Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak

Ratings: (0)|Views: 5,196 |Likes:
Published by Angela Merici

More info:

Published by: Angela Merici on Mar 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/20/2013

pdf

text

original

 
Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalammembentuk masyarakatyang cemerlang, gemilang dan terbilang.Bincangkan.Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagikudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anakyang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dannegatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatangminyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikankepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar  jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengancabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalampembentukan disiplin anak-anak.Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zamanglobalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejakkempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan.Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapatmemberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun,saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecilkerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh danketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukankesalahan.Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibubapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal danperasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikiankerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolahyang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyaimasa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang.Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang mencontengarang di muka ibu bapa. Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalammemperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang inginmelanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukandalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yaknimendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapaharuslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demimengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat
 
didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan danberkewibawaan.Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anakakan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuatkesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebihberkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perluditerangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatanketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapatdibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatandiri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amatpenting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakandisiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperananpenting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapaharuslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayakramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yangdemikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalanbetul tetapi diri sendiri berjalan senget.Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripadakomitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masadepan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dankokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Olehhal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalampembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumusdalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekangdaripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukantenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020
 
 
Peranan Ibu Bapa Dalam Meningkatkan Potensi Anak-anak
 
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-anakmereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anakmereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan jugarohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad.Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : ³seorang anakitu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan samaada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi ³. Apabila membincangkansoal untuk mempertingkatkan potensi intelek seseorang kanak -kanak , aspek -aspek lain seperti perkembangan fizikal , sosialnya ,dan rohaniahnya tidak bolehdiketepikan. Perkembangan dalam satu bidang akan mempergaruhiperkembangan dalam bidang yang lain. Umpamanya , perkembangan aspekkomunikasi yanng optimum akan mempertingkatkan kemahiran sosial si anak. Inikemudiannya akan mempengaruhi kemahiran inteleknya , meningkatkan dayakreatif dan menonjolkan bakat semulajadi yang diwarisi dari ibu bapa atau nenekmoyangnya.Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak merekaboleh diwujudkan melalui konsep keibu ± bapaan berkesan atau effectiveparenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personalitisi anak itu supaya ciri -ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dansesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga , masyarakat dan negara .
 

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
shasha96_ liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Nasir Ahmad liked this
Ha Niee'm liked this
Mohd Hisam Saeed liked this
Jiwa Lara liked this
Norfaizah Izah liked this
Mu'iz Rahman liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->