You are on page 1of 6

Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5.

Nama Guru: Muhamad Shahir Bin Saidi

Tahun: 4 Cemerlang Bidang/Tema :


Tarikh: 20 Ogos 2010 Sayangi Keluarga

Tajuk Pelajaran: Jangkamasa: 60 minit


Sayangi Ibu bapa. 7.45 hingga 8.45

Ringkasan Pelajaran:
 Mengenali sikap murni terhadap ibu bapa.
 Menghuraikan kepentingan menjaga hubungan dengan ibu bapa.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
 Mengetahui cara menjaga hubungan dengan ibu bapa.
 Dapat menyatakan 3 cara merapatkan hubungan dengan ibu bapa.
 Murid dapat mereka sebuah lagu berdasarkan tema ibu bapa.

Pengetahuan Sedia Ada:


 Mengetahui cara menghormati orang tua.
 Membezakan cara pergaulan antara ibu bapa dan rakan-rakan.

Unsur Patriotisme/Nilai Murni:


 Hormat-menghormati
 Sayang-menyayangi
 Tolak ansur
 Menghargai

Bahan Bantu Mengajar:


 Kad imbasan
 Radio
 Set Latihan
 Kertas A4
 Alat Boneka

1
Langkah / Prosedur Prosedur Elemen Catatan
Isi Pelaksanaan Guru. Pelaksanaan Pembelajaran
Pelajaran Murid. Bestari /
Konsep
Set i. Guru menceritakan Murid mendengar Verbal Alat Boneka
Induksi mengenai anak dan melihat aktivti
(5 minit) derhaka dengan tersebut dalam
menggunakan keadaan senyap.
teknik boneka.
ii. Guru menunjukkan Kad
kad imbasan dan imbasan
meminta ransangan Guru
daripada murid. berikan
ulasan
berdasarkan
jawapan
murid.
Langkah i. Guru menunjukkan Murid melukis Direktif Kertas A4
1 kepada murid gambar keluarga
(15 minit) gambar ahli dan
keluarga yang membentangkannya
telah dilukis. di hadapan kelas. Lukisan
ii. Guru meminta
murid melukiskan
gambar ahli
keluarga masing- Koperatif –
masing. Who Am I?
iii. Guru mengumpul
lukisan murid.
Langkah i. Meminta murid Murid membentuk Set latihan
2 membentuk 4 kumpulan 4 kecil.
(15 minit) kumpulan kecil.
ii. Dalam kumpulan Dalam kumpulan Koperatif –
kecil, guru kecil, murid akan Round Robin
meminta murid berbincang dan
memberikan menyatakan sebab
pendapat yang bakal berlaku
mengenai jika tidak
hubungan menghormati ibu Kajian masa
kekeluargaan ahli bapa. depan –
kumpulan. meramal
iii. Guru meminta akibat
murid berfikir

2
mengenai perkara
yang bakal berlaku Simulasi
berdasarkan
situasi yang
mereka peroleh
melalui pemilihan
sampul surat.

 Warna merah
– mentaati
ibu bapa
 Warna biru –
melawan ibu
bapa
 Warna hijau –
menghantar
ibu bapa ke
rumah orang
tua
 Warna ungu

memperoleh
kejayaan di
menara
gading.

iv. Setiap kumpulan


akan membuat
simulasi
berdasarkan
perbincangan

3
dalam kumpulan.

Langkah i. Guru meminta Murid mencipta satu Koperatif – Kertas A4


3 murid membina lirik lagu Round robin Radio
(15 minit) sebuah lagu dalam berdasarkan melodi
kumpulan berkaitan kanak-kanak yang
ibu bapa dengan dipilih.
menggunakan lagu
kanank-kanak. Koperatif –
ii. Guru menunjukkan Lyrical
contoh penciptaan Lessons
lagu kepada murid-
murid.

Tajuk lagu: Sayang.

Mari kawan-kawan,
Jadi anak soleh,
Sayang ibu bapa,
Jangan lawan mereka.

Ibu bapa kita,


Jaga didik kita,
Kalau mereka tiada,
Doakan mereka.

(Rentak asal: Burung


kakak Tua)

Penutup i. Guru meminta Menjawab soalan Set latihan


( 7 minit) murid menjawab yang diberikan.
set latihan.
ii. Guru meminta Mendengar ulasan
murid menghargai dan rumusan
jasa ibu bapa. mengenai topik
iii. Guru membuat pembelajaran.
rumusan
berdasarkan topik.

4
Refleksi.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang membantu mempermudahkan segala


urusan dalam menyiapkan Kerja Kursus ini. Moga, selepas ini dipermudahkan segala
urusan dan pekerjaan yang diuruskan. Menerusi kerja kursus ini saya dapat merasai
pengalaman dan mengetahui cara yang tepat untuk membuat Rancangan Pengajaran
Harian (RPH). Kemahiran amat penting bagi memastikan saya bersedia untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Terima kasih atas taklimat dan
bimbingan pensyarah penasihat, Encik Samsuddin bin Sooed yang banyak membantu
dalam membimbing ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Penyediaan kerja kursus ini akan memberikan diri saya persediaan untuk
merasai bagaimana perancangan yang rapi mampu membuahkan hasil yang lumayan.
Perancangan yang dibuat perlulah diikuti supaya tidak berlakunya kekeliruan dan yang
lebih penting, hasil pembelajaran dapat diperoleh secara maksimum. RPH merupakan
bukti bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Proses menyiapkan RPH ini dapat membina disiplin yang mantap dalam
menyediakan RPH. Ini kerana, penumpuan secara total diperlukan untuk memastikan
tiada gangguan luar yang mampu menerobos masuk ketika menyiapkan RPH. Oleh itu,
saya akan berusaha menyiapkannya tanpa bertangguh agar hasil yang dikeluarkan
dapat memuaskan hati semua pihak.

Dalam menyiapkan RPH ini, saya mendapati amat susah untuk merangka
sesuatu aktiviti yang bersesuaian dengan umur murid. Kadang kala, aktiviti yang
difikirkan sesuai akan menimbulkan kebosanan kerana sudah klise atau aktiviti tersebut
sering dilakukan. Jadi, saya terpaksa memikirkan aktiviti yang dapat membina
kemahiran murid secara optimum.

Saya berharap, agar penyediaan RPH ini tidak terhad kepada subjek major atau
elektif sahaja, bahkan ia bolehlah dilakukan secara meluas atau melibatkan
matapelajaran yang lain. Ini kerana, semasa proses penempatan, kami bakal guru
mungkin tidak akan mengajar subjek major atau minor. Kekosongan guru disalah satu
matapelajaran akan menyebabkan kami memenuhi ruang tersebut.

5
Saya memikirkan ada baiknya jika sesi mikro teaching dapat dijalankan. Hal ini
akan dapat membina keyakinan dan kemahiran dalam proses pengajaran. Sesi
pengajaran mikro ini dijalankan secara kumpulan supaya setiap guru pelatih dapat
memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang dilakukan ketika menjalankan sesi
pengajaran. Secara tidak langsung, segala kesalahan yang dapat dikesan tidak akan
diulangi oleh bakal guru pelatih yang lain.

Secara amnya, penyediaan RPH ini memberikan satu gambaran bahawa bukan
mudah untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan
berdisiplin. Seseorang boleh mengajar tanpa ada perancangan namun susah untuk
difahami ilmu yang disampaikan. Oleh itu, saya berharap saya mampu untuk menjadi
seorang guru yang dapat memenuhi kehendak Kerajaan dan mampu mendokong cita-
cita dan visi Negara Malaysia.

Yang benar,

(MUHAMAD SHAHIR BIN SAIDI)

You might also like