You are on page 1of 2

AKTIVITI ICE BREAKING

Simpanan Kami (15-20 minit)

Alatan:

1. Gambar syiling yang bernilai 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1.

Cara perlaksanaan:

1. Setiap peserta diberikan gambar syiling tersebut.


2. Fesi akan memulakan aktiviti dengan menyebut nilai wang yang perlu
disimpan.
3. Peserta akan mencari seberapa banyak rakannya untuk mencukupkan nilai
simpanan tersebut.
4. Kumpulan yang tidak cukup nilai wang yang perlu disimpan akan dikenakan
denda.

Nombor Juara(30 minit)

Cara perlaksanaan:

1. Setiap peserta perlu membina satu bulatan yang besar.


2. Setiap orang perlu menyebut nombor sehingga habis.
3. Pada pusingan ke 2, peserta yang mempunyai nombor gandaan 3 perlu
menyebut ‘JUARA’.
4. Pusingan seterusnya peserta yang mempunyai gandaan 10 perlu menyebut
perkataan ‘PASTI’.
5. Pusingan seterusnya peserta yang mempunyai gandaan 11 perlu menyebut
perkataan ‘BOLEH’.
6. Pemenang dikira berdasarkan peserta yang paling lama bertahan.
Pembahagian Kumpulan Secara Isyarat

1. Untuk membentuk 10 kumpulan setiap peserta diberikan huruf A hingga J.


2. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka tanpa mengeluarkan
suara tetapi dengan menggunakan isyarat tangan, badan dan kaki sahaja.
3. Setiap peserta diberikan masa selama 10 minit sahaja.

You might also like