Misalnya, ibu bapa yangterlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menunjukkan keyakinanmereka dalam membentuk sesebuah keluarga. Ini membolehkan mereka juga akanturut berpengatahuan serta menjadikan rumah sebagai satu tempat untuk belajardan mendapatkan ilmu. Pada masa yang sama ibu bapa akan menghargaisumbangan dan jasa guru yang terlibat sepenuhnya dalam pendidikan anak-anakmereka.Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memberikan dorongan danmenggalakkan anak-anak untuk belajar. Dorongan dan galakan tersebut bolehterdiri daripada pujian, dan hadiah sekiranya anak-anak mendapat keputusan yangcemerlang. Bagi anak yang tidak mendapat keputusan kurang baik pula ibu bapaperlulah memberikan sokongan dan perhatian kepadanya. Ibu bapa juga turutmenyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran serta bahan bacaan tambahanuntuk anak-anak mereka. Terdapat juga sesetengah keluarga yang kurangberkemampuan terpaksa berkorban seperti menggadaikan harta pusaka demimembolehkan anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ini keranamereka menyedari bahawa pendidikan adalah punca moboliti sosial yang pentingbagi anak-anak mereka kelak.3

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
zai liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
rahimisaad liked this
rahimisaad liked this
Deny Irawan liked this
Ana Zahra Anza liked this
Cytee Ffai liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->