You are on page 1of 6

Majlis Taddarus Al-Quran & Sambutan Maulidurrasul,

Peringkat SMK Agama Tun Sakaran, Semporna

MC Ucapan Catatan

Yang dihormati
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama
Tun Sakaran,

yang dihormati En. Amir Hassan bin Baadul, Penolong Kanan


pentadbiran SMKA Tun Sakaran,

Ustaz Muhaimin bin Mobin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Ustaz Norsyam bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Ko-kurikulum,

para hadirin jemputan,


guru-guru,
peserta-peserta
dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.

Assalamualaikum…. dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan
limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Perasmian Penutup Majlis Tadarus Al- Quran dan Sambutan
Maulidurrasul Peringkat Sekolah, SMKA Tun Sakaran tahun 2011 Masihi
bersamaan 1432 Hijrah ini.

Dengan tema kali ini iaitu “Al-Quran Teras Kesejahteraan Umat


Gemilang” semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan
yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat
martabat Al-Quran ketahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama
dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Berlangsung tanggal 14 feb sehinggalah 18 feb 2001, sebanyak 8 acara


yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, hafazan, Syaarahan Agama,
Seni Khat, Kalimatussabah, Hiwar, Nasyid, Berzanji & Marhaban.
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya, menjemput _____________________________________
untuk membacakan doa.

Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada


____________________________________
di atas bacaan doa sebentar tadi.

 
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, Pn Hjh Hasnah
bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan
ucapannya sekaligus membuat perasmian penutup Majlis Tadarus Al-
Quran & Sambutan Maulidurrasul SMKA Tun Sakaran 2011.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hjh Hasnah Bte
Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan pertandingan


bagi acara yang dipertandingkan di Majlis Tadarus Al-Quran SMK Agama
Tun Sakaran 2011.
 
Untuk menyempurnakan majlis ini, dijemput
_______________________________________
selaku Ketua Jemaah Hakim untuk mengumumkan keputusan bagi acara
yang dipertandingkan.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan.


Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Majlis Tadarus Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi


maka Majlis Tadarus Al-Quran SMK Agama Tun Sakaran 2011M/1432H
pada kali ini sampai ke penghujungnya.

Terima kasih juga kepada semua guru, para peserta yang mengambil
bahagian, Jawatankuasa Pengelola dan seluruh pihak yang telah
menjayakan Majlis Tadarus Al-Quran & Sambutan Maulidurrasul
Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran tahun
2011M/1432H ini.

Kalau ada kepuk di ladang,


Boleh juga tumpang mandi;
Diberi Allah umur panjang,
Boleh kita jumpa lagi.

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca
Asma ul Husna.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Seterusnya dijemput kepada semua guru-guru ke jamuan makan tengah


hari

You might also like